Sabtu, 22 Januari 2011

PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH SELANGOR: TAAT MAHATHIR ATAU SULTAN?

Tulang Besi mendapat maklumat Baginda Tuanku Sultan Selangor amat berkenan dengan cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor yang dicadangkan oleh Kerajaan PR pada 24 Januari 2011 ini.

Kerajaan PR Selangor tidak bercadang untuk membawa apa-apa pembaharuan. Hanya mahu mengembalikan peruntukan asal yang telah dirompak Dr Mahathir apabila beliau membuang kuasa Raja-Raja pada tahun 1993.

Pindaan ini seterusnya akan menguji kesetian UMNO itu sendiri. Sama ada mereka setia kepada Baginda Tuanku ataupun mereka setia dengan Mahathir bin Muhammad Iskandar Kutty.

Sultan Selangor ini lambang orang Melayu dan panji adat istiadat serta kekuasaan Melayu. Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty pula bukan pun keturunan melayu. Atas sebab itulah beliau diberi gelaran D.K. untuk mengingatkan kita bahawa beliau bukan seorang Melayu.

Kalau UMNO menolak cadangan pindaan ini, saya mencadangkan supaya kesemua ADUN UMNO Selangor beli tiket kapalterbang dan terbang ke Kerala India. Ini kerana mereka telah membuktikan mereka lebih taat kepada D.K. berbanding Sultan Selangor yang menjadi Raja kepada orang Melayu.

Ataupun UMNO kena tukar nama dari Parti Melayu kepada Parti Mamak kerana ketaatan mereka kepada Mahathir yang bukan Melayu lebih tinggi dari ketaatan kepada Raja Melayu.

Sebagai penutup, Tulang Besi hairan mengapa Berahim Ali terpekik terlolong "membela" Sultan Selangor dalam isu perlantikan Khusrin Munawi. Kononnya beliau mahu membela Sultan Selangor yang beliau dakwa dihina oleh Menteri Besar Selangor atas suruhan Anwar Ibrahim.

Lupakah kita pada tahun 1993, selepas Berahim melompat dari S46, betapa nyaring dan lantang beliau memaki dan menista Sultan Kelantan sewaktu menyokong Pindaan Perlembagaan tajaan Dr. Mahathir Iskandar Kutty di dalam menghapuskan kekebalan Raja-Raja Melayu tempohari?

Apakah Berahim dan PERKOSA telah lupa sejarah Berahim dalam Parlimen sewaktu beliau menjadi ahli parlimen lompat bagi Pasir Mas pada tahun 1993 yang lepas?

Samalah macam UMNO yang terpekik terlolong kononnya PAS dipergunakan DAP tapi UMNO Selangor sendiri menggadai tanah rezab surau di Rawang pada Tauke.

Inilah yang dipanggil orang tua-tua sebagai "lidah bercabang". Sekejap kata lain, sekejap lagi kata lain.

Orang macam inikah yang kita hendak harapkan untuk membela orang Melayu?

Tiada ulasan: