Khamis, 28 Januari 2010

Hisham: 10, termasuk 9 rakyat asing ditahan ISA
Kuek Ser Kuang Keng
J
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan 10 orang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan keganasan.

Pada sidang akhbarnya Putrajaya, beliau berkata, semua 10 yang ditahan itu tersenarai sebagai suspek pengganas yang dikehendaki yang cuba merancang melakukan serangan.

Hishamuddin juga menyifatkan mereka yang ditahan itu boleh memberi ancaman kepada keselamatan.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran mereka yang ditahan dan warga negara suspek terbabit.

Hishamuddin juga menafikan jumlah yang ditahan bukannnya 50 orang.

Sebelum ini, peguam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pejuang hak asasi, Edmund Bon mendedahkan lima puluh orang, termasuk rakyat asing dan pelajar universiti tempatan ditahan Khamis lalu.

Menurut Edmund, mereka yang ditahan dibawa ke ibu pejabat polis Bukit Aman.

Katnya, 38 orang daripada mereka dibebaskan sehari selepas itu, manakala yang lainnya masih ditahan.

Edmund juga berkata, beliau telah bercakap dengan beberapa mereka yang telah dibebaskan dan sedang berusaha menemui mereka yang masih ditahan.

ISA membenarkan penahanan tanpa bicara.

“LimGuanEngBlog” :
Siapa yang set-up memang tiada Telur!



Dalam kes Aduka Taruna, beliau telah terlanjur dalam penulisannya dan beliau telah meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Beliau berani menanggung akibat dari kesalahan yang dilakukan.. mmm.. wa salute sama lu Bro!

Tapi berlainan pula dengan pihak yang set-up blog “LimGuanEngBlog”, pihak ini benar-benar telah menunjukkan contoh sebagai seorang pengecut atau tidak ada telur atau bersikap lempar batu sembunyi tangan..

Macam ni punya orang pun ada.. Menggunakan profile orang lain untuk set-up sebuah Blog bagi menyebarkan fitnah..

Sedikit terjemahan..

Satu laporan polis telah dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai sebuah blog yang menggunakan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi menyebarkan posting – posting yang menyentuh sensitivity kaum.

Setiausaha politik Lim Guan Eng, Ng Wei Aik yang membuat laporan telah menggesa pihak polis untuk menyiasat dan menjejaki pihak yang menggunakan profile “LimGuanEngBlog” yang telah menyebarkan fitnah tentang diri Lim Guan Eng dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ng juga telah menyatakan fitnah yang telah dibuat telah bersebaran di beberapa Blog termasuk Blog yang dipunyai oleh ahli UMNO, artikel fitnah ini telah menyentuh sentiment perkauman dan boleh mencetuskan ketegangan kaum.
Ahli UMNO terlibat dalam insiden menyerang Gereja

"Maklumat awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli Umno, malah cawangan mana pun saya sudah perolehi," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak. Nazri Abdullah

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda Umno.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata sedang mengumpul maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum.

Selain nama, beliau juga sedang dalam usaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno kesemua mereka yang didakwa terlibat.

"Berdasarkan senarai nama tertuduh yang telah didakwa di mahkamah, sebahagian daripada mereka pemuda Umno bahagian Gombak dan bahagian Ampang.

"Maklumat awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli Umno, malah cawangan mana pun saya sudah perolehi," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, terbakar diserang dengan bom api.

Pada masa sama, beliau mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjawab segera dakwaan penglibatan ahli Umno dalam kes terbabit.

"Saya lihat trend hari ini, survival Umno itu hanya boleh diperolehi melalui permainan isu kaum dan agama.

"Saya harap Umno hentikan sentimen seperti ini kerana ia cukup bahaya kepada rakyat Malaysia," katanya lagi..
Zulkipeliarq Buat Hal Lagi....


Memang kantoi betol Mamat yang tak sadar diri nih! Sepatutnya dia sedar yang arus politik dalam Pas sudah pun menjatuhkan hukum pancong sehinggakan tersingkir dari jawatan tinggi di Kawasan Bandar Tun Razak. Nasib menyebelahinya apabila disorong PKR menjadi calon Parlimen Kulim Bandar Baru. Detailnya telah pun saya tulis dahulu siap dengan senarai kehodohan susuk tubuh Zul.

Rentetan dari itu banyak surau-surau di kawasan Kuala Lumpur membatalkan kontrek ceramah atau kuliah subuh/dzohor. (bab percuma atau boleh asyuuk ni memang dia cukup suurrr.) Cuma masih ada yang melangganinya atas alasan tidak tahu disebabkan tidak melayari internet atau pun hanya melekat di blog Zul4Kulim sahaja. Kalau orang Kulim pun cemuih tengok Mamat ni, yang lain tu tunggu apa lagi? Jangan sesekali terpedaya dengan penampilan zuhudnya itu.

Saya mahu memperingatkan lagi betapa, Zulkipeliarq memang ada membuat perjanjian syaitan dengan Najib berkaitan petisyen SPR berkaitan tiada penyata kewangan dahulu! Dua perkara yang perlu ditunaikannya telah dijayakan dengan sempurna- tidak turun ke padang dan juga membuat ulasan politik mulut hebiarq. Maksudnya, cakap macam orang bahlol atau badigol berkelulusan tinggi!

Zul ini siapa untuk menjadi jaguh soal kalimah Allah? Sedangkan pemimpin tertinggi PAS dan PKR sudah pun membuat keputusan yang cukup baik. Kenapa perlu bedebah ini membuat tarian kaldai muzik yang dijana pemimpin Umno? Allah..... toksah lah dok ligat chong dalam blog tu kalau hakikatnya macam kura-kura. Kalau depan DS Anwar bukan main berlakon. Lihat bagaimana dalam perjumpaan di rumah Dato’ Seri baru-baru ini seperti yang didedahkan blog sahabat-sahabat kita, dia boleh dok diam macam anak dara dipinang tatkala YB Khalid Samad berhujah! Kenapa tak sanggah? Dalam blog bukan main hebat kau bedal adik lelaki Dato’ Shahrir tu...

Untuk pengetahuan pembaca, dia hanya bekerja di hujung jari melalui telefon Blackberry. Dia tak turun melawat ke sana kemari. Semua pendokong kuat beliau selama ini sudah cabut lari. Dari Ust Ismail, Zulhelmi, sampai lah ke anak En Fadzil bernama Saari! Mana tahan asyik menjadi lembu korban sahaja. Tak larat mereka asyik nak kena mencuci bontot kaldai!

Jika benar dia seorang yang zuhud dan ilmuan dalam Islam, apa yang telah disepakati oleh Kepimpinan PAS dalam kenyataan akhbar mereka sudah mencukupi. Dan apa yang dinyatakan oleh YB Khalid memang ada asas untuk dibahas dan dipinda. Tetapi, seperti yang saya cakapkan di awal tadi, bukan setakat dia menari tarian sebagai kaldai Umno, bahkan dia sendiri dengan penuh sedar turun membuat laporan polis untuk menunjukkan betapa taat dan setianya ia menjadi barua Umno! QUACK!! Agaknya dia masih merasakan diri sebagai ahli Umno kot!

beginilah keadaan Zul sekarang! Menari sampai terangkat...

Memang itu lah kaedahnya Umno, buat kerja di dada akhbar, muntahkan berita sensasi, cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa syarah, suruh orang berkorban dan dia sendiri balun belakang dan hadapan. Siap jaja ayat dan hadis Nabi. Tanam bibit perpecahan dan syak wasangka antara parti dalam Pakatan Rakyat. Dia memang felarq! Siyeeee......

Aku secara peribadi suka mamat ni dipecat dari parti. Malaon itu bagai melukut di tepi gantang. Perasan diri hebat. Zuhud kalau setakat kopiah saja tak jadi, sebab semua orang tau, kopiah terletak di situ sebab kepalanya sudah botak (dahi solah melepasi ubun-ubun). Tidak ada bukti yang boleh menjungkit imejnya di Kulim hatta di persada politik negara. Badigol ini macam orang tak ketahuan. Lebih terserlah jahatnya si misai nipis ni sejak dia ada perjanjian syaitan dengan Najib.

Dengan sikap mulut jelabas dan hebiarq macam tu, singkirkan dia dari politik negara terutamanya dalam Pakatan Rakyat. Macam ayam togel yang berlemoih tahi kat pungkoknya. Piirah.... orang Melayu bukan perangai macam dia, kedekut tahi hidungmasin, angkuh, sombong, kaki pekena orang. Bila dah terhimpit, nak gah kununnya untuk bercakap dalam ruang sebagai orang Islam dan Melayu!! Oiiit, kaldai.......................!! Sudah la. Umumkan saja nak masuk Umno dan kutuklah parti kami yang mengangkat hang dari status pariah politik tu. Kalau nak cakap bab Islam lagi la tak layak...

Muka macam siiiyeeeee! Bukan janggut kambing. Kaldai berjanggut.

Kalau lah dia ni spesis tumbuhan tentu sahaja, dia ni sepohon kadok. Kadok naik junjung seperti kata pepatah. Oih! Bukan main merak sehingga boleh buat tak kenal akan orang yang bertungkus lumus menaikkannya. “ Hang sapa?” begitu lah gambaran keangkuhannya apabila aktivis memberi pendapat. Kekadang tu, aktivis pun balas balik apabila mereka tidak menyambut tangannya untuk bersalam. “Oih..... hidup lagi rupanya, ingatkan dah mampoih dah!!”. Begitu lah gambaran pertautan hati yang ‘mesra’ antara Zul dan jentera parti di Kulim. Ismail Selama yang menjadi Ahli Majlis lagi lah..... “ Aku tak mahu dah berurusan dengan pelarq siyeee tu”.

Terkini, kami dengar Aziz Sheikh Fadzir sudah kalut untuk bersedia menghadapi pilhanraya kecil Kulim Bandar Baru. Saya ingatkan lagi, ..... bedebah Zul dikatakan ada menandatangani surat tanpa tarikh untuk meletakkan jawatan sekiranya fungsinya tidak diperlukan lagi.

Malaun siyee ini sedang menghampiri garis penamat sandiwaranya. Borang perletakan jawatan sudah lama berada dalam genggaman Najib.
Ohh... tentu sahaja sudah ada penawarnya dalam bentuk wang dan laba lainnya......memang itu pun nawaitu dan matlamatnya. Errr... bukan? Mengharap redha? Ikhlas....??
SEMUA DIJEMPUT KETAWA

DARI PD KE MENGGORI

TEKA SIAPA DISANA?
PEMBUNUHAN ALTANTUYA JADI IDEA KOMIK TERBARU ZUNAR – harakah daily

Kisah pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu serta pilihan raya kecil Bagan Pinang menjadi idea terbaru kartunis Zunar untuk terus berkarya.

Kali ini beliau datang dengan cerita "Sumpah di Bumi Komisen" dan "Dari PD ke Mongoria". Kedua-duanya terdapat dalam buku komik terbaru beliau, Isu Dalam Kartun (IDK).

Komik "Isu Dalam Kartun (IDK)", sebuah majalah kartun satira yang mengupas isu-isu semasa secara santai bakal diterbitkan tidak lama lagi.

Majlis pelancarannya akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada Sabtu, 30 Januari jam 5 petang di Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Maharajalela, dekat sini.

MARI KITA SAMA SAMA KETAWA

KETAWA BERDEKAH DEKAH… SAMPAI DURIAN MEREKAH.

nota:
semua dijemput hadir
pastikan dapat satu kopi
kalau terlepas beli kempunan sampai gigit jari




MACAM MANA CARA NAK MENIPU DAPAT PROJEK

SATU LAGI PROJEK SEBAT


KERAJAAN CADANG WUJUD KATEGORI SEKOLAH CERMERLANG –mStar

Kementerian Pelajaran bercadang untuk mewujudkan kategori sekolah cemerlang bagi memudahkan sekolah berkenaan mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan cepat, kata Muhyiddin Yassin.

"Saya sedang memikirkan mungkin kita akan wujudkan kategori yang bukan SBT tetapi cemerlang. Kita ada ranking kesemua 10,000 sekolah, baik di Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan tahu daripada jumlah itu di tahap mana prestasi sekolah-sekolah itu," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekolah-sekolah ini akan dibimbing dan dibantu bagi mencapai kriteria yang diperlukan untuk menjadi SBT.

SBT DIHARAP WUJUDKAN PERSAINGAN SIHAT -mStar

KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan mewujudkan persaingan sihat di kalangan sekolah dalam usaha meraih status itu.

Presiden PIBGN, Prof Madya Dr Mohamad Ali Hassan berkata, SBT menjadi penanda aras dan sekolah contoh kepada yang lain dan usaha untuk tersenarai sebagai SBT mungkin menimbulkan tekanan kepada seluruh warga sekolah terbabit.

"Sehubungan itu, sebagai warga SBT yang menjadi "role model" kepada sekolah-sekolah setempat, sepatutnya menjadi "mentor" yang berkesan kepada sekolah-sekolah lain terutama di kawasan setempat supaya dapat mengikut jejak mereka (SBT)," katanya.

LAGI SEKOLAH TERBENGKALI - melayau

Masalah projek sekolah ‘sakit’ atau terbengkalai di negara ini bukanlah satu isu baru. Ia masih berlaku dari semasa ke semasa walaupun pelbagai langkah sudah diambil bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

Sama seperti isu rumah terbengkalai, projek sekolah terbengkalai juga memberikan kesan langsung kepada masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

SBT INI APA ?... BUNYI MACAM NAK SEBAT AJE ?.

BETULKAN SEKOLAH YANG TERBENGKALAI INI DULU…

NAK TARAF DUNIA KEPALA BANA APA... YANG TAK SIAP SIAP INI APA HAL.

INI PROJEK SEBAT DUIT RAKYAT…

MACAM MANA PROJEK TAK SIAP

SIAPA KONTREKTOR… MACAM MANA TENDER KELUAR…

nota:
apa jadi dengan sekolah bistari
tak kan semua sudah habis lari kah kah kah

apa jadi dengan sekolah kluster
tak kan semua sudah kena gam plaster kah kah kah..




IKANG KENA GORENG

KENAPA TAK TANGKAP MAKHLUK YANG BERTANGGUNG JAWAB


BUMBUNG RUNTUH : PAC SARAN KJR BAIKI SISTEM PENGURUSAN PROJEK - melayau

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyarankan Jabatan Kerja Raya (JKR) memperbaiki sistem pengurusan projeknya bagi memastikan tidak ada lagi projek di bawah seliaan jabatan itu yang berhadapan masalah pembinaan seperti di Terengganu.

Pengerusinya, Azmi Khalid berkata, berdasarkan siasatan, PAC mendapati faktor kelemahan sistem pengurusan projek adalah antara punca utama insiden bumbung runtuh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu Jun lepas.

"Kami tidak menyalahkan JKR, kita salahkan keseluruhan sistem, pengurusan keseluruhan projek lemah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama wakil Kementerian Kerja Raya dan JKR bagi mendengar sendiri penjelasan mengenai beberapa insiden keruntuhan bangunan di Terengganu.

Pada 2 Jun lepas, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, yang bernilai RM292 juta dan menjadi lokasi utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008, runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.

ITU SAHAJA LAPORAN NYA

TAK ADA LAPORAN KONTREKTOR KRONI SIAPA?..

TAK ADA LAPORAN MACAM MANA TENDER KELAUR

KALAU MACAM INI SEMUA DOL BOLEH JADI KONTREKTOR…

BUAT APA DOL PERGI CHANDAT SUTONG… LEBIH UNTUNG BUAT STADIUM…

nota:
berapa pulak belanja untuk baiki stadium ini
siapa akan keluar belanja
masyuuuk lagi




KENAPA BAWA LARI DUIT

LANUN TARBUS DARI RANTAU

NS PERKENAL SESI INTEREKSI TERUS DENGAN ORANG RAMAI

Orang ramai di Negeri Sembilan akan diberi peluang berinteraksi secara terus dengan kerajaan negeri menerusi satu sesi khas yang akan dikendalikan oleh semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negeri mulai tahun ini.

Mohamad Hasan, berkata menerusi sesi "mendengar" itu, orang ramai boleh meluahkan sebarang masalah mereka atau memberi cadangan mahu pun melontar idea bernas kepada kerajaan negeri untuk diberi perhatian.

Beliau berkata, pemimpin masyarakat, wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan ketua-ketua jabatan akan turut menghadiri sesi ini untuk bagi mendengar dan mengambil catatan yang diperlukan.

INI HEBAT BUNYI NYA…

BETUL BETUL BERJIWA RAKYAT

KALAU RAKYAT TANYO KENAPA AIR NEGERI SEMBILAN DI SWASTAKAN… APA JAWABNYA?

KALAU RAKYAT TANYA… DUIT SEPULUH JUTA BAWA LARI KELUAR NEGARA…. AMBIL DI MANA?