Rabu, 11 Ogos 2010

Saksikan Syarikat Anak Beranak Taib Jutawan
Info Semasa
"Dua dokumen didedahkan di laman web bagi membuktikan hubungan secara langsung antara ketua menteri Sarawak dengan sebuah syarikat hartanah yang berpangkalan di Amerika Syarikat - Sakti International Corporation.

Laporan sesawang Sarawak Report memuat-naikkan perjanjian bertulis oleh lembaga pengarah Sakti bahawa adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus dalam syarikat itu bagi pihaknya.

Perjanjian itu dimeterai tidak lama selepas syarikat itu ditubuhkan pada 1987 dengan laporan meletakkan nilainya pada RM80 juta.

NONE

Lima proksi berkenaan adalah adik beradiknya Onn dan Ariff, anak perempuannya, Jamilah dan anak-anak lelakinya, Mahmud dan Sulaiman.

NONEMengikut perjanjian yang bertarikh 8 April, 1988, sejumlah 1,000 unit saham dikeluarkan. Separuh daripada jumlah itu dipegang oleh lima individu berkenaan sebagai amanah kepada seorang yang dikenali sebagai 'Abdul Taib Mahmud'.

Perjanjian itu mempunyai tiga tandatangani - dipercayai oleh Onn, Ariff (meninggal dunia tiga tahun lalu) dan Mahmud.

“Bukan menjadi rahsia, dalam syarikat milik keluarga Taib, ketua menteri itu sentiasa mengelakkan namanya disenaraikan dalam sebarang dokumen,” kata Sarawak Report semalam.

“Beliau selama ini sering-kali mendakwa selaras dengan jawatannya sebagai ketua menteri, beliau tidak mempunyai kepentingan perniagaan. Adalah jelas, bahawa beliau menubuhkan Sakti International, dengan menggunakan alamat rumahnya sendiri di San Francisco.”

NONESakti international memiliki beberapa hartanah penting di bahagian pantai barat Amerika Syarikat. Antaranya termasuk bangunan Abraham Lincoln di Seattle - yang antara lain menempatkan pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan unit anti pengganas Washington Fusion Centre.

“Sistem berkenaan memastikan bahawa Taib Mahmud memiliki separuh daripada saham-saham itu yang dipegang secara amana untuk dirinya sendiri, manakala yang lain memegang tidak lebih daripada 200 saham,” petik artikel itu.

“Dengan cara ini, beliau menguasai syarikat itu secara langsung dengan berpura-pura tidak memilikinya.”

Laman web itu juga mendedahkan satu lagi dokumen - kenyataan saham tempatan yang dimiliki Sakti yang mesti dikemukakan setiap tahun kepada kerajaan California.

Kenyataan yang difailkan pada 17 Sept, 1987 menamakan Taib, Onn dan Ariff sebagai pengarah Sakti pada masa penubuhannya.

Anak sulungnya, Mahmud (Abu Bekir Taib) dinamakan sebagai ketua pegawai eksekutif, setiausaha dan juga ketua pegawai kewangan syarikat itu.

KedNONEua-dua dokumen itu didedahkan pada perbicaraan mahkamah yang membabitkan Sakti.

Seperti pendedahan empayar hartanah Taib di luar negara, Sarawak Report menggesa ketua menteri itu supaya menjelaskan kekayaan dan bagaimana beliau mendapat dana untuk menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.

“Dengan bukti seumpama itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak boleh lagi tidak memperdulikan tuntutan supaya siasatan dilakukan ke atas Raja Sarawak yang berambut putih itu?” akhiri artikel itu."

Tiada ulasan: