Khamis, 12 Ogos 2010

PM Ingatkan Umat Islam Jangan Membazir Di Bulan Ramadhan
Respon
"Sempena kedatangan Ramadhan 1431H, PM membuat perutusan kepada umat Islam melalui portal 1Malaysianya. Dalam perenggan ke 15 perutusannya dicatat: ‘Di samping itu, saya ingin mengingatkan agar kita tidak melakukan pembaziran dan belanjalah secara berhemah pada bulan ini terutamanya sebelum tiba Syawal nanti. Ini bagi mengelakkan kita dari menanggung hutang dan kesusahan pada keluarga kita menjelang Aidilfitri kelak.

Saya bersetuju 200% dengan saranan PM itu, bahkan dengan seluruh perutusan itu. Pepatah (Arab?) ada menyatakan: ‘Lihat kepada apa yang dikata, dan bukan kepada siapa yang berkata.’ Justeru, kalau melihat kepada seluruh apa yang dikata tanpa melihat siapa yang berkata, maka seperti yang saya katakan: Semuanya benar!

Tapi bila ku renung renung, ku tilik tilik, aku berkata kepada diriku: ‘Sebagai rakyat biasa, aku mesti menulis sesuatu untuk menyatakan apa yang ada dalam hatiku tentang perutusan itu’.

Membazir dalam semua konteks dan peringkat adalah haram, samada peribadi, keluarga, masyarakat, agensi kerajaan/swasta. Kalau dalam perkara wuduk di tepi sungai pun Nabi ingatkan Sahabatnya supaya jangan membazir, apatah lagi pembaziran itu melibatkan kewangan keluarga.

Tapi ini hanya melibatkan satu keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan beberapa orang anak. Lagipun harta itu hartanya. Bagaimana pula dengan harta negara dan rakyat yang dibazirkan beratus juta ringgit melalui projek-projek mega tak bermanfaat kepada majoriti rakyat, perbelanjaan boros tanpa sempadan dan salahguna kuasa dalam mengurustadbir harta negara? Bukan sahaja menanggung hutang, paling menakutkan jika negara bankrap dengan sebab pembaziran itu.

Kalau saudara yang rajin, search sendiri dalam internet, berlambak ditemui artikel tentang pembaziran oleh kerajaan BN-dari belanja peribadi hinggalah belanja sesuatu projek atas nama pembangunan untuk rakyat.

Di bawah hanya sebahagian darinya:

(2008) Terkini Menteri Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Zulhasnan Rafique dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) memberitahu penyelenggaraan bulanan landskap di Putrajaya menelan belanja mencecah RM1.5 juta atau RM18 juta setahun.

Katanya sejumlah 29 kontraktor landskap yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Projek Seni Taman telah dilantik bagi menjalankan penyelenggaraan landskap mengikut pembahagian zon penyelenggaraan.

Zon penyelenggaraan lanskap di Putrajaya dibahagikan kepada taman-taman, Jalan-jalan Protokol, Persiaran Perdana, Sisiran Putrajaya dan Presint-presint Kejiranan, katanya dalam jawapan bertulisnya itu.

Sementara itu, berikut adalah senarai jumlah yang dianggap sebagai ‘pembaziran’ projek mega oleh kerajaan BN yang pernah disiarkan oleh beberapa laman web dan blog sebelum ini antaranya ialah:

1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM240 bilion
2. Pembangunan Koridor Utara RM160 bilion
3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM170 bilion
4. Pembangunan Koridor Sabah RM115 bilion
5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM24 bilion
6. Jambatan Pulau Pinang ke dua RM3 bilion
Jumlah keseluruhannya RM712 bilion

Menurut laporan sepanjang 22 tahun mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed telah berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi yang baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih RM700 bilion.

Jumlah pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat yang telah dilakukan sepanjang era Abdullah menjadi Perdana Menteri sebelum rakyat memilih sekali lagi BN dalam pilhan raya umum akan datang:-

1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS – RM1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS (belia dan Sukan) – RM8,390,000.00
3. Kos memperbaiki MRR 2 – RM70,000,000.00
4. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade – RM120,000,000.00
5. Pembelian jet baru Abdullah – RM200,000,000.00
6. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok – RM257,000,000.00
7. Pembelian 3 buah submarine – RM4,100,000,000.00
8Skandal PKFZ – RM4,600,000,000.00
9. Skandal OPV (NDSB) bot laju Kementerian Pertahanan – RM6,750,000,000.00

Artikel lain:

PAS membidas kerajaan BN yang menurutnya meminta rakyat berjimat sedangkan ia sendiri membazir termasuk peruntukan ‘hangus’ RM1 bilion untuk sukan Formula 1. “Walaupun kerajaan BN bangga mengatakan telah berjimat RM 1.3 bilion (dengan mengurangkan subsidi gula), namun kerajaan bazirkan RM1 bilion dalam bajet 2010 untuk memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat,” kata ketua penerangannya, Idris Ahmad.

Dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan kerajaan BN, kata Idris, menyebabkan kenaikan harganya sebanyak 20 sen. “Dasar ini menunjukan bahawa kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonominya terhadap rakyat.

“Mungkin pada pandangan kerajaan 20 sen adalah nilai yang kecil bagi kenaikan sekilogram gula, tetapi rakyat risau dengan naiknya harga sedemikian sudah boleh dianggap besar sebab bukan gula sahaja yang ingin dibeli setiap bulan.

“Banyak lagi barang pengguna lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya yang berkemungkinan besar akan naik,” katanya. Menurut Idris lagi, kerisauan itu akan berterusan kerana harga gula tanpa subsidi boleh berubah, begitu juga dengan harga keperluan lain yang boleh berubah.

“Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi memang tidak digemari rakyat, apa lagi jika dalam keadaan sekarang kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain.

“Ini membuktikan Kerajaan BN sudah tiada wang untuk memerintah sebab telah banyak dibazirkan sebelum ini. “PAS memahami kesulitan kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul,” tambahnya.

Petikan Artikel lain (Tolong Semak Faktanya):

Multimedia Super Corridor (MSC): RM2.0 bilion.
Istana/Mahligai PM : RM200juta
Jet peribadi PM (Global Express): RM200juta.
Panggung Negara: RM225juta.
Kompleks Sukan Bukit Jalil: RM1.5 bilion
Sukom: RM330juta. Kenyataan dari Kementerian Belia dan Sukan di sidang parlimen (Ogos 99) Sukom mengalami kerugian RM10,642,844.00 dan hutang belum selesai RM17,545,052.00.
Replika keris gergasi, dipintu masuk kompleks sukan di Bukit Jalil: RM9 juta.
Projek Empangan Hidroelektrik Bakun: RM13.4 bilion
Pusat Pentadbiran Putrajaya: RM5.2 bilion.
Program Jaya MSN: RM160 juta.
Velodrom Cheras: RM9 juta.
KLIA, Sepang: RM10.5 bilion.
KLCC (Menara Kembar Petronas): RM4.56 bilion
Litar Sepang F1: RM286 juta. Untuk menganjurkan perlumbaan, Malaysia terpaksa membayar RM76 juta. Hadiah dan kos perbelanjaan RM182.4 juta. Petronas pula membelanjakan RM1.9 bilion untuk membolehkannya mempunyai pasukan pelumba sendiri.
Pelbagai projek lebuhraya bertingkat di Lembah Kelang
Projek Kota Terapung Di Johor Bharu.
Laluan Kedua (menghubungi Singapura) di Gelang Patah, Johor.
Gelanggang Lumba Kuda Tambalang, Tuaran (1983): RM40 juta, kini terbiar begitu saja. Jeti Parameswara di Bandar Hilir, Melaka berharga RM11.5 juta juga terbiar masih belum digunakan kerana kedudukan tak sesuai.
Projek tanam padi atas bumbung. Projek bernilai RM200,000.00 hasilnya hanya 41 kg di bumbung seluas 97 meter persegi.

dan lain-lain…

Tiada ulasan: