Selasa, 4 Januari 2011

Khusrin Lapur Diri SUK (Sedia Untuk Kutukan)

Hari Isnin 3 Januari 2011 pastinya meninggalkan kenangan paling manis dalam kerjaya seorang penjawat awam bernama Khusrin Munawi. Dikhabarkan beliau dengan penuh semangat menjunjung 'titah perintah' yang dibawa Mohamad Munir Bani, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, telah memasuki pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Selangor seawal jam 6.45 pagi.

Dengan dikerumuni jurufoto dan wartawan, Khusrin memberikan 'posing' dengan tulisan 'YB Setiausaha Kerajaan Selangor' yang pastinya akan menjadi foto utama edisi akhbar keluaran Selasa. Itulah jangkaan Khusrin dan seluruh warga umno-apco Be End. TS Khalid Ibrahim, Menteri Besar bolehlah menunggu jemputan ke upacara 'angkat sumpah' di hadapan Sultan Selangor pada 6 Januari nanti. Konfem dan konfident!

Pada ketika itu, Khusrin langsung tidak terlintas apa yang bakal berlaku ke atas dirinya pagi Isnin yang bersejarah ini. Awal sebelum dia (guna 'beliau', baik sangat bunyinya) memasuki pejabat SUK, di alam cyber sudah bergigabait sumpahan dan kutukan daripada pelbagai blog mula berlegar dan dimuat-turun.

Akhirnya, TS Khalid Ibrahim, MB Selangor menukulkan paku terakhir setelah menghadap dan berbincang dengan Sultan Selangor. Beliau seterusnya mengeluarkan kenyataan antara lain menyebut:

Dalam isu perlantikan SUK Selangor si Khusrin Munawi, setelah perbincangan antara MB dengan Sultan Selangor pagi tadi, maka kata putusnya ialah Sultan Selangor menasihatkan kerajaan negeri untuk mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai perlantikan Khusrin.

MB Selangor juga menegaskan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri, Khusrin Munawi tidak akan mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar.


Khusrin juga tidak akan dibenarkan hadir pada sebarang majlis mesyuarat kerajaan negeri "Sehingga penyelesaian dicapai kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang majlis berkaitan jawatan SUK," tambah beliau

Kalau tidak kerana masih ada sedikit iman dalam diri, mungkin Khusrin telah mencari jalan pintas untuk turun ke bawah melalui tingkap..

Memetik kata-kata 'Ikut Suka Aku' ISA - Hari ini mamat nih.... jadi bahan beb..., hampir semua blog belasah mamat tak tau malu ni sampai lunyai...

Cuma nak tambah sikit kata-kata ISA... selayaknya dia menggunakan singkatan SUK - Sedia Untuk Kutukan! Alahai Wak Khusrin..

Khusrin, hari tu kau hina seorang bekas Mufti. Kau dakwa Sahibul Samahah tu ke mahkamah semata-mata kerana memberi ceramah agama tanpa kebenaran kamu. Seorang umat Muhammad yang datang menyampaikan kata-kata Allah, kitabullah, kau perlakukan macam seorang penjenayah. Nah, hari ini Allah bayar cash, sama seperti mana yang pernah berlaku kepada gerombolan yang pernah mencipta kes Liwat 1 dulu. (Keluarga Bekas Peguam Negara Meminta Sembahyang Hajat)

Ke mana kamu nak melaporkan diri selepas ini? Pergilah merayu kepada PM, mungkin PERMATA Rosmah perlukan seorang Setiausaha yang rajin datang bekerja seawal jam 6.45 pagi. Kalau tak ada kerja pada waktu seawal itu, boleh juga cuba-cuba menyiram bunga di sekitar Seri Perdana. Kalau dah tidak diterima untuk mengangkat sumpah, mungkin boleh mengangkat sampah di sekitar Seri Perdana. Rosmah mesti suka kepada Pak Khusrin.

Dipetik sedikit lagi kata-kata Iku Suka Aku:

Apa pun gua ucapkan syabas dan tahniah kepada MB Selangor kerana berjaya mempertahankan hak kerajaan negeri. Cuma gua tak puashati dengan statement MB yang mengatakan;

"Khalid, bagaimanapun mengakui perlantikkan Khusrin sebagai "sah" dan berkata beliau boleh melaksanakan tugas-tugas tidak rasmi seperti menyelia pegawai daerah." - mkini.

hehehe... MB sengaja mau bikin lawak dengan khusrin ke...??? dah puas berperang tiba2 lu boleh kata "sah" pulak.... apa cerita ni... kat mana "sah" nya.... MB tak payahlah nak saiko dan pertahankan kemaluan Khusrin tu... sebab dia jenis muka tak tau malu bro... alang2 dah belasah... belasah jelah sampai lunyai, jangan bagi muka kat puak2 pengampu dan penjilat bn... nanti pentadbiran Kerajaan Negeri jugak yang susah beb...

Tengok contoh negeri Silver Darul Perak, Sultan boleh dijual beli.... apa barang beb....

Pejabat Khusrin telah dipindahkan?

Isnin, 3 Januari 2011

Kenyataan Akhbar Menteri Besar Selangor

KENYATAAN AKHBAR
1 JANUARI 2011

______________________________________________________________________________
KETUA SETIAUSAHA NEGARA MEMBELAKANGKAN ETIKA PROFESIONAL PEGAWAI TINGGI KERAJAAN

Kerajaan Selangor kesal dengan sikap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang dengan sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu.

Pemilihan Dato’ Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, KSN telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat Pusat dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan Menteri Besar sebelum diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk diperkenan.

Selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat Pusat untuk proses dokumentasi pelantikan.

Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah sewajarnya dengan membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai Speaker Dewan Negeri Selangor, Dato’ Teng Chang Khim untuk menemuduga semua lapan calon yang dicadangkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Jawatankuasa itu telah memilih tiga calon terbaik berdasarkan jasa-jasa mereka selain kriteria yang diperlukan bagi mengisi jawatan strategik dan paling kanan dalam pentadbiran awam Kerajaan Negeri Selangor.

Ketika mengumumkan pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin Munawi, Ketua Setiausaha Negara bukan saja membelakangkan Menteri Besar malah mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.

Perlu dinyatakan di sini, tindakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu bukan sahaja melanggar Perlembagaan, tidak bertanggungjawab serta tidak profesional malah boleh dianggap bermotifkan politik; sebagai salah satu usaha untuk mencabar kredibiliti Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Lebih merunsingkan saya, tindakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan tersebut telah menghantar mesej yang tidak sihat iaitu kemampuan dan pengalaman bukan keutamaan dalam mempromosikan kenaikan pangkat pegawai kerajaan. Mesej ini sangat bahaya apatah lagi sememangnya perkhidmatan kerajaan acap kali dikritik sebagai tidak efisyen.

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

1 Malaysia One Israel, Sama Tapi Tak serupa

TAHAP pemahaman konsep 1Malaysia di kalangan rakyat meningkat 84 peratus, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Dr Rais Yatim.

Konsep 1Malaysia bukan alat politik, kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

Malah semasa berucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru-baru ini, beliau menafikan 1Malaysia sama dengan 1Israel.

Katanya, “Konsep 1Malaysia tidak diciplak dari negara lain…ini ciptaan saya sendiri.
Negara lain boleh ada satu itu, satu ini…tetapi tidak ada di dunia ada
“1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

Sementara Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz masih menunggu Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti yang mengaitkan Apco dengan konsep 1Malaysia.

Najib kata 1Malaysia adalah ilham beliau. Manakala bekas PM Israel, Ehud Barak juga mengilhamkan konsep 1Israel suatu ketika dahulu.

Berdasarkan penjelasan Najib, Rais dan Nazri, mungkin kita boleh terima bahawa 1Malaysia tidak serupa 1Israel yang digunapakai oleh Ehud Barak, untuk meraih sokongan rakyat kepada Parti Buruh pada tahun 1999.

Jelas di sini yang sama hanya penggunaan nombor 1 (One) di pangkal nama negara yang tidak serupa, iaitu Malaysia berbanding Israel.

Cumanya, Apco dikatakan menasihati Ehud Barak pada tahun 1999 manakala Umno-BN pada 2009. Jarak masanya 10 tahun.

Maknanya, ada yang sama, ada yang tidak sama. Dalam erti kata lain, ia sama tapi tak serupa.

Najib cuba menafikan 1Malaysia sebagai alat politik. Kalau beliau bercakap dengan Jakun di rimba, barangkali mereka percaya, tetapi rakyat Malaysia semuanya semakin cerdik.

1Malaysia diguna secara meluas oleh Umno-BN. Semasa Perhimpuan Agung Umno, baru-baru ini, diguna secara meluas 1Umno 1BN. Malah huruf I pada ejaan BN digantikan dengan nombor 1. Ia dieja dengan BAR1SAN NAS1ONAL.

Jika kita mengikut etika tatabahasa Dewan Bahasa Pustaka (DBP), ejaan sebegitu tidak sah. Kalau anak-anak kita masuk periksa, tulis ejaan BAR1SAN NAS1ONAL dah lama mereka failed.

Kalau dalam etika kewartawanan pun, mana-mana tulisan yang seperti itu, pasti dibakulsampahkan.

Apa pun, usahlah PM hendak nafi. Memang 1Malaysia menjadi alat politik BN. Kerajaan BN adalah politik, PM pun orang politik. Apa sahaja adalah untuk kepentingan politik.

Namun yang hendak dibahaskan di sini, isu asasnya ialah, damage atau kerosakan angkara Apco ini amat besar kepada negara.

Pertama, kerajaan Umno-BN menggunakan lebih RM77 juta wang rakyat untuk dibayar kepada Apco.

Kedua, kerajaan Umno-BN sudah mendedahkan rahsia negara kepada syarikat perunding asing, yang diterajui Yahudi.

Ketiga, angkara Yahudi Apco, politik Malaysia jadi huru hara dan kelam kabut.

Keempat, demi kepentingan politik, kerajaan Umno-BN melalui Nazri Aziz, lebih mempercayai keterangan Yahudi Apco daripada keterangan Anwar Ibrahim.

DUN tergempar bagi kembalikan kuasa Sultan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

NONE“Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.

Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari “jalan penyelesaian yang terbaik”.

"Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Calon yang layak

"Justeru, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut," katanya.

NONESehubungan itu, katanya, beliau tidak akan menghadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru yang dijadualkan pada 6 Januari ini.

"Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio," katanya lagi.

Sehingga kini, Khalid belum berjumpa dengan Khusrin meskipun bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu melaporkan dirinya hari ini.

Mangsa rogol rayu identiti tidak didedah

NGO Indonesia yang memperjuangkan kes dakwaan rogol oleh seorang menteri kabinet semasa pentadbiran mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata mangsa dan keluarganya merayu agar identiti mereka dirahsiakan.

Ini kerana mereka bimbang impak skandal itu ke atas mereka dan kemungkinan menteri berkenaan yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai kesan kepada mereka meskipun berada di Indonesia.

NONEMenurut sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh adik perempuan mangsa - yang disiarkan di beberapa blog - dan dihantar ke keduataan Indonesia dan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kejadian rogol itu terus dirahsiakan kerana “menteri berkenaan mempunyai banyak wang dan kenalan di Indonesia.”

“Adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku kepada keluarga dan kakak saya seperti yang berlaku dalam kes Altantuya di malaysia,” petik surat yang ditulis pada pertengahan 2007 itu yang merujuk kepada pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketika dihubungi ketika itu, pengarah Migrant care yang berpangkalan di Jakarta, Anis Hidayah memberitahu Malaysiakini mereka tidak boleh menghebahkan kes itu kerana mangsa dan keluarganya- meskipun telah menjalani sesi kaunseling - menolak untuk membuat kenyataan umum dan mengheret menteri berkenaan ke mahkamah.

Isu yang tertersorok selama tiga tahun itu muncul semula di alam siber sejak beberapa minggu lalu apabila ia dikatakan didedah oleh laman WikiLeaks.

Ketua pengarang The Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan juga menulis mengenai pendedahan WikiLeak dalam blog Rocky Bru kelolaannya. Menurut beliau Pejabat Perdana Menteri yang ketika itu di bawah Abdullah juga menerima laporan berkenaan.

Pada 27 Disember 2009, kumpulan pelinung pendatang asing, Tenaganita mendesak kejadian rogol yang didakwa berlaku pada 19 Jun 2007 itu disiasat.

Pada laporan bertarikh Ogos 2007, Anis berkata perjumpaannya dengan mangsa berkenaan pada 24 Julai tahun yang sama di rumah mangsa di Madukara, Banjarnegara Jawa Tengah untuk mendapatkan maklumat.

Setelah dipujuk, mangsa berkenaan yang telah bekerja selama lapan tahun sebagai pembantu rumah kepada menteri berkenaan, akhirnya mengakui majikannya itu telah merogolnya.

Mangsa bagaimanapun merayu kepada Anis dan dua aktivis Migrant Care supaya kes perogolannya tidak dihebahkan kerana “bimbang malu ke atas dirinya, keluarga dan juga masyarakat di kampung mereka.”

Katanya, “beliau hanya orang kecil berbanding (menteri itu) adalah orang besar, jadi beliau amat takut dan meminta kes rogol itu ditutup,” petik laporan Anis.