Isnin, 25 Julai 2011

Najib takut rahsia Scorpene, Altantuya dan komisyen ketiga dibongkar

Zine El Abidien Ben Ali

KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghalau peguam, William Bourdon takut rahsia rasuah Scorpene sebanyak RM540 juta terbongkar dan kaitannya dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.


Ini termasuk pendedahan mengenai satu lagi komisyen ketiga membabitkan pegawai kerajaan peringkat tertinggi di Malaysia dalam pembelian dua kapal selam berkenaan pada 2002.

Aktivis Suara Rakyat Malaysia, Cynthia Gabriel sebelum ini mendedahkan bukti baru ditemui bahawa komisyen tersebut “lebih besar” daripada yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd.

Perimekar merupakan syarikat milik Abdul Razak Baginda, rakan baik Najib yang terlepas dari hukuman gantung kerana membunuh Altantuya- perantara bagi urusan pembelian Scorpene.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata demikian mengulas tindakan pentadbiran Najib menghantar pulang peguam dari Perancis itu.

“Kalau tidak salah, kenapa dihantar balik peguam Perancis. Bourdon datang untuk jalankan tanggungjawabnya mendedahkan kontroversi pembelian Scorpene,” katanya yang lebih dikenali Chegu Bard kepada KeadilanDaily, hari ini.

Chegu Bard berkata, Najib dalam keadaan semakin terdesak dan kini takut akan bayang-bayangnya sendiri hingga akhirnya memalukan dirinya sendiri.

“Najib semakin tergugat apatah lagi takut pembohongannya terdedah dengan pembongkaran Bourdon,” kata Ketua Cabang Rembau itu.

Bourdon dijadualkan memberi ucapannya di Selangor malam semalam dan 23 Julai di Ipoh, Perak sebelum ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dihantar pulang ke Paris jam 11.30 malam semalam.

Beliau aktif dalam memulakan prosedur undang-undang di Perancis terhadap bekas pemimpin Serbia atau pemimpin Rwanda yang disyaki melakukan jenayah kemanusiaan dan jenayah perang.

Beliau juga peguam kepada keluarga asal Perancis-Chile yang menjadi mangsa kepada bekas diktaktor Augusto Pinochet, selain mempertahankan beberapa banduan Perancis yang ditahan di Guantanamo.

Mengulas lanjut, Chegu Bard mengingatkan semua pihak bertapa perbuatan Najib itu mengulangi kezaliman bekas Presiden kuku besi Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan rakyat baru-baru ini.

“Bourdon sebelum ini pernah dihalau oleh Ben Ali. Kali ini, Najib pula mengulangi tindakan sama. Najib sama seperti Ben Ali, sebaris dengan Ben Ali. Tiada bezanya mereka berdua.

Zine El Abidien Ben Ali

Ben Ali pula seorang beragama Islam tetapi tidak melaksanakan pemerintahannya berlandaskan syariat, malah menolak tuntutan al-Quran sebagai dasar sesebuah kerajaan sekalipun majoriti rakyat, beragama Islam.

Ben Ali juga menukarkan Tunisia kepada sebuah kerajaan polis apabila meletakkan seorang anggota polis bagi mengawal setiap 100 penduduk

Pemerintahan kuku itu berakhir berikutan kebangkitan rakyat hingga menyebabkan Ben Ali dan isterinya, Laila Trabelsi yang popular sebagai First Lady dan boros membelanjakan wang rakyat, melarikan diri ke luar negara.

Tiada ulasan: