Dulu lain, sekarang lain... inilah sandiwara kehidupan seorang 'blogger'
Setelah menulis dan menyiarkan bermacam tuduhan dan apa yang disebut ramai sebagai 'pendedahan' membabitkan orang-orang kenamaan, pegawai awam dan tokoh politik, sekarang dia muncul melalui satu temubual stesen tv Media Prima, TV3.
Dulu ceritanya lain, sekarang dah berputar 360 darjah. Itulah 'pendedahan' penulis dan pemilik blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin.
Antara tokoh yang menjadi 'mangsanya' adalah PM Najib Tun Razak dan isteri, mantan PM Abdullah Ahmad, Tengku Razaleigh Hamzah dan IGP Musa Hassan.
Namanya mula dikenali ramai melalui kempen 'Free Anwar' dan dia sememangnya diketahui sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim. Dia sanggup masuk penjara kerana Anwar. Begitulah semangat juang yang berada pada manusia bernama Raja Petra.
Dia menjadi buruan polis dan berjaya melarikan diri ke luar negara, dengan bantuan orang tertentu, untuk menetap di kota raya London. Dari ibu negara Inggeris itu, dia meneruskan 'perjuangan' dengan menyiarkan penulisan-penulisan yang tidak berani disiarkan oleh media arus perdana. Blognya terus popular bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi di Barat, Timur, Utara dan Selatan dunia.
Cucu mantan Gabenor pertama, sekarang digelar Yang Dipertua Negeri, Pulau Pinang yang bangga dengan darah Bugis, walaupun bercampur darah Inggeris, memang seorang 'blogger' yang popular. Itu tidak boleh dinafikan kerana pembaca atau mereka yang melayari atau melungsuri Internet, amat gemar membaca bahan-bahan seperti yang terkandung dalam blog Malaysia Today.
Tiba-tiba dia mengejutkan kita dengan beralih pandangan 360 darjah berkaitan beberapa isu besar dan menggemparkan yang didedahkannya melalui blog Malaysia Today.
Semuanya didedahkan dalam satu wawancara dengan TV3 di Perth, Australia yang boleh diikuti melalui banyak laman blog dan laman sesawang TV3.
Apakah wawancara itu satu kebetulan atau sebenarnya diatur sedemikian rupa untuk tujuan-tujuan tertentu bukan persoalannya kerana umum boleh meneka jawapannya.
Yang pasti dan nyata, selama ini kita telah dipersenda dan dihidangkan dengan pembohongan demi pembohongan berkaitan isu-isu besar termasuk pembunuhan Altantuya. Malahan, pendedahan terkini oleh Raja Petra dengan cepat dinafikan oleh beberapa pihak yang dinamakannya.
Apa yang dinyatakan olehnya sudah tentu mendapat liputan meluas dan di muka depan akhbar-akhbar arus perdana. Itu adalah sesuatu yang biasa.
Selepas ini, ramai yang akan bertanya sama ada manusia bernama Raja Petra Raja Kamaruddin ini boleh dipercayai atau tidak. Sudah tentu tidak kerana kita tidak mahu dibohongi lagi dengan kepalsuan.
Oh ya, besar kemungkinan Raja Petra teramat sangat merindui bumi bertuah bernama Malaysia yang ditinggalkannya secara sulit... Adalah sesuatu yang bukan ajaib jika dia diberi pengampunan dan dibenarkan pulang ke tanah air setelah membuat 'pengakuan' berani di Perth. PM Najib dah pun lega dengan apa yang dinyatakan olehnya dan IGP pun nak siasat 'maklumat' tersebut.
Apa nak dikata, dulu lain, sekarang lain.
Respons RPK terhadap penyiaran temuramah beliau dengan TV3:
1. Kenapa buat pendedahan sekarang? Kenapa tak betulkan laporan media sejurus keluarnya SD dua tahun lepas?
- SD telah ditandatangan pada 3 tahun yang lepas, bukan dua tahun yang lepas. Selepas ia dilaporkan, saya terus ditahan dan didakwa serta merta. Saya telah menegaskan dalam blog saya berkali2 bahawa saya tidak membuat pertuduhan terhadap rosmah dan dua pegawai polis berpangkat leftenan suami-isteri membunuh Altantuya. Sebaliknya saya dimaklumkan mengenai hal itu. Dan kalau anda membaca pengakuan dan penulisan di dalam blog saya, anda sudah tentu jelas akan hal sebenar. Yang membuat andaian negatif sebenarnya tidak pernah membaca apa yang saya tulis di dalam blog saya.
Apakah saya perlu memastikan setiap laporan media yang salah dan putarbelit dan memperbetulkan ia satu persatu? Media arus perdana sudah tentu akan melakukan apa sahaja percubaan untuk memburukkan situasi. Setelah bertahun2 pihak media menghentam saya bertubi2, kini saya dihentam lagi. Adakah ini wajar?
Temubual yang disiarkan di TV3 telah dibuat dua bulan yang lepas. Ketika itu saya tidak tahu bila tarikh pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung. Tak kira pada waktu apa pun saya buat sesi temubual tersebut sudah tentu pertanyaan2 ini akan sering datang kepada saya. Adakah saya perlu tunggu sehingga pilihan raya hendak diadakan baru boleh membuat sesi interview bersama tv3?
2. Boleh berikan pandangan berhubung penafian Din Merican yang dia terlibat dalam percubaan untuk memburukkan2 Rosmah dan Najib?
Ada saya kata dia terlibat? Saya cuma jelaskan di TV3 semalam bahawa saya minta dia periksa dengan DSAI tentang latarbelakang Left. Azmi Zainal Abidin dan itulah yang dia buat. Dan itulah juga yang dia mengaku dalam blog dia. Jadi apa masalahnya sekarang?
3. Selain dari SD, boleh berikan bukti penglibatan beberapa individu tersebut yang dikatakan terlibat dalam percubaan untuk memburukkan Rosmah dan Najib?
Apa yang anda maksudkan dengan bukti? Video rakaman mereka bertuala dalam bilik hotel? Define 'bukti'. Anwar didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun pada tahun 1999 berdasarkan laporan saksi. Laporan saksi merupakan bukti dan itu sudah cukup untuk memastikan Anwar dipenjarakan selama 15 tahun. Laporan saya adalah lebih baik dari itu. Ia dalam bentuk Perakuan Bersumpah (SD).
4: Terdapat cakap2 belakang bahawa pendedahan RPK berhubung isu ini secara tiba-tiba adalah kerana anda ingin kembali ke Malaysia. Komen anda?
Terdapat cakap2 belakang bahawa Najib ditangkap khalwat di dalam bilik hotel Port Dickson. Adakah anda ingin meminta Najib menjawab ini? Siapa yang peduli tentang cakap2 belakang? Jika kerajaan mengatakan bahawa saya dialu2kan kembali ke Malaysia dan saya katakan kpd kerajaan pergi lah mampos kerana saya menyukai negara kelahiran saya apa maka yang akan anda katakan?
Dan apakah yang dikatakan sbg 'pendedahan tiba2' itu? Apakah kamu tidak mendengar apa yang saya katakan? Saya telah mengulanginya lagi dan lagi selama 3 tahun ini.
Apa yang dimaksudkan dgn tiba-tiba pula sedangkan saya telah mengatakan hal yang sama selama 3 tahun?Adakah Maksudnya saya duduk diam dalam 3 tahun ini dan baru hari ini saya dedahkan ini?
5: Anda juga telah dituduh sengaja mengalihkan tumpuan dari pilihanraya negeri Sarawak dengan tuduhan terbaru anda. Pandangan anda?
Mengalihkan perhatian? Anda benar-benar harus meningkatkan kemahiran komunikasi anda kerana saya tidak mengerti apa maksudmu. Saya juga dituduh pergi ke gereja setiap hari Ahad malahan isteri saya dan saya telah dikatakan meninggalkan Islam untuk menjadi Katolik.
Adakah anda benar-benar berfikir aku peduli apa yang mereka katakan? wawancara saya dilakukan sebelum pengumuman pilihanraya Sarawak. Mungkin pilihanraya Sarawak adalah untuk mengalihkan perhatian dari wawancara saya sebab wawancara saya datang terlebih dahulu.
6: Di manakah kesetiaan anda sekarang apabila anda telah membuat keputusan melawan Anwar dan pembangkang?
Anda mesti sedang menghisap sesuatu. Bagitau saya tahu apa yang anda hisap supaya saya boleh dapatkan anda benda tu. Kesetiaan saya sejak dari hari pertama ialah bersama rakyat ini: dulu, kini dan selama-lamanya. Sekarang, di bahagian mana dalam perkataan rakyat yang tidak kau mengerti?
Raja Petra Kamarudin
Malaysia Today
Nota : translation q1 dan q2 dilakukan secara manual. Bermula dari q3 sampai q6 dilakukan dengan bantuan google translation sbb penat nak baca dan hafal apa yang perlu ditulis. Tapi aku dah edit ayat2 agar ia menghampiri maksud yang dikatakan oleh rpk.
Ameno : RPK dengan segera membuat penjelasan dalam blog bagi memadamkan persepsi buruk rakyat terhadap RPK. Dalam soal ini, aku menyokong apa yang RPK sampaikan. Isu nya sekarang rakyat kena faham, hanya rakyat yg boleh tolong rakyat. Jangan kerana pemimpin, sesama rakyat pula bertelagah. Ingat neh kerajaan rakyat, bukan milik pemimpin. Ia milik bersama
N.Surendran: Pandangan mengenai Raja Petra, TV3 dan akuan bersumpah
Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta di dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. Akuan Bersumpah tersebut telah mendedahkan dakwaan serius terhadap Perdana Menteri Dato’ Srei Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.
Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai.
Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan kandungan sepenuhnya. Wawancara televisyen tidak sedikit pun menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes ini.
Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau telah dimaklumkan oleh “sumber yang boleh dipercayai” berkenaan perkara ini.
Apa yang lebih mustahak adalah tiada penjelasan yang memuaskan dari Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib atau pihak Kerajaan berkaitan dakwaan oleh akhbar Liberation yang berpengkalan di Perancis tentang kaitan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penjualan tiga buah kapal selam oleh syarikat Amaris dari Perancis kepada kerajaan Malaysia.
Pada ketika itu, Najib merupakan Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian tersebut. Persoalan ini adalah sangat mustahak dalam konteks kepentingan awam. Juga tiada sebarang penjelasan yang jelas tentang mengapa syarikat Perimekar dari Malaysia menerima bayaran €114 juta dari urusan pembelian kapal selam. Urusan pembelian tersebut kini di dalam siasatan di Perancis kerana dipercayai melibatkan unsur rasuah.
Adalah mengecewakan manakala pihak Perancis giat meneruskan siasatan ke atas perkara ini, namun di Malaysia ianya kelihatan ‘disapu ke bawah permaidani’.
Dakwaan dan isu yang menyelubunginya adalah sangat serius dan sewajarnya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk melakukan siasatan.
N. SURENDRAN
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Sumber: Keadilan Daily
Kepada DS Najib, segala-galanya BELUM berakhir. Apa yang dilakukan oleh RPK hanyalah untuk membersihkan dirinya, BUKAN membersih diri DS Najib dan isteri. Ada perbezaan yang jelas dan amat jelas di situ.
Beliau memang tidak pernah membuat tuduhan bahawa DS Najib dan DS Rosmah terlibat dalam kes pembubuhan Altantuya. Pihak lain yang membuat tuduhan berkenaan dan pihak yang membuat tuduhan dan dakwaan ke atas DS Najib dan isteri BELUM menarik balik dakwaan mereka. Jelas.
Betul dan tidak ada yang tidak betul melainkan betul belaka bahawa RPK tidak pernah menuduh DS Najib dan isteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya kerana beliau hanya sebagai 'jurucakap' yang menyampaikan maklumat yang beliau terima daripada pelbagai pihak dan sumber menerusi portal Malaysia Today. This RPK, he's really smart and cunning and still IS! So, there is no reason for celebration yet, Datuk Seri.
MalaysiaKini: PM bersyukur RPK bersihkan namanya, Rosmah
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan pendedahan penulis blog MalaysiaToday, Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Berikutan itu, perdana menteri menganggapnya sudah selesai, lapor Berita Harian Online.
Katanya, beliau menyerahkan kepada anggota masyarakat untuk menilai pendedahan Raja Petra itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hotel Seri Malayusia, di Lawas, Sarawak sebentar tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan