Sabtu, 25 Ogos 2012

Harga RON97 naik semula, k’jaan cuba main silap mata

KUALA LUMPUR 24 Ogos: Kerajaan cuba bermain silap mata apabila menaikkan harga RON97 secara senyap untuk menutupnya daripada pengetahuan rakyat, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Beliau berkata, kerajaan sebelum ini mendakwa mereka prihatin apabila menurunkan harga RON97 sebanyak 20 sen, walaupun ia tidak diikuti dengan penurunan kos sara hidup dan lain-lain barangan keperluan.
“Tetapi sebulan kemudian, mereka naikkan kembali harga (RON97) tanpa buat sebarang pengumuman. Tindakan ini seperti bermain silap mata dengan rakyat,” katanya ketika dihubungi.
Azan berkata,  silap mata itu akhirnya mendedahkan kebodohan Umno BN sendiri kerana rakyat semakin bijak dan mendapat maklumat dari pelbagai sumber.
10 Ogos lalu, harga petrol RON97 naik 10 sen kepada RM2.70 seliter. Tiada sebarang makluman rasmi dibuat berhubung kenaikan itu.
Walhal, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah baru sahaja mengumumkan penurunan harga minyak itu sebanyak 20 sen kepada RM2.60 seliter pada 4 Julai lalu.
Justeru, Azan menggesa kerajaan menghentikan ‘silap mata’ sedemikian dan berterus terang kepada rakyat dalam setiap keputusan yang ditetapkan.
“Dahulu, tiada sesiapa pertikai proses dan pelaksanaan projek sebesar KLIA dan KLCC yang dilihat hebat tetapi terpalit dengan kekotoran (penyelewengan).
“Kerajaan tidak lagi mempu berbuat demikian kerana setiap tindakan mereka akan dinilai. Rakyat sudah nampak muslihat dan cara silap mata mereka,” kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu itu lagi.

Tiada ulasan: