TAHAP pemahaman konsep 1Malaysia di kalangan rakyat meningkat 84 peratus, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Dr Rais Yatim.
Konsep 1Malaysia bukan alat politik, kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.
Malah semasa berucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru-baru ini, beliau menafikan 1Malaysia sama dengan 1Israel.
Katanya, “Konsep 1Malaysia tidak diciplak dari negara lain…ini ciptaan saya sendiri.
Negara lain boleh ada satu itu, satu ini…tetapi tidak ada di dunia ada
“1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.
Sementara Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz masih menunggu Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti yang mengaitkan Apco dengan konsep 1Malaysia.
Najib kata 1Malaysia adalah ilham beliau. Manakala bekas PM Israel, Ehud Barak juga mengilhamkan konsep 1Israel suatu ketika dahulu.
Berdasarkan penjelasan Najib, Rais dan Nazri, mungkin kita boleh terima bahawa 1Malaysia tidak serupa 1Israel yang digunapakai oleh Ehud Barak, untuk meraih sokongan rakyat kepada Parti Buruh pada tahun 1999.
Jelas di sini yang sama hanya penggunaan nombor 1 (One) di pangkal nama negara yang tidak serupa, iaitu Malaysia berbanding Israel.
Cumanya, Apco dikatakan menasihati Ehud Barak pada tahun 1999 manakala Umno-BN pada 2009. Jarak masanya 10 tahun.
Maknanya, ada yang sama, ada yang tidak sama. Dalam erti kata lain, ia sama tapi tak serupa.
Najib cuba menafikan 1Malaysia sebagai alat politik. Kalau beliau bercakap dengan Jakun di rimba, barangkali mereka percaya, tetapi rakyat Malaysia semuanya semakin cerdik.
1Malaysia diguna secara meluas oleh Umno-BN. Semasa Perhimpuan Agung Umno, baru-baru ini, diguna secara meluas 1Umno 1BN. Malah huruf I pada ejaan BN digantikan dengan nombor 1. Ia dieja dengan BAR1SAN NAS1ONAL.
Jika kita mengikut etika tatabahasa Dewan Bahasa Pustaka (DBP), ejaan sebegitu tidak sah. Kalau anak-anak kita masuk periksa, tulis ejaan BAR1SAN NAS1ONAL dah lama mereka failed.
Kalau dalam etika kewartawanan pun, mana-mana tulisan yang seperti itu, pasti dibakulsampahkan.
Apa pun, usahlah PM hendak nafi. Memang 1Malaysia menjadi alat politik BN. Kerajaan BN adalah politik, PM pun orang politik. Apa sahaja adalah untuk kepentingan politik.
Namun yang hendak dibahaskan di sini, isu asasnya ialah, damage atau kerosakan angkara Apco ini amat besar kepada negara.
Pertama, kerajaan Umno-BN menggunakan lebih RM77 juta wang rakyat untuk dibayar kepada Apco.
Kedua, kerajaan Umno-BN sudah mendedahkan rahsia negara kepada syarikat perunding asing, yang diterajui Yahudi.
Ketiga, angkara Yahudi Apco, politik Malaysia jadi huru hara dan kelam kabut.
Keempat, demi kepentingan politik, kerajaan Umno-BN melalui Nazri Aziz, lebih mempercayai keterangan Yahudi Apco daripada keterangan Anwar Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan