PKFZ - KESELURUHAN YANG TERLIBAT ADALAH PEMIMPIN BN
KESELURUHAN YANG TERLIBAT,… PEMIMPIN BN
Kes ini melibatkan keluasan tanah 1000 ekar yang hendak dijadi Zon Bebas Pelabuhan Klang. Pemilik tanah ialah – Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad (KPPLB) yang dikepalai oleh Wakil Rakyat UMNO. Beberapa pemimpin UMNO yang lain turut terlibat.
KPPLB – jual tanah miliknya kepada KDSB (Kuala Dimensi Sendirian Berhad). KDSB adalah dimilik oleh seorang pemimpin UMNO. Harga jualan KPPLD kepada KDSB – cuma RM3.00 sekaki persegi.
KDSB pula jual tanah tersebut kepada LPK/KPA (Lembaga Pelabuhan Klang) dengan harga jauh lebih tinggi iaitu RM25 sekaki persegi.
Individu berpengaruh dalam LPK pula - ialah pemimpin MCA, yang ada jawatan dlm kabinet,.. dan terdapat seorang lagi pemimpin UMNO yang menduduki Ahli Lembaga Pengarah dalam LPK.
LPK sudah pun membeli tanah 1000 ekar itu dari KDSB, maka kerja-kerja untuk membina Zon Pelabuhan Bebas Klang /PKFZ pun diatur.
Untuk senang kerja, LPK melantik saja KDSB sebagai Kontraktor Projek. Dan untuk lebih mudah berurusan,,.. KDSB pula melantik seorang Ahli Parleman BN dari Serawak sebagai sleeping partner. Difahamkan juga ada seorang lagi ahli politik yang turut serta iaitu Ahli Pemuda UMNO Selangor. Jadi, secara keseluruhannya individu-individu yang terlibat dalam skandel PKFZ ini adalah dari BN iaitu UMNO dan MCA.
Siapa pula Syarikat Juruukur yang dilantik ? – Siapa lagi kalau bukan syarikat kroni ……..“Rashid Ashaari & Co.” milik pemimpin UMNO.
Untuk menjalankan projek, mereka perlukan sejumlah wang yang besar.
Mereka perlukan “bon” dari pihak kerajaan. Maka Presiden MCA ketika itu Dr Ling Liong Sik kini Tun telah dilibatkan untuk melebihmudahkan segala urusan. Dipendikkan cerita bon berjaya diperolehi dan ada pembelinya.
Dalam masa yang sama kerajaan Malaysia bermurah hati memberi pinjaman mudah sebanyak 4.6 billion ringgit (4 ribu 6 ratus juta ringgit) kepada mereka yang terlibat dengan projek ini. Kenapa dengan begitu mudah kerajaan memberi pinjaman?. Mungkin ada kepentingan pihak-pihak yang terlibat.
Setakat ini wang rakyat yang kerajaan telah hanguskan ! mencecah 12,500 juta ringgit. Dan kerajaan terpaksa membuat pengakuan akan membayar lagi kepada pemegang bon sebanyak lebih kurang 2.6 billion ringgit. Wajarkah ??... Nampaknya, kerajaan BN macam dah terkantoi !
Aduh! Apakah malangnya rakyat Malaysia. Kerajaan kita sebenarnya kaya, kerajaan kita berduit. Rakyat yang susah dan miskin masih ramai. Mereka masih mengharap! tapi kerajaan senang-senang buang duit semata-mata kerana satu projek yang hanya menguntungkan beberapa kerat pemimpin dan kroni.
Sekarang sudah jelas !... orang-orang politik dan ahli-ahli Kabinet di Malaysia ni tidak tahu rasa malu dan tidak segan. Mereka tidak rasa bersalah memunggah wang rakyat. Mereka sanggup membuat berbagai helah, termasuk secara bermain wayang kulit atau silap mata.
“Skandel PKFZ” ini memang dah lama berlaku. Ia mula dapat dikesan sejak 2003 lagi.
Kini SPRM sedang menyiasat. Tun Dr Ling Liong Sik sedang didakwa di Mahkamah, dan yang lain-lain belum tahu apa cerita!... Seharusnya ramai lagi yang akan diseret ke Mahkamah. Rakyat sangat mengharap agar kes ini disiasat dengan telus. Rakyat mahu keputusan hakim tidak memihak kepada pemimpin yang bersalah… sepertimana kes PERWAJA satu ketika dulu,,,…Rakyat marah, kecewa dan sedih kerana duit rakyat hilang ghaib begitu saja. Penyangak pula terlepas atau sengaja dilepaskan dari hukuman.
Walau bagaimana pun tak usahlah diharap sangat, kerana mengikut rekod, di Malaysia ni “pisang dah biasa berbuah banyak kali “
Sikap buruk pemimpin-pemimpin BN sudah terlalu banyak didedahkan. Masihkah kita mahu berkerajaankan BN lagi?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan