"RAIS anak kepada Yatim seorang Ahli Parlimen Jelebu, iaitu MP bagi kawasan saya juga. Saya berada di Dun Pertang iaitu salah satu Dun di bawah Parlimen Jelebu. Rais Yatim baru-baru ini pernah digemparkan dengan satu skandal dan kisah itu berlarutan hingga ke mahkamah kerana Rais menafikan tuduhan terhadapnya dan memfailkan saman ke atas seorang Blogger yang hanya membuat `copy paste' kununnya skandal melibatkan beliau.
Sekarang ini, Rais ke hulu ke hilir di bumi sarawak menawarkan WIFI kepada beberapa kawasan sempena Pilihanraya Negeri pada 16 Apr ini. Di mana ada pilihanraya kecil sebelum ini, itulah modal yang ada pada Rais. Lihat sahaja sewaktu PRK Galas, Tenang, Merlimau dan juga di Kerdau sebelum ini. Sekarang modal yang sama dibawa ke Sarawak.
Saya tidak tahu samada kesemua kawasan yang Rais telah janjikan itu sudah berjalan atau belum WIFInya, tetapi setahu saya WIFI yang dijanjikan sewaktu PRK Bagan Pinang dahulu pun tidak berjalan lagi. Yang jelas, Adun Bagan Pinang Isa Samad nikah baru. Kali ini janji dibawa ke Sarawak pula, mana tahu jika rakyat Sarawak mudah tertipu lagi.
Mana lojiknya Rais mahu wujudkan WIFI di merata tempat kerana di Parlimennya sendiri, usahkan WIFI, bas awam pun tiada. Jika anda tidak percaya, anda naik bas dari Seremban ke Kuala Pilah. Dari K.Pilah, anda cuba cari bas menuju ke kawasan Jelebu. Anda tidak akan jumpa mana-mana bas yang akan masuk ke beberapa kawasan kampung di Jelebu termasuk ke kampung saya. Memang malu mahu ceritakan betapa dhaifnya kampung sendiri, tetapi terpaksa juga ceritakan kerana nampaknya Rais Yatim seperti `Si Tanggang Moden 'yang lupa asal usul kawasannya. Itu belum dilihat kepada beberapa jalanraya di kawasan Jelebu, amat teruk dan memalukan.
Jika anda pergi ke Pekan Kuala Klawang, iaitu suatu Pekan yang menjadi ibu daerah Jelebu anda akan lihat sekitar jam 6 petang pekan ini akan sunyi sepi. Berbeza dengan Pekan Bahau yang kini berada di bawah DAP, pekan ini meriah dan sibuk sehingga ke tengah malam. Jalan yang paling baik di Jelebu hanyalah sekitar jalan dari Seremban ke Pekan Kuala Klawang sahaja. Mungkin jalan itu hanyalah untuk memudahkan perjalanan Rais Yatim dari KL balik ke kawasannya di Kuala Klawang.
Rais Yatim tentu fikir rakyat di Jelebu tidak tahu apa-apa tentang internet, IT dan sebagainya. Sebab itu WIFI tidak perlu di Jelebu. Perkhidmatan 3G pun banyak kawasan yang tidak memperolehinya. Apakah rakyat Jelebu mahu mimpi untuk menikmati perkhidmatan WIFI? Jika rakyat Jelebu terasa ingin menikmatinya juga, tunggu sahaja jika ada PRK di Jelebu. Soalnya sekarang, adakah rakyat Sarawak terpedaya dengan `Si Tanggang Moden' ini? /
Tiada ulasan:
Catat Ulasan