Jumaat, 10 Februari 2012

Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani

Ini merupakan kali ketiga Najib (tengah) menghadiri upacara perayaan Thaipusam di Batu Caves sejak 2010.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

Jom Tengok Lidah 'Najib'

Kalau buka mulut luas-luas bagaimana?...boleh tengok lidah jenis apa!

Najib seorang pehttp://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/january/21/j21najib.jpgmimpin yang bercakap lain dan bikin perkara lain. Najib sentiasa bercakap apa yang tidak betul dan berjanji perkara yang beliau tidak boleh tunaikan. Saya tidak mahu memberikan Najib dengan imej pendusta tetapi kita elok memberikan Najib pandangan yang jelas bahawa beliau hanya bercakap tanpa berfikir sedalam-dalamnya.


Dalam satu nada beliau menasihatkan kita semua berwasatiyah, iaitu bersederhana dalam kehidupan dan hidup menghormati di antara satu dengan lain dalam masyarakat majmuk dan berbagai agama dan adap resam ini. Tetapi dalam keadaan lain beliau sendiri tidak mempraktikkannya atau membiarkan setengah pihak melakukan fitnah dan cuba memburukkan pihak yang lain tanpa segan silu.


Kalau benar Najib berwasatiyah kenapa beliau membiarkan setengah pihak seperti Utusan, TV3 dan lain-lain media perdana yang dikuasai oleh UMNO terus menerus menabur serta menanam bibit-bibit kebencian rakyat terhadap pihak lain terutamanya kepada parti-parti pembangkang khususnya DAP yang sedang berusaha untuk membuktikan ciri ‘multi-racialism’ itu? PAS juga menjadi sasaran pihak UMNO dengan berbagai-bagai fitnah.

Orang ramai yang berfikir sekarang telah melihat niat jahat Utusan, contohnya, dengan menabur perasaan buruk sangka dikalangan rakyat dengan menuduh DAP sebagai anti Melayu, anti Islam, anti Raja-Raja Melayu, serta cuba untuk menanamkan persepsi rakyat yang parti DAP itu akan menjadikan negara ini sebagai negara republik dengan menukar agama rasmi negara kepada negara kristian.Wasatiyah apa namanya ini! 1Malaysia apa namanya kalau keadaan buruk ini cuba di semai oleh pihak yang memerintah.

Kenapa sanggup melakukan ini semata-mata kerana politik yang membina nafsu untuk berkuasa terus-terusan di atas premis perpecahan di kalangan rakyat? Najib dan UMNO tahu yang DAP tidak akan menurunkan jumlah calon yang mencukupi, maka bagaimana DAP dianggap musuh kesumat walaupun parti itu adalah parti yang sah dan halal di sisi undang-undang dan perlembagaan negara?Lebih dahsyat lagi DAP dituduh sebagai parti yang memecahbelahkan rakyat tetapi membidas usaha parti itu untuk mendapatkan masyarakat berbilang kaum untuk menyertai parti itu khususnya dengan penyertaan orang Melayu didalamnya.Sebenarnya ini yang rakyat tidak lagi mahu menunjukkan sikap hormat kepada UMNO dan semua rakan sekutunya di Semenanjung ini. Pemimpinnya mempunyai mulut yang manis dengan kata-kata tetapi merelakan agensi-agensi yang menyokong mereka untuk melakukan kerja hina dan membosankan ini. Lain dikata lain dibuatnya!

Setelah melakukan segala perkara yang tidak baik yang membuatkan orang Melayu tidak menghargai UMNO lagi, barulah terkinja-kinja dan mundar mandir untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu. Jika Melayu mahu lagi memberikan sokongan maka sekali lagi kita akan tertipu dan dibayar lagi RM500 apabila pilihanraya datang lagi

Rakyat hanya dinilai dengan harga RM500 setiap 5 tahun sekali. Berpeluh-peluh rakyat beratur lima ke enam jam untuk mendapatkan RM500 sedangkan pimpinan mereka telah melenyapkan wang mereka (rakyat) dalam jumlah berbillion ringgit. Kalau diikutkan sentimen di hati, menitik air mata melihat rakyat khususnya orang Melayu beratur untuk mendapatkan kesenangan untuk seminggu dua itu.

Inilah rupanya strategi UMNO untuk mendapatkan sokongan; iaitu dengan menjadikan orang Melayu terminta-minta dan membawa tempurung ke hulu dan ke hilir. Itulah sebabnya Melayu dibandar dan di ‘suburban’ tidak lagi begitu berkeyakinan dengan UMNO kini.

Najib patut melakukan apa yang dikatakannya. Takut-takut nanti rakyat akan meminta pemimpin kita membuka mulut luas-luas kerana hendak melihat jenis lidah yang ada di dalamnya.

Rabu, 8 Februari 2012

Natang UMNO: Minyak dunia naik, negara untung rakyat rugi.


Aduan @ Luahan "Assalamualaikum,,..

Bernama melapurkan harga minyak dan emas dijangka naik tahun ini. Lapuran yang menakutkan rakyat terutama mengenai kenaikan harga minyak yang bakal memberi alasan kepada kerajaan yang mendakwa ketua pembangkang menyokong Israel tetapi mendapat khidmat nasihat dari yahudi dengan wang rakyat untuk menaikkan lagi harga minyak domestik.Kenaikan minyak dunia menguntungkan negara tetapi rakyat dipaksa membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan minyak dalam negara.Apa punya bangang perkara ini sama seperti seorang nelayan yang menangkap ikan di laut tetapi terpaksa membayar harga ikan yang mahal di pasar bagi jenis ikan yang sama.Apa punya logik?Logik natang mung, kata orang Terengganu.

Sedih sungguh sedih jadi rakyat Malaysia yang terpaksa membayar harga minyak yang melambung tinggi pada kualiti kelas kedua(RON 95).Dah lah tu untuk menunjukkan harga minyak domestik masih rendah, maka warga asing tidak dibenarkan membeli minyak Ron 95.Tindakan yang memalukan rakyat sendiri di kaca mata warga asing terutama pada rakyat negara yang sudah merasai hospitaliti kerajaan asing ketika berada di luar negara.Natang sungguh kerajaan UMNO ni.

Macam mana boleh jadi macam ni?harga minyak dunia naik tetapi rakyat yang tanggung kerugian sedangkan kerajaan serta kroni mereka buat untung berjuta juta malah berbillion ringgit? Mengapa keuntungan hasil jualan minyak tidak mengalir sedikitpun kepada rakyat dalam bentuk subsidi harga yang berpatutan seperti di Brunei dan lain lain negara pengeluar minyak?

Seingat umnopenyangak,sehingga tahun 1998, harga minyak berada di paras RM1+ sahaja dan kenaikannya kalau ada hanyalah sekadar 0.01+ sen dan hanya mengambil masa yang singkat sebelum diturunkan kembali.Tetapi tren ini diubah oleh 2 PM yang terkemudian sehingga sekarang menjadi RM1.90 untuk Ron 95 yang menjadi standard penggunaan kebanyakan rakyat.Malang sungguh nasib rakyat Malaysia.

Dah lah tu kerajaan cuba pula memberitahu rakyat menerusi noits yang diletakkan di stesen minyak mengenai subsidi besar yang ditanggung kerajaan bagi membolehkan minyak Ron 95 dijual pada harga sekarang.Penipuan yang nyata, kerana kerajaan tidak mengumumkan berapakah hasil keuntungan yang diperolehi hasil jualan minyak negara.Natang betul!

Sampai bila kah lagi penipuan kerajaan akan dihentikan?Apakah sampai PRU 13 atau masih akan terus berpanjangan?






"Natang UMNO: Minyak dunia naik, negara untung rakyat rugi." | Login/Create an Account | 5 comments | Search Discussion

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Natang UMNO: Minyak dunia naik, negara untung rakyat rugi. (Score: 1)
by HantuAir on Tuesday, February 07 @ 19:00:58 PST
(User Info | Send a Message)
Kasihan rakyat Malaysia terus menerus ditipu, dibodoho dan ditindas oleh ketua kerajaan sendiri. Tapi yg lebih malang adalah pengundi PR, sememangnya mereka tidak mahu berkerejaankan umNO, tapi terpaksa menanggung beban kerana majoriti rakyat rela berkerajaankan umNO dan berPM kan najisb



Re: Natang UMNO: Minyak dunia naik, negara untung rakyat rugi. (Score: 1)
by abuamir96 on Tuesday, February 07 @ 19:17:18 PST
(User Info | Send a Message)

Kita pengeluar minyak sawit terbesar dunia tetapi minyak masak sawit selalu tiada dikedai, macam mana? Apakah minyak sawit semua dijual ke pasaran negara luar sebab kat luar lagi mahal.Kita negara pengeluar minyak tetapi minyak petrol tetap meningkat.

Selagi umno/bn memerintah rakyat tetap menipu dan membohongi kita semua.




Re: Natang UMNO: Minyak dunia naik, negara untung rakyat rugi. (Score: 1)
by melentur_buluh on Tuesday, February 07 @ 20:33:55 PST
(User Info | Send a Message)

sbb golongan2 tua bodoh yang masih memilih umno dari 30 tahun dahulu sehingga sekarang, kesannya generasi2 muda menderita...gaji di tokok lama walaupon dah ade degree!

harga barang dah minyak tetap melambung tak turun2, golongan tua2 bodoh mcmni yang tetap setia dgn umno keparat(kononnya umno itu melayu, puih!) mmg kami benci.




Re: Natang UMNO: Minyak dunia naik, negara untung rakyat rugi. (Score: 1)
by kucoi1 on Tuesday, February 07 @ 21:24:44 PST
(User Info | Send a Message)
biasalah... kita x nak harga minyak naik... coz kita parti pembangkang... puak2 umno, puak2 yang kaya.. biarlah puak2 umno jer yang bayar.. knp pulak kita yg kena bayar... nanti kalaulah di takdirkan PR memerintah.. harga minyak turun... kita jgn bagi puak2 umno nieh merasa harga minyak turun.. bior puak2 umno tuh bayar harga mcm sekarang.. puas hati... apa ke banggang ntah.. sokong harga barang naik.. duit lesap...

Check-list seleweng dan bazir k/jaan BN

Gendang Pilihan Raya Umum Ke-13 bakal dipalu pada bila-bila masa. Inilah pilihan raya umum terpenting bagi seluruh Rakyat Malaysia setelah lebih 50 tahun negara dikendali oleh umno/BN.

Dengan pelbagai penipuan, penyelewengan, salahguna kuasa, kehilangan jumlah wang yang amat besar daripada kantung khazanah negara yang sebahagian besar kemungkinan tidak akan dapat dikesan, sudah tiba masanya kerajaan korup yang ada, ditukar.

Rakyat patut bersyukur kerana pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, atas kesedaran dan dayausaha sebahagian Rakyat yang mendokong perjuangan ke arah kerajaan yang bersil, adil dan telus, beberapa buah negeri telah dapat dirampas oleh Pakatan Rakyat dan dalam tempoh masa yang singkat, telah berjaya meletakkan negeri-negeri berkenaan kembali ke atas landasan yang betul - mengembalikan hak-hak Rakyat.

Dengan keupayaan yang serba terhad, terbatas dan tersekat dengan pelbagai halangan oleh kerajaan pusat umno/BN, kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada pakatan parti PAS, KEADILAN dan DAP masih mampu melaksanakan tanggungjawab dengan begitu cemerlang.

Perubahan tatacara pentadbiran negeri-negeri di bawah pakatan Rakyat telah dirombak dan disusun semula. Segala ketirisan telah dapat dibendung dan ditampal. Pelbagai penyelewengan telah dapat disekat. Namun begitu, Rakyat secara keseluruhannya belum dapat menikmati sepenuhnya hasil pentadbiran yang cekap, telus dan beramanah kerana tampuk pemerintahan kerajaan pusat di Putrajaya masih berada di tangan umno/BN.

Pilihan Raya Umum Ke-13 inilah yang bakal kita sama-sama jadikan sebagai mercu tanda perubahan pentadbiran secara total di peringkat kerajaan pusat kerana daripada situlah segala masalah yang sekian lama membelenggu kehidupan Rakyat ini bersarang.

Soal penyelewengan ini berterusan selama mana kerajaan umno/BN tidak disekat daripada terus menerajui tampok pemerintahan negara. Ayoh JOM TUKAR KERAJAAN - Melalui PRU-13 nanti, kita hantar Pakatan Rakyat ke Putrajaya, InsyaAllah.

- Weblog M@RHAEN.


Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.

1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projek hidroelektrik Bakun.

Pautan: Sime Darby kerugian RM1.6 bilion, CEO diarah bercuti


4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.


  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyak RM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.


5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.

Pautan: Pos Malaysia Rugi RM546 Juta : Menteri Perlu Tanggungjawab


7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.


  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

Pautan: Isu pembelian Eurocopter


8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.


20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyak RM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM224 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.113 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.

38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.

46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM8.9 billion.

Pautan: Kerajaan tanggung hutang akibat projek mega


47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyak RM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.


53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion

68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100 untuk sehari semalam.

70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000 sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

CHECK-LIST INI AKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. SOKONGLAH USAHA WEBLOG INI DENGAN MENGHULURKAN SEDIKIT SUMBANGAN/INFAK.

Najib rayu pertolongan di Batu Caves

Najib kata, "gua tolong lu, lu tolong gua"

“Lu tolong gua, gua tolong lu!”….. itulah maksud kata-kata Najib kepada kaum India semasa melawat Batu Caves sempena hari Thaipusam pagi tadi. Najib menyeru kaum India supaya mempercayai beliau dalam usaha memperbaiki kehidupan kaum India dan memberikan beliau sokongan dalam pilihanraya yang akan datang. "Tuan-tuan tolong saya, saya akan tolong tuan-tuan” kata Najib lantang dan jelas.

Janji seperti ini telah dibuat setiap pilihanraya tiba sejak tiga puluh tahun yang lalu. Janji ini bukan sahaja dibuat kepada kaum India tetapi semua kaum termasuk kaum Najib sendiri, iaitu kaum Melayu yang merupakan kaum terbesar di negara ini.

Janji ini jugalah yang akan ditabur dalam pilihanraya yang akan datang kerana kita tahu segala janji yang dibuat pagi tadi tidak akan kemana.

Tetapi kepada siapa yang masih yakin dan percaya kepada janji itu terpulang kepada mereka. Setiap rakyat berhak untuk memilih untuk dibohongi terus-terusan atau mengelak dari pembohongan tersebut. Sebagai seorang Perdana Menteri yang mengetuai Kerajaan Persekutuan, janji yang dibuat secara peribadi itu merupakan tindakan ‘desperate’ dan kata-katanya itu tidak melambangkan beliau seorang pemimpin yang ‘magnanimous’ yang memimpin rakyat yang berbilang kaum itu.

Orang melayu telah dijanjikan bermacam-macam setiap pilihanraya, tetapi kita lihat apa yang berlaku sekarang ini adalah terlalu jauh dari menepati janji-janji yang telah dibuat kepada mereka. UMNO telah menjadikan orang melayu hanya sebagai dahan bongkok untuk ‘kera-kera’ meniti dan digunakan untuk memberikan sokongan dalam pilihanraya sahaja. Orang melayu dan rakyat hanya diberikan rm 500 upah sebelum pilihanraya ini untuk mendapatkan kuasa dan terus menjajah pemikiran bangsanya sendiri.

Berbillion habis dibelanjakan untuk membayar undi, tetapi dengan jumlah itu tidak memberikan apa-apa kesenangan kepada orang Melayu dan rakyat keseluruhannya. Hutang kerajaan telah mencecah hampir RM300 billion tidak termasuk hutang-hutang yang dibuat melalui ‘off budget agencies’ yang berbillion billion lagi. Najib berbelanja untuk kempennya seperti seorang maharaja besar sedangkan wang itu semuanya wang rakyat jelata. Saya pernah menulis yang harga untuk mengekalkan kuasa UMNO dan Najib ini amat mahal harganya.

Itu tidak termasuk harga yang dibayar rakyat untuk membayar komission kepada Menteri-Menteri dan kroni-kroni dalam pembelian bekalan dan keperluan kementerian dan negara. Semuanya diperah dari titik peluh rakyat bukannya dari wang UMNO atau BN.

Rakyat sedang marah dan lebih marah lagi apabila mendengar seorang Perdana Menteri membuat janji timbal balas dengan kaum India seperti negara ini adalah negara kepunyaan keluarganya sendiri. “Saya tolong anda, anda tolong saya’ ini telah dihamburkan banyak kali dan tiba masanya bagi kita untuk meminta Najib memberhentikannya. Najib mesti hormati perasaan orang yang mendengarnya.

Rakyat sepatutnya dihampiri oleh dasar yang baik dan sempurna bukannya dihampiri oleh seorang individu pemimpin yang berjanji,’gua tolong lu, lu tolong sama gua’. Kalau ada perasaan ‘desperate’ pun janganlah tunjukkan sangat sehingga terkeluar janji-janji peribadi dalam kempen pilihanraya.

Yang berjanji sepatutnya rakyat. Rakyat sepatutnya yang berjanji untuk mendapatkan kerajaan yang bersih dan telus untuk menjaga kepentingan kaum India dan lain-lain kaum di negara ini, bukannya individu Najib. Itu sebabnya rakyat sedang berusaha untuk mencari gantian kepada pimpinan yang ada untuk mengambil perhatian terhadap bukan sahaja kepada kaum India tetapi bagi semua kaum yang hidup dalam negara bertuah ini.

Kita perlu ingat jika semua janji-janji manis kerajaan dilaksanakan tidak mungkin rakyat memberontak dalam jiwa mereka sehinggakan kita menghadapi situasi politik yang tidak menentu masakini. Sekarang berjanji lagi dan kita tahu hasilnya akan tetap sama.

Yang akan senang hidup dalam keadaan ‘super’ kaya adalah ‘warlords’ dan kroni-kroni UMNO dan BN. Rakyat biasa tetap menganga lebar memerhati pemimpin dan keluarga mereka hidup mewah-mewah yang tidak ada tolok bandingnya walaupun isteri mereka hanya datang dari gulungan rakyat biasa sahaja sebelum menjadi isteri pemimpin-pemimpin besar negara.

Sekarang pemimpin-pemimpin yang sama juga mundar mandir untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat yang terbiar dan tertipu selama ini. Dalam masa pilihanraya menghampiri kita inilah mereka turun kebawah menyuruh kita ‘membajak sawah pagi ke petang. Apabila mendapat hasilnya padi-padi tadi akan dimasukkan ke dalam kepuk di mana tikus-tikus gemuk akan membahamnya’.

Yang akan ditinggalkan oleh tikus-tikus ini hanyalah hampa-hampa padi seperti yang dibahagi-bahagikan melalui BRIM sebanyak RM500 itu. RM1 trillion wang kita telah dibawa keluar negara sejak sepuluh tahun dahulu. Saya telah menyaksikan rakyat yang lapar ini beratur hampir lima jam untuk mendapatkan RM500 itu. Kepada yang mempunyai perasaan mereka akan melihat mereka beratur dengan perasaan sedih dan pilu. Itu sahajalah yang mereka dapat setelah UMNO memerintah selama 55 tahun.

Setelah mendapat hasil padi hasil bajakan ‘kerbau-kerbau’ ini mereka akan hilang dan menjual hasil bajakan rakyat tadi…bershopping ke London, New York, Paris. Rakyat yang telah diperah peluhnya tadi hanya mendengar sahaja tuan-tuan besar ini membelanjakan hasil pembajakan mereka itu.

Bagi saya tindakan memperbodohkan rakyat ini wajar dihentikan dahulu lagi, tetapi tidak juga dihentikan. Pemimpin-pemimpin kita mengambil rakyat ramai ‘for granted’, boleh diperlakukan apa sahaja. Selagi rakyat khususnya orang Melayu miskin, selagi itulah UMNO dan BN mengharapkan sokongan dari mereka ini. Lagi miskin rakyat lagi mudah pimpinan kita menipu dan menyesatkan negara. Memang benar kata agama kita yang ‘kemiskinan itu membawa kekufuran’.

Letih kita dibuatnya. Kali ini kita terpaksa berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuang undi. Kalau kita melakukan kesilapan lagi maka kita jugalah yang kecewa dan menganga melihat pimpinan kita memferaidkan hasil mahsul rakyat sehingga kering kontang.

Kita mesti ingat, jika kita hendak menjaga harta benda kita jangan biarkan pencuri dan perompak mendekati kita. Kita kunci betul-betul supaya penyamun dan perompak tidak dapat masuk lagi.

Gua ingat gua tak mau tolong lu.


Najib tegaskan India perlu 'nambikei'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi menegaskan bahawa masyarakat India memerlukan "nambikei" atau kepercayaan terhadap kerajaan supaya banyak perkara boleh dilakukan.

Bercakap di harapan ribuan penganut Hindu yang merayakan Thaipusam di Batu Caves, beliau berkata negara ini memerlukan kerjasama antara masyarakat dan NGO India dengan kerajaan.

"Kamu tolong saya, dan saya tolong kamu. Nambikei. Kamu percaya saya dan saya percaya kamu," kata perdana menteri disambut sorakan daripada hadirin.

Beliau turut mengingatkan tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan sekolah RM100 dan baucar buku RM200 kepada pelajar yang diberikan kerajaan.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Najib memberi jaminan segala janji yang dibuat BN, sama ada bagi komuniti India mahupun bangsa lain, akan tetap dilaksanakan.

Katanya seperti mana pentingnya Hari Thaipusam bagi masyarakat Hindu, sebagai hari untuk berhajat dan berdoa untuk kehidupan yang lebih baik, kerajaan juga berharap dapat memberi masa depan yang lebih terjamin dan menambah kualiti kehidupan rakyat.

Beliau berkata komitmen kerajaan untuk membantu kaum India dalam semua aspek termasuk pendidikan, ekonomi, keagamaan dan masalah kewarganegaraan telah menunjukkan kesan positif kerana bantuan yang dihulurkan jauh lebih besar daripada yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Kita tidak pernah mungkir janji... kalau kita janji untuk melakukan sesuatu, kerajaan BN akan laksanakan," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional itu.

Najib berkata selain pelbagai suntikan yang telah diberikan untuk meningkatkan taraf pendidikan kaum India, kerajaan juga akan meluluskan pembinaan enam buah lagi SJKT baru di Selangor, Perak, Kedah dan Johor, seperti yang diputuskan pada pertemuan dengan guru-guru besar SJKT baru-baru ini.

Hadir sama ialah isteri perdana menteri Rosmah Mansor, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishanmuddin Hussein.