Rabu, 28 September 2011

BERAKHIRLAH KETUANAN MELAYU

PEJUANG KOUTA MELAYU



NAJIB: KUOTA AKAN DIBUANG , TAPI BUMIPUTERA TETAP DIBANTU - minsider

Najib Razak memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan digugurkan satu hari nanti, tetapi menegaskan kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing.

Najib berkata Model Baru Ekonomi (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi dan “kita harus menggalakan hak Bumiputera.”

Katanya, penyediaan kuota akan menggalakkan rasa puas hati, mengehadkan pertumbuhan ekonimi dan menguburkan bakat Bumiputera.

“Apa yang kita lakukan pada masa lalu ialah kita tidak menggalakkan mereka yang sesuai.

“Kita hendak mengetepikan (sistem) kuota tetapi kita mesti sokong mereka (usahawan Bumiputera) bagi membolehkan mereka berkembang maju,” katanya.



“Jika kita beri mereka kuota, apa yang berlaku ialah mereka rasa selesa dan kemudian tidak akan memperoleh kepakaran mereka,” katanya lagi.
Najib berkata sasaran ekuiti 30 peratus Bumiputera tiada makna jika mereka terus menjual saham masing-masing.

Katanya, kini kerajaan sedang mencuba pendekatan berbeza dengan mencari Bumiputera yang “baik, teruji dan berdedikasi”, dan menyokong mereka untuk membolehkan mereka lebih berdaya saing.

...KITA TUNGGU APA KATA IBRAHIM ALI.... kah kah kah...

...HABIS LAAAA KETUANAN MELAYU..... kah kah kah...

... MACAM MANA NANTI MUTHU DAN AH SOO MASUK UITM.... kah kah kah

...PAK MISAI UITM MACAM MANA?.... kah kah kah...

...TAK KAN TAK NAK BERDEMO...kah kah kah

... DULU MB SELNGOR KATA UITM BUKAN MELAYU BOLEH MASUK... BUAT DEMO...kah kah kah...

...LECEH LAAA TAK ADA DEMO... NAMPAK MELAYU KECUT TELOOO...kah kah kah

...TAK KAN IBRAHIM ALI SENYAP... kah kah kah..

..IBRAHIM ALI SENYAP... ABISSSS LAAA MELAYU.... kah kah kah..

....KALAU PERKASA SENYAP.... NAMPAK HARI HARI AKHIR KETUAN MELAYU...kah kah jkah...

...BAGAIMANA DENGAN GABIM... KETUANYA RAHIM TAMBI CIK?.... kah kah kah..

...SENYAP JUGA KE?.... kah kah kah

... AKHIRNYA GABUNGAN PENIAGA BUMIPUTERA INI AKAN JADI KELAB BUDAK SEKOLAH...kah kah kah..


NOTA:
kalau braheng senyap
bermakna selepas demo bersih
braheng ilang pengaruh kah kah kah



MEMANG BERITA PELIK

TIGA SEKAWAN KE TALI GANTUNG






BERITA HAIRAN

TIGA sahabat, Jaffri Ja'afar, 39, Mohd Naziezul Ibrahim, 31 dan Wan Muhammad Hanisan Wan Ismail, 27 dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, hari ini atas kesalahan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 18.77 gram pada kejadian 31 May 2008 di perkarangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu. - Foto Zaman Huri Isa

NOTA:
berita ini amat pelik
hanya dengan 18.77 gram dadah
tiga orang warga ini ke tali gantung

pelik

memang pelik kerana kita telah membaca
berpuluh puluh warga iran
berbelas bel;as warga afrika
memabwa dadah berkilo-kilo
tetapi
hinnga ke hari ini semua senyap

malah tt telah diberitahu
duta iran cukup marah kerana
yang ditangkap atau ditahan
ada warga iran yang memang penyuludup profesional
memang tokan besar

pak duta marah kerana semua lepas tali gantung

ini yang hairan
yang 18.77 gram kena gantung
yang berkilo-kilo
ada saje salah teknikal di mahkamah
kah kah kah



MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK

ADAKAH BEREBUT KERUSI MACAM INI ?




























ISLAM DIPERALATA UNTUK DAPATKAN KUASA : RAJA NAZRIN
- meloya

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah.

Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.

Baginda bertitah pencerobohan baru itu turut berlaku melalui perlanggaran penggunaan kalimah suci Allah yang telah sekalian lama menjadi hak eksklusif umat Islam tanpa menghiraukan sensiviti serta terhirisnya perasaan mereka.

''Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.

''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda.

NOTA:
di perak adat istidatnya ada pusingan untuk menjadi sultan
ada raja di hilir
ada raja kecil besar
sultan mengikut giliran
apakah islam telah digunakan untuk menghapuskan sistem pusing ini?
kah kah kah


NOTA:
rakyat pun ingin tahu
bagaimana adat istiadat pelantikan sultan
perak ini berubah
ada yang telah diguna pakai beratus tahun

apakah ini rancangan zionis
atau rancangan obama


POLIS MALAYSIA CUKUP BERHEMAH

SILA TEKA - MANA POLIS MALAYSIA DAN MANA POLIS ISRAEL













NOTA :
mana dia profesor datuk dokotor bomoh raduan che ros
sila baca berita dibawah ini



POLIS DI DAKWA PUKUL ORANG AWAM TIDAK AKAN DILINDUNGI - berita hairan

BUKIT KAYU HITAM: Anggota polis yang melakukan kesalahan tidak akan dilindungi dan tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah, tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Abu Seman Yusop.

Beliau berkata, polis dianggap sebagai anggota profesional dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang.

"Pegawai kerajaan sepatutnya bagi contoh baik kepada orang ramai dan bukan melakukan sebaliknya," kata beliau ketika diminta mengulas dakwaan seorang pekerja pembersihan sisa pepejal, Mohd Ridzuan Mohd Noor dibelasah enam anggota polis di Kodiang, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, Mohd Ridzuan, 23 dibelasah kerana menegur seorang anggota polis berumur 40-an yang membuang sampah di luar tong sampah.

Mohd Ridzuan berkata, mereka bertengkar dan anggota polis itu memberi amaran akan menembaknya sebelum meninggalkan tempat kejadian. Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian anggota polis itu kembali bersama-sama lima rakan dan membelasahnya.

Pekerja sisa pepejal itu juga mendakwa digari dan dimasukkan ke dalam lokap di Balai Polis Kodiang dan dilepaskan setengah jam kemudian. Beliau membuat aduan di ibu pejabat polis Kubang Pasu kira-kira jam 1.40 pagi Ahad lalu.

Abu Seman berkata, tindakan hanya boleh diambil berdasarkan hasil siasatan Akta Polis atau Kanun Keseksaan.

Beliau yang diiringi Setiausaha Bahagian Keselamatan Kawasan Sempadan merangkap Ketua Pengarah Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Datuk Abdul Rahim Ismail mengadakan lawatan ke kawasan sempadan dari Bukit Kayu Hitam hingga Perlis hari ini. - TIEWNAMA



KANG KONG



ARKIB : 11/08/2011

POLIS MALAYSIA LEBIH BERHEMAH
- meloya

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan berbanding apa yang berlaku di London ketika ini.

Setiausaha Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, biarpun negara tersebut lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara terbaik di dunia namun, mereka masih gagal menghalang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.

"Pendekatan yang dilakukan oleh pihak polis di sana dan polis di negara ini ternyata berbeza. Di sana punca utama menyebabkan mereka bertindak ganas ialah selepas seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.

"Berbanding di negara ini, polis lebih banyak menggunakan pendekatan pencegahan malah, lebih sistematik dalam mengatasi masalah agar tidak merebak menjadi lebih serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian rusuhan di London yang gagal dikekang malah mula merebak ke seluruh Britain.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Amir Hamzah Abdul Rajak berkata, polis di negara ini dilihat lebih bijak mengawal situasi dan emosi baik di kalangan anggotanya mahu pun perusuh.

"Mereka dilihat lebih berperikemanusiaan serta bijak menangani masalah seperti yang sedang berlaku di London," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan pula menganggap kejadian rusuhan yang berterusan bukan disebabkan oleh kegagalan polis mengekang masalah sebaliknya tiada kesedaran di kalangan rakyat negara itu.

"Bagi saya ini bukan masalah polis sebaliknya rakyat di negara itu sendiri. Kita tidak tinggal di sana jadi kita tidak tahu apa yang berlaku.

"Sepatutnya mereka lebih menumpukan kepada cara menyelesaikan masalah ekonomi dan pengangguran.

"Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya masalah rusuhan yang terjadi di sana dibiarkan berterusan," katanya.


RAJA NON CIK TIDAK MEWAKILI SESIAPA

NOTA :

ini lah masalahnya
raja nong chik ini
tidak dipileh oleh rakyat
raja haprak ini tidak mewakili sesiapa

bagaimana raja haprak ini
boleh bersuara di parlimen
wal hal raja haprak ini
tidak pernah menang dalam
pilihanraya!



INI RAJA BERSIONG



PEMILIK TANAH KG BARU MAHU AKTA BARU DITARIK BALIK - minsider

Seorang pewaris tanah Kampung Baru hari ini membuat pendirian bahawa majoriti pemilik tanah di kawasan penempatan eksklusif orang Melayu itu mahu Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru ditarik balik dan dibincangkan semula sebelum dibawa masuk ke Parlimen.

Menurut Mohd Nor Hassan, 56, semenjak rang undang-undang itu dibacakan kali pertama Disember lalu majoriti pemilik dan pewaris tanah sudah membantah cadangan itu, namun tidak dipedulikan kerajaan.

Selain itu, jelas beliau yang merupakan generasi kedua Kampung Baru, majoriti pemilik dan pewaris tanah termasuk dirinya menolak rang undang-undang kerana ia tidak memberi jaminan bahawa hak mereka akan dipertahankan sekiranya bersetuju dengan cadangan itu.

“Perkara yang asal tidak diubah, malah dimasukkan semula dalam rang undang-undang... maaf cakap ini satu penipuan oleh menteri yang kata untuk bentangkan kepada kami dulu tapi akhirnya pada 17 Disember dia bentangkan dulu di Parlimen kemudian pada sebelah malam baru kepada kami.

“Malah, ada beberapa perkara yang dibantah keras oleh kami termasuk kuasa mutlak di bawah kuas menteri, imuniti kepada perbadanan, jumlah keanggotaan dan MAS (Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu) tidak dibubarkan maknanya kalau kesemua perkara ini tidak dipinda perbadanan boleh mengambil tanah kami secara paksa rela dan perbadanan boleh rampas tanah kami,” katanya pada sidang media di sini.

Malah tegas Mohd Nor yang juga Timbalan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru, kerajaan tidak ikhlas untuk membincangkan tentang hala tuju rang undang-undang itu, sebaliknya memutuskan untuk terus bawa ke Parlimen untuk bacaan kali kedua.

“Kami tidak nampak keikhlasan kerajaan, tarik balik rang undang-undang ini dan bincang balik dengan kami kemudian baru bawa masuk balik... kami tidak tentang pembangunan tetapi kami menentang cara kerajaan yang nak mengambil alih dengan cara yang tidak elok, guna Parlimen untuk ambil alih hak kami.

“Kami menentang seratus peratus rang undang-undang ini, majoriti membantahnya,” katanya.

Tiada ulasan: