Selasa, 20 Julai 2010

VIP Malaysia Di Tangkap Bersama Paris Hilton Di Italy?

http://celebrity.techwoo.com/2010/07/15/paris-hilton%E2%80%99s-poses-in-paris-for-malaysian-millionaire-photos/ [celebrity.techwoo.com]

Siapakah Taek Jho Low?Posted by admin on May 28th, 2010

Ketua pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin hari ini menggesa kerajaan supaya seorang pemuda Malaysia yang dilaporkan sering berbelanja mewah di luar negara disiasat.

Pemuda tersebut, Taek Jho Low (gambar atas Low-kanan bersama Usher) yang menurut New York Times, didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan bergaul rapat dengan selebriti-selebriti Barat. Antaranya ialah menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox. Beliau juga menghabiskan satu malam AS$160,000 di Avenue New York pada September yang lalu semasa Minggu Fesyen.

Shamsul meminta siasatan sama ada Jho Low terlibat di dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur.

Dalam sidang medianya selepas itu, Shamsul Iskandar mendakwa Taek Jho Low juga merupakan seorang penasihat bagi pihak berkuasa pelaburan bagi negeri Terengganu yang kini dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad.

Lelaki yang badan gempal ini berumur 28 tahun adalah graduan Sarjana Muda Sains Ekonomi dari Sekolah Perniagaan Wharton, Universiti Pennsylvania yang kini merupakan Penasihat Kumpulan dan Pengarah Bukan Eksekutif untuk Utama Banking Group (UBG) Bhd sejak 19 September 2008.

Low yang berasal dari Pulau Pinang juga adalah wakil syarikat Majestic Masterpiece Sdn Bhd dan Abu Dhabi-Kuwait-Malaysia Investment Corporation (ADKM) yang memegang sebanyak 53 peratus saham UBG Bhd.

UBG yang diuruskan oleh Mahmud Abu Bekir Taib adalah anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Pehin Abdul Taib Mahmud dan UBG mempunyai 86 peratus kepentingan saham di dalam Putrajaya Perdana Bhd (PPB) dan 80 peratus di dalam Loh and Loh Group Berhad.

PPB bukan sahaja mempunyai pejabat di Putrajaya tetapi juga sudah membuka cawangan pejabat operasi di Abu Dhabi, Kuching dan di wilayah Iskandar Johor.

Low dipercayai rapat dengan seorang jutawan dan hartawan Kuwait yang dikenali sebagai Hamad

Tiada ulasan: