Sabtu, 10 Disember 2011

PKR Lapor POLIS SalahLaku Jennayah TYT SABAH

Berita
PARTI Keadilan Rakyat Sabah, sebentar tadi membuat laporan polis terhadap Tuan Yang terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan mendesak polis membuka kembali fail jenayah serangan bersenjata yang dilakukan oleh Juhar dan sekutunya pada 1986. Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi yang menghubungi Sabahkini.net sebaik sahaja selesai membuat laporan polis di Balai Polis Kunak memberitahu beliau turut menyerahkan beberapa dokumen untuk membantu siasatan polis.

Kita percaya prinsip rukun negera terutama Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan. Kita yakin tidak ada pihak yang boleh mengatasi undang-undang, terutama sekali dalam kes jenayah dan kekerasan,” kata Citra yang agak kesal kerana sistem penyampaian PDRM masih lembab dan beliau terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuat laporan polis.

Menurut Citra, beliau tidak ingin mengulas terhadap lebih 10 laporan polis yang dibuat terhadap Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Haji Hamzah Abdullah yang semakin hangat kerana didakwa menghina Juhar dan institusi istana.

Bagaimanapun kata Citra, laporan yang dibuatnya tidak ada kena mengena dengan laporan yang dibuat terhadap Haji Hamzah, atau sebagai membalas laporan polis yang dibuat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat Sabah; sebaliknya dibuat secara kebetulan setelah beliau membaca komen seorang Blogger yang menggunakan nama Ahli UMNO di artikel bertajuk ‘Police Report Over Insult Of TYT’.

“Blogger berkenaan mendedahkan terlalu banyak rahsia yang disimpan PDRM selama ini terutama serangan bersenjata yang didakwa dilakukan oleh Tun Juhar dan rakannya seramai 50 orang. Semua kenyataannya benar kerana setelah saya semak, memang jenayah berkenaan didedahkan oleh seorang Jurnalis, Khusairie Talib,” kata Citra lagi.

Setelah menyemak buku bertajuk, ‘PBS Keluar Membela Maruah’ tulisan Khusairi yang dipinjam daripada rakannya, Citra merasakan adalah menjadi tanggung jawabnya untuk membuat laporan kerana dakwaan di buku tersebut adalah serius dan mengancam keselamatan negara.

“Kita ingin PDRM siasat bagaimana kes berkenaan ditutup begitu sahaja sedangkan pelakunya kini telah dilantik sebagai TYT. Adakah kerana dia TYT dan kini berpangkat Tun, maka beliau kebal daripada tindakan undang-undang?,” tanya Citra yang mendesak polis memanggil penulis buku berkenaan.

Hasil risikan beliau, kata Citra, Datuk Khusairie Talib kini merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim, merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (Adun Slim).

Citra turut mendesak PDRM menyiasat dakwaan Khusairie berhubung pengundi hantu dan pemberian kad pengenalan projek kepada pendatang asing tanpa izin.

SEDUTAN....Sedutan daripada buku PBS Keluar membela Maruah.

Dalam laporan polisnya, KNK/RPT/2698/2011, Citra mendakwa bahawa;

“PADA lebih kurang jam 1.45 petang, ketika melayari internet di pejabat saya, saya terbaca satu komen di ruangan Disquss oleh Ahli UMNO di artikel ‘POLICE REPORT OVER INSULT OF TYT’ (8 Disember 2011) yang disiarkan di Portal Sabahkini.net yang berbunyi;

“Saya ada baca buku tulisan Khusairie Talib, pasal sejarah Tun Juhar dan Pandikar Amin, Speaker Parlimen sekarang. Muka surat 152 dalam buku itu, sejarah mencatatkan bahawa Pandikar Amin dan Tun Juhar (semasa memimpin AKAR) telah mengetuai beberapa orang pengikut mereka membuat serangan bersenjata terhadap majlis ceramah PBS di Ranau, pada 1986. Ada satu kes lagi di Hotel Perkasa, gerombolan Pandikar Amin dan Tun Juhar yang turut disertai oleh Saman Gulam dengan lebih 70 orang anggota AKAR, telah menyerbu hotel tersebut dengan beberapa orang membawa senjata merbahaya (muka surat 155). Mereka menyerbu Hotel Perkasa kerana terdapat pimpinan PBS menginap di situ. Mujur ketika itu OCPD ASP Yahya Awang Husssin tiba di Hotel Perkasa dan menempatkan tiga anggota polis di hotel tersebut. Tun Juhar juga dikatakan terlibat dgn tragedi hitam di Kg. Waang yang berakhir selama 5 jam! Hj. Hamzah, sila dapatkan buku tersebut di kedai buku atau perpustakaan KK!”

Sehubungan itu, saya datang ke balai membuat laporan agar PDRM menyiasat dan membuka kembali kes jenayah yang didakwa dilakukan oleh TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan rakannya; serta menyiasat kandungan buku ‘PBS Keluar Membela Maruah’ yang ditulis oleh Datuk Khusairie Talib, yang kini adalah Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim, merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (Adun Slim).

Di muka surat 106, buku setelah 216 muka surat yang diterbitkan oleh Goldana Corporation pada 1991 turut menyatakan bahawa akibat daripada penipuan terancang, Miyong tewas di Kinabatangan dengan majoriti tipis, hanya 165 undi. Calon Barisan Nasional, Haji Juhar Mahiruddin memperolehi 5,473 undi dan miyong mendapat 5,308 undi. Kemenangan Haji Juhar itu banyak dibantu oleh para pengundi yang memegang 'Kad Pengenalan Biru Kilat' di kawasan DUN Sekong, sementara Miyong menang di dua lagi kawasan DUN yang berada di dalam Parlimen Kinabatangan, iaitu Kuamut dan Sukau.

Sehubungan itu, saya menggesa agar PDRM menjalankan siasatan bagaimana kes jenayah Tun Juhar boleh ditutup begitu sahaja dan terlepas saringan ketika memilih beliau sebagai TYT.”

Jumaat, 9 Disember 2011

Tak sempat DAP nak jadi kerajaan, 29,000 jawatan awam telah dimansuhkan.

Artikel
DAP hari ini menuduh Datuk Seri Najib Razak (gambar) memperlihatkan hipokrasi “teramat tinggi” sedangkan pentadbirannya semalam mengumumkan mengenai pemansuhan 29,000 jawatan, di bawah pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai Januari 2012, hanya beberapa hari selepas perdana menteri menyerang Pakatan Rakyat kononnya mahu membuang separuh kakitangan awam.

Pemimpin-pemimpin Umno melakukan serangan bertubi-tubi ke atas perikatan itu sejak Pua mengesyorkan idea mengurangkan tenaga kerja sektor awam yang kini telah mencecah 1.4 juta orang, bulan lalu.

“Najib telah membuktikan dirinya (pemimpin yang) bersikap hipokrit tahap tertinggi,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) berkata, perkembangan terbaru ini menunjukkan presiden Umno dan pemimpin-pemimpin partinya adalah oportunis politik, yang hanya mahu menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai parti antiperkhidmatan awam.

Pemimpin-pemimpin Umno melakukan serangan bertubi-tubi ke atas perikatan itu sejak Pua mengesyorkan idea mengurangkan tenaga kerja sektor awam yang kini telah mencecah 1.4 juta orang, bulan lalu.

“Najib telah membuktikan dirinya (pemimpin yang) bersikap hipokrit tahap tertinggi,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Malah, Pua mendakwa Najib sanggup mencetuskan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu dengan menuduh pembangkang mahu mengurangkan saiz perkhidmatan awam sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memulakan langkah ke arah itu.

Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah memberi jaminan SBPA akan membantu mengawal bilangan kakitangan kerajaan dan bukannya bertujuan mengurangkan tenaga kerja semasa.

Sambil berkata sekitar 29,000 jawatan dimansuhkan di bawah SBPA, kata beliau, sistem saraan baru ini yang diperkenalkan untuk menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), pemegang jawatan-jawatan yang dimansuhkan akan ditempatkan di skim dan gred lain mengikut keperluan semasa.

Saiz tenaga kerja semasa dianggarkan 1.4 juta orang dengan penduduk Malaysia adalah 28 juta orang.

“Bermakna ia tidak sampai 10 peratus,” katanya merujuk kepada nisbah tersebut.

“Sukar hendak mengatakan bahawa saiz tenaga kerja sektor awam kita terlalu besar atau terlalu kecil. Kita tidak boleh membuat perbandingan antara satu negara dengan negara lain.

“Dan, saya tidak mengatakan sama ada tenaga kerja perkhidmatan kita terlalu besar ataupun kecil... sehingga kami menyelesaikan kajian berdasarkan enam strategi merealisasikan inisiatif perkhidmatan awam yang kejat iaitu kawalan saiz perkhidmatan awam atau ‘right-sizing’, kajian pertindihan fungsi antara agensi, penjajaran fungsi utama perkhidmatan, perkhidmatan yang boleh diserah urus (‘outsourcing’), perekayasaan proses kerja (‘business process reengineering’) dan kajian semakan skim perkhidmatan.

Abu Bakar juga berkata beliau tidak boleh memberi jaminan saiz tenaga kerja semasa akan kekal sama sepanjang masa pada masa depan jika diambil kira kemungkinan akan ada pertambahan atau pengecilan kementerian.

Saiz tenaga kerja pernah dikurangkan daripada 1.2 juta orang sehingga sekitar 800,000 ekoran dasar penswastaan pada 1990-an iaitu ketika pentadbiran Dr Mahathir, tetapi ia meningkat kepada 1.4 juta sekarang.

Dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno minggu lalu, Najib sambil berkata orang Melayu akan hilang kuasa dan hak mendakwa, “ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung.”

“Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200,000 orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.

“Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkan tidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?” kata presiden Umno itu.

Sebelum ini kepimpinan Pakatan Rakyat berkata pengurangan tenaga kerja awam bukan dasar mereka, sebaliknya akan mengurangkan kos dengan menjadikan perkhidmatan awam lebih cekap, yang majoritinya orang Melayu.

Dalam kenyataan hari ini, Pua berkata Pakatan Rakyat tidak pernah mengesyorkan untuk mengecilkan saiz sektor awam dan beliau hanya mengesyorkan persaraan awal dan membuang penjawat yang melanggar disiplin dan peraturan seperti mereka yang membeli binokular RM1,940 pada harga RM56,350.

Sehubungan itu wakil rakyat penggal pertama ini menekankan matlamat Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi juga mahukan kerajaan yang bersaiz kecil dan pengurangan tenaga kerja dan pemfokusan semula.

“Umno yang membunuh perkhidmatan awam hari ini, tetapi tanpa rasa malu mendakwa bahawa Pakatan Rakyat dan diri saya sebagai rasis,” katanya lagi.

Selasa, 6 Disember 2011

Najib Lebih Korup Daripada Pak Lah dan Dr Mahathir

Kedudukan Malaysia dalam indeks Persepsi Rasuah (CPI) antarabangsa adalah paling teruk dalam sejarah negara dan ia jelas menunjukkan kelemahan pentadbiran Barisan Nasional dibawah Datuk Seri Najib Razak.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan, kedudukan Malaysia pada tangga ke-60 tahun ini memperlihatkan Najib lebih korup berbanding dua Perdana Menteri sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur memaklumkan, Malaysia sudah jatuh 13 anak tangga sejak di bawah pentadbiran Najib yang bermula pada tahun 2009.

"Pak Lah (Abdullah) dalam tahun 2003 sehingga 2008, Malaysia jatuh 10 anak tangga, dari kedudukan 37 kepada 47.

"Di bawah Tun Dr Mahathir, 22 tahun menjadi Perdana Menteri sungguhpun CPI dimulakan pada tahun 1995, masa itu Malaysia di tangga ke-23. Semasa dia bersara 2003 sudah jatuh ke tangga 37. Jatuh sembilan tangga dalam tempoh sembilan tahun.

"Tetapi untuk Datuk Seri Najib dalam tempoh dua tahun setengah, jatuh 13 anak tangga," katanya.

Beliau menambah, perkara ini langsung tidak disentuh oleh pemimpin dan perwakilan Umno dalam Perhimpunan Agung Umno 2011.

Sementara itu, Exco Pelaburan Perdagangan Selangor, Teresa Kok berkata, terdapat banyak perbezaan pentadbiran Perdana Menteri dahulu berdasarkan kedudukan CPI yang semakin merudum.

Beliau turut mempersoalkan adakah ini yang dinamakan membenteras rasuah dan gagasan 1Malaysia yang selama ini dilaungkan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional.

"Indeks Korupsi kita lihat ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri tahun 2004, Malaysia berada dalam kedudukan 39.

"Kita lihat selepas Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun 2008, Indeks negara jatuh ke tangga 47. Tahun 2009 dan 2010 tangga ke-56 tetapi pada tahun ini telah jatuh ke kedudukan 60," katanya.

Beliau menjelaskan, pada tahun 2008 wang simpanan tunai di Selangor berjumlah RM632 juta tapi telah meningkat kepada RM1.2 billion sebagai bukti jelas Pakatan Rakyat lebih cekap dalam mengurus tadbir kewangan negeri.

Anak Muda Yakin…PEKIDA Tak Sebodoh Itu La..Najib

"pekidaNajib cuba memperbodohkan anggota Pekida dengan membuat ucapan yang memutarbelitkan fakta sebenar apa yang telah berlaku terhadap orang Melayu.

Ramai daripada kami Anak-Anak Muda yang juga menggotai Pekida dan lain-lain pertubuhan Islam di Negara ini, amat terasa diperbodohkan oleh Najib di dalam ucapannya hari ini. Sebahagian besar anggota Pekida yang hadir bukan semuanya menyokong kenyataan Najib. Kebijaksanaan mereka menghadirkan diri, adalah satu tindakan yang amat bermakna... semuanya faham...

Najib, dalam ucapannya, memberi amaran masa depan orang Melayu akan malap jika BN tidak kekal berkuasa selepas pilihan raya umum nanti.

Alasan Najib meminta Pekida untuk pertahankan Umno adalah kerana kononnya jika Pakatan Rakyat perintah… bendera Malaysia akan direkabentuk semula, mengurangkan separuh kakitangan perkhidmatan awam, mencemarkan kedaulatan Raja-raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar yang membantu orang Melayu.

Sudah terang lagi bersuluh…
umno derhaka
Kenyataan Kurang Ajar Umno Derhaka

Memang Najib dan Umno sekarang ini terang-terangan meniup api perkauman dikalangan orang Melayu, walaupun ramai anggota Pekida dan orang Melayu tahu itu semua alasan Najib dan Umno hanya sandiwara untuk menarik sokongan orang-orang Melayu, kerana mereka tahu Rakyat sudah tidak menyokong mereka lagi.

Sokongan Rakyat terhadap Umno merosot dengan teruk sekali apabila Umno GAGAL memajukan orang-orang Melayu sejak lebih 60 tahun yang lalu.

Kuasa mutlak yang diberi serta WANG yang berjumlah berbilion-bilion ringgit hasil daripada hasil bumi Malaysia sejak 63 tahun dulu gagal dimanafaatkan untuk Rakyat Malaysia terutamanya terhadap orang-orang Melayu.
melayu miskin

Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam,
TIDAKLAH Melayu kaum paling miskin di Negara ini (mengikut perangkaan rasmi negara).

Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Melayu yang paling ramai duduk di tepi-tepi sungai dan setinggan di Negara ini (boleh lihat dengan mata kita sendiri).

Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Melayu menjadi penagih dadah yang paling ramai di Negara ini (walaupun kerajaan mampu membasmi perkara ini).

Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam,
melayu
TIDAKLAH Melayu menjadi kaum yang paling ramai menjadi bohsia dan membuang serta membunuh bayi yang tak berdosa.

Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Umno menutup Madrasah Sekolah Agama Rakyat dan menolak terus hukum HUDUD yang diarahkan oleh ALLAH S.W.T.

Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Umno membiarkan anak-anak Melayu dibiarkan tidak berpelajaran selepas SPM, dan sebahagian besar tiada pekerjaan yang menjamin masa depan mereka. (lihatlah sekeliling kita).

Hanya SATU sebab Umno melakukan perkara di atas….

Umno biarkan orang-orang Melayu terjadinya perkara-perkara di atas adalah kerana supaya Umno MUDAH PEGANG TENGKUK ORANG-ORANG MELAYU agar orang Melayu hanya mendengar kata-kata Umno.

Jika UMNO menjadikan Melayu pintar, Jika UMNO menjadikan Melayu kaya, Jika UMNO menjadikan Melayu kuat agamanya, maka ORANG MELAYU AKAN MEMBUANG Umno dari dahulu lagi.

Jika Umno biarkan anak-anak melayu di Malaysia ini PINTAR dan KUAT AGAMA seperti anak Melayu dari negara maju Singapura ini, yang mengalahkan pelajar dari sekolah Amerika dan menjadi 'Best Speaker'... maka Umno menganggap anak Melayu inilah yang akan membuang Umno di masa akan datang...

lihat video ini... anak muda

Sebab itulah Umno tidak akan biarkan anak-anak Melayu di Malaysia ini menjadi pintar....

Bodohnya Melayu Kerana Umno Bijak Menipu…

Dan sekarang ini, anggota-anggota PEKIDA bukan lagi bodoh seperti yang disangka oleh Najib…

Masa depan Melayu "gerhana" bawah PR kata Najib, "cerah"kah

Artikel Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa masa depan orang-orang Melayu akan "gerhana" jikalau seteru politiknya, Pakatan Rakyat (PR) menang PRU 13 akan datang. Klik disini.

Persoalannya sekarang, dibawah pemerintah Umno-Barisan Nasional (BN) semenjak Malaysia mula merdeka - apakah benar-benar "menyinari" kehidupan orang-orang Melayu? Ini harus ditanya.


  • Siapakah di belakang Akta Pembangunan Kampung Baru yang akan menyaksikan Kampung Melayu terakhir di Kuala Lumpur pupus buat selama-lamanya?
  • Siapakah yang bertangunggjawab menyebabkan majoriti orang-orang Melayu berpendapatan dibawah RM 1,500 yang dikategorikan sebagai miskin?
  • Siapakah yang menghalang royalti minyak daripada diberikan kepada rakyat Kelantan - majoritinya terdiri daripada orang-orang Melayu?
  • Siapakah yang bertanggungjawab menyerahkan tanah KTMB di Tanjung Pagar setelah lama dipertahankan oleh kepimpinan negara terdahulu?
Jawab berberapa persoalan yang saya timbulkan diatas sebelum kita berbicara tentang gelap atau terangnya nasib orang-orang Melayu dibawah mana-mana kerajaan sekalipun. Janganlah terus menerus cuba memperbodohkan orang-orang Melayu.