DEBAT. Perkataan debat adalah perkataan pinjaman yang berasal dari bahasa inggeris iaitu debate, atau lebih tepat dalam bahasa melayunya ialah perbahasan. Apabila menyebut debat, ia merujuk kepada perbahasan ke atas suatu subjek yang menunjukkan pro dan kontranya perkara berbangkit.
Debat mampu memberi manfaat kepada semua apabila sesuatu perkara itu dibahas dengan menegakkan hujah masing-masing dan dinilai oleh hadirin pendengar.
Baru-baru ini kita melihat debat menjadi faktor perbualan utama dan menjadi satu fenomena apabila hampir setiap hari akan ada yang merencanakan program debat, akan ada yang mencabar seseorang untuk berdebat dan tidak kurang juga yang lari dari perhitungan debat sambil mengatakan 'ada yang akan demam' sekiranya dia masuk berdebat. Alasan yang tidak masuk akal sebegini mencerminkan betapa debat itu hebat untuk orang yang berani mempertahankan hujahnya.
Setakat hari ini, ada sebuah aksi debat yang paling ditunggu-tunggu. Perdebatan ini telah dituntut oleh sebilangan besar rakyat Malaysia yang mahu melihat bagaimana tawaran ekonomi itu boleh dikongsi bersama.
Debat yang dimaksudkan ialah perbahasan ekonomi di antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim berkenaan Buku Jingga yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat. Cabaran debat ini bermula apabila Najib Razak sebagai Perdana Menteri dilihat memperlekeh keberkesanan Buku Jingga sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan Malaysia. Buku Jingga itu juga memperuntukkan 100 hari sebagai satu target supaya apa yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat itu terlaksana.
Sudah pasti sebagai seorang Perdana Menteri, Najib akan berasa tercabar kerana sejak dahulu, kini dan selamanya tidak mampu melakukan apa yang dijanjikan dalam Buku Jingga sedangkan Anwar Ibrahim mempunyai hujah tertentu untuk menunjukkan betapa Pakatan Rakyat mampu melaksanakan segala janji apabila memerintah kelak. Hujah ini gayanya khas untuk kaki perlekeh hak sebenar rakyat.
Di saat Perdana Menteri memperlekeh kebolehan Pakatan Rakyat merealisasikan satu menifesto 'merakyatkan negara' melalui pendekatan Buku Jingga, ketika itu jugalah Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang mencabar Najib Razak agar menyahut cabaran debat dek kerana kelantangan Najib sendiri, iaitu memperlekeh Buku Jingga.
Di sinilah letaknya satu subjek pendebatan yang membawa manfaat besar ke atas Rakyat Malaysia malah di sini jugalah dapat kita tafsir sebaiknya samada Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang hanya pandai memperlekeh harapan rakyat, penuh dengan retorik tanpa hujah yang menyokong, atau punya sedikit keberanian berhadapan Ketua Pembangkang bertarung di atas padang yang rata.
Menjadi kenyataan atau tidak debat di antara ketua kerajaan dan ketua pembangkang, tidaklah diketahui. Tetapi setakat ini dapat dirasakan melalui sentimen yang dimainkan, kem Najib menunjukkan reaksi negetif. Maka kita harus bersetuju bahawa setelah sekian lama nama Najib Razak dikenang sebagai Mr. Playsafe adalah bukan suatu mitos dan rumours. Mungkin juga beliau mem'playsafe'kan diri sewaktu bertowel di Port Dickson? Sehingga terlantiknya Isa Samad sebagai pengerusi Felda umpama tiada yang lain dalam Malaysia ini lebih berkebolehan.
Susah hendak diluahkan di sini, tetapi seharusnya kita dapat membayangkan betapa mudahnya maruah negara tergadai sepertimana penyerahan perigi minyak dan gas blok L dan M kepada Brunei. Bukan perigi air yang diserah tetapi perigi minyak dan gas yang kerugian ditanggung menjangkau bilion-bilion.
Juga jangan kita lupa bagaimana penyerahan Stesen Keretapi Tanjung Pagar yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia apabila boleh menempuhi dada Singapura tanpa cop pasport, telah diserahkan kepada Singapura. Begitulah tahap berani Perdana Menteri Malaysia, maka tidak hairanlah jika PM kita tunduk membisu, mengundur dan mengulup apabila dicabar berdebat.
Tutup cerita debat ketua kerajaan - ketua pembangkang walaupun kemudian hadir pula cabaran demi cabaran debat oleh Khairy Jamaludin dan Shamsul Iskandar. Belum sempat kata debat diputus, dengan tidak semena-mena hadir Umie Hafilda Ali mencabar Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dalam aksi berdebat '2 dalam 1', tetapi dipatahkan dengan berita lacur melacur.
Seterusnya debat akhirnya berlaku di antara Pengarah Strategi PKR iaitu Rafizi Ramli dan YB Hulu Selangor iaitu Kamalanathan. Hasilnya, kerajaan memang sentiasa memandang rendah terhadap Pakatan Rakyat apabila menghantar seorang wakil yang bukan sahaja memalukan Felda Sungai Buaya di Hulu Selangor, tetapi memalukan seluruh entiti kerajaan Malaysia.
Semalam, timbul pula cabaran debat ke atas Tuan Guru Nik Abdul Aziz oleh seorang yang tidak bertauliah. Imbas kembali bagaimana si kurang hajar ini memaki hamun TGNA yang menjadi tetamu rumah orang lain.
Jika anda perhatikan betul-betul sikap orang cenge dalam video di bawah, layakkah orang yang seolah-olah tidak mempunyai akidah ini apabila tidak menghormati seorang pemimpin besar dan juga ulama, mengajukan cabaran debat bertajuk "Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah".
Akhbar Sinar pula dengan tidak bertauliah, mengatakan TGNA bersetuju berdebat dengan sipolan biadap itu. Berikut adalah kenyataan akhbar yang merujuk kepada kesilapan akhbar Sinar apabila menyiarkan persetujuan debat oleh TGNA;
"Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti," kata Fadli dalam kenyataannya.
Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011 lalu menyiarkan di muka depannya berita bertajuk “NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah.”
Diharap akhbar Sinar lebih bertanggungjawab dengan membetulkan kembali kenyataan muka depan yang disiarkan semalam dalam edisi Kelantan bersama permohonan maaf secara terbuka. Atau kredibiliti akhbar Sinar akan terjejas sebagaimana ia semakin terjejas kerana sudah berjinak menyebelahi satu pihak.
Peristiwa Tuan Guru Nik Aziz dimaki oleh Md Nor Idris telah lama berlalu, tetapi ia harus dijadikan iktibar bagaimana TGNA bertindak melayani orang yang seolah-oleh tidak mempunyai pegangan dan mahu mengapa-ngapakan TGNA. Sedangkan TGNA itu bertongkat dan sedikit uzur pada lahiriahnya, sipolan bernama Md Nor Idris tidak langsung menunjukkan kematangan sebagai orang yang kononnya bijak agama. Inikah yang dikatakan ulamak UMNO ?
Kepada pengunjung yang belum lagi menonton video TGNA dimaki-hamun oleh Md Nor Idris, telah dikepilkan bersama video tersebut sebanyak 2 siri kesemuanya dan lihatlah bagaimana orang yang seperti tidak ada akidah dan akal ini menyerang TGNA. Apakah orang sebegini boleh diberi peluang untuk berdebat dengan TGNA? Takut nanti bila tidak dapat melawan hujah, akan dia melompat untuk mencederakan TGNA kerana dalam video di bawah juga dapat ditafsir bagaimana tahap kesabaran Md Nor Idris dan secetek mana tahap pemikirannya.
Video Bahagian 1
Video Bahagian 2
Akhir kata, sama-samalah kita berusaha untuk menjadi warganegara yang bijak yakni dengan meraikan erti sebenar demokrasi. Sedarlah, apabila kita berpeluang melihat kebijaksanaan Perdana Menteri dalam mempertahankan hujahnya menafikan kebolehan isi-isi buku jingga, peluang yang hadir sekali sekala itu tidak berjaya dilunas dengan baik kerana sesungguhnya kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang tahap beraninya di bawah kawalan Bahagian FLOM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan