Oleh : Sepatu Putih
Kini Mahathir baru terkejut dengan apa yang telah terjadi kepada UMNO dan ahli serta para pemimpinnya. Harakahdaily menyiarkan berita bahawa Mahathir berkata “UMNO kini busuk hingga ke ususnya“.
Ketika ramai di kalangan kita tidak hairan dan terkejut dengan apa yang kini telah menimpa UMNO, mungkin kita terkejut kerana Mahathir baru terkejut.
Suatu masa dahulu ketika Dr. M menerajui UMNO, Shahnon Ahmad pernah memkatakan tentang kebusukkan apa yang ada di dalam usus UMNO, ramai pemimpin dan ahli UMNO menentang dan marah. Kemerahan mereka dibawa hingga ke dalam teks khutbah (di seluruh masjid negeri Selangor ketika itu).Namun punca kemusnahan yang dialami UMNO kini berpunca tidak lain dari Mahathir sendiri. Dalam era pemerintahannya yang hampir suku abad itu telah sedikit demi sedikit merosakkan UMNO dari sistem hingga ke orang-orangnya sekali. Kemusnahan ini tidak terbendung di dalam UMNO sahaja malah wabak ini berjangkit hingga ke parti-parti komponen BN yang lain dengan apa yang kita dapat lihat hari ini.
Malangnya bagi negara kita, kerana kekuasaan BN dan kekuatan mereka, kemusnahan ini turut terkesan kepada kita semua rakyat yang biasa hinggakan boleh juga kita lihat tercerna pengaruhnya di dalam pemikiran sesetengah ahlli dan pimpinan parti lawan (yang mungkin sebelum ini mereka pernah bergelumang dalam UMNO dan terikut-ikut dengan budaya sana).
Apakah ini seperti yang pernah IB sebut sebelum ini – Al-Marhum Ustaz Fadzil Doa Mahathir Dipanjang Umur … ?
Mungkin ini menjadi suatu cerminan untuk pemimpin PAS memerhati perilaku dan budaya kita supaya tidak terikut-ikut kemusnahan yang dilalui UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan