Sabtu, 6 Oktober 2012

Rapid Pengerang: Konspirasi Ghani, Najib rampas tanah penduduk besar-besaran


PETALING JAYA 4 Oktober: KEADILAN mendedahkan wujud konspirasi antara Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sebalik projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid) di Pengerang Johor.
Menurut Naib Presidennya, Datuk Chua Jui Meng, Ghani dan Najib sengaja merampas tanah penduduk seluas 22,500 ekar menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, bertujuan membolot sebahagian tanah tersebut untuk diagih kepada kroni mereka.
“Berdasarkan pemerolehan tanah secara besar-besaran ini, kerajaan negeri membeli tanah tersebut dengan harga murah, kemudian diagih kepada syarikat kroni.
“Selepas status tanah ditukar daripada pertanian kepada pembangunan, harga tanah tersebut akan melambung sehingga 100 peratus.
“Ini adalah taktik yang diguna Ghani dan Najib sekaligus menguntungkan mereka dan kroni Umno BN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengah hari tadi.
Rapid pada asalnya berminat melabur di Selangor
Pengerusi KAEDILAN Johor itu berkata, projek Rapid telah beroperasi di Taiwan selama 52 tahun dan ia dikendali oleh syarikat China Petroleum Corporation (CPC) dan Kuo Kuong Corporation.
Katanya, Presiden Baru Taiwan, Ma Ying-Jeou tidak meneruskan lesen tersebut selepas menerima tentangan daripada rakyatnya.
Jelas Jui Meng lagi, CPC dan Kuo Kuong bersama satu syarikat tempatan Everwish Sdn Bhd kemudiannya memohon untuk meneruskan projek itu di Pulau Indah, Selangor.
“Bagaimanapun, kerajaan Selangor menolak projek ini walaupun dikatakan akan meningkatkan jumlah pelaburan asing (FDI) dengan menerima RM10 bilion setahun serta 20,000 peluang pekerjaan,” katanya.
Najib, Ghani sambar apa yang ditolak Taiwan dan Selangor
Jui Meng berkata, selepas Selangor menolak permohonan tersebut, CPC dan Kuo Kuong memohon kepada Petronas untuk meneruskan projek Rapid di Malaysia.
Najib yang juga Pengerusi Petronas, tanpa berfikir panjang menerima projek itu dan mengisytihar ia akan dibangunkan di
Pengerang dengan kos RM60 bilion, pada 13 Mei 2011.
“Untuk menunjukkan rasa bersyukur atas projek yang akan dilaksanakan itu nanti, Najib mengumumkan pengecualian cukai selama 10 tahun terhadap projek ini,” katanya.
Menurut Jui Meng, ketika cadangan projek itu di Pulau Indah, CPC dan Kuo Kuong memohon penggunaan tanah hanya seluas 2,889 ekar.
“Ia tidak memerlukan kerajaan negeri mengambil tanah penduduk menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, ia mengikut persetujuan pembeli dan penjual berdasarkan pasaran semasa,” katanya.
Beliau berkata, berbeza di Johor, kerajaan negeri sewenang-wenang merampas tanah seluas 22,500 ekar dengan niat membolot sebahagian tanah dengan harga yang murah.
“Ghani memperdaya penduduk Pengerang, kerana yakin tiada bantahan daripada mereka, seperti yang berlaku di Kuantan apabila penduduk membantah projek Lynas.
“Mungkin mereka merasakan Johor adalah kubu kuat Umno, dan rakyat akan menerima apa sahaja yang dilakukan oleh Umno BN,” ujarnya.

Tukar k’jaan jika tak mahu anak Mahathir bolot hasil minyak

KUALA LUMPUR 5 Oktober: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Putrajaya perlu ditukar sekarang bagi mengelakkan hasil minyak dibolot keluarga pemimpin Umno.
“Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno, kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ahli Parlimen Machang itu berucap pada ceramah di Putik, Pengkalan Chepa malam tadi.
Saifuddin berkata, negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat.
Katanya, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Saifuddin pada perbahasan Bajet BN Selasa lalu mendedahkan, SapuraKenchana Petroleum dimiliki anak ketiga Mahathir, Datuk Mokhzani mendapat kontrak minyak sebanyak RM2 bilion.
Menurutnya, Armada Sdn Bhd milik Tan Sri Halim Saad turut diberi kontrak penyimpanan minyak dan gas bernilai RM8.5 bilion pada Isnin lalu.
Halim adalah salah seorang tokoh korporat Melayu yang rapat dengan Mahathir terutama pada era 90-an.

Rasuah: Najib ‘berkokok, ekor bergelumang tahi’


Adakah pemimpin-pemimpin BN mampu buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah dengan melakukan pengisytiharan harta secara terbuka, melaksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan serta menggugurkan pemimpin BN yang mempunyai gaya hidup mewah?
Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib semasa upacara pembukaan Persidangan Persatuan Pencegah Rasuah Antarabangsa telah menyeru agar pemimpin-pemimpin dari semua lapisan masyarakat menonjolkan nilai-nilai yang betul dan kelakuan beretika agar membantu dalam usaha membanteras rasuah. Malangnya, kenyataan Najib ini umpama ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

Penurunan Malaysia dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International daripada nombor 37 pada tahun 2003 kepada nombor 60 pada tahun 2012 adalah bukti yang paling kukuh kegagalan BN untuk membanteras rasuah. Lagi teruk, Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali sendiri telah menyatakan bahawa CPI Malaysia terus merudum akibat “elemen kerajaan” yang menggalakkan “rasuah besar”. Malah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung sendiri telah mengakui bahawa rasuah di Malaysia merugikan rakyat sebanyak RM26 bilion setiap tahun.

Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka sendiri boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut. Sehingga kini tiada jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya tentang kekayaan luarbiasa keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud yang didakwa bernilai berbilion-bilion ringgit. Betapa besarnya kekayaan keluarga Taib ini telah dibuktikan dalam kes perceraian anaknya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, di mana bekas isterinya telah mendedahkan bahawa beliau mempunyai kekayaan bernilai sekurang-kurangnya RM1 bilion, dengan akaun-akaun peribadi di serata dunia.

Sekiranya Najib ingin meyakinkan rakyat Malaysia tentang usahanya untuk membanteras rasuah, maka beliau harus menginstitusikan pengisytiharan harta secara terbuka. Ini telah dilakukan di Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan barisan Exco telah membuat pengisytiharan harta secara terbuka yang telah diperakui oleh firma akauntan antarabangsa. Jika Pulau Pinang mampu  melakukannya, kenapa tidak Perdana Menteri dan Kabinetnya?

Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin BN yang hidup mewah dengan rumah-rumah mewah, kereta dan plat nombor yang mahal harus digugurkan. Ahli-ahli keluarga juga harus dilarang daripada urusan perniagaan dengan kerajaan untuk mengelakkan terjadinya lagi satu skandal RM250 juta “lembu dan kondo” NFC.

Lagi satu elemen yang yang wajib dalam usaha membanteras rasuah adalah untuk menginstitusikan tender terbuka. Tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding secara terus dan dianugerahkan kepada kroni, hatta rakyat kerugian seperti dalam kes penjualan tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi dengan harga murah. Adakah peruntukan RM386 juta untuk 57 kedai KR1M di Sabah dan Sarawak ataupun RM6.7 juta sebuah kedai boleh diwajarkan? Dengan kos RM6.7 juta sebuah kedai, adakah kedai-kedai KR1M ini menjual barangan harian seperti gula, garam dan beras ataupun barangan mewah seperti bag-bag tangan dan barang kemas?

Di Pulau Pinang, tender terbuka telah dilaksanakan sejurus selepas pertukaran kerajaan pada tahun 2008 dan sejak itu kerajaan negeri berjaya mencatat bajet lebihan setiap tahun. Wang yang dijimat pula diberi balik kepada rakyat setiap tahun melalui “dividen anti-rasuah”.

Ini adalah akibat dasar toleransi sifar terhadap rasuah di mana pemimpin-pemimpin PR telah membuktikan diri dengan melakukan pengisytiharan harta secara terbuka, melaksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan dan tidak mempunyai pemimpin-pemimpin yang hidup dengan gaya mewah. Adakah Najib boleh buktikan yang sama?

Gambaq ahli parlimen makan elaun buta





Apabila anda tidak menghormati Parlimen, maka Parlimen pun tidak akan menghormati anda lagi. Itu jelas. Parlimen tidak akan sudi lagi menerima kedatangan MP-MP bongkak dan angkuh seperti Najib dan sekalian MP BN yang gagal untuk hadir di dalam sessi perbahasan bajet 2013 hari ini.

Kegagalan menteri-menteri kabinet hadir ke dewan jelas mereka tidak menghormati perlembagaan dan undang-undang serta gagal menjaga amanah yang diberi . Ia ibarat guru dan murid yang sengaja ponteng sekolah maka sekolah wajar membuang mereka.

Apa kata kita pakat tolak MP-MP yang kaki ponteng ni dalam PRU 13?

Panas!! Ketua Cawangan Umno bakar baju Umno


PANAS!! Ketua Cawangan UMNO bakar baju UMNO (Video Inside)


Marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi.


Ketua UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka.

Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan.

Ini perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang.

Antara yang jelas membuktikan penipuan kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib ialah Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dalam transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju. “Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang?” soal Talib.


“Mereka sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir dan merempat di tanah air sendiri”

Dalam masa yang sama beliau juga telah mengedarkan risalah atau dokumen yang menyokong dakwaannya itu kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut.

Antara kandungan risalah tersebut ialah senarai nama 31 orang pemilik yang telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO itu, dokumen yang membuktikan tanah tersebut telah dibeli dan dijual semula serta salinan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didalamnya tersenarai nama pemimpin UMNO itu sebagai pemilik syarikat terbabit.

Ketika ditanya adakah beliau masih akan kekal bersama UMNO setelah sedar dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO?

Jawabnya "Hang tunggu 14hb ini!!"..

Kata orang... Terbakar kampung nampak berasap. Terbakar hati siapa yang tahu..

Untuk pengetahuan semua Talib sememangnya telah lama bersama UMNO.. buat yang masih baru atau berhingus bak kata Talib.. fikir-fikirkanlah.. jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!!