Najib (bawah) selaku Perdana Menteri datang tanpa kehadiran pemimpin kanan Umno, cuma kelihatan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin Umno Selangor.
Kalau diambil kira dari segi kepentingan politik, kehadiran pemimpin kanan Umno di Hulu Selangor lebih penting bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan ini pada 25 April ini.
Situasi yang berlaku itu boleh diimbau terhadap pergolakan yang melanda kepimpinan tertinggi Umno sebelum ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menafikan berkali-kali ada masalah dengan timbalannya, sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998.
Begitu juga Dr Mahathir dengan Tun Musa Hitam, sebelum beliau digantikan Tun Ghaffar Baba di kerusi Timbalan Perdana Menteri.
Di Terengganu, konfrantasi antara Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Ahmad Said pada awal dinafikan, akhirnya tembelang pecah juga.
Situasi serupa melingkari Datuk Seri Shahidan Kassim dengan Datuk Dr Mohd Isa Sabu di Perlis.
Dalam dunia politik banyak kali sejarah dicatat, penafian akhirnya menjadi kenyataan. Begitu juga dengan episod Muhyiddin (gambar sebelah) sekarang.
Ketika datang merasmikan program Juara Rakyat di Machang, Kelantan minggu lalu, tiba-tiba beliau menyebut tiada masalah dengan Datuk Seri Najib Razak.
Tiada seorang pun tanya sehingga perlu dijawab begitu. Ramai melihat sebagai seorang pemimpin ‘jujur’ Muhyiddin tidak mampu untuk menyembunyikan apa yang berlaku.
Tidak perlu Muhyiddin untuk menafikan perkara tersebut di khalayak ramai, tanpa udang di sebalik batu. Orang kampung yang tidak mengetahui hubungan dingin Muhyiddin-Najib akhirnya tahu juga.
Mungkin Timbalan Presiden Umno cuba bagi membuat pengakuan jujur di hadapan tiga Naib Presiden Umno di Kelantan, mengambil berkat Serambi Mekah.
Timbalan Perdana Menteri seperti mahu melafazkan pengakuan bersaksi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.
Berdasar fenomena itu, Muhyiddin sudah benar-benar gelabah sekarang. Dr Mahathir pernah mempunyai empat Timbalan Menteri Perdana sepanjang berada di puncak kuasa.
“Mungkin fenomena itu boleh diulangi Najib. Ini kerana mentor Najib ialah Dr Mahathir dan bukannya bapanya sendiri.
”Najib banyak terhutang budi kepada Dr Mahathir kerana berjaya menyingkirkan Tun Abdullah Ahmad Badawi lebih awal,” kata seorang bekas pegawai kanan kerajaan.
Hayat Muhyiddin juga tidak mungkin panjang di kerusi sekarang kerana di ibu pejabat Umno di PWTC, Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan sudah meletak orangnya menguasai posisi di situ.
Kehadiran Datuk Rauf Yusoff sebagai Setiausaha Kerja Umno Malaysia difahamkan ada kaitan dengan Najib-Rosmah.
Sumber Umno di Kuala Lumpur memberitahu pegawai dan kakitangan di pejabat berkenaan tidak senang dengan kehadiran Rauf.
“Saya diberitahu baru-baru ini ada bantahan di kalangan petugas di pejabat Umno kerana tidak puas hati terhadap tindak tanduk Rauf,” dakwanya.
Cengkaman Najib-Rosmah sudah terbenam jauh apabila didedah ada arahan supaya media kerajaan membuat liputan meluas lawatan Rosmah ke Amerika Syarikat minggu ini - M Faqih
TEORI RAHMAN sudah berakhir....
Muhyidin juga dapat mengesan TEORI "ANAK BAPAK" ini mungkin
akan diguna pakai oleh Najib..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan