Khamis, 22 September 2011

Perdana Menteri yang pengecut

azlanTindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang mahu mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka menjadi saksi pembelaan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak 'cool'.

Sebelum ini, Najib berkata beliau akan memberi keterangan pada perbicaraan liwat II jika disepina yang bermaksud beliau bersedia berdepoan dengan Anwar di mahkamah.

"Najib pilih untuk berundur sebelum bertempur. Ini tidak 'cool'.

"Najib hari ini mahu ketepikan sepina kami untuk jawab di mahkamah. Perkembangan ini tentunya kurang menyenangkan kerana pada peringkat awal, Najib berkata dia akan hadir sekiranya disepina. Tetapi sekarang beliau tak mahu hadir pula," kata Anwar.

NONEPada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membenarkan permohonan pasukan pembelaan menemuramah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah.

Najib dan Rosmah sebelum ini berkata, mereka berdua hanya akan hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina.

"Saya tidak tahu apa sebab. Najib kata beliau tidak terlibat. Semua orang tahu beliau ada berjumpa dengan Saiful (pengadu) sebelum ini dan beliau juga ada menghubungi polis. Itu penting bagi kita, maklumat dan keterangan mengenai penglibatan Najib," kata Anwar.

anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608Najib sebelum ini dihambat kontroversi apabila tindakannya berjumpa Saiful Bukhari Azlan sebelum pengadu membuat laporanpolis terhadap Anwar pada tahun 2008.

Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

- Malaysia Kini


Najib, Rosmah mohon ketepi sepina jadi saksi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka untuk tampil sebagai saksi pembelaan pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

NONEPermohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar jam 3.30 petang oleh empat peguam kanan yang mewakili mereka.

Salehuddin Saidin (kiri), antara empat peguam yang bertindak bagi pihak Najib dan Rosmah mengesahkan permohonan telah difailkan tetapi enggan memberikan butiran lanjut.

"Cukup setakat ini bagi dikatakan bahawa kami telah failkan permohonan untuk mengketepikan sepina bagi pihakDatuk Seri Najib dan isterinya,” katanya kepada wartawan.

Apabila diasak wartawan untuk butiran lanjut, Salehuddin berkata beliau hanya boleh mendedahkan maklumat sebaik salinan permohonan itu daripada Mahkamah Tinggi dan telah diserahkan kepada peguambela Anwar.

Salehuddin, yang merupakan bekas timbalan pendakwa raya juga memberitahu timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi telah menetapkan esok bagi semua pihak hadir di mahkamah bagi menentukan tariikh bagi mendengar permohonan itu.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang sedang mendengar kes itu, membenarkan permohonan Anwar untuk menyoal 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah, untuk dijadikan saksi pembelaan.

Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tiada ulasan: