Khamis, 31 Mac 2011

JANGAN KENA TIPU

ANAK MUDA WAJIB MENYUSUN DARI SEKARANG


nota:
saudagar loji nukelar
akan melobi
mereka akan membayar para kang kong
untuk menipu
mereka kan membayar politikus
untuk menipu
mereka akan membayar raja gopal
untuk menipu

lihat klip video ini
dari zaman chernobyl lagi
saudagar loji nuklear telah menipu

rakyat jepun telah ditipu
kerajaan jepun telah menipu
madia cuba menyorokan fakta

pertubuhan bangsa bangsa bersatu - UN
telah juga menipu


bayangkan jika malaysia membuat loji nukelar
tak kan orang ramai tak sedar tentang
teknoloji membuat cermin tingkap kereta proton
yang hingga hari ini masih beluam selesai

tak kan tak sedar bagaimana stadium runtuh
tak kan tak sedar bagaimana jambatan runtuh

bayangkan jika loji ini dibuat
rasuah
tumbuk rusuk
kelentong
tipu helah akan dilakukan

hanya satu jalan!

kita humbankan gerombolan
untuk selama lama nya

mulakan di serawak!


nota:
bila sudah tonton
beritahu kawan kawan
sedarkan yang belum sedar
lagikan jepuan yang terbesar dan tergagah
teknolojinya tidak dapat melawan resapam radipoaktif
inikan pula teknoloji dari profesor kang kong lulusan sintok
kah kah kah


NOTA:
bergerak lah kamu sebelum kamu di baham barah!



BELUM KENA RADIOAKTIF DAH GILA




MB PAHANG JAMIN KILANG KIMIA MILIK LYNAS SELAMAT
- meloya

BENTONG 31 Mac – Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob memberi jaminan bahawa pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia milik Syarikat Lynas Corporation Ltd. dari Australia di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan, adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar.

Katanya, kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan dan pandangan daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut sebelum bertindak meluluskan tapak pembinaan kilang itu.

"Pembinaan kilang itu sengaja dijadikan isu politik oleh pihak tertentu yang didalangi pihak parti pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, beliau dan semua pengerusi jawatankuasa kerajaan negeri diberikan taklimat kali kedua daripada LPTA dan pakar tenaga atom yang diketuai Ketua Pengarah LPTA, Raja Abdul Aziz Raja Adnan.

Menurut Adnan, sebelum meluluskan permohonan daripada syarikat berkenaan pada tahun lepas, ia telah melalui beberapa proses yang ketat dan membabitkan beberapa badan teknikal daripada LPTA dan pihak-pihak yang berkaitan dengan nuklear.

"Kita berharap penduduk terutamanya di Kuantan tidak merasa panik atau gusar apabila kilang itu yang dijangka beroperasi pada September ini kerana ia tidak akan membebaskan radiasi dan membuang sisa-sisa air yang digunakan untuk memproses bahan tersebut tetapi air itu akan dikitar semula,” katanya.

Semalam, kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen kerana membantah pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia itu.

YA AMPOOON…. INI PANDANGAN TERBAIK DARI PROFESOR DATUK DOKTOR ADNAN YACOB Phd. DPB. PPB.. KTM..LLN…..

..…INI JUGA PROFESOR DATUK PADIKA RAJA AZIZ RAJA ADNAN AL MARHUM RAJA GOPAL…Phd..KRT..LLB..KKN..DDT

MAMPUSLAAA…ORANG PAHANG…...

..KAWAN TOK TAU LAAA… APA NAK CAKAP…...

KAWAN RASA ORANG ORANG KENA TIPU….…

PATIN SUNGAI PAHANG JADI MUTAN…..

PUNAI ORANG PAHANG AKAN BERCABANG TIGA…...

ORANG PEREMPUAN PAHANG AKAN BERKOPEK EMPAT….…


POLIS NAK JADI BARUA GEROMBILAN

SIASATAN POLIS KE ATAS ANWAR IBRAHIM


Pada 30 Mac 2011, pihak polis telah mengemukakan satu notis di bawah
Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah ke atas Ketua Pembangkang Malaysia,
Anwar Ibrahim.

Notis tersebut mengarahkan beliau untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah
Ampang untuk disoalsiasat polis berkaitan ceramah yang beliau
sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac 2011 di Pusat Khidmat Rakyat
Parlimen Gombak.

Polis,secara salah telah mengacau-ganggu ceramah sebaik saja
Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan
mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden KEADILAN,
YB Azmin Ali.

Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini di bawah Seksyen 4(1)
Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya
digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan
bersuara dan berhimpun.

Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas
moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang
dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.

Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua
kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman
mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa. Di dalam sistem demokrasi
berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks
perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan
dan menyediakan peranan 'semak dan imbang' ke atas semua tindakan dan
dasar kerajaan.

Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan
menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas
sistem demokrasi kita.

Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini jelas bermotifkan
politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang
terang dan jelas.

Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar
segera dan semua yang bertanggungjawab menginstitusikan penyelewengan
ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana
kedudukan ataupun kuasa mereka.

Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan
untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas
pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan,
menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti
masyarakat, dan
pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah.

N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT


BILA SANTA MENARI POCO POCO

MAT SANTA PILIHANRAYA




nota:
santa ini cukup aktif
terutama dalam pilihanraya kecil
sekarang ini santa sedang berada
di sawarak kah kah kah



MUFTI WAJAR NYATA PENDIRIAN, KATA DR ASRI -mkini

Para mufti wajar menyatakan pendirian mereka berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua umum PKR, Anwar Ibrahim, kata bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Kita kena bezakan (supaya), apabila bercakap, jangan main selak kain (orang). Kita tidak cakap video itu (sama ada) betul atau salah. Kita bercakap mengenaipolitik idea untuk membela rakyat.

“Kita bercakap tentang prinsip. Apa nak jadi, kalau ahli politik bercakap mengenai melondeh kain orang. Apa yang rakyat dapat.

“Bahkan (dalam) prinsip Islam pun menentang perkara-perkara seperti ini. Jadi mereka (mufti) perlu berkata sesuatu (mengenai perkara ini). Saya tidak mahu memaksa mereka (untuk berkata),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Hujung minggu lalu, Dr Mohd Asri mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

YAAAA AMPOOOON…...

TOLONG JANGAN BERI TEKANAN PADA MUFTI…..…

MUFTI INI HANYA KERJA ...CARI MAKAN….…

FATWA HARAMKAN BAJU SANTA CLAUS BOLEH…...

FATWA HARAMKAN POCO POCO BOLEH….…

YANG LAIAN SOOOOORIIII BEBEEEEEB…. CARI MAKAN….…

nota:
mufti di malaysia ini memang tak dihormati
ini kerana mereka cari makan dengan gerombolan
bukan macam para ayatolah mereka mendapat
sokongan dari orang ramai yang bersedekah dan berwakaf
dana yang datang tak sangkut paut dengan daulah

nota
kunci semua ini ialah ekonomi
kalau tak ada kebebasan ekonomi macam mana
nak bebas berfikir – gaji taraak – ilmu pun kureeeng
buku taraaaak tulis. nak jadi tok siak pun mungkin
tal dapat

YA AMPOOON

DARI FACEBOOK :


Zunar Kartunis
Rahim Tamby Chik beri amaran kpd blogger supaya jangan fitnah beliau. Dia kata dia tak pernah disabitkan apa2 kesalahan jenayah. Agak2 anda apa akan jadi kalau Rahim saman Tukar Tiub?

Rahim Thamby Chik kata akan saman blogger. Apa akan berlaku kalau Rahim saman Tukar Tiub RM100 juta? Kalau bersalah Tukar Tiub akan diistihar bangkrup. Itu tak jadi masalah kerana Tukar Tiub memang sudah bangkrup dari azali. Harta-harta Tukar Tiub akan dirampas, jadi inilah yang akan Rahim dapat.

--
Zunar
Political cartoonist
012 3058262
"How can I be neutral even my pen has a stand!"


INI YANG AKAN JADI PADA RTC





nota:
juga dapat dua ekor anjing
tiga ekor kucing
dan dua ekor kura kura










MALIKUL TIBAI MAT MONGOL

TELAH BERANI LAWAN BOSS




nota:
perebutan telah bermula
mat mongol nak masukkan orang dia
malikul juga nak masukkan orang dia
mat taib pun ada nama calon spesial
perang dah mula







TOLAK JANJI MANIS JEMBALANG ,KATA MUHYIDDIN -mkini

Rakyat Sarawak perlu menolak "hantu" dan "jembalang" yang akan datang dengan mulut yang manis membuat pelbagai janji dan tawaran tetapi sebenarnya hanya pembohongan dan kepalsuan, kata Muhyiddin Yassin.

Katanya pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April depan adalah peluang terbaik bagi rakyat Sarawak berbuat demikian.

Muhyiddin berkata "hantu" dan "jembalang" itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini.

"Perjuangan mereka hanya untuk kepentingan suku sakat mereka... bukan untuk semua rakyat. Ini (pilihan raya negeri) adalah detik penentuan yang penting bagi rakyat Sarawak untuk masa depan yang terjamin," katanya.

Muhyiddin berkata BN tidak pernah berbohong kepada rakyat dan berharap rakyat terus memberi memberi sokongan apabila tiba masa
penentuannya supaya rakyat Sarawak terus terbela.

MALIKUL SEMBAB… SUDAH MULA NAK KAUTIM DENGAN PAKATAN…

SENYAP SENYAP SUDAH BUAT DEAL DENGAN PAKATAN….

….INI LAH KENYATAAN PERTAMA NAK BANTU PAKATAN RAKYAT…….

MALIKUL SUDAH TUNJUKKAN PADA ORANG SERAWAK…. ADA HANTU DARI SEMENANJUNG…....

HANTU UNTUK SUKU SAKAT…...

JEMBALANG UNTUK KAUM KELUARGA….

INI BETUL BETUL TIBAI MAT MONGOL…...

nota:
perhatikan dengan teliti
malikul sembab TIDAK membuat
apa apa kenyataan tentang filem tiga mat boroi
malikul sembab sedar filem ini sedang menibai
mat mongol dan orang ramai makin tak percaya
bukan saja filem ini – jubur saiful yang bercabang tiga
pun orang tak percaya

orang ramai hanya percaya pada kueh karipap ummi hulfidah

Tiada ulasan: