Selasa, 8 Februari 2011

DARI MEDAN TAHRIR - AMAT BIADAP


bapa mentua ambo bekas polis, pangkat tinggi la jugak.. cukup ambo bitau, pencennya melebihi 3.5k.. dia tahu apa yang polis buat kerana dia bertugas sebagai polis sejak tahun 60-an lagi.. skrg dia dah 60an jugak.. dia sudah jadi orang masjid, semayang tungging terbalik siang malam.. jaga kemaslahatan masjid.. hebat dia beramal... tapi sayang, otak UMNO dia tak boleh dicuci lagi walaupun setiap hari dia bergurindam berqasidah akan segala kejahatan polis, sultan2 dan pemimpin negara.. tatkala beberapa hari dan bulan lepas, anak muda ada kerap mengebas duit tabung masjid.. beliau mencadangkan macam2 kepada jawatankuasa masjid semasa mesyuarat kampung (bandar sebenarnya).. ambo hanya diam sajo.. ek pun dak, uk pun dak.. setelah lama pegawai2 masjid berkaedah macam2, tiba giliran imam tua bertanyakan kepada ambo.. ambo kata "biarlah".. tiba2 semua terdiam.. termasuk bapa mertua ambo.. imam tua kumam sebentar.. beliau bertanyakan lagi, "kenapa kesitu pulak, ini duit masjid.. ini duit orang ramai..duit yang akan digunakan ke jalan Allah, ke jalan agama, tak takut mati ker, dalam kubur besok akan disoal bla2.. hari kiamat lagi, akan disoal ..diseksa api neraka ..bla2...".. ambo agak malas nak menyuarakan apa2.. tapi bila disoal untuk kali kelima, baru ambo ulaskan "tak ada masalah apa2 pun, biasalah budak2 muda..budak tu curi pun, hanya berapa sen berapa ringget saja untuk satu tabung, tapi pemimpin BN mengebas duit berjuta2, tak la kita bincang sampai nak runtuh masjid macam tadi..... lagipun, duit masjid, setiap minggu kita dapat mencecah seribu lebih, lagipun bukan semua tabung yang kena pecahkan" tak sangka ambo, idea bangang ambo gini, senyap gegitu jer dalam meeting masjid

Tiada ulasan: