Sabtu, 22 September 2012

Anwar Bagai Dikejar Abu Lahab

TIADA yang paling banyak diganggu politiknya akhir-akhir ini selain dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dia dibaling batu dalam ceramah, baling kasut semasa member tazkirah di masjid dan bas khasnya kempen menjelajah sudah beberapa kali disembur cat merah.
Ia antara serangan fizikal terhadapnya selepas dibalun separuh mati oleh Ketua Polis Negara selepas dia dipecat dari Timbalan Perdana Menteri dulu.
Serangan fitnah terhadap saksiahnya dari liwat sampai jadi alat Yahudi tidak dapat dikira lagi.
D.R.Seenivasagam, pengasas PPP yang UMNO benci dulu dan Kit Siang yang dikatakan dibenci orang Melayu pun tidak menghadapi gangguan seteruk Anwar.
Apalah nasibnya?
Melihat kepada bertubi-tubinya gangguan itu, mengingatkan saya kepada Rasulullah SAW sepanjang kempennya membawa Islam di Mekah dulu.
Sejak baginda mengumumkan kepada kumpulan keluarga dan kerabatnya di Bukit Safa bahawa baginda adalah Rasul utusan Allah yang terakkhir, setiap kegiatan dakwahnya diikut dan diganggu oleh Abu Lahab, bapa saudaranya yang pernah mengadakan kenduri menyambut kelahiran baginda.
Baginda dihardik dengan kalimah ‘celaka’ oleh Abu Lahab. Tiadalah yang paling berat selalin dari tohmah itu. Banyak masa dan harta kekayaan Abu Lahab dihabiskan untuk menghalang baginda.
Juteru kedurjanaannya itu Abu Lahab dikira lambang lahak penentang dan penggangguk Rasulullah SAW.
Saya tidak hendak menyamakan Anwar dengan Rasulullah SAW. Tapi dikenangkan banyaknya gangguan terhadap gerakannya, dekat banyaknya gangguan Abu Lahab terhadap baginda.
Cuma dapat disebut semua bentuk gangguan terhadap perjuangan suci di mana-mana di dunia dan bila-bila saja adalah mewarisi angkara kedurjanaan si Abu Lahab bedebah itu. Baik ia terjadi jarang-jarang atau bertubi-tubi ia adalah perangai jahat Abu Lahab.
Kempen perubahan yang dikepalai bersama Anwar, Ustaz Nik Aziz, Ustaz Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang adalah pejuangan suci bagi menegakkan keadilan, kebebasan dari sebarang penindasan dan menuntut pentadbiran yang bersih.
Sekalipun perjuangan bersama PAS, PKR dan DAP melalui Pakatan Rakyat itu adalah campuran beberapa kebebasan, tetapi ia mencakupi semua kemahuan sejagat. Bagi PKR yang didepankan keadilan dan anti penyelewangan, bagi DAP demokrasi yang sempurnam anti rasuah dan pentadbiran yang baik dan saksama, manakala PAS kebebasan aqidah dan berkebajikan, tetapi semuanya adalah dalam satu dan suci.
Jika dalam gerakan saki baki kotor Abu Lahab itu baginda berarak beratus batu dari Madinah bagi fathul Mekah secara aman tanpa pertumpahan darah, maka rakyat sekarang – dari Kedah dan Perak di sebelah utara, dari Kelantan, Terengganu dan Pahang di timur, dari Johor dan Melaka di selatan dan Selat Melaka di barat, semua sedang berada di lebuhraya menuju fathul Putrajaya.
Ketika perubahan sudah berada di ambang semua pintu gerbang Putrajaya inilah gejala gangguan Abu Lahab dilihat menjadi-jadi.
Betapa besar dan berat ujian yang dihadapi baginda Rasulullah untuk membebaskan Mekah, maka tidak pula sikit dan ringannya ujian yang dilalui Anwar dalam pembebasan Putrajaya bersama-sama rakan-rakannya.
Bukan senang membebaskan Putrajaya untuk semua dan yang dinamakan perjuangan itu tentulah banyak ujian. Moga-moga semua ujian itu tidak menyekat.

Selasa, 18 September 2012

Bekas polis kanan: Mahathir boleh disiasat kerana subahat


Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, yang memainkan peranan penting dalam dalam pemecatan timbalannya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin boleh disiasat kerana bersubahat dengan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan atas dakwaan mereka dan menyembunyikan fakta material.

Melainkan, Mahathir boleh menunjukkan bukti bahawa beliau mengambil langkah perlu untuk menghalang Gani dan Musa daripada berbuat demikian, kata bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, yang bertanggungjawab ke atas siasatan kes mata lebam Anwar.

Mat Zain berkata, beliau menyatakan demikian berdasarkan pengakuan Musa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa bekas ketua polis itu mengambil sampel darah Anwar daripada siasatan mata lebam Mat Zain untuk ujian DNA bagi satu kes lain – melibatkan dakwaan liwat.

Musa merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat tersebut.

Mahathir dalam memoirnya A Doctor in the House (bab 53, halaman 684) menulis bahawa beliau yakin bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Musa dan ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Perkara itu, dan juga soalsiasat ke atas mangsa yang didakwa, menyebabkan Anwar dipecat dan kemudiannya ditahan.

Anwar kemudiannya didakwa atas tuduhan liwat, yang digelar Liwat I, melibatkan pemandu Azizan Abu Bakar.

Mat Zain juga mempersoallkan keperluan Musa untuk "mencuri" sampel darah Anwar daripada Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan ujian DNA, sedangkan Musa – yang merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat dan penyalahgunaan kuasa – didakwa telah menyiapkan siasatannya untuk dua kes tersebut.

Katanya lagi, pengakuan Musa kepad Malaysiakini juga mengesahkan pengakuan Dr Zahari Noor dari HKL semasa perbicaraan Anwar pada Disember 1998, bahawa Musa dan ASP Mohd Rodwan Mohd Yusof pada 15 Oktober 1998 secara paksa mengambil sampel darah Anwar yang disimpan di HKL – yang bertujuan untuk ujian HIV tetapi secara salah digunakan Musa untuk ujian DNA.

"Ini menimbulkan persoalan sama ada Musa benar-benar telah menyiapkan siasatan dalam dakwaan liwat dan mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan Anwar bersalah, atau ada tangan ghaib yang menghasut atau memaksa beliau mereka bukti DNA pada tilam, yang menyebabkan Musa mengambilnya (DNA Anwar) dari HKL. Jika tidak, apa tujuannya?," kata Mat Zain.

Ulasan : Alangkah angkuhnya anak MAHATHIR ini. Dalam usia hanya 37 tahun, kekayaan berbillion Ringgit yg digondolnya dikatakan hasil "usahanya" sendiri. Adakah usaha itu termasuk menipu rakyat, memaksa syarikat awam seperti PETRONAS membeli syarikat mereka yg hampir bankrap, memaksa pegawai kerajaan menganugerahkan tender kepada mereka dan memaksa para menteri tunduk menyembah mereka lantas memberi kontrak jabatan yang besar-besar?

MOKHZANI kini mempunyai harta yg dianggarkan berjumlah lebih RM 2 billion Ringgit, berdasarkan pegangan dirinya dan isterinya dlm 200 buah syarikat tempatan. Dia merupakan orang ketiga di Malaysia yg paling banyak memiliki syarikat-syarikat. (Orang yg kedua ialah abangnya MIRZAN bin MAHATHIR dan "orang" yg pertama ialah Kementerian Kewangan Diperbadankan - Minister of Finance Inc.). Hartanya di luar negara t
idak dikira lagi...

Ini bermakna MOKHZANIi bin MAHATHIR mengumpulkan sebanyak RM 54 juta Ringgit bagi setiap tahun yg terkandung dalam umurnya! Semenjak dia keluar dari universiti, purata keuntungan yg diperolehinya adalah RM 167 juta SETAHUN. Ini adalah bersamaan dgn keuntungan MAS pada seluruh tahun 1998/9 dan lebih 350 kali ganda gaji TAHUNAN ayahandanya sebagai Perdana Menteri!

Kekayaan ini lebih menjijikkan apabila kita meneliti bahawa isanya tidak termasuk kekayaan lima lagi anggota keluarga MAHATHIR-Siti Hasmah yang paling kaya iaitu:

A. Mirzan bin MAHATHIR - tuanpunya Konsortium Perkapalan, Transmile, FOMEMA dll

B. Muhriz bin MAHATHIR - tuanpunya lebih 55 syarikat

C. Saleha binti Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - tuanpunya lebih 20 syarikat yang terlibat dalam program francais IPT

D. Hashim bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengelola SUKOM98 yang gagal membawa keuntungan

E. Ahmad Razali bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengurus Tabung Haji yang memesong wang penyimpan untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak saudaranya

Siapakah Mokhzani bin MAHATHIR hingga beliau "berjaya" merompak begitu banyak wang rakyat?

Mokhzani adalah anak ketiga MAHATHIR. Dia mendapat pendidikan di universiti luar negara dan pernah bertugas dgn sebuah syarikat petroleum tempatan. Sewaktu di sana, MAHATHIR mendapati anaknya ini tidak berapa pandai, tetapi keras hati seperti ayahnya. Oleh itu MAHATHIR mengarahkan Qarun Malaysia DAIM ZAINUDDIN " beberapa kontrak kepada anaknya. Pada masa itu, Daim merupakan Menteri Kewangan. Mokhzani diberi peluang mendapat "saham percuma" dalam beberapa projek yang dianjurkan oleh peniaga Cina yang baru diperniagakan di BSKL. (Ini dipanggil "pink form")

Semua "kekayaan" Mokhzani adalah hasil kronisme dan penipuan MAHATHIR dan Daim Zainuddin. Daim Zainuddin melakukan pemesongan wamng rakyat ini bukan sahaja untuk anak-anak MAHATHIR tetapi juga kepada anak perempuan sulungnya (yang banyak mendapat habuan kontrak pembinaan kompleks kerajaan) dan adik serta anak Sanusi Junid dan Megat Junid Megat Ayob.

Ini lah KISAH BENAR /SEJARAH UMNO
REZEKI LANUN UMNO

[Ceramah di Johor] Anwar Ibrahim: Pakatan Rakyat Akan Menjadi Pemerintah Yang Lebih Baik


Sabtu, 15 September 2012

Punggah....Australia Tolak Sisa Lynas, Apa Tindakan Malaysia?


Lynas Corporation telah memohon Australia untuk mengimport sisa radioaktif dari loji penapisan bumi kontroversi di Kuantan, walaupun Canberra mengulangi dasar menolak sisa itu daripada negara-negara lain, kata seorang diplomat Australia.

Pengatur nuklear Malaysia, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) berkata bahawa pelombong Australia itu di sisi undang-undang telah terikat untuk membuang sisa radioaktif dari Bahan Loji Lynas (LAMP) dan menghantar pulang ke Australia di bawah syarat-syarat lesen operasi sementara (TOL) yang dikeluarkan minggu lepas.

“Lynas telah mengemukakan permohonan kepada pengawal selia, Agensi Perlindungan Sinaran dan Keselamatan Nuklear Australia (ARPANSA), untuk mengimport bahan dari Malaysia, “kata jurucakap Pesuruhjaya Tinggi Australia kepada The Malaysian Insider.

“Permohonan itu akan tertakluk kepada dasar-dasar, undang-undang dan peraturan kerajaan Australia, “katanya.

Pentadbiran Perdana Menteri Julia Gillard tegas dengan pendirian mereka dan tidak sesekali membenarkan sebarang bahan berbahaya memasuki negaranya.

Tetapi jurucakap itu berkata bahawa Putrajaya dan Lynas menanggung tanggungjawab atas pelupusan sisa radioaktif dari loji penapisan bumi bernilai RM2.5 bilion itu.

“Persoalan mengenai pengurusan sisa dari kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation di Malaysia adalah perkara untuk kerajaan Malaysia dan Lynas fikirkan.

“Dasar lama kerajaan Australia adalah bahawa Australia tidak menerima sisa radioaktif negara-negara lain, “kata jurucakap yang enggan namanya disiarkan.

Lynas menerima TOL daripada pihak berkuasa Malaysia minggu lepas, memberi lauluan kepada loji pemprosesan nadir bumi itu untuk memulakan operasi walaupun terdapat bantahan awam meluas terhadap keselamatan dan alam sekitar.

Lynas berkata bahawa ia akan memulakan pengangkutan dan melengkapkan semua langkah-langkah untuk menyediakan memperkayakan bijih nadir bumi yang dilombong di Australia pada Oktober.

TOL membolehkan Lynas untuk beroperasi bagi tempoh dua tahun mulai 3 September lalu.

AELB telah menekankan bahawa Lynas mesti mematuhi segala keperluan dan syarat yang dikenakan oleh kementerian sains, teknologi dan inovasi melalui Akta Perlesenan Tenaga Atom.

Jumaat lepas, pengawal selia dilaporkan berkata semasa sidang media bahawa komitmen Lynas tidak terikat untuk membuang sisa radioaktif dari loji Gebeng kerana ia bukan syarat untuk TOL yang dikeluarkan awal minggu lepas.

Ketua Pengarah AELB Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata, agensi hanya bergantung kepada komitmen unilateral Lynas tanpa meletakkan syarat “hitam putih”.

Beliau berkata, bagaimanapun, jika Lynas memecahkan komitmen untuk menghantar sisa di luar negara, AELB akan mempertimbangkan pilihan untuk mengambil tindakan terhadap pelombong itu.

“Saya pasti mereka akan membawa ia keluar. Lembaga telah memutuskan perkara ini (dan) mengambil kira tentang mereka akan mengambil ia keluar.

“Sekiranya tidak berlaku, terdapat pelbagai langkah dan pertimbangan bahawa yang boleh diambil oleh lembaga,” katanya.

Minggu lepas, lima penduduk Kuantan diberi kelulusan mahkamah tinggi untuk mencabar keputusan menteri sains, teknologi dan inovasi menganugerahkan TOL kepada pelombong Australia itu.

Kuota eksport minyak sawit diberi kepada kroni Umno BN


PETALING JAYA 14 September: KEADILAN mendedahkan hampir semua kuota eksport bebas cukai (CPO) untuk mengeksport minyak sawit mentah diberikan kepada kroni Umno BN.
Pendedahan itu dimaklumkan Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan, Wong Chen pada sidang medianya di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Katanya, perkara itu membolehkan kroni-kroni Umno BN terlepas dikenakan cukai hingga menyebabkan negara kerugian RM4 bilion pada tahun ini.
“Sebilangan pemegang CPO bukan di kalangan pengusaha minyak sawit. Mereka adalah saudagar Umno BN yang ghairah untuk mendapatkan keuntungan besar,” katanya.
Menurut Chen, tindakan kerajaan menaikkan kuota CPO daripada 3.6 juta kepada 5.6 juta tan metrik menyebabkan lebih banyak minyak mentah dibawa ke luar negara sekaligus menjejaskan pasaran dalam negara.
Tambahnya, industri penapisan minyak sawit di negara ini mengalami krisis kerana hanya mampu menampung 60 peratus kapasiti dalam negara.
Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan merahsiakan penerima kuota CPO kononnya ia dianggap rahsia rasmi kerajaan.
“Dua hari lalu, pada Forum Minyak Sawit Antarabangsa di ibu negara, kami mendapat maklumat nama-nama penerima kuota tidak boleh disiarkan kononnya rahsia rasmi.
“Tindakan mengejut ini sedikit sebanyak memberi penjelasan mengapa kerajaan Umno BN memilih untuk menaikkan kuota CPO.
“Pendedahan ini menyokong kepercayaan bahawa sebilangan besar pemegang kuota bukan pengusaha minyak sawit tetapi kroni Umno BN,” katanya.
Justeru, beliau mencabar Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mendedahkan keseluruhan penerima kuota CPO tersebut.
Menurut Chen, kerajaan seharusnya telus dalam menguruskan kuota CPO tersebut bagi mengelakkan berlaku lebih banyak ketirisan.
Katanya, dengan ketelusan, sekurang-kurangnya RM2 bilion hasil cukai dapat diselamatkan untuk perbendaharaan negara.
“RM2 bilion bukan jumlah yang kecil. Ia cukup untuk menampung separuh kos dasar pendidikan tinggi percuma bagi menggantikan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional),” katanya.