Jumaat, 29 April 2011

Melaka naikkan tarif air 5 hingga 25 sen: Pahang Tipu Meter Air Hingga 5 Kaligan

Aduan @ Luahan
"Malaysiakini 20 Apr 2011 melaporkan tindakan kerajaan negeri Melaka menaikkan tarif air tanpa mengambil kira bebanan kewangan yang dipikul oleh rakyat negeri itu amat dikesali. Sekurang-kurangnya Kerajaan Melaka membiarkan rahsia kenaikan itu diketahui rakyat akhir. Kerajaan Pahang pula menaikkan harga air melalui penipuan meter air yang ditukar dan kelajuan bacaannya amat laju sehingga menaikkan kadar bayaran air sehingga 500%??!!

(Bacaan) Meter Air Baru Di Sekitar Kuantan Meragukan

Kami merujuk kepada meter air baru yang ditukar ganti oleh pihak JBA Kuantan sejak setahun yang lalu (2010). Kami penduduk di sekitar Kuantan ingin menyuarakan rasa keraguan (dan ada diantara kami yang yakin) akan bacaan meter yang terlalu tinggi berbanding dengan meter yang lama. Apabila kita membuka paip air dan melihat pusingan kipas meter, ianya berpusing dengan laju sekali. Kami pernah membuat aduan tentang perbezaan bil air sebelum dan selepas meter air ditukar. Perbezaannya amat ketara dan melampau.

Di sini para pembaca boleh melihat sendiri bil air saya dari Kuantan yang tidak berpuashati dengan kadar bayaran yang dikenakan setelah meter lama ditukar TANPA permintaan dari saya atau sesiapun. (Layari abutolhah.blogspot.com) Saya telah meninjau lebih dari 100 orang dan sebenarnya SEMUA penduduk yang ditukar meter baru menjadi mangsa kenaikan bil air setinggi 500%. Salinan transkrip Bil Air yang dibekalkan oleh JBA Pahang untuk tahun 2008 - 2010. Lihat bil semasa sebelum meter di tukar (sebelum Oktober 2010). Semua bil saya tidak mencecah melebihi RM10.00 melainkan bulan 6 (Jun) dan 7 (Julai) 2010 kerana paip bocor. Bayangkan peningkatan sehingga lebih dari 7 kali ganda apabila mereka menukar meter baru??!!.. Saya telah meninjau lebih dari 100 orang dan sebenarnya SEMUA penduduk yang ditukar meter baru menjadi mangsa kenaikan bil air setinggi 500%.

Tiga tahun yang lalu (2008) rakyat Pahang menyuarakan protes atas tindakan Kerajaan Pahang yang mengenakan cukai meter air setinggi RM1 sebulan ke atas semua penduduk Pahang. Akibat tekanan dari rakyat, Kerajaan perompak BN telah memansuhkan cukai RM1 tersebut dan perkembangan tersebut memberi kelegaan kepada orang Pahang. Walaubagaimanapun, JBA Pahang sekonyong-konyongnya mengambil tindakan menukar meter lama kepada meter baru. Apabila meter baru ditukar, bil air kami melambung tinggi sehingga 200%??!! Patutlah JBA dengan senang hati memansuhkan cukai RM1 sebulan tersebut.

Bayangkan sebagai contoh, saya mempuyai 5 anggota keluarga (3 dewasa 2 kanak-kanak). Kami Cuma menggunakan air bermula jam 3.45 petang sehingga malam setiap hari melainkan pada hujung minggu. Mesin basuh hanya sekali atau kadang-kadang 2 kali sehari. Semasa meter lama, bil kami yang paling tinggi sekalai ialah sebanyak tidak lebih dari RM12 sebulan. Sejak ditukarkan dengan meter baru, bil bulanan kami mencecah sehingga RM45 hingga RM55 sebulan. Memburukkan lagi keadaan ialah JBA hanya menghantar bil dua bulan sekali. Jadi kami terpaksa membayar dalam jumlah yang tinggi. Keadaan ini juga di alami oelh mereka yang lain. Tuan-tuan boleh melihat bil-bil yang dipaparkan di sini sebagai bukti dan untuk perbandingan.

Kami percaya kerajaan /JBA Negeri Pahang telah menggunakan taktik yang licik dan strategic untuk mengaut /merompak duit dari rakyat dengan mengubahsuai meter air agar rakyat terpaksa membayar harga air yang tinggi. Kami pernah membuat aduan tentang perkara ini kepada JBA dan mereka secara selamba sahaja menyatakan bahawa meter lama yang digunapakai selama berbelas-belas tahun itu adalah rosak??!!... Mengikut JBA jumlah caj yang kami terima berdasarkan meter adalah jumlah yang sebenar dan berpatutan (proportionate) dengan bilangan pengguna seramai 3 dewasa dan 2 kanak-kanak itu. Lebih ironic lagi, tertera pada bil air tersebut jumlah subsidi dari kerajaan yang diberikan kepada pengguna sedangkan mengikut kadar pengguna semester padu dan bayaran penggunaannya tidak ada kena mengena langsung dengan subsidi??!!

Pernah kami meminta agar meter itu diperiksa sama ada rosak atau tidak. Untuk maksud ini kami dikehendaki membayar RM15 dan kerja penyiasatan meter itu akan dilakukan oleh JBA sendiri??!! Oleh kerana kami memang amat prejudis dan amat faham dengan sikap kerajaan BN/UMNO yang bersifat ‘gangster atau samseng’ apabila berurusan dengan rakyat, kami menangguhkan permohonan agar meter itu di periksa semula. Sementelahan, kami berpendapat, tiada gunanya meminta JBA berbuat demikian kerana kami sudah pasti akan jawapan/hasilnya ;- mereka yang betul dan rakyat yang salah.

Untuk pengetahuan semua, saya sudah meninjau sejumlah lebih dari 100 orang terdiri daripada saudara, rakan-rakan sepejabat dan penduduk kampong dan semuanya memberi maklumat yang sama iaitu pertambahan kos bil air yang ‘menggila’. Oleh kerana di Negeri Pahang tiada Persatuan Pengguna atau NGO yang berkecuali atau berani berhadapan dengan kerajaan,kami tiada pilihan melainkan untuk menghantar surat ini kepada media alternative. "

Tiada ulasan: