Sabtu, 10 Disember 2011

PKR Lapor POLIS SalahLaku Jennayah TYT SABAH

Berita
PARTI Keadilan Rakyat Sabah, sebentar tadi membuat laporan polis terhadap Tuan Yang terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan mendesak polis membuka kembali fail jenayah serangan bersenjata yang dilakukan oleh Juhar dan sekutunya pada 1986. Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi yang menghubungi Sabahkini.net sebaik sahaja selesai membuat laporan polis di Balai Polis Kunak memberitahu beliau turut menyerahkan beberapa dokumen untuk membantu siasatan polis.

Kita percaya prinsip rukun negera terutama Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan. Kita yakin tidak ada pihak yang boleh mengatasi undang-undang, terutama sekali dalam kes jenayah dan kekerasan,” kata Citra yang agak kesal kerana sistem penyampaian PDRM masih lembab dan beliau terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuat laporan polis.

Menurut Citra, beliau tidak ingin mengulas terhadap lebih 10 laporan polis yang dibuat terhadap Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Haji Hamzah Abdullah yang semakin hangat kerana didakwa menghina Juhar dan institusi istana.

Bagaimanapun kata Citra, laporan yang dibuatnya tidak ada kena mengena dengan laporan yang dibuat terhadap Haji Hamzah, atau sebagai membalas laporan polis yang dibuat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat Sabah; sebaliknya dibuat secara kebetulan setelah beliau membaca komen seorang Blogger yang menggunakan nama Ahli UMNO di artikel bertajuk ‘Police Report Over Insult Of TYT’.

“Blogger berkenaan mendedahkan terlalu banyak rahsia yang disimpan PDRM selama ini terutama serangan bersenjata yang didakwa dilakukan oleh Tun Juhar dan rakannya seramai 50 orang. Semua kenyataannya benar kerana setelah saya semak, memang jenayah berkenaan didedahkan oleh seorang Jurnalis, Khusairie Talib,” kata Citra lagi.

Setelah menyemak buku bertajuk, ‘PBS Keluar Membela Maruah’ tulisan Khusairi yang dipinjam daripada rakannya, Citra merasakan adalah menjadi tanggung jawabnya untuk membuat laporan kerana dakwaan di buku tersebut adalah serius dan mengancam keselamatan negara.

“Kita ingin PDRM siasat bagaimana kes berkenaan ditutup begitu sahaja sedangkan pelakunya kini telah dilantik sebagai TYT. Adakah kerana dia TYT dan kini berpangkat Tun, maka beliau kebal daripada tindakan undang-undang?,” tanya Citra yang mendesak polis memanggil penulis buku berkenaan.

Hasil risikan beliau, kata Citra, Datuk Khusairie Talib kini merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim, merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (Adun Slim).

Citra turut mendesak PDRM menyiasat dakwaan Khusairie berhubung pengundi hantu dan pemberian kad pengenalan projek kepada pendatang asing tanpa izin.

SEDUTAN....Sedutan daripada buku PBS Keluar membela Maruah.

Dalam laporan polisnya, KNK/RPT/2698/2011, Citra mendakwa bahawa;

“PADA lebih kurang jam 1.45 petang, ketika melayari internet di pejabat saya, saya terbaca satu komen di ruangan Disquss oleh Ahli UMNO di artikel ‘POLICE REPORT OVER INSULT OF TYT’ (8 Disember 2011) yang disiarkan di Portal Sabahkini.net yang berbunyi;

“Saya ada baca buku tulisan Khusairie Talib, pasal sejarah Tun Juhar dan Pandikar Amin, Speaker Parlimen sekarang. Muka surat 152 dalam buku itu, sejarah mencatatkan bahawa Pandikar Amin dan Tun Juhar (semasa memimpin AKAR) telah mengetuai beberapa orang pengikut mereka membuat serangan bersenjata terhadap majlis ceramah PBS di Ranau, pada 1986. Ada satu kes lagi di Hotel Perkasa, gerombolan Pandikar Amin dan Tun Juhar yang turut disertai oleh Saman Gulam dengan lebih 70 orang anggota AKAR, telah menyerbu hotel tersebut dengan beberapa orang membawa senjata merbahaya (muka surat 155). Mereka menyerbu Hotel Perkasa kerana terdapat pimpinan PBS menginap di situ. Mujur ketika itu OCPD ASP Yahya Awang Husssin tiba di Hotel Perkasa dan menempatkan tiga anggota polis di hotel tersebut. Tun Juhar juga dikatakan terlibat dgn tragedi hitam di Kg. Waang yang berakhir selama 5 jam! Hj. Hamzah, sila dapatkan buku tersebut di kedai buku atau perpustakaan KK!”

Sehubungan itu, saya datang ke balai membuat laporan agar PDRM menyiasat dan membuka kembali kes jenayah yang didakwa dilakukan oleh TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan rakannya; serta menyiasat kandungan buku ‘PBS Keluar Membela Maruah’ yang ditulis oleh Datuk Khusairie Talib, yang kini adalah Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim, merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (Adun Slim).

Di muka surat 106, buku setelah 216 muka surat yang diterbitkan oleh Goldana Corporation pada 1991 turut menyatakan bahawa akibat daripada penipuan terancang, Miyong tewas di Kinabatangan dengan majoriti tipis, hanya 165 undi. Calon Barisan Nasional, Haji Juhar Mahiruddin memperolehi 5,473 undi dan miyong mendapat 5,308 undi. Kemenangan Haji Juhar itu banyak dibantu oleh para pengundi yang memegang 'Kad Pengenalan Biru Kilat' di kawasan DUN Sekong, sementara Miyong menang di dua lagi kawasan DUN yang berada di dalam Parlimen Kinabatangan, iaitu Kuamut dan Sukau.

Sehubungan itu, saya menggesa agar PDRM menjalankan siasatan bagaimana kes jenayah Tun Juhar boleh ditutup begitu sahaja dan terlepas saringan ketika memilih beliau sebagai TYT.”

Tiada ulasan: