Jumaat, 28 Januari 2011

RETRO : ANAK EMAS BUAT ORANG CEMAS

Oleh Raja Petra Kamarudin (Terbitan asal pada 22 Februari 2007)

Najib Tun Razak tidak sepatutnya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tidak pernah mengingini Najib tetapi Tun Dr. Mahathir telah memaksa beliau membuat pilihan itu tanpa membuat pilihan sendiri. Sesungguhnya di sebalik segala pulas tangan itu, Paklah masih berdegil dan buat bodoh sahaja.

Mahathir dapat mengagak betapa Paklah cuba melengahkan masa. Memanglah Paklah tidak bersuara menyatakan dia menolak Najib menjadi orang nombor dua. Dia sengaja melengahkan masa untuk membuat pengumuman sambil berharap Mahathir akan beralah ataupun hilang minat akan perkara itu. Tetapi Mahathir adalah laksana anjing yang menggongong tulang.

Sebaik sahaja giginya menggigit sesuatu memang susah untuk melepaskannya. Lihat sahajalah kisah Jambatan Bengkok, penjualan pasir kepada Singapura, perjanjian bekalan air Singapura-Malaysia, Proton, MV Agusta, dan segala isu lain yang dekat di hatinya. Walaupun dia menghadapi risiko bergelagat laksana rekod lama yang tersangkut dalam putarannya, Mahathir tidak pernah mengalah dan terus menghentam sehingga pandangannya betapa berlaku penyelewangan dapat diperbetulkan.

Dengan semangat begitulah Mahathir tidak mudah membolehkan Paklah merencana sendirian tentang pelantikan seorang timbalannya. Mahathir mahukan Najib dan tidak ada orang lain lagi. Kerana itu Mahathir telah merencana satu rancangan yang memenuhi kehendaknya. Sebelum itu pegawai tinggi kerajaan telah menemui Mahathir dan mengajak beliau menghadiri satu jamuan perpisahan.

Oleh kerana dia sudahpun bersara, dan Paklah sudah menjadi Perdana Menteri, Mahathir fikir apakah gunanya diadakan majlis jamuan perpisahan itu. Selalunya majlis jamuan perpisahan diadakan sama masanya dengan majlis menyambut ketibaan si pengganti orang yang pergi bersara, dan bukan diadakan apabila seorang itu sudahpun lama pergi. Itulah pandangan Mahathir yang dinyatakan kepada mereka.

Tetapi para perwakilan masih bertegas mahu memberikan penghormatan kepada Mahathir dengan menjamunya dalam satu jamuan makan malam. Mungkin ketika itu terdetik satu idea dalam kepala Mahathir. Sebagai orang yang sentiasa berfikir saya fikir Mahathir nampak peluang dalam cadangan jamuan perpisahan itu.

Beliau bersetuju dengan bersyarat. Dia mahu mereka turut menjemput Paklah menghadiri jamuan itu. Lagi pun Paklah sudah menjadi Perdana Menteri, tentulah tidak manis mengetepikan beliau daripada turut serta. Demikialah syarat Mahathir, kalau mereka turut menjemput Paklah, dan kalau Paklah sedia hadir, dia akan bersetuju menghadiri jamuan itu. Jika tidak dia tidak mahu menghadirinya.

Ini membuatkan para perwakilan menemui Paklah dan menjelaskan perkara itu kepada Perdana Menteri syarat Mahathir mahu menghadiri jamuan perpisahan tersebut. Seandainya Paklah enggan hadir, bererti majlis itu ditamatkan begitu sahaja dan pegawai kanan kerajaan tidak akan dapat memberikan penghormatan kepada Mahathir dengan menjamu makan malam. Kerana itu Paklah bersetuju menghadiri jamuan itu sebagai memenuhi syarat Mahathir turut menghadirinya.

Apabila berdepan dengan syarat semacam itu, takkanlah Paklah mahu menolak jemputan itu. Kerana dia tidak mahu menjadi penghalangnya dia bersetuju serta-merta. Jadi Mahathir dan Paklah turut sama-sama hadir di majlis makan malam tersebut. Begitulah juga dengan anggota media. Apabila media bertanya Mahathir untuk membuat kenyataan akhbar, dia berkata betapa dia mahu mengucapkan terima kasih kepada Paklah kerana bersetuju melantik Najib sebagai orang nombor dua memimpin negara.

Inilah yang menjebak Paklah tanpa disedarinya. Dia menjadi kecut di dalam dan keluar serta merta daripada majlis itu dan memberi arahan kepada para pembantu beliau agar media membisukan kenyataan Mahathir. Media tidak boleh membuat laporan akan perkara itu. Tetapi dia boleh mengawasi media arus perdana ataupun media cetak, dia tidak boleh mengawal media alternatif ataupun internet. Pada malam yang sama apa yang diisytiharkan oleh Mahathir telah merebak laksana api ganas di internet.

Pada keesokan harinya Paklah tidak ada pilihan tetapi membuat pengumuman, hampir 20 jam kemudian, bahawa Najib sudah pun dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Setakat itu Mahathir sudah menjadi curiga apakah dia telah tersilap besar kerana melantik Paklah sebagai penggantinya. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyedari dia benar-benar telah berbuat satu kesilapan yang sama seriusnya apabila dia meminta Paklah melantik Najib sebagai timbalan beliau.

Seandainya Paklah adalah satu-satunya kesilapan beliau perkara itu masih boleh diperbetulkan, Dia boleh memaksa peletakan jawatan Paklah dan membenarkan Najib mengambil alih jawatan yang dikosongkan itu. Akan tetapi apabila Najib ternyata satu lagi kesilapannya yang lebih besar, bagaimana mungkin dia mahu perbetulkan kesilapan itu?

Apabila berdepan dengan situasi itu bagaimana mungkin dia memaksa menyingkirkan orang nombor satu untuk memberi ruang kepada orang nombor dua? Ini adalah laksana keluar daripada mulut singa masuk ke rahang buaya? Sama ada anda dipecat ataupun memecat. Ternyata bukan ada pilihan yang baik dalam hal ini.

Ramai orang berpendapat bahawa kebelakangan ini Mahathir nampak sudah lemah dalam serangan beliau ke atas Paklah disebabkan penyakit lemah jantung. Sebenarnya itu bukanlah penyebabnya. Penyakit lemah jantung tidak akan melengahkan Mahathir. Dia sudah menjadi begitu terkenal untuk membenarkan perkara remeh-temeh seperti itu menyekat serangannya.

Sesungguhnya kemungkinan menggugurkan Paklah akan memungkinkan Najib naik untuk menjadi pengganti, yang menyebabkan Mahathir seolah-olah lembab sikit, aktivitinya. Kepada Mahathir antara dua iblis itu, Paklah adalah lebih baik sikit daripada Najib. Mungkin Paklah kerap tertidur berdengkur ketika menghadiri mesyuarat dan majlis. Malahan dia pernah tertidur semasa satu mesyuarat majlis perang yang mahukan satu keputusan bagaimana bertindak terhadap gelagat Indonesia yang mahu berperang setelah melanggar salah satu bot tentera Laut. Mahathir boleh bersabar dengan perkara begini.


Dia masih boleh bersabar terhadap anak menantu yang tamak haloba yang berfikir bahawa Roma telah dibina dalam masa enam hari dan pada hari yang ketujuh semua dewa dianggpanya telah bercuti rehat. Mahathir masih dapat bersabar dengan gelagat menantu lelaki Paklah yang sudah membolot kontrak kerajaan bernilai RM1.5 bilion. Tetapi Mahathir tidak boleh bersabar dengan karenah isteri Najib campur tangan urusan Najib, apa lagi setelah si isteri menganggap bahawa beliau adalah wanita pertama negara selepas kematian Kak Endon.

Sebenarnya saya ada satu berita untuk pengetahuan Rosmah. Malaysia tidak mempunyai Wanita Pertama, Kalau ada pun, sudah tentu orang itu ialah Raja Permaisuri Agong dan bukannya isteri Perdana Menteri. Selepas itu kita masih ada sembilan pemerintah (tujuh sultan, seorang Raja Perlis dan Yam Tuan Negri Sembilan) dan empat Undang Luak (Negri Sembilan) . Jadi, isteri Perdana Menteri adalah Wanita Kelima Belas dan isteri Timbalan Perdana Menteri adalah Wanita Keenam Belas, kalaulah Perdana Menteri masih belum kawin lagi.

Apapun, sambil kita menceritakan kisah isteri Perdana Menteri, ada orang mengatakan bahawa Paklah telah pun menikah Jean Danker pada 22 Januari 2007, sedangkan ada pihak mengatakan beliau akan bernikah dengan beliau esok hari 22 Februari 2007. Mana satu yang betul adalah masih samar kepada kita tetapi Jean Danker sudah pun menyertai Paklah dalam lawatannya ke luar negara.

Semasa beliau berada di Perth untuk merasmikan restoran nasi kandar adiknya, gamaknya anak beliau Nori, naik angin bila mendapati Jean berada di kamar Paklah. Hanya selepas Paklah menjelaskan bahawa perkara itu bukan pelik kerana mereka sudah pun bernikah, barulah Nori menjadi tenang dan suka ataupun tidak terpaksa menerima hakikat bahawa ayah beliau sudah pun berkahwin semula.

Ada desas-desus yang sengaja dibisikkan laksana satu kempen senyap-senyap kononnya, sebelum Kak Endon menghembuskan nafas terakhir dia telah merestui kalau Paklah mengahwini Jean. Mengikut temberang itu, kononnya Kak Endon telah memberitahu Paklah seandainya dia merasa kesunyian selepas Endon mati dia harus mengambil Jean sebagai seorang isteri.

Mengikut mereka yang rapat dengan Kak Endon inilah satu pembohongan untuk menghalalkan perkahwinan itu. Mereka telah menyanggah cerita itu dan menyatakan bahawa Paklah sudah pun menaruh hati terhadap Jean semasa Kak Endon masih bernyawa. Jean merupakan seorang janda kepada Osman Mahmud, yakni abang kepada Kak Endon dan sekali gus Jean merupakan kakak ipar Kak Endon. Malahan Kak Endon pernah merasa tertekan akan perkara itu dan itu sebabnya almarhumah berada di AS dan enggan pulang ke Malaysia.

Untuk menjelaskan kenapa dia berada di Amerika dan tidak di Malaysia mereka sebarkan pembohongan lagi mengatakan bahawa Kak Endon menerima rawatan , sedangkan itu adalah satu pembohongan besar. Malah yang sebenarnya doktor yang merawat Kak Endon sudah pun mencadangkan agar beliau pulang sahaja ke Malaysia kerana tidak lagi yang boleh mereka lakukan untuk beliau terus hidup lebih lama.

Apapun, Najib pernah berada di AS untuk menziarahi Kak Endon dan apabila beliau pulang ke Malaysia Najib telah menyangkal cakap-cakap yang mengatakan Kak Endon tidak punya peluang untuk terus hidup dan beliau hanya menunggu hari untuk mati. Najib pula buka temberang mengatakan Kak Endon sedang beransur pulih. Tidak lama kemudian Kak Endon pulang dan menghembuskan nafas terakhir. Sekali gus prognosis Najib betapa Kak Endon sedang beransur pulih dan cakap-cakap yang dia sudah sedia untuk pergi adalah penipuan yang sengaja disebarkan di internet.

Anda boleh berdebat dan menafikan serta menuduh internet kerana pembohongan itu, tetapi bagaimanakah anda dapat pertikaikan satu mayat yang sudah terkubur, dan siapakah yang berbohong sekarang ini? Kematian Kak Endon adalah laksana satu rahmat yang menghampiri Rosmah, isteri Najib. Kak Endon amat membenci Rosmah dan enggan bercakap dengan beliau secara bertentangan mata. Kini, Rosmah dan bukannya Kak Endon yang kononnya merupakan Wanita Pertama di Malaysia. Hip, hip, hurayyyyyy!!

Akan tetapi Rosmah terlupa satu perkara. Mengikut perlembagaan Malaysia tidak ada apa yang disebut sebagai Wanita Pertama dan kalau pun ada tentulah Permaisuri Agong menjadi Wanita Pertama, dan bukannya isteri Perdana Menteri—sudah tentu tidak isteri Timbalan Perdana Menteri.

Ada satu lagi perkara yang Rosmah tidak tahu ialah kemungkinan Paklah akan berkahwin lagi. Ini menurunkan martabat beliau kepada peranan Wanita Kedua kalau pun anda mahu bertegas bahawa isteri Perdana Menteri adalah Wanita Pertama.

Supaya anda tidak tersilap, Jean Danker ialah manusia hebat dan seorang wanita yang amat baik. Saya tidak nampak cacat-cela beliau dan kalau dia dapat menyekat nafsu serakah untuk campur tangan dalam pentadbiran negara ini, saya yakin Mahathir mungkin berubah menyukai Jean juga. Malahan, saya berpendapat dia akan menjadi Wanita Pertama yang sungguh anggun dan seandainya betul dia sudah berkahwin dengan Paklah saya mahu menjadi orang yang pertama mengucapkan ‘Selamat Pengantin Baru’.

Saya juga berharap agar Nori dan Kamal membiarkan Jean sendirian dan memberi peluang kepada ibu tiri mereka untuk melayari bahtera perkahwinannya dengan aman damai. Mungkin juga Malaysia memerlukan seorang wanita seperti Jean di samping Paklah untuk membantu beliau melihat segala kepincangan hala tujunya dan mungkin menarik perhatiannya jauh daripada anak-anak dan menantunya.

Paklah mungkin tidak merupakan insan yang sempurna tetapi masalahnya ialah anak-anak dan menantu yang beranggapan bahawa keseluruhan keluarganya dan bukannya Paklah sendiri yang menjadi Perdana Menteri negara ini. Apapun kalaulah betul Paklah sudah berkahwin semula, mana agaknya kedudukan Rosmah? Apabila Mahathir sendiri kini membuat pertimbangan bahawa Najib adalah satu bebanan kepada negara sebagai seorang Perdana Menteri yang akan datang,

Kalaulah Rosmah sedar betapa Mahathir menganggap beliau sebagai salah satu penghalang Najib sudah tentu dia akan merasa tertekan lagi. Tetapi Rosmah sudah lama mengsyaki bahawa Mahathir tidak senang hati dengan tingkah-laku beliau . Mahathir sudah dapat tahu betapa Rosmah menjerit kepada Najib dan melempang mukanya di hadapan beberapa orang tetamu. Ini adalah satu perangai yang amat memalukan.

Kerana itu Rosmah cuba ambil hati Mahathir dengan menghadiri Persidangan Damai di Putra World Trade Centre (PWTC) . Saya masih sangsi apakah gelagat Rosmah demikian berhasil ataupun kerana bukannya mudah memenangi hati Mahathir dan gelagat semudah itu mungkin tidak dapat menjadi penyelesaiannya.

Perbalahan Rosmah dengan Najib ialah mengenai Razak Baginda. Rosmah mahukan Najib menjauhkan diri daripada Razak dan biarkan beliau bersendirian. Akan tetapi apa juga kelemahan Najib, perbuatan melupakan sahabat yang memerlukan bantuan bukanlah salah satu kelemahannya. Dia mempunyai darah Bugis dan itu sudah amalan hidup orang Bugis.

Kalau anda memusuhi seorang Bugis anda sebenarnya memusuhi keseluruhan bangsa Bugis. ( Saya tahu hal itu kerana saya pun berdarah Bugis juga). Akan tetapi Rosmah sedar bahawa kes Razak Baginda adalah bom jangka yang bukan sahaja akan membahayakan peluang Najib naik menjadi Perdana Menteri tetapi ia mungkin menyingkirkan Najib daripada jawatananya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Rosmah naik angin dan melolong semacam dirasuk polong. Rosmah telah melempang Najib yang dapat didengar tamparan itu di bilik sebelah di mana beberapa orang tetamu sedang menunggu untuk bertemu beliau. Mereka menjadi resah gelisah menunggu di kerusi masing-masing dan terfikir apakah mereka harus berundur secara senyap untuk menyelamatkan air muka Najib daripada terus menanggung malu.

Sambil kita bercakap mengenai para tetamu, baru–baru ini empat orang tetamu telah muncul untuk bertemu Najib dan Rosmah telah keluar menemui mereka untuk mengetahui apakah tujuan mereka untuk bercakap politik ataupun perniagaan. Apabila salah seorang mereka bertanya apakah perbezaannya, Rosmah menjawab kalau mereka mahu bercakap mengenai politik mereka boleh bertemu dengan Najib, tetapi kalau mengenai perniagaan eloklah mereka bercakap kepada beliau sahaja.

Para tetamu yang terkejut itu terus teringat satu mesyuarat di Kementerian Pertahanan yang dipengerusikan oleh Rosmah sedangkan Najib duduk di sebelah beliau dengan senyap sahaja. Ketika itu Rosmah berlagak laksana seorang de facto Menteri Pertahanan. Perkara ini pernah diungkit oleh Rafidah Aziz dalam satu mesyuarat kabinet dan bertanya apakah Najib ataupun Rosmah yang menjadi Menteri Pertahanan.

Mahathir tidak lagi yakin Najib boleh menjadi bakal Perdana Menteri. Walaupun dia mahukan Paklah undur daripada jawatannya, kemungkinan Najib menjadi seorang Perdana Menteri adalah satu igauan yang lebih ngeri. Paklah mungkin belum sedar lagi, tetapi dengan adanya Najib sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri mungkin dapat menyelamatkan kedudukan beliau.

Mungkin satu ketika dahulu Paklah menganggap pelantikan beliau menjadikan Najib seorang timbalan adalah satu sumpahan. Kalau difikirkannya semula, saya yakin Paklah dapat rasakan bahawa itu adalah tindakannya yang paling baik. Kalaulah dia telah pilih orang lain yang sesungguhnya lebih cekap daripada Najib, sebagai timbalannya, tentu sudah ada insentif untuk menyingkirkan beliau sebagai memberi ruang kepada orang nombor dua.

Apabila Najib menjadi orang nombor dua, Paklah masih dianggap pilihan yang lebih baik setelah dibuat perbandingan. Kali ini Mahathir mungkin telah terjebak di satu sudut. Menggugurkan Paklah mungkin merupakan satu cabaran, tetapi menyingkirkan orang nombor satu dan nombor dua pada waktu yang sama adalah satu perkara yang bukan calang-calang besar muslihatnya. Lagi pun apa gunanya menggugurkan Paklah kalau ini akan bermakna Najib akan mengambil jawatan nombor satu itu dan sekali gus Rosmah akan naik tocang lagi?

Sememangnya Najib mempunyai banyak unsur negatif yang membebani dirinya. Satu, ialah kisah pembunuhan wanita Mongolia. Nafsu serakahnya ialah yang lagi satu. Semua itu masih boleh disungkup ke bawah tudung saji. Akan tetapi isteri beliau itu adalah satu masalah maha besar. Mungkin Najib terpaksa membuat pilihan yang amat berat. Tidak lama lagi.

Apakah dia mahu terus berkahwin dengan Rosmah ataupun dia mahu menjadi bakal Perdana Menteri? Sudah tentu dia tidak boleh memiliki kedua-duanya, jadi dia terpaksa membuat satu pilihan sahaja antara dua.

Menunggukan Najib membuat pilihannya, kita tangguhkan cerita itu di sini sahaja dan apabila kita sambung semula dalam episod yang lagi satu, kita akan dedahkan bagaimana Najib membelanjakan RM50 juta untuk membeli sokongan daripada 25 bahagian UMNO di Sabah. Tungguuuuuuuuuuuuuuuu!!

- Raja Petra Kamarudin

Terjemahan: Marhaintua Suntingan: Blogmaster

Tiada ulasan: