Selasa, 5 Oktober 2010

SENYUM PAGI SELASA

INI DIA GST - GERAKAN SONGKOK TINGGI


nota:
ia ke ni ?
betul ke ni ?
mana belajar ilmu ini ?
kitab mana ni ?
kah kah kah



PASTIKAN SUSU SATU MALAYSIA BERKUALITI : TMP – berita hairan

Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak yang terbabit dalam Program Susu satu Malaysia untuk diagih kepada 3.1 juta murid di seluruh negara, memastikan tiada murid mengalami keracunan akibat meminum susu tidak berkualiti.

Selain pembekal susu, dia berkata, pentadbiran sekolah dan ibu bapa harus memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku, sekali gus menjamin kesihatan murid sentiasa berada pada tahap terbaik.

nota:
apa makna nya ini ?

ini perojek untuk kroni sembab
pembekal ini mestilah sang kroni

di malaysia ini semua projek
di cadangkan oleh kroni
kemudian di lulus – sama ada masuk akal
atau tak masuk akal belakang kira.

yang penting projek
ini lah cara duit orang ramai lesap !

tak caya baca ini :



JETI , BENTENG PEMECAH OMBAK PANTAI MERANG TIDAK BERFUNGSI
- berita hairan

Salah siapa. Sama ada faktor alam, kesilapan reka bentuk atau tiada kajian mendalam menyebabkan jeti dan benteng pemecah ombak di Pantai Merang di sini, kini tinggal menjadi 'tugu' kerana tidak dapat digunakan sepenuhnya.


Jeti dan benteng pemecah ombak yang dibina menggunakan kepakaran luar negara membabitkan kos RM22 juta itu pada asalnya dibina bertujuan memudahkan pengusaha bot pelancong melabuhkan bot untuk mengambil dan menurunkan penumpang dari Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah.

Prasarana yang sudah menjadi gajah putih itu dibina pada 1996 dan hanya sempat digunakan empat tahun, dan masalah yang merugikan pelaburan kerajaan itu dipercayai disebabkan tiada kajian secara terperinci mengenai keadaan pasang surut air, arus dan pembentukan beting pasir semula jadi di kawasan itu.

Akibatnya, pelaburan besar yang boleh digunakan untuk membeli hampir 500 unit rumah kos rendah itu, terbiar bersama beberapa kemudahan lain yang dibina termasuk jalan masuk, gerai dan perhentian bas yang hanya dapat digunakan dalam tempoh empat tahun saja.

Beberapa penduduk dan pengusaha bot pelancong yang enggan dikenali mendakwa, benteng pemecah ombak dibina dalam jarak antara lima hingga tujuh kilometer dari pantai.

"Kami sudah menyuarakan isu ini kepada syarikat yang diberi tanggungjawab membina benteng pemecah ombak sekitar tahun 1994, tetapi mereka menolak kebimbangan kami, malah sebaliknya mendakwa pembinaan berkenaan apabila siap mampu menyelesaikan masalah muara cetek.

"Kita hanya sempat menggunakan jeti itu untuk menghantar dan mengambil pelancong ke Pulau Redang selama empat tahun saja, selepas itu terpaksa ditinggalkan kerana muara cetek hinggakan terus menjadi pantai sekarang,” katanya.

nota:
ini projek kroni
inilah dia mondus operandi
gerombilan selama ini

kroni buat cadangan
malaoan luluskan

selalunya harga di mark up gila gila
ini duit orang ramai apa peduli
yang penting fuluss masyyyuuk

banyak projek jjk macam ini
projek ditabur ini untuk cari sokongan
bukan untuk keperluan

22 juta ringgit hangus

kalau duit sebanyak ini
upah bangla korek pasir
dengan tangan lagi baik
terjamin jeti ini masih boleh dipakai


nota:
bila di kritik
kita dituduh melawan raja
menentang perlembagaan
patutlah orang china dan india
naik menyampah


BETUL KE BERITA DADAH NIE

KERAJAAN LANGIT AYAH PIN




nota:
segala dadah yang hilang
dari balai polis - semuanya
di rembat oleh pengikut kerajaan
langit ayah pin kah kah kah







2 WARGA INDIA CUBA SELUDUP DADAH DITAHAN – berita hairan

Polis menahan seorang penyelia teknologi maklumat warga India selepas cuba menyeludup 5.8 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM1.45 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Jumaat lalu.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan jam 8 pagi selepas gerak-gerinya dilihat mencurigakan ketika menolak troli mengandungi satu kotak sebaik tiba dari Banglore, India.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata polis yang memeriksa kotak dibawa suspek menemui 28 paket plastik dadah yang disembunyikan di kiri dan kanan kotak bagi mengelirukan pihak berkuasa.

Sehari sebelum itu, seorang tukang jahit warga India ditahan selepas menyeludup 4.9kg dadah ketamin bernilai RM135,000 dengan menyembunyikannya dalam sembilan bingkai gambar dibalut pembungkus hadiah.


nota:
kita tunggu dan lihat
apakah dalam kes pertama
dari 5.8 kilo syabu tetiba
menjadi 400 gram.

mustahil?

timbang punya timbang sudah short kah kah kah
buang kes kerana tenikal
ini sering berlaku

mustahil?

tak mustahil kerana
di sekitar sepang banyak
pengikut ayah pin yang
boleh ghaib dan


BUKAN TAYAR SAJA ADA TAYAR CELUP

CELUP SAMPAI LEHER!



nota:
bukan tayar saje ada tayar celup
tengku pun ada yang celup kah kah kah

DUN GALAS: KU LI SETUJU KETUAI JENTERA BN , KATA TENGKU ADNAN- minsider

Ketua Umno Gua Musang Razaleigh Hamzah telah bersetuju untuk mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas, demikian menurut Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan berkata Tengku Razaleigh telah menyatakan persetujuan walaupun surat rasmi pelantikan rasmi belum lagi diserahkan kepada beliau.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah pun menandatangani surat pelantikan Tengku Razaleigh.

“Surat itu ada dengan saya sekarang,” kata beliau ketika ditemui pemberita di Putrajaya.

Tengku Adnan berkata beliau percaya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kemungkinan besar akan menyerahkan surat pelantikan kepada Tengku Razaleigh sebaik sahaja beliau kembali dari London Sabtu ini.


GALAS : RAZALEIGH BELUM BERI JAWAPAN – harakah daily

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menolak dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau telah bersetuju dilantik Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas.
Memberi respons ringkas di laman twitter beliau berkata, sehingga kini beliau tidak pernah memberi sebarang jawapan kepada sesiapa termasuk kepada Timbalan Perdana Menteri itu.

"Itu kena tanya dia (Muhyiddin), saya belum cakap apa-apa kepada sesiapa pun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan rakan twitternya yang bertanyakan tentang kesahihan kenyataan Muhyiddin

KESIAN TENGOK KU LI….

BELUM APA APA ...KAKI SUDAH MASUK DALAM MULUT

KU LI INI DUA KALI DI TIPU OLEH MADEY…..

…. SEKALI MASA PEMILIHAN PRESIDEN GEROMBOLAN

... MADEY TIPU UNDI...

SEKALI LAGI… DI JANJIKAN KALAU LAWAN DOLAH BOLEH JADI PM….

... KESIAN... SEDIH... AMBO TENGOK...

KALI INI KENA TIPU PULOK OLEH NATANG BEWOK DUA EKOR...

... DI TIPU OLEH MALIKUL SEMBAB….

…. KEMUDIAN KENA TIPU PULOK OLEH TENGKU FRAUD….

TAK ADA STANDARD LAAA….

... KALAU NATANG BEWOK DUA EKOR INI PUN BERANI TIPU KU LI...



NATANG BEWOK

nota:
natang bewok
dua ekor leh tipu
anok rajo kah kah kah








SIAPA TENGKU ADNAN INI - harakah daily isnin 17 julai 2006

Adnan dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari Pahang) pada 20.12.1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502. Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor.

Pada 20.12.1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor juga seperti yang terdapat dalam surat beranak.

Sekali lagi beliau menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada 3.3.1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya masih lagi kekal dengan nama Adnan bin Mansor.

Tetapi, pada 3.10.1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan binTengku Mansor. Beliau juga telah mengubah nama bapanya dari nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor bin Tengku Haji Baba.

Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat perakuan bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka. Keluarga beliau menurut katanya berasal dari keluarga beraja.Keluarganya adalah keturunan ke 3 daripada golongan Kerabat DiRaja Melaka.

Pada hari yang sama (3.10.1972), Adnan mendapat kad pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara nama ‘Tengku Adnan bin Tengku Mansor’.

Lebih kurang 2 tahun kemudian, 2.4.1974, bapanya juga mendapat kad pengenalan baru dengan nama baru Tengku Mohammed Mansor bin Tengku Haji Baba dengan identiti kad pengenalan baru bernombor 3983336.

Begitulah dengan mudahnya Adnan menukar identitinya dari orang biasa berpindah ke identiti baru-seorang berketurunan kesultanan Melaka yang hilang telah takhta akibat kezaliman terhadap rakyat.

Adnan Tengku celup. Bukan Tengku asal dan tulin. Sesiapa sahaja di Malasia ini boleh menukar identiti dengan mudah termasuk untuk mendapatkan kad pengenalan seperti yang diperolehi rakyat asing dengan satu syarat memberi undi kepada UMNO/BN.

APA DIA TENGKU CELUP….

APA YANG TERCELUP….

.. KU LI ANAK RAJA BETUL... KENA TIPU RAJA CELUP...

ADA TERCIUM APA-APA

BAIKNYA TUTUP MUKA


nota:
siapa agaknya yang baik hati
tutup muka driber ini
kawan azilah atau kawan sirul

DUA SAHABAT DI HUKUM GANTUNG EDAR HEROIN, MORFIN – berita hairan

Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas dua sahabat kerana mengedar dadah jenis heroin seberat 50.3 gram dan morfin seberat 7.4 gram, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Nurmala Salim membuat keputusan itu selepas mendapati P Pathmanathan, 28, dan Bernard Louga Edward, 29, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pathmanathan, seorang pengimpal dan Louga, seorang penternak kambing, didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan rehat Juru pada 11.30 malam, 26 Februari 2007.

Mereka dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.


PEMANDU LORI BEBAS TUDUHAN MILIKI DADAH BERNILAI RM270 JUTA - sinar

Penantian pemandu lori, Lee Yong Toe, berakhir dengan kegembiraan apabila Mahkamah Tinggi Kuantan semalam melepas dan membebaskannya tuduhan memiliki dadah bernilai RM270 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Akhtar Tahir memutuskan itu selepas mendengar hujah pendakwaraya dan peguambela.

Yong Toe, 48 tahun, dari Taman Iskandar, Johor Baru, didakwa mengedar 753,359 gram methamphetamine bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas di Jalan Cenderawasih di Rompin, Mei 2008.

Akhtar, dalam hujah akhirnya berkata, pendakwaraya gagal membuktikan kesalahan tertuduh, selain beberapa hujah tidak relevan dan gagal membantu pendakwaan.

nota:
sila baca betul betul berita ini
dapat cium apa apa tak?
ada satu macam punya bau
tak dapat nak di pastikan

ada macam sesuatu yang tak kena

nak tanya mana lebih berat
753,359 gram syabu dengan
50.3 gram dan morfin seberat 7.4 gram

ini yang pelik - tak tahu mana
yang lebih berat

adakah kalau bawa hampir satu tan dadah boleh bebas
tapi kalau bawa 50 gram kena gantung?
atau ada line clear
dan ada line tak clear

ini yang pelik ini

pelik lagi memelikaan
tak ada pulak pendakwa minta ulang biacara?
masa benjy sampai dua tiga kali kena tangkap.

ni muka pun tak nampak
ini kawan sirul ke?
ini kawan azilah ke?
siapa yang tutup muka pemandu lori dadah ini ?
kenapa muka ditutup?
siapa bantu tutup muka dia

tak kan driber ini ada driber juga
macam driber toyo kah kah kah

nota:
atau kerana dua sahabat ini
orang miskin penternak kambing
dan pengimbal -

driber lori ini mesti banyak fuluus
sampai boleh tutup muka -
biar orang tak kenal dia
laian kali boleh bawa tiga tan pulak

Tiada ulasan: