Seorang peguam hari ini menegaskan bahawa Peguam Negara mempunyai tanggungjawab awam untuk menampilkan segala bukti dan bukan hanya yang dilihat memberi kelebihan kepada pihaknya untuk mensabit Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan fitnah liwat kali kedua.
Yusmadi Yusoff, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, berkata tindakan pendakwaraya cuba menyembunyikan percanggahan dan kelemahan keterangan oleh saksi-saksinya tidak berupaya untuk kebenaran tetapi semata-mata untuk mencari kemenangan.
Beliau berkata bukti forensik yang cuba ditampilkan oleh pendakwaraya begitu rapuh dan adalah jelas tidak ada usaha untuk menjelaskan isu-isu kritikal.
Antara lain, tidak ada penjelasan pendakwaraya bagaimana sampel air mani pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan boleh dijumpai dalam duburnya sendiri.
Begitu juga kecelaruan bersabit tompok air mani yang dijumpai di bahagian belakang seluar dalam Saiful dan tidak selari dengan tompokan air mani yang dijumpai di bahagian depan seluar pengadu.
" Apabil bukti air mani itu tidak diangkat (oleh pendakwaraya), Di peringkat kes pendakwaan… isu ini menimbulkan keraguan yang amat tinggi dan (harus) membentuk keadaan sehingga hakim mengatakan bahawa tidak ada prima facie, kes itu tidak ada asas, sepatutnya kes itu dibuang," kata Yusmadi.
Yusmadi berkata pendakwaraya telah mengheret Anwar ke mahkamah tanpa membekalkan Ketua Pembangkang itu dengan bukti-bukti yang diperolehi bagi membolehkannya mempertahankan diri secara tuntas.
Pada masa sama, pendakwaraya seolah-olah datang ke mahkamah dengan “skrip lengkap” yang hanya sekadar perlu di perlakonkan sahaja, tambah beliau.
" Di sini kita bukan mahu mendakwa seorang itu sehingga seorang itu mesti bersalah, tujuan pendakwaan adalah untuk mencari keadilan. Tetapi di sini, apabila gambaran sebenar keseluruhan kes ini tidak dibawa oleh pihak pendakwaan di dalam hujah mereka, sekali lagi pendakwaan ini dilihat membawa kepada satu motif,” kata beliau.
Selain tidak mejawab persoalan-persoalan forensik khusus, Ketua Pendakwaraya Yusuf Zainal Abidin juga tidak membangkitkan pengakuan Saiful berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.
Begitu juga tindakan Saiful berjumpa dengan Ezam Mohamad Nor, seorang lagi seteru politik Anwar, sehari sebelum membuat laporan polis itu.
Jelas Yusmadi, keghairahan pendakwaraya mempertahankan bukti-bukti berus gigi, botol air mineral dan tuala 'Good Morning' walaupun diperolehi secara helah oleh polis, menunjukkan pendakwaraya memerlukan bahan-bahan itu untuk melengkapkan “jalan cerita” bagi mensabitkan Anwar.
Yusmadi menambah, perlakukan pendakwaan dalam kes ini seolah-olah mahu memastikan Anwar terus diaibkan dan rencana politik beliau terganggu dengan terpaparnya kisah-kisah memalukan dan bukanya menegakkan kebenaran.
Sama dengan kes fitnah pertama katanya, media kawalan Umno-BN akan digunakan sebaik mungkin untuk membunuh karektor Anwar.
" Kita perlu ingat kepada 1998, perkara ini dibuat. Iaitu 3 bulan utama, pendekatannya memfitnah, memalukan, tilam, tompokan air mani dan sebagainya tetapi tiga bulan selepas itu, semua bukti itu dibuang. Maksudnya tidak di dalam rekod kes. Sama juga pendekatan dalam kes ini "jelas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan