Dalam Era Mahathirlah bermulanya pengkhianatan UMNO yang besar. Mungkin kerana pemerintahan Mahathir terlalu lama berbanding PM yang lain, itu tidak dapat dipastikan tetapi di dalam era inilah banyak pengkhianatan yang telah dilakukan.Pengkhianatan yang berbagai bentuk dan paling banyak sekali pengkhianatan yang melibatkan kewangan.
Di Dalam Kongres Ekonomi Melayu yang Pertama, Bank Bumiputra telah ditubuhkan di bawah seliaan dan pengawasan Pejabat Perdana Menteri sepenuhnya. Bank ini sebenarnya untuk menjadi sandaran kepada orang melayu untuk memajukan ekonomi mereka.
Pada tahun 1983, terjadilah satu skandal besar yang menyebabkan BMF anak syarikat Bank Bumiputra telah kerugian sebanyak USD1 Billion (RM 2.5 Billion) dalam urusannya dengan Carrian Group. Dalam skandal di Hong Kong ini juga seorang auditor Bank Bumiputra, Jalil Ibrahim telah dibunuh. Laporan audit 1997 Bank Bumiputra telah rugi lagi RM1.3 Billion. Dalam laporan audit juga, telah dapat jelas membuktikan Fleet Group, sebuah syarikat pelaburan UMNO telah mendapat banyak keuntungan dari Skandal-skandal Bank Bumiputra.
Di Zaman Mahathir juga, syarikat penerbangan negara MAS telah diswastakan. MAS telah diserahkan di bawah selenggaraan kroni Daim iaitu Tajuddin Ramli. Di bawah penswastaan ini terlalu banyak masalah dihadapi oleh MAS. Ia membawa kepada beberapa kali wang rakyat dari Khazanah telah disuntik dan akhirnya kerajaan Malaysia telah membeli balik pegangan saham Tajudin Ramli dengan harga yang tidak setimpal menggunakan wang rakyat Malaysia.
PERWAJA adalah satu projek anak emas Diktator Mahathir. Beliau sendiri yang memberi sokongan kuat kepada sebarang tindakan Pengarah Urusan PERWAJA Eric Chia. Ini terbukti dengan adanya surat tulisan tangan dari Mahathir sendiri atas tindakan Eric Chia maka sebarang keputusan Lembaga Pengarah terpinggir. Terdapat banyak pembayaran dan transaksi yang meragukan telah dilakukan. Dari skandal ini negara telah kerugian sebanyak RM10 billion.
Jikalau dikumpulkan seluruh penyelewengan dan pengkhianatan UMNO melalui kewangan ini terlalu banyak mungkin kita boleh membuat 3 atau 4 siri artikel yang melibatkan kewangan. Kita tinggalkan dahulu penyelewengan kewangan.
Setiap rakyat Malaysia diajar dan wajib untuk patuh dan mendaulatkan undang-undang. Di Zaman Diktator Mahathir ini bermulanya era sistem undang-undang dan kehakiman negara diperkosa, dirogol dan diliwat oleh ahli politik pemerintah UMNO/BN. Sebermula tahun 1987, Mahathir telah memecat hakim-hakim yang tidak sebulu dengan beliau termasuklah Ketua Hakim Negara pada waktu itu iaitu Tun Salleh Abas (yang pertama dipecat). Campurtangan kuasa politik ke atas mahkamah dan penguasa undang-undang juga semakin ketara seperti dalam kes Rahim Thamby Chik, Kes Bakun dan yang paling jelas percubaan membohong rakyat di dalam kes-kes Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Setiap bangsa atau negara yang berjaya, mereka akan mengagungkan bahasa kebangsaan negara mereka. Bertentangan dengan semangat Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi, UMNO telah mewujudkan sistem pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Tanpa disedari sistem PPSMI telah membuat lebih ramai anak-anak Malaysia gagal dalam subjek tersebut. Jika kita lihat negara maju seperti Peranchis, Jerman, Jepun, China, dan Korea, mereka tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai keutamaan. Hinggakan segala buku rujukan dan buku teks telah dialih bahasakan kepada bahasa negara mereka masing-masing.
Tanah Rizab Melayu mula pupus di Zaman Era Diktator Mahathir. Tanah rizab Melayu di kawasan yang bernilai tinggi dirampas dan menyerahkannya kepada pihak tertentu di atas nama pembangunan dengan memberi gantian tanah di tengah hutan (tempat jin bertendang). Pampasan yang diberi adalah jauh rendah dan tidak mengikut sekurang-kurangnya harga semasa. Ini akan memencilkan orang Melayu dari bandar.
Catatan pengkhianatan bangsat UMNO ini di Zaman Diktator Mahathir terlalu banyak dan boleh dibuat buku bersiri seperti buku Memoir Abdullah CD yang diterbitkan sebanyak 3 siri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan