TIADA yang paling banyak diganggu politiknya akhir-akhir ini selain dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dia dibaling batu dalam ceramah, baling kasut semasa member tazkirah
di masjid dan bas khasnya kempen menjelajah sudah beberapa kali disembur
cat merah.
Ia antara serangan fizikal terhadapnya selepas dibalun separuh mati
oleh Ketua Polis Negara selepas dia dipecat dari Timbalan Perdana
Menteri dulu.
Serangan fitnah terhadap saksiahnya dari liwat sampai jadi alat Yahudi tidak dapat dikira lagi.
D.R.Seenivasagam, pengasas PPP yang UMNO benci dulu dan Kit Siang
yang dikatakan dibenci orang Melayu pun tidak menghadapi gangguan
seteruk Anwar.
Apalah nasibnya?
Melihat kepada bertubi-tubinya gangguan itu, mengingatkan saya kepada
Rasulullah SAW sepanjang kempennya membawa Islam di Mekah dulu.
Sejak baginda mengumumkan kepada kumpulan keluarga dan kerabatnya di
Bukit Safa bahawa baginda adalah Rasul utusan Allah yang terakkhir,
setiap kegiatan dakwahnya diikut dan diganggu oleh Abu Lahab, bapa
saudaranya yang pernah mengadakan kenduri menyambut kelahiran baginda.
Baginda dihardik dengan kalimah ‘celaka’ oleh Abu Lahab. Tiadalah
yang paling berat selalin dari tohmah itu. Banyak masa dan harta
kekayaan Abu Lahab dihabiskan untuk menghalang baginda.
Juteru kedurjanaannya itu Abu Lahab dikira lambang lahak penentang dan penggangguk Rasulullah SAW.
Saya tidak hendak menyamakan Anwar dengan Rasulullah SAW. Tapi
dikenangkan banyaknya gangguan terhadap gerakannya, dekat banyaknya
gangguan Abu Lahab terhadap baginda.
Cuma dapat disebut semua bentuk gangguan terhadap perjuangan suci di
mana-mana di dunia dan bila-bila saja adalah mewarisi angkara
kedurjanaan si Abu Lahab bedebah itu. Baik ia terjadi jarang-jarang atau
bertubi-tubi ia adalah perangai jahat Abu Lahab.
Kempen perubahan yang dikepalai bersama Anwar, Ustaz Nik Aziz, Ustaz
Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang adalah pejuangan suci bagi menegakkan
keadilan, kebebasan dari sebarang penindasan dan menuntut pentadbiran
yang bersih.
Sekalipun perjuangan bersama PAS, PKR dan DAP melalui Pakatan Rakyat
itu adalah campuran beberapa kebebasan, tetapi ia mencakupi semua
kemahuan sejagat. Bagi PKR yang didepankan keadilan dan anti
penyelewangan, bagi DAP demokrasi yang sempurnam anti rasuah dan
pentadbiran yang baik dan saksama, manakala PAS kebebasan aqidah dan
berkebajikan, tetapi semuanya adalah dalam satu dan suci.
Jika dalam gerakan saki baki kotor Abu Lahab itu baginda berarak
beratus batu dari Madinah bagi fathul Mekah secara aman tanpa
pertumpahan darah, maka rakyat sekarang – dari Kedah dan Perak di sebelah utara, dari Kelantan, Terengganu dan Pahang di timur, dari
Johor dan Melaka di selatan dan Selat Melaka di barat, semua sedang
berada di lebuhraya menuju fathul Putrajaya.
Ketika perubahan sudah berada di ambang semua pintu gerbang Putrajaya inilah gejala gangguan Abu Lahab dilihat menjadi-jadi.
Betapa besar dan berat ujian yang dihadapi baginda Rasulullah untuk
membebaskan Mekah, maka tidak pula sikit dan ringannya ujian yang
dilalui Anwar dalam pembebasan Putrajaya bersama-sama rakan-rakannya.
Bukan senang membebaskan Putrajaya untuk semua dan yang dinamakan
perjuangan itu tentulah banyak ujian. Moga-moga semua ujian itu tidak
menyekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan