Sabtu, 12 Mac 2011

Selepas seluar dalam Saiful, kini mereka tergila-gilakan DNA Anwar

PENDAKWA kes fitnah Liwat II DS Anwar kelihatan bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita masih ingat di dalam kes fitnah Liwat I dahulu yang melibatkan Azizan Abu Bakar, pihak mereka telah pun mempunyai sampel DNA DS Anwar.

Persoalannya sekarang, adakah berbeza data sampel DNA DS Anwar yang dahulu dengan DNA beliau sekarang? Sekiranya data yang diperolehi melalui sampel itu sentiasa berbeza dari masa ke semasa, ada lojiknya mereka mahu mengambil DNA DS Anwar untuk kes fitnah II kali ini.

Tetapi kita sedia maklum, DNA tidak akan pernah berubah sampai bila-bila. Seperti Kumpulan Darah, jika kita mempunyai Kumpulan Darah `A' , biar berapa kerap pun kita menderma darah, darah kita tetap statusnya dari Kumpulan `A'. Justeru itu, amat menghairankan mengapa begitu `selera' mereka inginkan DNA terbaru DS Anwar. Apakah rahsia di sebaliknya?

Kita jangan bertanya mengapa DS Anwar sukar sekali untuk menyerahkan DNA nya. Paling penting kita harus bertanya untuk apa DNA tersebut diperlukan lagi sedangkan mereka masih menyimpan data DNA DS Anwar dahulu? DS Anwar mempunyai cukup pengalaman di dalam menghadapi karenah tipu daya dan manipulasi pihak-pihak tertentu termasuk DNA nya sewaktu di dalam kes Liwat I terdahulu. Maka, DS Anwar ada sebab untuk tidak menyerahkan DNA nya kali ini.

DS Anwar di dalam blognya ada menyebut, "Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?” soal Anwar. Beliau juga merasa hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik. “(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata ‘kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)’. Ini tidak masuk akal. “Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Harus kita ingat, DNA bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang kerana kemungkinan DNA boleh di manipulasikan juga agak besar. Bahkan, seorang pakar mengakui hakikat ini di mana tiada jaminan seseorang itu boleh mengelak dari menjadi mangsa akibat DNA yang bertujuan untuk menganiayainya. Baca di sini.

Bayangkan, jika anda memasuki sebuah tandas awam untuk membuang air dan tanpa anda sedari sehelai bulu anda tertinggal di tandas tersebut. Tidak beberapa lama selepas anda keluar dari tandas berkenaan, berlaku satu pembunuhan di dalam tandas yang anda masuki tadi. Apabila siasatan dijalankan, pihak berkuasa menjumpai bulu anda dan dilakukan ujian DNA. Maka, terbukti itu adalah data DNA anda dan anda pun dituduh sebagai pembunuh. Adakah itu adil buat anda? Sebab itu, DNA dikatakan bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang. DNA hanya berfungsi sebagai bukti sokongan sahaja.

Tidak dapat dinafikan DNA memang penting sebagai membantu di dalam beberapa kes terutamanya yang melibatkan jenayah. Di dalam kes DS Anwar ini, mereka telah mempunyai rekod data DNA DS Anwar yang terdahulu, maka adalah lebih praktikal jika data DNA itu diguna pakai tanpa memerlukan DNA yang baru apatah lagi dengan cara helah atau penipuan.

Mudah-mudahan kita yang mengikuti kes fitnah Liwat II kali ini tidak mudah diperdayakan oleh mereka dan media pencacai yang sering menggambarkan bahawa DS Anwar takut untuk menyerahkan DNA nya. Media pencacai ini akan terus mencari jalan untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap DS Anwar seperti apa yang telah mereka lakukan sebelum ini dengan isu sumpah laknat. Mereka tidak merujuk kepada hukum Islam asalkan mereka dapat memperdayakan kita. Peliknya, media pencacai ini tidak pula memberi perhatian apabila permohonan DS Anwar untuk membawa kes Qazaf ke Mahkamah Syariah ditolak angkara seorang Menteri yang kununnya berjiwa Islam. Bukankah jalan Qazaf itu adalah kaedah Islam?

Khamis, 10 Mac 2011

Benarkah Mahathir hanya ikut telunjuk orang lain

Adakah keterlaluan jika dirumuskan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai banyak kuasa selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri? Kesimpulan ini mungkin boleh dibuat berasaskan nilai “pengakuan” beliau sendiri dalam buku kisah hidupnya, “A doctor in the house: The memoirs on Tun Dr Mahathir Mohamad”.

mahathir book launch memoirs 080311Atau, adakah Mahathir sekadar berbohong untuk menutup pekung di dada dan menghalalkan segala penyelewengan kuasa, pemborosan dan rasuah dan kronisme yang mewarnai pemerintahan beliau?

Bersandarkan buku “A doctor in the house” dan pengakuan Mahathir sendiri, mantan perdana menteri itu mahu rakyat percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988.

Malah beliau juga tidak bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih seratus orang aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987.

salleh abbas and bar council and judiciaryDalam buku nukilannya, Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada mantan Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar.

Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu untuk memecat Salleh.

Gadaikan negara

Selain itu Mahathir, mengikut pengakuannya sendiri, terpaksa akur desakan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar untuk melancarkan Ops Lalang.

Mungkin perlu ditambah kepada pendedahan Mahathir itu adalah tema yang sering dikitar oleh beliau, bahawa bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya “menggadaikan” negara apabila berurusan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF.

ops lalang 261005 star front pageMahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya.

Mahathir juga mahu kita mempercayai bahawa beliau tidak sama sekali mengarahkan Petronas menggunakan hasil minyak untuk membeli kapal-kapal tangki bernilai lebih RM1bilion untuk menyelamatkan anaknya Mirzan ketika kemelesetan ekonomi 1997.

Begitu juga dengan keputusan Petronas untuk membiayai projek-projek seperti pembinaan Putrajaya, Lapangan Terbang KLIA dan sebagainya. Semua pelaburan berjumlah lebih RM100 bilion ringgit itu itu adalah berasaskan keputusan dibuat oleh pengurusan Petronas sendiri dan bukan atas kehendak Mahathir.

Jadi rakyat tidak boleh dipersalahkan jika merumuskan Mahathir adalah seorang Perdana Menteri yang mengaku dirinya sebagai tidak mempunyai kuasa dan hanya mentadbir di bawah telunjuk pihak lain.

Seorang pengecut

Selasa lalu, ketika melancarkan buku itu, Mahathir berkata beliau mengambil masa lapan tahun menulisnya dan menunggu masa sesuai sebelum melancarkan buku itu.

NONEAmat mendukacitakan Almarhum Sultan Mahmud sudah mangkat dan tidak dapat membela diri terhadap tuduhan Mahathir bersabit pemecatan Salleh Abas. Pemecatan beliau bersama lima hakim kanan yang lain masih menjadi detik hitam dalam sejarah perundangan negara.

Mahathir mengelak daripada memikul tanggungjawab mencalar dan menghakis kewibawaan sistem kehakiman negara tetapi sebaliknya menyalahkan seorang Sultan yang sudah mangkat.

Dalam kes Anwar, Mahathir mengelak untuk memberi keterangan di mahkamah, tetapi ibarat seorang pengecut, beliau melontarkan fitnah dan tuduhan dan berlindung di bawah payung Umno yang melihat Anwar sebagai musuh politik utamanya.

sultan of johor and the causeway bridge 180609Mungkin kini sudah sampai masanya pihak Istana menegur Mahathir kerana sifat celuparnya mengheret keluarga diraja Johor semata-mata untuk menghalalkan tindakannya memecat Salleh Abas demi menyelamatkan diri beliau dan Umno pada tahun 1988.

Dan, mungkin sampai masa Mahathir sedar bahawa lebih banyak beliau bercakap, lebih terserlah pembohongannya.

MAK CIK DAN PAK CIK FELDA KENA TIPU

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN


nota:
tak melawan mati kena tipu
lebih baik bangun melawan
kalau melawan pasti tak
ada sesiapa berani menipu





KEMANA HILANGNYA WANG SIMPANAN FELDA
– musika25.blogspot.com

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan mengakui bahawa kedudukan tunai kewangan felda merosot daripada rm 4.08 billion pada tahun 2004 kepada rm 1.35 billion pada tahun 2009.

Kemerosotan rm 2.73 billion dalam masa 5 tahun amatlah mengejutkan dan meragukan.

Alasan yang diberikan oleh Ahmad Maslan adalah seperti berikut semasa menjawab di dalam Sidang Parlimen baru-baru ini:

1) Rm 2 billion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil,

2) Rm 603 juta untuk pinjaman rumah,

3) Rm 253 juta untuk tabung kemiskinan Sabah dan

4) Rm 662 juta untuk bangunan baru Felda.

MENGELIRUKAN ATAU MENIPU ?

1) Setiap peneroka yang terlibat dengan tanam semula telah mencarum setiap bulan dan dipotong oleh pengurusan felda. Berapakah jumlah sebenar kutipan daripada caruman tersebuj ? Adakah ianya disimpan atau dilaburkan? Berapakah jumlah caruman peneroka tanam semula persendirian yang belum dikembalikan kepada peneroka tersebut ?

2) Setiap pinjaman perumahan yang dibuat oleh peneroka adalah hutang yang dibayar balik setiap bulan dengan jumlah tertentu. Mereka dikenakan kos pengurusan 2.5 % atas pinjaman. Berapakah jumlah kutipan keseluruhan daripada bayaran balik pinjaman perumahan oleh peneroka berkenaan ?

3) Apakah relevannya felda membiayai dana khas kemiskinan Sabah sedangkan penempatan peneroka di negeri tersebut terlalu kecil. Felda Plantation, Estet Felda yang terbesar di Malaysia terletak di Felda Gugusan Sahabat. Kenapa tidak digunakan keuntungan dari Felda Plantatioin?

4) Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh bekas Timbalan menteri Tanah Dan Pembangunan Koperasi Dr. Tan Kee Kwong (1999 - 2004) bahawa felda telah membayar pendahuluan 40% atau rm 230 juta daripada harga sebenar rm 662 juta kepada pemaju projek iaitu Naza TTDI (TTDI Development Sdn. Bhd.) untuk membina bangunan baru felda di Platinum Park KLCC ? Sehingga kini berapa peratuskah kerja-kerja pembinaan telah dilakukan?

5) Akhbar Berita Harian dalam sisipan khas bertarikh 26 Febuari 2008 mencatatkan kos pembinaan bangunan baru felda yang bertaraf 5 bintang terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Singapura ialah rm 640.77 juta. Kenapakah harganya kini meningkat kepada rm 662 juta?

6) Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong bahawa wujudnya suatu perancangan pada tahun 2006 untuk menggantikan ibupejabat felda sedia ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak dengan kos anggaran rm 220 juta sahaja. Tender untuk meruntuhkan bangunan lama telah pun dibuka dan Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju merasmikan majlis pecah tanah pembinaannya. Apakah kewajarannya perancangan asal dibatalkan dan dibina bangunan baru di tapak lain dengan kos begitu mahal?

7) Adakah benar dakwaan harga bangunan baru setinggi 5o tingkat itu yang mencecah rm 662 juta terlalu tinggi dan bagaimana penilaiannya dibuat?

TUNTUTAN

Felda adalah institusi pembangunan tanah milik bumiputera yang bertujuan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong selaku Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi yang Menterinya ketika itu Kasitah Gadam adalah sangat serius. Pengakuan oleh Ahmad Maslan sangat memeranjatkan. Kemerosotan rezab tunai felda lebih 60% dalam tempuh 5 tahun di bawah pengendalian Najib Razak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Selaku institusi mega yang membangunkan tanah terbesar dunia dengan mempunyai 43 anak syarikat dan 23,000 kakitangan kumpulan, kestabilan felda telah menjadi tanda tanya. Wang peneroka felda telah dibazirkan sesuka hati. Adakah betul untuk kepentingan rakyat atau kegiatan politik Barisan Nasional kerana felda adalah hayat terakhir mereka. Logiknya beberapa tahun akan datang, samada felda terpaksa membuat pinjaman baru berskala besar atau diisytiharkan bangkrap.

Isu ini membabitkan kepentingan 112,635 orang peneroka dan 800,000 generasi baru felda. Penyelewengan dan salahguna kuasa atau apa sahaja boleh dikaitkan dengan dakwaan di atas.

p/s-kalau macam ni orang-orang felda tak sedar lagi tak tau la..biar mati sebagai pembangkang..jangan mati ikut temberang..



SATU LAGI SURAT

CUKONG JADI KAYA




SURAT DARI PEMBACA


salam , atok aku pernah berkhidmat sebagai pomen kapal terbang di kem TUDM sg besi.mula pencen sekitar tahun 1980.mengikut katanya,tanah dikawasan sekitar kem TUDM tuh terdapat bijih timah yang agak banyak.dari dulu lagi puak2 cukong cuba mencari jalan utk mendapatkan tanah di sg besi itu. dan atas disebabkan kerakusan pemimpin sekarang,tanah yang kaya dengan sumber asli(selain minyak) telah dijual dan cukong akhirnya berjaya. adakah ini petanda yang pemimpin melayu terlalu haloba dan rakus serta berpenyakit BODOH melampau?!! tuan yang budiman, sila highlight tanah sekitar kem yang dimaksudkan terdapat sumber asli.

Oleh Tanpa Nama pada SURAT DARI PEMBACA pada 11/03/09



MACAM MANA CARA NAK BODOHKAN MELAYU

INI JAWI BUKAN JAWA



nota:
macam macam di usahakan
untuk bodohkan melayu
bila melayu bodoh
tak boleh berfikir
maka senag kena tipu
oleh cukong




JAWI DIMINTA MASUKKAN SOAL LARANGAN BELI CD,DVD CETAK ROMPAK DALAM KHUTUBAH JUMAAT
-minsider

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diminta memasukkan soal larangan membeli cakera padat (CD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak dan lucah dalam khutbah solat Jumaat bagi mendidik msayarakat dalam soal itu.

Ketua Bahagian Kawalan Filem, Kementerian Dalam Negeri Noor Aziah Abdullah berkata perkara itu telah dibincangkan dengan JAWI dan besar kemungkinan ia akan dilaksanakan bulan depan.

Beliau berkata adat dalam perniagaan, jika tiada permintaan, maka tiadalah bekalannya.

“Maka salah satu caranya untuk mendidik masyarakat ialah menerusi khutbah Jumaat ... jika kita menolak barangan ini, maka tiadalah bekalan di kedai atau premis lain dan sekaligus dapat mengurangkan aktiviti jualan barangan itu sama ada secara tertutup atau berleluasa,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

… TAK KAN NAK MASUKKAN INI SAJA DALAM KHUTBAH…..

…MASUK KAN JUGA AMARAN RAKYAT PADA GEROMBOLAN AGAR JANGAN TIPU DALAM PILIHAN RAYA…...

…MASUKKAN JUGA AMARAN RAKYAT… JANGAN BUAT UNDI POS…..

..MASUKAN JUGA AMARAN BERHENTIKAN PROJEK BODOHKAN MELAYU……

…MASUKAN JUGA HAL KRONI ANAK BINI…..

… MASUKKAN JUGA AMARAN JANGAN MENYAMAR JADI MELAYU…

…MASUK KAN JUGA AMARAN RAKYAT… JANGAN REMBAT TANAH TUDM…

nota:
khutubah jumaat ini dah jadi
alat propaganda gerombolan
seharusnya tok imam memghuraikan
isu semasa untuk jamaah

kini sumuanya telah jadi lucah
ada doa untuk pemimpin
ada doa untuk rajagopal
walau pun raja gopal
suka macam chapati dan
makan burit benggali

Rabu, 9 Mac 2011

Saifuddin :Muhyiddin Dangkal Dan Angkuh



Najib Cakap Lain, Bikin Lain
Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menasihati pemimpin Libya, Muammar Gadafi supaya menghormati hak rakyat untuk mengadakan tunjuk perasaan secara aman.

Saifuddin berkata teguran Najib itu betul tetapi malangnya tidak diamalkan oleh pemimpin itu sendiri di Malaysia.

"Perdana Menteri menempelak Gadaffi kerana menggunakan tindakan keras terhadap rakyatnya. Katanya Gadaffi harus menghormati hak rakyatnya untuk berhimpun. Untuk pertama kalinya saya bersetuju dengan perdana menteri," kata Saifuddin.

Dan beliau secara sinis dan menerusi bahasa kiasan mengingatkan Najib apa yang berlaku di negara ini apabila rakyat keluar menzahirkan perasaan mereka.

"Waktu kami serahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung 2 tahun lalu, dalam himpunan BERSIH, kami dilayan baik penuh budi bahasa oleh pasukan keselamatan. Tidak ada gas, tidak ada air bercampur bahan kimia. Kemudian kami berhimpun lagi menentang akta ISA, kami juga tidak menerima layanan keras itu.

Kerana dinegara kita perdana menteri amat menghormati hak rakyat untuk berhimpun. Sebab itu perdana menteri ada kelayakan untuk menegur Gadaffi," katanya.

Perhimpunan BERSIH yang diadakan pada tahun 2007, yang disertai Pakatan Rakyat dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Perhimpunan itu turut disertai hampir 100,000 orang.



Ahli Parlimen PKR Lompat Parti terus Mampu beli Tanah RM1.5 Juta?

KUALA LUMPUR 8 MAC: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen hari ini beberapa keping cek ditandatangan oleh seorang ahli parlimen bagi membeli tanah bernilai RM1.5 juta.

Beliau mendedahkan perkara tersebut semasa membahaskan ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung petang tadi menjelaskan, cek tersebut ditandatangani oleh seorang ahli parlimen PKR yang baru-baru ini keluar parti tetapi yang menghairankan beliau ialah ahli parlimen tersebut berkemampuan membeli tanah tersebut dalam masa dua bulan sahaja selepas keluar parti.

Beliau menegaskan parti PKR bukanlah tempat untuk menjadi kaya ataupun membuat duit seperti tanggapan segelintir yang keluar parti, maka ahli yang tidak berpuas hati bertindak keluar parti dan mula melontarkan tohmahan yang tidak benar terhadap parti.

"Yang tak dicerita apa dia? Bila berada dalam barisan pembangkang, khususnya PKR ini, bukannya lesen nak jadi kaya. Kalau hidup berpendapatan RM10, jangan berbelanja RM100. Ketidakupayaan untuk menambah RM90 kadang-kadang menyebabkan mereka tewas dengan ujian," kata beliau.

Beliau menjelaskan, ada ahli yang mula membuat pelbagai dakwaan liar terhadap parti selepas keluar parti, bahawa kononnya parti ini telah meninggalkan perjuangan membela rakyat, parti dipimpin pengkhianat, seorang ketua yang mahu menjadi Perdana menteri walau apa cara sekalipun dan bermacam lagi semata-mata sebagai alasan keluar parti.

"Pada saya ini ada salinan cek yang ditandatangani oleh satu daripada enam rakan saya yang keluar parti. Satu cek, RM700 ribu bertarikh 12 Januari, 2011. Satu cek lagi, 15hb Mac, 'post dated'. Tujuannya apa? Bayar harga tanah, nilainya RM1.5 juta," ujar beliau.

Saifuddin kemudiannya mempersoalkan punca pendapatan tersebut sehingga dapat memberi kemampuan luar biasa kepada ahli parlimen tersebut membuat pembelian semewah itu.

"Duduk dalam parti, (dia) tanya tak dapat itu ini. Keluar sahaja, dapat bayar tanah RM1.5 juta. Dari mana dapatnya duit ini? Itu sahaja persoalannya," tegas beliau.

Katanya lagi, beliau ingin tahu samada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memulakan siasatan atau tidak terhadap ahli parlimen tersebut selepas beliau mendedahkan perkara tersebut.[TVselangor]

Dr Mahathir dan motif Doktor Dalam Rumah

Tidak ada masalah, tetapi sebelum itu mari kita lihat karektor Dr Mahathir dalam memetakan politik tanah air.

Apa saja yang dilafazkan atau dilakukan oleh Dr Mahathir, saya selalu mengajar diri saya untuk tidak melihat apa yang dilakukannya, tetapi saya cuba untuk melihat motif di sebalik tindakannya.

Saya percaya kita tentu tidak lupa tindakan Dr Mahathir dalam Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 menahan kira-kira 106 rakyat di mana 37 daripada adalah ahli politik oposisi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sehingga hari ini, Umno memberitahu kita bahawa Operasi Lalang tercetus berpunca oleh sikap anti Melayu di kalangan rakyat Cina khususnya Timbalan Presiden MCA Dato’ Lim Kim Sai.

Respons rasis oleh Dato’ Muhammad Mohd Taib, Ibrahim Ali dan beberapa pemimpin Umno yang lain bertujuan untuk mempertahankan hak Melayu-Bumiputera (bukan hak Umno).

Kita mungkin terlupa untuk melihat krisis dalaman Umno apabila Dr Mahathir dicabar oleh (Tengku) Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali sebagai Ku Li dalam merebut jawatan Presiden dalam pemilihan agung Umno, April 1987.

Dr Mahathir menang tipis dengan 761 undi sahaja manakala Kuli mendapat 718 undi.

Pergelutan kuasa khususnya oleh kumpulan ’11 Umno’ akhirnya mengakibatkan pertubuhan rasis itu diharamkan oleh Mahkamah pada 4 Februari 1988.

Walaupun Ku Li kemudiannya keluar Umno dan menubuhkan Semangat 46 (S46), Dr Mahathir yang juga perdana menteri terpaksa menghadapi saingan dari ’dalam’ parti dan ’luar’ (iaitu oleh pembangkang).

Bekas kenalan Dr Mahathir yang baru ditemui hujung bulan lalu memberitahu, “Dr Mahathir tangkap pembangkang ramai-ramai dalam Operasi Lalang semata-mata untuk memberi amaran kepada ahli-ahli Umno khususnya pro Ku Li agar menghentikan protes kepadanya…kalau tidak ’tunduk’, ISA saja.”

To achieve victory we must mass our forces at the hub of all power and movement. The enemy’s ‘Center of Gravity’…” -Von Clausewitz

Nampak tak motif di sebalik tindakan Dr Mahathir ketika itu?

Sebab itu, saya berpendapat motif di sebalik terbitan buku ”Doktor Dalam Rumah” bukan kerana dendam atau mahu fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata.

Motif sebenar Dr Mahathir semata-mata demi mengganggu fokus Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pilihan raya umum ke-13.

Jika Anwar kian ’fokus’, Pakatan Rakyat dan rakyat pun akan ‘fokus’. ‘Fokus’ akan melahirkan imiginasi atau mood yang mungkin akan mengulangi Thunami Politik 8 Mac 2008.

‘Fokus’ menyerang Najib sekaligus akan meruntuhkan kepercayaan orang kepada Umno dan BN di pilihan raya umum ke-13.

Ini kerana Najib merupakan ‘produk BN’ paling marketable untuk pilihan raya kali ini. (Nanti saya jelaskan mengenai ini dalam entri seterusnya).

‘Produk’ ini tidak dapat tidak mesti dipertahankan kerana Dr Mahathir mahu mempertahankan kepentingan anaknya Datuk Mukhriz serta servivalnya.

Jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat, bukan sahaja kepentingan Mukhriz akan musnah, malah mungkin akan ada Maha Firaun diheret ke Istana Keadilan.

Anwar wajar melihat motif di sebalik tindakan Dr Mahathir dan fokus menyerang ‘pillar’ BN, iaitu Najib.

Selebihnya akan saya garapkan kemudian sebab malam ini ada meeting blogger plak.

Setuju?

Zainulfaqar Yaacob

Shah Alam | 8.58 malam