Sabtu, 14 Julai 2012

GEMPAR !!! Tahniah Warga Felda, Anda dapat Lagi Habuan

Berita ini khas untuk makcik dan pakcik felda yang tegar menyokong umno, jugak artikel ini ditujukan khas untuk budak-budak felda yang tak habis-habis kene tipu dengan PM, dengan umno.

Tahniahlah sebab dah dapat "durian runtuh " dari najib, rezeki ALLAH nak bagi, itu pun kalau tidak didesak, takde la najib takut dan antah dari sumber mana korek duit tabur bagi pada orang felda.

Cuma yang najib tak cakap, duit tu sebenarnya bukan dari poket dia, jadi tak ade sebab sangat la kan nak cium tangan najib tu. lain la kalau duit tu dari poket dia, yang najib dengan orang umno nak belagak sangat entah la kenapa.

Melalak-lalak orang umno sebelum ni, terutama pencacai umno, bila FGVH disenaraikan dalam bursa saham, mencanak naik nilainya "sekejap"

Puak pencacai umno yang tak reti apa benda ni bersorak-sorak macam "monkey dalam Sarkis", tak tahukah normal la, mana-mana saham mula masuk akan naik sebab jadi tumpuan. tapi sekarang apa dah jadi.

Tengok bawah nei dulu.









Ok , kita dah tengok dah video najib melalak-lalak depan makcik dan pakcik felda , sekarang dengan bangganya kita persembahkan pulak statistik bawah ni untuk makcik dan pakcik felda pulak.

Kekesalan Sebahagian Warga Felda Atas Tindakan Kurang Bijak Mereka

Pada 28 jun 2012, kita lihat ramai pak cik dan mak cik dari golongan felda menyatakan kegembiraan atas pemberian saham percuma dan durian runtuh sebanyak RM 15 ribu dengan tiga kali pembayaran. Untuk Rm5 ribu diberi kepada Bapa... kemudian kepada Ibu disususli dengan anak...

Kegembiraan mereka dikaca televisyen tidak dapat digambarkan dengan kata2... Selepas itu...Mulut Kecoh lihat ada yang mengucapkan terima kasih kepada Najib Razak dan 5 kaki 2 inci atas pemberian tersebut... Bukan itu sahaja, malahan anak-anak mereka juga sama....kegembiraan yang teramat walaupun tanah plantation yang dijanjikan kepada mereka dipajak.. tapak kedai dan jalan raya digadai...

Setelah banyak pembongkaran yang dilakukan oleh Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat dan Rafizi Ramli.. keceriaan dan kegenbiraan telah bertukar kepada berbagai perasaan yang tidak menyenangkan..ada yang sedih.. ada yang marah...tetapi ada lagi yang masih dalam kegembiraan...masih tidak tahu apa yang terjadi...

Mereka ini mula sedar apabila tahu Unit saham yang Si 5kaki2inci dapat... untuk pengetahuan...Si 5kaki2inci ni dapat 180 ribu unit..itu baru dari FGV..belum lagi kira saham dia dapat dari anak2 syarikat felda yang lain... mana tak puas hati peneroka2 tersebut...mereka pemilik tanah... diberi 800 unit.. si 5kaki2inci yang langsung x punya harta kt felda dapat lebih 180ribu unit...Lalu muncullah beberapa insan yang menyerang Pejabat Felda di rancangan masing2... kononnya mahu tarik balik perjanjian tersebut... namun kesihannya... perjanjian ini tidak dapat dibatalkan kerana rizab tunai telah di salurkan kepada FGV...senang cerita.. sudah terlambat...Nasi Sudah Jadi Bubur...

Disinilah bermula golongan2 ini mencari Mazlan Aliman..meminta pertolongan beliau yang dahulunya dicaci oleh ramai peneroka sebagai anak tak kenang budi dan Haram Jadah..... lalu Mazlan Aliman menyeru kepada Seluruh Warga Felda dan Rakyat Malaysia untuk turun ke jalanraya untuk menjayakan Himpunan Oren Selamatkan Felda pada 14 Julai 2012, 2 petang di Masjid Wilayah, Jalan Duta...


Mana pergi RM170 juta belanja transformasi kerajaan?

KUALA LUMPUR 13 Julai: Pengarah Biro Perdagangan KEADILAN, Wong Chen mempersoal ke mana perginya RM170 juta atau 71 peratus kos mengurus persepsi awam dari peruntukan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Ini berikutan Pengarah Pencegahan Jenayah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan), Eugene Teh Yee mengatakan hanya 0.75 peratus daripada dana GTP dibelanjakan untuk aktiviti ini.
“Cuba kira. Bukankah RM170 juta dari RM240 juta kos pengurusan NKRA bersamaan 71 peratus?
“Ia dilulus dalam Belanjawan 2012. Ke mana pergi wang ini?” katanya kepada Keadilan Daily.
Selasa lalu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertikai kerajaan kerana membelanjakan RM170 juta dengan cara salah hanya untuk membetulkan persepsi orang awam terhadap polis.
Wan Azizah berkata, 71 peratus daripada belanjawan NKRA tahun 2012 adalah untuk mengurangkan perasaan takut terhadap aktiviti jenayah.
Justeru, kata Wong Chen, Pemandu perlu menjawab RM170 itu diguna dan dibelanjakan untuk apa.
“Kalau Teh Yee mengatakan Wan Azizah silap kerana menyangka kos menghantar anggota polis ke lapangan sebagai kos perhubungan awam, ini juga satu persoalan baru.
“Bukankah biaya anggota polis itu sendiri melalui pembekalan Kementerian Dalam Negeri. Sepatutnya tiada kena mengena. Mereka ada petuntukan sendiri. Dan apakah kos perhubungan awam itu?” soal Wong Chen.
Pengurusan NKRA merangkumi lima dasar, iaitu pengurangan indeks jenayah, pengurangan jenayah jalanan, meningkatkan pesalah kes ganas ke mahkamah, menganjur lebih banyak acara komuniti dan mengurangkan perasaan takut terhadap aktiviti jenayah.
“Hanya satu aktiviti yang dinyatakan dalam Laporan Tahunan Pemandu 2011 iaitu Pentauliahan Kaji Selidik – ‘Perasaan Takut Menjadi Mangsa Penyiasatan Jenayah’.
“Persoalannya, mengapa belanja mengurus persepsi terlalu tinggi berbanding usaha pencegahan jenayah? Dilihat dari belanja besar kerajaan, masalah jenayah masih tak selesai.
“Kalau rumah keluarga Ahli Parlimen pun dimasuki pencuri, rumah bekas menteri dirompak, apa jaminan (kerajaan) kepada kita rakyat biasa?” soal Wong Chen.

Noh Omar sapu 30 ekar tanah Selangor


KUALA LUMPUR 13 Julai: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dianugerahkan 30 ekar tanah di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.
Suee Lim menunjukkan bukti Noh pemilik tanah berkenaan.
Perkara itu didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Menurut beliau, Noh membeli tanah tersebut dengan harga RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta.
“Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang,” katanya pada perbahasan semalam.
Kata Suee Lim, Noh kemudian mengusahakan tanah tersebut bersama syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd bagi projek ternakan udang pada 2001.
“Kes ini saya anggap sebagai skandal tanah dan bukti wujudnya percanggahan kepentingan kerana beliau ketika ini ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang secara terang terlibat secara langsung dalam industri berkenaan.
“Di manakah maruah Umno BN yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tetapi parti terlibat dalam kes sapu tanah rakyat?” soalnya.
Noh buat pertama kalinya memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang pada April 1995.

Jumaat, 13 Julai 2012

Dah nak tergolek baru panggil kami



Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka.

Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti ‘alternative’ dalam PRU akan datang ini.

Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama.

“Dah nak tergolek baru panggil kami,” kata salah seorang yang menghubungi saya itu.

Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.

“Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang ‘dipanggil datang, di suruh pergi. Itu sahaja,” kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu.

Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, “Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup,” katanya kepada saya.

Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada ‘moral standing’ untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini.

Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit.

Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini.

Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan ‘consultant-consultant’ politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak kepada bumi yang nyata.

Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya.

“Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita.

"Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara,” kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu.

“Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai.

"Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak,” Sambungnya lagi.

Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja.

Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan ‘supervision’ terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.

Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga meupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.

Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS.

Pemimpin besar negara juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya raya yang tidak terperi.

Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, “Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!” kata beliau marah-mar