Isnin, 20 September 2010

SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU

SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU

MAHAFIRAUN MENANGIS
KERANA TELOR PECAH

PELABUR BERHATI- HATI APBILA PEMBANGKANG BURUKKAN KERAJAAN : AHMAD HUSNI
- berita hairan

Tindakan pembangkang memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kesan kepada pelabur asing kerana mereka lebih berhati-hati terhadap suasana sosial di negara ini.

Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah, berkata langkah pembangkang membangkitkan isu perkauman dan agama di kalangan masyarakat berbilang etnik menimbulkan kegelisahan di kalangan orang-ramai.

Katanya, kegelisahan masyarakat dibimbangi akan bertukar kepada konflik antara etnik dan pelabur mengambil-kira risiko berkenaan sebelum membelanjakan wang mereka di negara ini.
"Prinsip demokrasi di negara kita, selepas pilihanraya parti pembangkang masih bermain politik dengan membangkitkan pelbagai isu kaum dan agama hingga boleh menimbulkan konflik.

"Pelabur asing memang mengambil-kira risiko sosial yang akan mereka tanggung jika melabur di negara yang tidak stabil dari segi sosial ini," katanya kepada pemberita di sini, tengah hari tadi.

PELABUR MANA NAK DATANG…. KALAU PM TERLIBAT KES BUNUH…

INI BUKAN KES BUNUH YANG DI TIMBUL PAKATAN RAKYAT

PELABUR MANA NAK DATANG… RASUAH TINGGI… YANG RASUAH BUKAN PAKATAN RAKYAT….

PELABUR MANA NAK DATANG…. BUAT BANGUNAN…. BANGUNAN RUNTUH….

PELABUR MANA NAK DATANG…. SEMUA DASAR BELUM MUKTAMAD….

…. PELABUR MANA NAK DATANG… TAKUT DENGAN BERAHENG

PELABUR TAK NAK DATANG…. KERANA ADA TIGA PERDANA MENTERI DI MALAYSIA….

.... TAK PASTI MAN PM YANG BETUL BOLEH BUAT KERJA....

…. NAK MELABUR KENA RASUAH TIGA PM….

baca ini lagi :


RASUAH CULAS PUNCA PELABUR TAK MINAT
– harakah daily

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, kerajaan cuba memberi gambaran serba indah tentang ekonomi negara biarpun hakikat adalah sebaliknya.

Beliau merujuk Laporan Bank of America Merill Lynch yang mendapati Malaysia kini antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik selepas bank tersebut meninjau pandangan pengurus dana.

Kedudukan Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan sebelum ini iaitu di tangga ke-10, dan kini di kedudukan tercorot.

"Beberapa perkara mustahak yang sewajarnya diberi perhatian adalah pandangan para pelabur yang melihat Malaysia sudah tidak mampu bersaing dengan negara jiran yang begitu bertenaga maju ke hadapan seperti Indonesia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala kedudukan negara menurut tinjauan Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) pula telah melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 44 dari 139 negara.

"Berikutan perkembangan sebeginilah kita sangsi perincian Model Ekonomi Baru yang bakal diumumkan perdana menteri mampu memulihkan ekonomi negara yang lembab ini," katanya lagi.


KES KLASIK MELAYU TIPU DAN JUAL MELAYU

BUKAN SAHAJA RASUAH - HUTANG BUAT BENDERA PUN TAK BAYAR !

500 MAHASISWA MELAYU CEMERLANG MUNGKIN PULANG - melayau

Kira-kira 500 mahasiswa Melayu cemerlang yang sedang mengambil kursus kritikal termasuk perubatan di Asia Barat mungkin terpaksa menamatkan pengajian lebih awal kerana tidak mendapat biasiswa seperti dijanjikan.

Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang mendedahkan mengenai perkara itu menjelaskan, ibu bapa pelajar berkenaan tiada pilihan selain membawa pulang anak masing-masing kerana kebanyakan daripada mereka daripada golongan berpendapatan rendah.

Menurut Setiausaha Agung MPM, Dr. Hasan Mad, ini kerana ibu bapa berkenaan telah bergolak-gadai menghabiskan wang simpanan termasuk menjual tanah bagi menanggung pengajian tahun pertama anak masing-masing setelah mendakwa akan diberikan biasiswa apabila memasuki tahun kedua pengajian.

"Semua universiti itu diiktiraf oleh kerajaan tetapi kenapa mereka tidak diberi biasiswa? Saya hendak tanya adakah tindakan itu berpunca daripada desakan MCA?
"MPM memandang serius perkara ini kerana pada masa sama kerajaan boleh memberi bantuan jutaan ringgit kepada sekolah Cina persendirian yang jelas melanggar Dasar Pelajaran Kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat MPM di sini hari ini.

Menceritakan mengenai kemelut pelajar berkenaan, Hasan berkata, pada 29 Mei lalu, Pengerusi Kongres Ekonomi Melayu, Ibrahim Ali telah menyerahkan memorandum pelajar berkenaan kepada Najib Razak.

"Pada mulanya kita difahamkan bahawa tindakan telah diambil, tetapi malangnya kita dimaklumkan oleh pelajar berkenaan bahawa mereka masih belum mendapat biasiswa.

"Wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung kemudian ke Pejabat Perdana Menteri untuk menyerahkan memorandum tetapi tidak berpeluang melakukannya, sebab itulah kes ini diserahkan semula kepada MPM," katanya.

Sehubungan itu, MPM sekali bertanyakan kepada kerajaan sama ada ingin melayan kes tersebut atau mengabaikannya begitu sahaja.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan bertegas enggan menyelesaikan perkara itu, maka MPM tidak mempunyai pilihan melainkan akan membawa perkara itu kepada Majlis Raja-Raja untuk tindakan lanjut.

"MPM sedia memanjat pagar istana, jika tiada pilihan lagi untuk mengadu dan meminta Majlis Raja- Raja mengarahkan kerajaan memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar itu," katanya

…. INI KES CUKUP SEDIH…

INI KES CUKUP BODOH…

... INI KES CUKUP SENANG SELESAI....

TANYA GEROMBOLAN KENAPA BAZIR DUIT BELI KAPAL SELAM ?... kah..

DUIT RASUAH BELI KAPAL SELAM BOLEH TAMPONG SATU UNIVERSITI UNTUK SATU TAHUN…

TANYA GEROMBOLAN… APA GUNA KAPAL TERBANG RUSIA YANG TAK TERBANG TERBANG….

…. TANYA GEROMBOLAN…. APA GUNA BELI KERETA KEBAL… KITA BUKAN NAK PERANG….

nota:

kalau duit tidak dibazir
beli kapal selam
beli kereta kebal
beli jet pejuang
tidak ada masaalah tak ada duit
semua universiti belajar percuma

PERENIAGAAN RAJA GOPAL TERANCAM

DATUK DATUK SEDANG SANTAI

KERAJAAN PERLU AMBIL TINDAKAN KE ATAS DATUK, DATUK SERI – PEMUDA MIC – mStar

Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mendakwa kononnya telah dianugerahi gelaran 'Datuk' dan 'Datuk Seri' serta menipu golongan yang tidak bersalah, kata Pemuda MIC.

Ketuanya T.Mohan berkata kerajaan juga perlu mewujudkan pangkalan data berpusat yang mengumpul semua gelaran yang dianugerahi kepada masyarakat oleh kerajaan persekutuan dan negeri, termasuk Wilayah Persekutuan.

Pangkalan data berpusat itu akan membolehkan orang ramai menyemak penyandang gelaran di negara ini, dan mengelak mereka daripada menjadi mangsa pihak yang diragui perwatakannya, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Sabtu.

Mohan mengulas laporan akhbar mengenai seorang daripada peguam yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi, bukanlah bergelar 'Datuk'.

DULU SENANG SAJA… HANYA POLIS DI PANGGIL DATUK….

KALAU NAK KIRA DATUK YANG MENIPU … MESTI BANYAK….

ADA DATUK JAGA AYAM…

ADA DATUK JAGA CHINA DOLL

.. ADA DATUK YANG JAGA DATUK YANG JAGA AYAM...

ADA DATUK YANG JAGA DATUK YANG JAGA CHINA DOLL….

ADA DATUK YANG JAGA DATUK YANG BAWA PENDATANG HARAM….

ADA DATUK YANG JAGA DATUK YANG BAWA DADAH MASUK….

OOOO MAK DATUK…. BUKAN MAIN BANYAK…

nota:
ni belum kira lagi
datuk dari sulu
datuk dari dari jambi
datuk dari bagan datuk kah kah kah

nota:
kalau hapus datuk
raja gopal nak jual apa

SEMUA BELUM MUKTAMAD

LIDAH BERCABANG
PENAFIAN KU AN BUKTIKAN UMNO, BN MASIH SOKONG PERKASA – minsider

Pendirian terbaru seolah-olah Umno ‘menyerah’ manakala akhbar miliknya Utusan Malaysia secara terbuka mempertahankan Perkasa menunjukkan mentaliti pertubuhan bukan kerajaan itu dalam Barisan Nasional (BN) manakala konsep 1Malaysia hanya satu slogan kosong semata-mata untuk memikat undi, dakwa DAP hari ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, partinya tidak terkejut dengan kenyataan terbaru rakan sejawatannya dari Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menafikan BN pernah mengambil keputusan untuk menyisihkan Perkasa.

“Lebih-lebih lagi, Tengku Adnan tiada pilihan kecuali untuk menyokong kenyataan i Najib Razak semalam (kelmarin) bahawa Umno tidak mahu mencetuskan konflik dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan seperti Perkasa,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

KALAU MACAM INI LEBIH BAIK BAGI BERAHENG JADI PRESIDEN GEROMBOLAN…

MANA PERGI NYA MENANTU AYAH?....

…. SONYAP JO…. DAH LARI KO KODAH KO….

KONO HALAO DEK ORANG ROMBAO

…. MANA PERGI MALIKUL SEMBAB…. SENYAP AJE…

SEDANG UKUR BAJU KE… NAK AMBIL TEMPAT MAT MONGOL….

DULU KATA DOLAH FLIP FLOP…

…. DOLAH BUAT KERJA HINGGA MUKTAMAD ….

MAT MONGO BUAT SEMUA TAK MUKTAMAD

DOLAH MASUK… KELUAR… MASUK .. KELUAR… FLIP FLOP… FLIP FLOP….

TAPI MUKTAMAD …..KERANA LEPAS ITU DOLAH ZZZZZZZZZ…

.. MAT MONGOL.... NGANG PUN TIDAK...SEMUA TERBENGKALAI....

Tiada ulasan: