Rabu, 1 Jun 2011

DS Anwar: Hakim korup akan disingkir

SUBANG JAYA 29 MEI : Hakim yang “korup dan melaksanakan undang-undang rimba” akan menjadi sasaran utama dalam pembaharuan badan kehakiman jika Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk, menawan Putrajaya, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maklumat terperinci mengenai rombakan badan kehakiman akan ditentukan kelak, namun matlamat pembaharuan adalah memastikan hakim menjalankan tanggungjawab secara amanah dan bebas, tambah beliau.

"Langkah yang spesifik akan dibincangkan, tetapi yang lebih penting pembaharuan badan kehakiman itu akan dilakukan. Individu yang korup akan disingkirkan," kata beliau dalam dialog dengan hampir 400 golongan professional beliau di sebuah hotel di sini.

Dalam dialog hampir tiga jam itu, Anwar ditanya pelbagai isu, khususnya mengenai hala tuju dan rancangan masa depan Pakatan Rakyat, kebebasan dan hak asasi, standard penggunaan Bahasa Inggeris yang semakin menurun di negara ini.

Anwar juga ditanya perancangan gagasan pembangkang itu untuk mengembalikan kredibiliti sistem kehakiman negara yang dilihat sebagai tercalar sejak pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu yakin Malaysia masih mempunyai hakim-hakim yang berwibawa namun tidak juga kurang hakim yang membelakangkan prisip-prinsip keadilan.

"Ada hakim yang masih okay, tetapi ada yang masih mendokong prinsip yang salah. Contohnya pada tahun 1998 badan juri antarabangsa membuat laporan mengenai badan kehakiman negara (hilang kewibawaan). Saya kadang-kadang hairan orang semua tahu ini, tetapi hakim masih buat tak tahu, “ kata Anwar.

Akibatnya ramai pihak yang menjadi mangsa keputusan-keputusan hakim yang tidak berpaksi kepada undang-undang dan prinsip keadilan.

"Hakim kata saya tidak peduli, saya hanya ikut undang-undang, undang-undang mana? Undang-undang hutan ke? Perkara ini masih berlaku dalam negara kita," kata Anwar.

Anwar dilihat sebagai mangsa perbicaraan berat sebelah apabila beliau didapati bersalah atas tuduhan liwat dan rasuah setelah dipecat dari kerajaan dan Umno oleh Mahathir pada tahun 1998.


Beliau merengkok enam tahun dalam penjara sebelum Mahkamah Rayuan mendapatkan mantan timbalan kepada Mahathir itu disabit dengan bukti yang rapuh dan tidak boleh dipercayai.

Setelah memimpin Pakatan Rakyat kepada kejayaan besar pada pilihanraya umum 2008, Anwar sekali lagi diheret ke mahkamah untuk tuduhan liwat kali kedua.

Seperti kes pertama, perbicaraan kali ini juga penuh dengan keterangan rapuh saksi dan pengadu serta bukti yang mencurigai.

Malah pengadu Saiful Bukhari Azlan bertemu Perdana Menteri Najib Razak dan menalifon Ketua Polis Negara ketika itu Musa Hassan beberapa hari sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

Bagaimanapun Hakim Zabidin Mohamad Diah menerima segala bukti dan keterangan saksi pendakwaraya dan mengarahkan Anwar untuk membela diri mulai 6 Jun depan.

TVSelangor News

Catatan:
Jangan singkir hakim sahaja. Gani 4Tahil dan Ketua Hakim Negara (sudah keluar wad ke belum?) hendaklah diseret dan didakwa di mahkamah bersama-sama hakim korup dan kurap. Pastikan Pendakwaraya yang berwibawa agar mereka ini tidak terlepas hukuman dan boleh direhatkan di Penjara Sungai Buloh, Kajang atau Taiping. Datuk Clement Skinner, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu diyakini mampu memikul tanggungjawab pendakwaan ini.

Sekiranya bilik penjara tidak mencukupi, dua buah kapal selam yang jarang digunakan (under utilised) bolehlah dijadikan penjara terapung - sebuah untuk lelaki dan sebuah lagi untuk wanita. Ini untuk kes dan orang tertentu sahaja. Almaklumlah, baru setahun mendiami Seri Perdana sudah mohon peruntukan ubahsuai / renovasi yang menelan belanja RM65 juta. Maka tak banyaklah beza sangat dengan peruntukan RM50 juta setahun untuk 'maintenance' kapal selam.

Lagipun, dengan menukarkan geran 'Permata' sebanyak RM111 juta setahun, dapat menampung perbelanjaan baik-pulih kapal selam untuk tempoh dua tahun. OK lah tu.... Cuma, dalam kapal selam, tak bolehlah nak menanam tembikai susu.

Jika perlu diwujudkan Tribunal untuk mendakwa mereka yang berjawatan tinggi, wujudkan. Tugas ini boleh diselaraskan oleh Tun Salleh Abas dengan dibantu oleh Datuk Chan Nyam Hoi atau lebih popular dengan panggilan Datuk NH Chan.

Bukit Aman pun perlu dibersihkan terlebih dahulu. Pakatan Rakyat sudah ada beberapa calon yang layak untuk menggantikan KPN dan Timbalannya. Dato' Ramli Yusof yang sepatutnya telah terlebih dahulu menjawat jawatan KPN sebelum Musa Hasan, adalah calon yang sesuai dengan dibantu oleh Datuk Mat Zain Ibrahim.

SPRM tak perlu diberi tumpuan sangat cuma kita pastikan semua pejabat mereka berada di tingkat paling tinggi sesebuah bangunan. Kita biarkan mereka terjun bangunan terlebih dahulu dan pilih mana-mana yang tinggal jika ada yang layak.

Sebelum itu, pastikan sebuah badan Direktorat ditubuhkan dan diberikan kuasa menyita, menyiasat dan merampas harta benda yang diperoleh secara tidak sah. Tugas pertama badan ini ialah menyenaraikan nama-nama menteri dan isteri serta pegawai kanan kerajaan yang korup dan kurap. Kenalpasti alamat atau alamat-alamat dan kedudukan kediaman mereka. Begitu juga akaun-akaun bank milik mereka. Sita segala harta milik mereka hingga selesai siasatan pihak Direktorat. Tun Dr. Mahathir Mohammad dan keluarga hendaklah diberikan keutamaan dalam senarai 'sita-siasat-rampas'. Selepas '1Malaysia'.

Pengerusi SPR serta Timbalan, biarkan mereka terkencing seluar terlebih dahulu. Setelah selesai pembersihan utama, barulah PR fikirkan apa yang patut dilakukan kepada mereka ini.

Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hendaklah sentiasa dalam keadaan sedia dan berjaga-jaga bagi mengambil-alih peranan pengurusan dan pentadbiran ad-hoc 'di mana dan bila perlu'. Hanya inilah satu badan yang boleh dipercayai. ATM adalah juga satu-satunya entiti yang memiliki kepakaran dalam kesemua bidang - daripada menjadi guru, hakim, doktor hinggalah jurutera membina jambatan, mengurus bekalan air dan elektrik serta pengangkutan awam. You name it, they have it. Sebab itu, hanya tentera sahaja yang ada bekalan C4

Tiada ulasan: