Ini termasuk menyatakan tuduhan itu sebagai palsu dan mendakwa berlian tersebut dibawa masuk ke negara ini hanya bagi tujuan pameran yang kononnya sulit pada 17-19 April 2011.
Justeru itu, satu borang dikeluarkan yang dinamakan K2 oleh pihak Kastam di Raja Malaysia, bagi membuktikan berlian berkenaan dibawa keluar ke Singapura selepas empat hari memasuki negara ini.
Namun sebuah blog mendedahkan bahawa borang tersebut menimbulkan banyak keraguan, termasuk status pegawai yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam berkenaan.
Blog yang bernama edyesdotcom.blogspot.com mendakwa, borang itu ditandatangani seorang pegawai kastam yang mempunyai nama seakan Perdana Menteri iaitu Abd Najid Razak.
Maklumat yang tertera pada borang itu menunjukkan pegawai tersebut berkhidmat sebagai Penguasa Kastam cawangan pemeriksaan penumpang di KLIA.
Namun menurut blogger itu, pegawai tersebut sebenarnya bertugas di Cawangan Perkhidmatan/Latihan (Latihan) yang bertempat di Aras 9 Selatan, Kastam Putrajaya berdasarkan cop yang bertindan pada borang itu.
Menurutnya, beliau mengesahkan maklumat itu yang dikenalpasti dari laman web rasmi Kastam Diraja Malaysia yang dikemaskini hingga Julai 2011.
“Saya telah membuat pemeriksaan dilaman portal rasmi, dan walaupun dengan maklumat yang terhad. Maklumat tentang pegawai yang diragui itu dapat dikesan,”
“Ini kerana tidak munasabah, seorang pegawai yang jelas namanya bertugas di Putrajaya menurunkan tandatangan ke atas borang K2 tersebut yang berada di KLIA,” kata penulis blog itu.
Pada 13 Julai lalu Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang berhubung pembelian berlian ‘Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamon’ berkenaan.
Chegubard mendedahkan bukti pembelian cincin itu didapatinya melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM), yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport daripada syarikat beralamat di New York, Jacob & Co.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan