Rabu, 9 Mac 2011

Dr Mahathir dan motif Doktor Dalam Rumah

Tidak ada masalah, tetapi sebelum itu mari kita lihat karektor Dr Mahathir dalam memetakan politik tanah air.

Apa saja yang dilafazkan atau dilakukan oleh Dr Mahathir, saya selalu mengajar diri saya untuk tidak melihat apa yang dilakukannya, tetapi saya cuba untuk melihat motif di sebalik tindakannya.

Saya percaya kita tentu tidak lupa tindakan Dr Mahathir dalam Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 menahan kira-kira 106 rakyat di mana 37 daripada adalah ahli politik oposisi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sehingga hari ini, Umno memberitahu kita bahawa Operasi Lalang tercetus berpunca oleh sikap anti Melayu di kalangan rakyat Cina khususnya Timbalan Presiden MCA Dato’ Lim Kim Sai.

Respons rasis oleh Dato’ Muhammad Mohd Taib, Ibrahim Ali dan beberapa pemimpin Umno yang lain bertujuan untuk mempertahankan hak Melayu-Bumiputera (bukan hak Umno).

Kita mungkin terlupa untuk melihat krisis dalaman Umno apabila Dr Mahathir dicabar oleh (Tengku) Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali sebagai Ku Li dalam merebut jawatan Presiden dalam pemilihan agung Umno, April 1987.

Dr Mahathir menang tipis dengan 761 undi sahaja manakala Kuli mendapat 718 undi.

Pergelutan kuasa khususnya oleh kumpulan ’11 Umno’ akhirnya mengakibatkan pertubuhan rasis itu diharamkan oleh Mahkamah pada 4 Februari 1988.

Walaupun Ku Li kemudiannya keluar Umno dan menubuhkan Semangat 46 (S46), Dr Mahathir yang juga perdana menteri terpaksa menghadapi saingan dari ’dalam’ parti dan ’luar’ (iaitu oleh pembangkang).

Bekas kenalan Dr Mahathir yang baru ditemui hujung bulan lalu memberitahu, “Dr Mahathir tangkap pembangkang ramai-ramai dalam Operasi Lalang semata-mata untuk memberi amaran kepada ahli-ahli Umno khususnya pro Ku Li agar menghentikan protes kepadanya…kalau tidak ’tunduk’, ISA saja.”

To achieve victory we must mass our forces at the hub of all power and movement. The enemy’s ‘Center of Gravity’…” -Von Clausewitz

Nampak tak motif di sebalik tindakan Dr Mahathir ketika itu?

Sebab itu, saya berpendapat motif di sebalik terbitan buku ”Doktor Dalam Rumah” bukan kerana dendam atau mahu fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata.

Motif sebenar Dr Mahathir semata-mata demi mengganggu fokus Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pilihan raya umum ke-13.

Jika Anwar kian ’fokus’, Pakatan Rakyat dan rakyat pun akan ‘fokus’. ‘Fokus’ akan melahirkan imiginasi atau mood yang mungkin akan mengulangi Thunami Politik 8 Mac 2008.

‘Fokus’ menyerang Najib sekaligus akan meruntuhkan kepercayaan orang kepada Umno dan BN di pilihan raya umum ke-13.

Ini kerana Najib merupakan ‘produk BN’ paling marketable untuk pilihan raya kali ini. (Nanti saya jelaskan mengenai ini dalam entri seterusnya).

‘Produk’ ini tidak dapat tidak mesti dipertahankan kerana Dr Mahathir mahu mempertahankan kepentingan anaknya Datuk Mukhriz serta servivalnya.

Jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat, bukan sahaja kepentingan Mukhriz akan musnah, malah mungkin akan ada Maha Firaun diheret ke Istana Keadilan.

Anwar wajar melihat motif di sebalik tindakan Dr Mahathir dan fokus menyerang ‘pillar’ BN, iaitu Najib.

Selebihnya akan saya garapkan kemudian sebab malam ini ada meeting blogger plak.

Setuju?

Zainulfaqar Yaacob

Shah Alam | 8.58 malam

Tiada ulasan: