Khamis, 17 November 2011

Anwar: Penjenayah ratusan juta, ‘pencuri lembu’ tidak disiasat

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan polis terhadapnya berhubung isu video fitnah adalah usaha khianat dan jahat untuk menghalang tugasnya sebagai Ketua Pembangkang.

Menurutnya, Umno-Barisan Nasional terus memperalatkan pihak polis untuk menekan beliau, sedangkan tiada siasatan terhadap rasuah ratusan juta ringgit, termasuk skandal terbaru membabitkan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

“Jadi Polis ini kerja dia dah jadi perkakas politik orang atasan. Tugas saya ke Parlimen, tapi dihalang. Penjenayah, pencuri lembu dan ratusan juta (wang rakyat) yang hilang tiada siasatan,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong petang tadi atas dakwaan membuat laporan palsu dalam kes video fitnah yang dikaitkan dengannya.

“Ini cara kotor dan jahat Umno nak aibkan saya sekali lagi. Jenayah (rasuah) dan rompak ditutup. Jadi dimainkan kes seperti ini (untuk mengalih perhatian rakyat),” katanya.

Beliau diajukan sekitar 20 soalan dan keterangannya dirakam selama kira-kira satu jam oleh pegawai penyiasat ASP Teh Boon Ang dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Siasatan tersebut berhubung laporan polis yang dibuat Anwar pada 22 Mac 2011 di Balai Polis Dang Wangi berhubung video fitnah yang ditayangkan oleh trio Datuk T.

Pada 8 September lalu, pegawai penyiasat kes ‘Datuk T’, DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan polis mendakwa laporan yang dibuat Anwar adalah palsu yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah.

Sementara itu peguam Sivarasa Rasiah memaklumkan, kertas siasatan terdahulu yang dirujuk kepada Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dikembalikan kepada polis dengan arahan untuk merakam semula keterangan pengadu.

“Gani Patail sebelum ini terlibat dalam kes penipuan bahan bukti pada 1998 oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

“Anwar pula seolah-olah seperti pesalah. Ini menunjukkan campur tangan politik dan di sini nampak tangan Peguam Negara,” katanya.

FBC yang diupah Najib pernah bekerja untuk rejim Mubarak

Syarikat penerbitan London, FBC Media yang diupah kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak, didapati pernah bekerja untuk rejim bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Mubarak yang berkuasa di Mesir selama 30 tahun digulingkan menerusi revolusi pada 25 Januari lalu, menyaksikan jutaan rakyat Mesir turun ke jalan raya selama 18 hari.

Perkara itu disahkan akhbar The Independent UK dalam laporan mengenai Perbadanan Penyiaran British (BBC) yang turut membeli program terbitan FBC Media.

“The Independent mendapati FBC pernah bekerja dengan rejim bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak,” kata akhbar itu dalam rencana mereka berjudul “Skandal program ‘murah’ BBC terdedah.”

Menurut akhbar itu, BBC kini berhadapan siasatan badan penyelaras penyiaran di UK, Offcom di atas penyiaran 15 program editorial yang hanya menelan “kos yang kecil”.

Lapan daripada 15 program yang diperolehi BBC itu datangnya daripada FBC Media, yang menerima bayaran 17juta pound daripada pentadbiran Najib untuk memperbaiki imej pentadbirannya di peringkat antarabangsa.

FBC dilaporkan menghasilkan tujuh program untuk BBC di Malaysia, empat daripadanya untuk siri “Develop or Die”.

BBC kini dilaporkan bertindak menamatkan kontrak mereka dengan FBC.

“Berkenaan FBC, kami dengan segera menggantung penyiaran program dari FBC apabila sedar tentang isu ini dan FBC sendiri kemudiannya mengaku yang ia bekerja untuk kerajaan Malaysia,” kata jurucakap BBC seperti dilaporkan The Independent.

Sebelum ini kerajaan mengaku melantik FBC Media sebagai konsultan untuk menaikkan imej Malaysia dan juga Perdana Menteri di peringkat antarabangsa.

Kontrak selama setahun itu disambung sebanyak dua kali dan tamat pada 2010 dengan kos perbelanjaan selama tiga tahun sebanyak Euro 19.6 juta (RM84 juta).

Rabu, 16 November 2011

BERAK KERING PENINGGALAN MAHATHIR MULA BERBAU

YANG INI KERJA GEROMBOLAN



SELANGOR TIKAM DARI BELAKANG – berita hairan

Pemilik rumah pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Pusat Bandar Taman Keramat di Jalan Jelatek di sini kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk ‘merampas’ hak mereka.

Mengibaratkan tindakan itu seperti menikam dari belakang, mereka mendakwa tindakan itu diambil bagi menidakkan hak pemilik untuk mendapat pampasan yang sudah dipersetujui.

Wakil penduduk, Fadhilah Saharin, 38, berkata, 14 pemilik unit rumah dan kedai yang enggan menerima pampasan yang ditawarkan dahulu diarahkan keluar dari premis mereka pada Oktober lalu.

Katanya, apa yang mengecewakan adalah kerajaan Selangor memberikan pampasan yang tidak setimpal iaitu RM130,000 kepada rumah dua bilik dan RM155,000 bagi kedai satu bilik.

Pampasan yang ditawarkan oleh PKNS sebelum ini adalah antara RM250,000 dan RM500,000.

Kita sifatkan ini menikam dari belakang kerana enam bulan sebelum itu, perbincangan telah dibuat dan PKNS telah bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak RM350,000 bagi rumah dan sedang berbincang mengenai jumlah pampasan untuk kedai.

“Tetapi pihak terbabit kemudiannya menggunakan kerajaan negeri dan kuasa di bawah Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil premis kami secara paksa,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Fadhilah berkata, penduduk terpaksa akur dengan tindakan itu dan menerima pampasan tersebut tetapi dalam masa yang sama akan terus menuntut pampasan yang setimpal.
Ini kerana, katanya, sejak 2010, penyenggaraan flat itu tidak dijaga sehingga pemilik terpaksa hidup dalam keadaan rumah yang bocor serta sampah yang tidak dikutip walaupun membayar yuran penyenggaraan RM15 sebulan.

Kawasan tapak flat kos rendah seluas 2.4 hektar itu akan dibangunkan dengan projek Datum Jelatek yang bertujuan menukar kawasan hartanah itu menjadi lebih moden.
Projek bernilai RM1.2 bilion itu akan mengandungi kawasan kediaman mewah, bangunan pejabat, pusat beli-belah dan hotel.

NOTA:
padan muka baru sekarang sedar
mereka lupa AKTA PENGAMBILAN TANAH ini
di buat dan di lulus oleh madey

dulu di ajak berjuang menentang akta ini
semua buat deeeek
semua buat donnooo
sekarang dah kena batang hidung sendiri baru sedar

rakyat wajib sedar kerjaan mana pun
kalau amalkan sistem ekonomi kapitalis
perangainya sama

di kedah di bawah pas lagi hebat
runtuh madrasah yang lebih dari 100 tahun
untuk buat pusat membeli belah

orang ramai wajib sedar
selagi undang undang akta rampas tanah ini ada
tanah sesiapa pun tidak selamat

tanah boleh terus di rampas
dengan menggunkan AKTA PENGAMBILAN TANAH

secara berjangka panjang
akta ini wajib dilupus
ini yang wajib diperjuangkan!



LAKNAT INI PUNYA ANGKARA



ISTANA LAMA AKAN DIREMBAT CUKONG?

AKAN DIREMBAT OLEH BIK MAMA?




NOTA:
istana ini tidak jauh
dari lapangan terbang tudm
lapangan terbang tudm telah
dirembat oleh bik mama?





ISTANA LAMA TUTUP SECARA RASMI
– berita hairan

Pintu masuk utama Istana Negara di Jalan Istana, di sini dikunci secara rasmi semalam dengan penuh istiadat menandakan perpindahan rasmi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong ke Istana Negara yang baru di Jalan Duta.

Istiadat khas menurunkan bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dimulakan dengan perarakan masuk pengawal istana dan panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dianggotai dua pegawai dan 58 anggota lain-lain pangkat diiringi pasukan pancaragam RAMD.

Bendera diturunkan tepat jam 9.25 pagi dengan penuh hormat diiringi tiupan ‘Paluan Akhir’ menandakan secara rasmi bangunan berkenaan tidak digunakan lagi dan berpindah ke Jalan Duta.

NOTA:
berita penutupan ini tersebar
tapi tak ada pula berita tentang
apa yang akan jadi kepada istana lama


senyap saja
menteri warisan pun senyap saje


desas desus didengar bahawa istana lama ini
berhampiran dengan tanah tudm
berhampiran dengan tanah taik terjulur julu
berhampiran tanah yang telah dirembat oleh bik mama?

apakah bik mama akan pindah ke sini?
ini persoalan yang sedang di tanya


kenapa TIDAK ada kenyataan yang istana lama
ini akan di jadikan museum?

atau tanah ini telah dirembat cukong?

Lagi pemimpin UMNO desak Shahrizat letak jawatan



Kata Ketua Umno Bahagian Padang Besar “Macam mana ni? Menteri mahu, Senator mahu, Ketua Wanita Umno mahu dan jadi peniaga lembu pun mahu. Shahrizat patut pilih satu sahaja. Kalau nak bela lembu jangan jadi menteri,”


Lagi pemimpin Umno desak Shahrizat letak jawatan

PETALING JAYA: Selepas Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, beberapa pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) lain juga mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Keluarga Ketua Wanita Umno itu kini berdepan tuduhan menyalahguna dana RM250 juta dari National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) termasuk membeli seunit kondominium One Menerung Bangsar dekat Kuala Lumpur berharga RM9.8 juta.

Semalam Bung Mokhtar meminta Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri kerana telah menyusahkan Umno.

Ketika dihubungi, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin menegaskan jika Shahrizat mahu berniaga lembu beliau tidak perlu menjadi menteri.

“Macam mana ni? Menteri mahu, Senator mahu, Ketua Wanita Umno mahu dan jadi peniaga lembu pun mahu. Shahrizat patut pilih satu sahaja. Kalau nak bela lembu jangan jadi menteri,” katanya.

TPM pertahan Shahrizat

Pandangan sama diberikan Setiausaha BN Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee yang juga ketua Umno Bahagian Cheras dengan kenyataan ringkas beliau, “Shahrizat perlu letak jawatan.”

Bagaimanapun laporan terbaru hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Shahrizat tidak perlu meletakkan jawatan menteri.

Pandangan sama diberikan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berkata isu itu patut diajukan kepada suami Shahrizat.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar tampil mempertahankan Shahrizat.

Penyelewengan Satim Diman dan BN Selangor dalam jual beli tanah di dedah.



SHAH ALAM, 15 NOV : Sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 hari ini menjadi gempar berikutan pendedahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelbagai salah guna kuasa Barisan Nasional Selangor membabitkan kehilangan jutaan ringgit yang turut melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman.


Selain Satim, Abdul Khalid juga mendedahkan usaha pengambilan tanah oleh bekas menteri Besar Selangor, isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat bagi mendapat beberapa lot tanah dikawasan elit.

Dalam sesi penggulungan itu, Khalid mendedahkan Ketua Pembangkang, Satim Diman telah membuat beberapa transaksi berhubung penjualan tanah di Science Park 2 semasa pentadbiran BN dulu.

Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang telah diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk tujuan pembangunan pendidikan sains.

Menurut Khalid, pemberian tanah tersebut bagaimanapun dijual oleh Satim dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd, di mana Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.

"Belum selesai syarikat Satim membayar belian kepada PKPS, atas kuasa politik yang beliau pegang, tanah itu dijual kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga berlipat kali ganda.

"Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin atas dasar Bumiputera,"jelas Khalid.

Sidang DUN yang masuk hari kelima hari ini turut digemparkan dengan pendedahan Khalid berhubung tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana yang melibatkan bekas Menteri Besar dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat membolot beberapa lot tanah.

"Tanah ini telah menjual kepada Barisan Elit untuk taman penindustrian walaupun tanah itu masih berstatus pertanian.

"Meskipun Barisan Elit tidak boleh memulakan projek perindustrian, namun yang berkuasa adalah orang berkepentingan maka projek tersebut dijalankan sedangkan rakyat Selangor kerugian puluhan juta hasil bayaran premium," katanya.

Selain itu, ladang seluas 12,000 ekar di Sabah yang dikatakan dijual oleh PKPS pada 2006. Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera.

Namun seperti juga kes Science Park 2, Khalid berkata, ladang ini dijual pula kepada Rimbunan Hijau, syarikat yang ada kaitan dengan parti komponen BN.

Mengulas lanjut salahlaku pembangkang ini, Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri pada akhirnya berjaya memaksa Barisan Elit Sdn Bhd membayar RM29 juta untuk menukar syarat dari pertanian kepada perindustrian.

"Tiga contoh ini menunjukkan Umno-BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak kepentingan rakyat Selangor,"kata Khalid lagi.

Beliau yang juga Adun Ijok berkata sejak Mac 2008, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamalkan reformasi dalam pentadbirannya yang amat mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih dari amalan rasuah dan kronisma.

Kesan dari reformasi ini, kata Khalid telah memberi keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding pentadbiran terdahulu, malah mampu mengembalikan hasil negeri untuk rakyat Selangor.