Rabu, 21 Julai 2010

SUBSIDI GULA : BANGANG NOMBOR 2

Adalah tidak munasabah bagi kerajaan berbelanja RM1 bilion setahun bagi memberi subsidi kepada satu barangan yang memberi kesan tidak baik kepada kesihatan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.. - Mengapa sekarang mung nak ungkit masalah kesihatan.Minyak.. apa pula rasionalnya subsidi di tarik balik??Kalau tak pandai nak memerintah negara , letak saja jawatan..

TAK MUNASABAH UNTUK TERUS BELANJA RM1 BILION SETAHUN UNTUK SUBSIDI GULA - MUSTAPA

BANGI: Adalah tidak munasabah bagi kerajaan berbelanja RM1 bilion setahun bagi memberi subsidi kepada satu barangan yang memberi kesan tidak baik kepada kesihatan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

“Kita harus lihat secara makro di mana antara lain kenaikan harga gula dapat mengekang ketirisan barangan kawalan itu ke negara jiran,” katanya kepada media selepas merasmikan Sukan Antara Agensi Kementerian itu di Pusat Latihan Petronas di sini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas program rasionalisasi subsidi yang melibatkan pengurangan subsidi bagi harga gula yang diumumkan kerajaan Khamis lalu.

Khamis lalu, kerajaan mengumumkan bahawa subsidi gula dan bahan api akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat.

Harga gula diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram, diikuti minyak petrol RON 95 dan diesel masing-masing dikurangkan sebanyak 5.0 sen seliter, serta gas petroleum cecair (LPG) dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram.

Katanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan merasai kesan kenaikan ini tetapi “kalau kita bijak menguruskan perniagaan, kita tidak harus merasai sebarang kesannya dengan meningkatkan produktiviti.”

Namun, beliau berharap tiada pihak yang akan mengambil kesempatan dari kenaikan harga yang kecil ini.

“Langkash mengurangkan kandungan gula tidak akan menyebabkan kos melambung. PKS boleh ubah suai dan struktur kos dapat dikekalkan,” katanya.

Mengulas tentang program rasionalisasi subsidi kedua, Mustapa berkata barangan yang akan terlibat tentulah yang bergantung kepada pasaran antarabangsa.

Namun, beliau memberi jaminan kerajaan akan kekalkan subsidi untuk bidang pendidikan dan pertanian.

“Kita tidak boleh pertahankan (harga pada) keadaan semasa. Malah subsidi bermakna kita mengambil hasil cukai untuk bantu pengguna.

“Kita kaji semula dengan melihat harga di pasaran antarabangsa. Jadi, kalau meningkat, sudah pasti kerajaan akan lihat semula kadar subsidi tersebut dan pada masa yang sama, kalau harga turun, penyelarasan akan dibuat bagi mengurangkan harga,” ujarnya.BERNAMA

………………………………………………………………..

Meletakkan masalah kekurangan wang kerajaan kebahu setiap rakyat..

salam 1 untuk semua,
mengurangkan subsidi adalah cara yang paling mudah utk krjaan menyelesaikan masalah..beliau meletakkan masalah kekurangan wang krjaan kebahu setiap rakyatnya..kesian rakyat yg miskin.

masalah ini sepatutnya ditanggung oleh menteri2 yg bebal yg berada di PJaya yg tidak tahu apa kerjanya selain dari membolot harta kekayaan, mengkayakan
kroni yg sememangnya dah kaya.
menteri2 yg dianugerahkan bengong ini yg tidak tahu buat kerja telah merugikan negara sepatutnya DIPECAT saja..knp rakyat harus menerima menteri2 yg bodoh spt ini utk bekerja.. PM harus memandang serious akan perkara ini, PM harus tegas dan berani.
kalau benar slogan ‘rakyat didahulukan’
tapi kenapa rakyat dibebankan???????
jangan jadikan rakyat sbg mangsa…..

masih ramai lagi diluar sana yg boleh diangkat menjadi pemimpin dan boleh diberi tjawb dan sy amat bersetuju utk mengubah cara umno mencorakkan kepinpinan dan krjaan adalah dgn diserap masuk ahli2 marhean dari kalangan pas/umno yg tidak mempunyai kepentingan sendiri tetapi sanggup berkhimat utk agama, bangsa dan negara.
menyelinap masuk demi untuk majoriti yang memihak kepada rakyat dan yg mengutamakan rakyat…..
‘kita buang menteri2 yg salahgunakan kuasa’

…………………………………………………

Tahniah dan syabasy kerna anda telah mula sedar betapa bodohnya “menteri-menteri” yang dilantik dan dpilih oleh anda selama ini…. masih belum terlewat untuk anda dan rakan2 anda melakukan perubahan dan menyedarkan penyokong-penyokong anda.

inilah yang sepatutnya diperjuangkan, bukan mengikut dan menyokong membuta tuli tanpa menggunakan akal yang waras yang diberikan Allah kepada kita manusia. Rosaknya muka bumi Allah ini adalah hasil kerja tangan manusia itu sendiri, akal yang diberi, gunakanlah sebaik-baiknya demi agama Allah kerna Allah kekal selamanya, manusia dan bangsa akan lupus seperti mana lupusnya kaum ‘Aad, kaum Lud dan sebagainya. Engkar kepada Allah akan terima pembalasan yang sewajar dan setimpal dari Nya….

Shoppers purchase sugar at a grocery store in Kuala Lumpur July  16,  2010. Malaysia's government said on Thursday that it will hike fuel   prices and sugar prices from Friday in a move that will save 750  million  Malaysian ringgit ($234.6 million) a year in subsidies, which  will help  to manage the country's budget deficit.

Shoppers purchase sugar at a grocery store in Kuala Lumpur July 16, 2010. Malaysia’s government said on Thursday that it will hike fuel prices and sugar prices from Friday in a move that will save 750 million Malaysian ringgit ($234.6 million) a year in subsidies, which will help to manage the country’s budget deficit.

TARIK SUBSIDI GULA ELAK RAKYAT KENA KENCING MANIS - PM

Penyelarasan subsidi merupakan satu langkah berani yang diambil kerajaan bagi meletakkan ekonomi Malaysia di landasan kukuh pada masa depan - PM... berani sungguh PM kita membebankan rakyat..

Penyelarasan subsidi yang dilakukan kerajaan masih berpegang pada prinsip meminimumkan bebanan rakyat.

Rakyat negara ini sebenarnya masih membayar harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula jauh lebih rendah berbanding negara jiran. “Sebagai contoh, gula di Malaysia RM1.90 sekilogram, tetapi di Thailand RM2.60 sekilogram, Indonesia RM3.68 dan Filipina RM3.46.

penyelarasan subsidi gula pula dapat menangani masalah penyakit kencing manis yang menunjukkan trend berbahaya di negara ini.pada masa ini, 1.4 juta rakyat negara ini mengalami penyakit berkenaan yang memerlukan usaha bagi menanganinya. - sebahagian daripada ucapan PM ketika berucap merasmikan Hari Koperasi Negara di Kuantan pada hari ini
………………………………………..

cakap x serupe bikin!!!!

ckp nak utama kan rakyat…..pastu naikkan barang…..ape punye pemimpim!!…. rakyat sederhane pun dah mule rase susuah…..pikir lah ckit rakyat yang miskin….yang ade anak ramai…..nak pikir skolah budak ker…atau nak pikir bagi budak2 makan ker….came on lah pemimpim……makin melampau betul!!!! BN=barang naik!!! – Yasmin minsyisa@yahoo.com

……………………………………….

Berbagai perkataan dan ayat manis digunakan agar rakyat boleh terima kenaikan dengan hati yang terbuka..

Kerajaan Mohd. Najib dikatakan menaikkan harga barang keperluan dalam keadaan tergesa-gesa.

Tiada perbincangan dari dewan parlimen menyebabkan kerajaan BN dilihat amat hipokrit, tidak memberi ruang kepada ahli parlimen khususnya blok pembangkang untuk berfikir, memberi pandangan dan membuat cadangan tetapi terus bertindak menaikkan harga barang keperluan.

Berbagai perkataan dan ayat manis digunakan berkaitan kenaikan harga barang keperluan itu bagi mengelirukan pemikiran rakyat agar rakyat boleh terima kenaikan itu dengan hati yang terbuka.

Persoalannya apabila rakyat 1 Malaysia sedar dari kelirunya apakah mereka akan bergembira menerima khabar itu dengan memberi kata-kata pujian atau kejian…?

Kalaulah hari ini kerajaan Malaysia dipimpin oleh Pakatan Rakyat dan mereka melakukan pekara yang sama seperti apa yang dilakukan oleh Mohd. Najib terhadap rakyat… pastinya kita juga akan menentangnya juga walau pun kita berharap Pakatan Rakyat lebih baik dari BN.

Tapi Pakatan Rakyat belum diberi kesempatan. Oleh kerana itu kita tidak boleh mengatakan bahawa mereka tidak boleh atau tidak tahu mentadbir.

Kita patut memberi ruang dan peluang kepada pemimpin Pakatan Rakyat membuktikan kebolehan mereka mentadbir kerajaan pusat dan menguruskan ekonomi Negara lebih baik dari Barisan Nasional.

Oleh kerana itu rakyat 1 Malaysia mesti bersatu bangkit berkempen dan menentang kezaliman kerajaan Barisan Nasional sehingga mereka tumbang jadi pembangkang.

Tiada ulasan: