Khamis, 13 Oktober 2011

Kebebasan Ekonomi Malaysia jatuh ke tangga 78

KUALA LUMPUR: Malaysia jatuh di tangga ke 78 dari 141 negara dalam Senarai Indeks Kebebasan Ekonomi Sedunia, dalam laporan tahunan 2011 yang dikeluarkan Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).

“Pada tahun lalu, Malaysia berada pada tangga ke 77. Tetapi tahun ini, kita jatuh satu tangga ke angka 78. Sebenarnya, kedudukan Malaysia jatuh sejak beberapa tahun dan ini trend membimbangkan,” Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan dipetik sebagai berkata.

Indeks berkenaan mengukur kebebasan ekonomi dari skala 0 hingga 10, dengan 0 adalah yang terendah dan 10 yang terbaik.

Skor Malaysia dalam setiap ukuran kategori pada tahun ini menurun berbanding tahun lalu dari segi saiz kerajaan (merosot kepada 5.5 mata) , laluan kepada kewangan yang mantap (merosot kepada 6.50 mata) dan kebebasan untuk berdagang di arena antarabangsa (merosot kepada 7.23 mata).

Menurut Wan Saiful, masalah utama yang membawa kepada penurunan itu ialah saiz kerajaan.

“Sejak 1995, saiz kerajaan kita telah meningkat. Lebih buruk, kita mencatat sifar di bawah sub-kategori ‘Perusahaan kerajaan dan pelaburan’.

“Ini menunjukkan tahap penglibatan kerajaan dalam ekonomi melalui GLIC (Syarikat berkaitan pelaburan kerajaan) dan GLC (Syarikat berkaitan kerajaan) adalah membimbangkan,” katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan perlu mengakui keperluan merasionalisasi penglibatannya dalam ekonomi dan telah terdapat rancangan melucutkan pegangan kerajaan dalam pelbagai GLC serta meliberalisasi berbagai sektor ekonomi.

“Ini penting dan ia mesti diperbaharui sekarang,” katanya.

Laporan kebebasan ekonomi dunia menggunakan 42 ukuran untuk mencipta kedudukan indeks negara-negara di seluruh dunia berasaskan dasar yang menggalakkan kebebasan ekonomi.

Tahap kebebasan ekonomi diukur dalam lima bidang berikut: (1) saiz kerajaan, (2) struktur undang-undang dan keselamatan hakmilik harta, (3) laluan kepada kewangan yang mantap, (4) kebebasan untuk berdagang di arena antarabangsa, dan (5) regulasi kredit, tenaga buruh dan perniagaan.

Hong Kong mencatatkan kedudukan pertama kebebasan ekonomi yang baik diikuti Singapura dan New Zealand. Manakala Zimbabwe menerima sekali lagi skor terburuk diikuti Myanmar, Venezuela dan Angola.

Najib bazir RM84 juta untuk tutup skandal Altantuya

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikecam apabila menghabiskan RM83.88 juta wang rakyat, hanya semata-mata untuk menaikkan imej kerajaan di luar negara.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusof berkata, Najib terpaksa berbuat demikian akibat imejnya yang buruk di peringkat antarabangsa, termasuk kaitannya dalam skandal Scorpene dan pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

“Imej Najib terjejas, jadi terpaksa melonjakkan imejnya semula dan ia bukan saja dalam negara, malah di luar negara.

“Kita tahu Najib dikatakan terlibat dengan banyak skandal seperti Scorpene, dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya serta kehakiman yang tidak bebas,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Skandal Scorpene melibatkan komisen 114 juta Euro yang dibayar kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, seorang kenalan rapat kepada Najib Razak.

Kes pembunuhan Altantuya- orang tengah dalam transaksi berkenaan- mendapat liputan meluas media antarabangsa apabila mayatnya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua pegawai pengiring Najib pada 2006.

Pembelian Scorpene dari syarikat Perancis, DCNS, membabitkan pemberian komisen itu kini failkan di mahkamah tinggi Perancis.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, tindakan kerajaan membayar FBC Media untuk menaikkan imej, juga dilihat tidak bertanggungjawab ketika rakyat menderita dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barang keperluan.

“Najib tidak bertanggungjawab kerana menggunakan duit rakyat bagi menutup kesilapan, ketidakcekapan dan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran beliau,”

“Rakyat membanting tulang mengisi perut mereka dengan kos hidup yang tinggi tapi terpaksa menanggung beban kerana wang rakyat digunakan hanya untuk menanggung kos membaikpulih imej Najib,” katanya.

Semalam, dalam jawapan bertulis yang dikemukakan perdana menteri di parlimen memberitahu, kontrak selama setahun kepada FBC Media telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada 2010.

Nilai kontrak sejak 2008 itu pula didedahkan sebanyak Euro 19.6 juta atau bersamaan RM83.88 juta yang boleh digunakan untuk tujuan lebih berfaedah kepada rakyat.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, perkara paling penting yang perlu ditimbulkan ialah tindakan kerajaan membayar perunding tersebut tanpa pengetahuan rakyat.

“Banyak lagi (perunding) yang terlibat dengan GTP, ETP dan sebagainya.

“Kita ingin tahu apa tujuannya kita bayar untuk perunding ini?,” soalnya lagi yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Kerajaan sebelum ini dilapor melantik FBC- Firma penerbitan TV dan Komunikasi Strategik Britain- untuk menerbitkan program TV berkaitan kerajaan Malaysia yang ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

BBC telah menggantung semua program FBC, syarikat produksi berpusat di London itu, kerana pembayaran yang dibuat kerajaan Malaysia menyalahi undang-undang Britain dan etika media.

Beri wang: Pakatan guna lebihan bajet, BN berhutang

Yang membezakan negeri-negeri Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional ialah Pakatan tidak meminjam duit untuk diberikan kepada rakyat, sebaliknya menggunakan lebihan Bajet untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sikap Kerajaan Persekutuan yang boros berbelanja dan meminjam semata-mata untuk meraih undi merupakan punca rakyat telah menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang banyak berhutang.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata demikian dengan merujuk kepada Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isi rumah rakyat Malaysia adalah kedua tertinggi selepas Korea Selatan.

“Laporan itu mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir tahun 2010 adalah sebanyak RM581 bilion atau 76 peratus daripada KDNK,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, nisbah bayaran hutang isi rumah rakyat Malaysia pada 2010 adalah 47.8 peratus, bermakna hampir separuh pendapatan isi rumah rakyat Malaysia digunakan untuk membayar hutang.

“Jelas rakyat Malaysia telah membentuk negara yang banyak berhutang, terutamanya apabila kerajaan persekutuan memberikan wang yang diperolehi daripada pinjaman,” katanya.

Beliau menjelaskan, negeri-negeri Pakatan Rakyat lebih jujur dengan memberikan bantuan tunai kepada golongan miskin berdasarkan hasil dari lebihan bajet, berbanding BN yang turut menawarkan bantuan yang sama tetapi dengan bergantung pada lebihan defisit perbelanjaan dan pinjaman kewangan.

Jelas beliau lagi, ramai pakar ekonomi telah memberi amaran bahawa risiko Bajet 2012 BN akan membawa negara kepada perbelanjaan yang tidak mampan kerana tidak sesuai dengan keadaan ekonomi dunia yang sedang mengalami kemelesetan.

“Dr Marie-Aimee Tourres, felo penyelidik kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya menyatakan bahawa bajet ‘buah tangan’ BN ini tidak dikaitkan dengan mana-mana komitmen produktiviti.

“Jelas bajet pilihan raya ini direka untuk meraih pengundi dan dalam masa sama, DAP tidak nampak sebarang usaha (BN) untuk memerangi rasuah atau pun ketirisan dalam pengurusan sumber negara,” katanya.

Oleh itu, Guan Eng yang juga Adun Air Puteh tidak yakin bahawa sasaran Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan defisit akan dapat dicapai menjelang tahun hadapan.

“Pungutan hasil adalah terlalu optimistik dan boleh menyebabkan peningkatan hutang kerajaan persekutuan untuk membiayai perbelanjaan defisit ini,” katanya.

Kerajaan BN pada sesi pembentangan Bajet 2012 Jumaat lalu menyasarkan defisit bajet dapat dikurangkan dari 5.4 peratus kepada 4.7 peratus daripada KDNK, iaitu bersamaan RM45.5 bilion untuk tahun ini kepada RM43 bilion menjelang 2012.

YA AMPOOON YA RAJA GOPAL




DR. AZIZ BARI, MALAYSIAKINI DIBIDAS
- meloyas

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membidas tindakan pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu.

Yang Dipertuannya, Azwandin Hamzah berkata, kenyataan itu menunjukkan Abdul Aziz tidak faham dan tidak menghormati kuasa yang ada pada Sultan sebagai ketua agama Islam.

Katanya, sultan bukan sahaja menegur tetapi mahu bertindak adil kepada kedua-dua pihak supaya tidak timbul ketegangan.

''Saya rasa pandangan itu tidak ikhlas, silap dan mempunyai agenda peribadi untuk kepentingan beliau sendiri. Saya juga tidak menolak kemungkinan ia adalah agenda pihak tertentu yang ingin menggunakan beliau,'' katanya dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan oleh portal pro pembangkang Malaysiakini, Abdul Aziz dipetik berkata, tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja tersebut bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Menurut Abdul Aziz, sebagai ketua agama Islam negeri itu baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.
Malahan beliau secara terbuka menyifatkan tindakan Sultan Selangor dilihat tidak konsisten.


AGENDA TERANCANG BURUKKAN INSTITUSI RAJA : MOHAMED EZAM - meloya

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Tindakan portal berita propembangkang, Malaysiakini menyiarkan artikel mempersoalkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilihat sebagai satu agenda untuk memburuk-burukkan institusi raja.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamed Ezam Mohd. Noor berkata, jika diteliti dari awal penubuhan portal berita tersebut, jelas dilihat Malaysiakini sering menyiarkan laporan yang menghilangkan rasa hormat masyarakat terhadap kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan dan kini, institusi raja pula.

“Tindak-tanduk mereka jelas untuk menimbulkan rasa kurang senang terhadap institusi asas negara kita.

“Tindakan membenarkan pembacanya meninggalkan komen juga dilihat menambahkan lagi perbalahan berhubung isu tersebut,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, perkara itu harus diambil serius oleh pihak kerajaan dengan melakukan siasatan menyeluruh terhadap portal berkenaan.

Sultan Sharafuddin semalam melahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di negeri itu.

Baginda yang merujuk siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis Thanksgiving Dinner di Dewan 3, Kompleks Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu bertitah, terdapat keterangan ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam tetapi ia tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil.

Ekoran itu Malaysiakini melaporkan berita seorang paderi yang mempersoalkan titah Sultan Selangor berhubung isu berkenaan.

.... YA AMPOOOON.... kah kah ka..

...YA PIKOOOOON.... kah kah kah..

...YA TAUPOOOOON.... kah kah kah...

...YA BILKOOOON.... kah kah kah



YA AMPOOON YA RAJA GOPAL




AZIZ BARI: TIDAK SALAH KRITIK RAJA-RAJA - mkini

Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Sehubungan itu, katanya dakwaan bahawa beliau memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.

“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya.

“Dari sudut pandangan Islam, seseorang akan mendapati peraturan yang lebih ketat apabila seorang lelaki bangkit dan mengingatkan Khalifah Umar al-Khattab bahawa beliau akan membetulkan pemimpin itu melalui pedangnya,” kata Aziz.

Menurut beliau seperti prestasi institusi awam yang lain, institusi raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa.

Justeru, bagi mengelakkan perkara itu, Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, berkata pihak istana mesti mendapatkan pandangan yang lebih luas dan bukan hanya terikat dengan kelompok kawan yang kecil.


Dipadang Sedang Menunggu Serbuan JAIS

STOUT BAIK UNTUK ANDA










NOTA:
nak tahu rahsia stout
sila tanya mat rahmat







GUNA KUTIPAN CUKAI ROKOK , ARAK TINGKATAN PENDAPATAN FAM : ZAHRAIN
- mStar

Kerajaan disaran meningkatkan pendapatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebanyak RM30 juta setahun menggunakan kutipan cukai rokok dan arak bagi meningkatkan mutu bola sepak Malaysia agar setanding dengan negara maju.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim berkata, kerajaan perlu memandang serius isu bola sepak jika ingin memperbaiki mutu permainan kerana ia membabitkan soal kewangan.

"Sukan bola sepak pada hari ini memerlukan dana kewangan yang kukuh. Kita tidak boleh lari daripada elemen itu.

"Jika dibandingkan dengan pendapatan bola sepak Jepun iaitu kira-kira AS150 juta setahun, jumlah yang diterima FAM tidak mencukupi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.

Sehubungan itu, Zahrain yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) berharap agar kerajaan mempertimbangkan saranan tersebut selepas penajaan dan pengiklanan rokok serta arak sebelum ini diharamkan.

"Bola sepak adalah sukan rakyat...adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan ia terbela dan mempunyai dana yang mencukupi,” katanya.

...NAK TANYA JAIS DAN MUIS.... APA HUKUMNYA BOLA INI?.... kah kah kah..

.... BUKAN SAHAJA BOLA INI TAK ADA TULIAH.... kah kah kah..

...BOLA INI DI BELI DENGAN DUIT ARAK..... kah kah kah..

...ADAKAH BOLA INI HARAM?.... kah kah kah..

...KALAU TAK HARAM ...KENAPA TAK ADA LOGO HALAL DARI JAKIM?.... kah kah kah..

woit...BILA AGAKNYA JAIS DAN MUIS AKAN TANGKAP PEMAIN BOLA?.... kah kah kah..

...KERANA MAKAN GAJI DARI DUIT ROKOK DAN ARAK..... kah kah kah


Warna Bersih Kuning Diharamkan

INI WAJAH MAT BERSIH 2.0



MAHKAMAH LEPASKAN PEMUDA MILIKI BAJU T BERSIH 2.0 – harakah daliy

Aktivis masyarakat, Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33 yang ditahan atas dakwaan memiliki t-shirt bertulis perkataan Bersih 2.0 pada Julai lalu hari ini dilepas tanpa dibebas Mahkamah Majistret Bachok.

Majistret Mohd Hafiz Mohd Nor melepaskan tertuduh selepas Timbalan Pendakwa Raya, Wong memaklumkan mendapat arahan Jabatan Peguam Negara supaya tidak meneruskan kes itu.

Ekoran arahan tersebut majistret kemudian melepas tanpa membebas tertuduh. Hadir bersama di mahkamah ahli-ahli keluarga dan pimpinan Pemuda PAS Bachok.

Mohd Amizul Fazly diwakili peguam Firdaus Mohd Yusoff, Mohd Alami Lazim dan Mohd Abd Rashid Yah.

Mohd Amizul yang juga anggota jawatankuasa Pemuda PAS Bachok didakwa mempamer baju T bertulis Bersih 2.0 di sebuah kedai runcit di Kampung Permatang Pauh, Mahligai, Bachok pada awal Julai lalu.

Beliau kemudian ditahan reman selama dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok dan didakwa di mahkamah pada 5 Julai di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966.

.... MALAYSIA INI MACAM MACAM PUNYA GILA?..... kah kah kah..

...TANGKAP KERANA PAKAI BAJU KUNING.... kah kah kah

...MASUK LOKAP BERI PAKAI BAJU KUNING.... kah kah kah..

...KALAU INI BUKAN GILA.... ERTINYA ROSMAH MANSOR MASIH LAGI DARA...kah kah kah


INI WAJAH RATU BERSIH 2.0











Rabu, 12 Oktober 2011

SATU LAGI BUKTI PENIPUAN

NOTA:

terlalu banyak bukti
terlalu banyak pendedahan

jelas pru 13 pakatan rakyat akan kalah
jelas kerajaan pakatan di selangor akan kalah

bukan kerna TIDAK ada sokong
tapi kerana perancangan menipu undi

ini belum ambil kira undi mat bangla
ini belum ambil kira undi mat indon

berapa lama lagi kita akan dibodohkan?



SATU LAGI KENYATAAN TIPU MELAYU

UNIVERSITI CONTOH UNTUK IKUTAN






JANGAN TAKSUB KEJAR RANKING UNIVERSITI - meloya

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Kamarudin Hussin berharap agar tiada sebarang stigma negatif dilemparkan oleh pihak tertentu berhubung kriteria yang diguna pakai oleh penganjur dalam menentukan ranking universiti terbaik dunia.

Menurut beliau, kegagalan Universiti Malaya (UM) tersenarai dalam Times Higher Education (THE) sedangkan dalam masa yang sama tersenarai di kedudukan ke-167 QS World University Ranking 2011/2012 jelas menunjukkan terdapat perbezaan dalam penilaian.

“Hakikatnya, ranking tidak mencerminkan sepenuhnya kedudukan sesebuah universiti. Sebagaimana yang diingatkan olehMohamed Khaled Nordin pada 11 September lalu, universiti tidak sepatutnya terlalu taksub mengejar ranking, sebaliknya berusaha memenuhi sasaran penubuhannya dengan menumpukan perhatian kepada keperluan pelajar, rakyat dan kerajaan.

“Universiti-universiti yang menduduki tangga teratas ranking sangat jauh ke hadapan. Bukan sahaja dari aspek umur yang dikaitkan dengan pengalaman dan kematangan, tetapi juga aspek peruntukan kewangan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dari sudut umur, beliau mempersoalkan bagaimana UM yang hanya sekitar 100 tahun dapat dibandingkan dengan universiti seperti Harvard yang berusia 375 tahun, Oxford (915 tahun), Cambridge (1,136 tahun), Caltech (120 tahun) dan Universiti Tokyo yang kini berusia 135 tahun.

“Kalau UM memerlukan RM0.5 bilion untuk membuat penyelidikan berimpak tinggi, bandingkan amaun itu dengan Harvard yang mempunyai tabung sebanyak RM30 bilion hingga RM40 bilion untuk tujuan yang serupa,” katanya.

Dalam pada itu itu, kata beliau, Unimap berbangga dengan penyenaraian tujuh universiti tempatan termasuk UM di antara 500 kelompok terbaik daripada 30,000 universiti seluruh dunia dalam QS World University Ranking.

Ini katanya, menambah azam Unimap dalam merangka pelbagai strategi agar turut tersenarai dalam kelompok tersebut pada masa akan datang.

...INI PUN NAK MENIPU.... kah kah kah..

...NAK TIPU ORANG MELAYU.... NAK TIPU RAKYAT MALAYSIA....kah kah kah..

... BILA PULA UNIVERSITI MALAYA BERUMUR 100 TAHUN.... kah kah kah..

.... PENANG FREEE SCHOOOL MEMANG LEBIH SERATUS TAHUN.... kah kah kah..

...MALAY COLLEGE DAH SERATUS TAHUN PADA 2005 DULU..... kah kah kah..

...MACAM MANA UM 100 TAHUN.... kah kah kah..

...JANGAN LAH BODOH KAN ORANG MELAYU.... kah kah kah

... TENGOK LOGO UM ...TUBUH 1949...kah kah kah..

...INI PUN DI SINGAPURA.... kah kah kah...

...UM DI KUALA LUMPUR TAHUN 1962.... kah kah kah...

... JAGA LAH MARUAH SIKIT... DAH LAH KANG KONG... BANGANG PULAK..kah kah kah

NOTA:
patutlah tak masuk ranking
kerana tenaga pengajar
kalau tak kang kong
kong kang
kah kah kah


UNIVERSITI JALAN RAYA


BERITA PELIK PEGAWAI IMIGRESEN

LARI DARI APA?





PEGAWAI IMIGRESEN MAUT JATUH TINGKAT 12 KONDOMINIUM
- minsider

Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat sini semalam.

Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya.

Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya.

“Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja,” katanya dipetik Bernama Online.

Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.

“Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah,” kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa merupakan pegawai penguat kuasa imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lepas.

Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

.... INI BERITA PELIK.... kah kah kah..

..SIAPA TIGA LELAKI YANG DATANG ITU?.... kah kah kah..

...APAKAH MEREKA ALONG?.... kah kah kah

...APA KAH DIA THIRD MAN DALAM KES MAHKAMAH DI PARIS?..... kah kah kah..

...APAKAH INI DIA LELAKI X DALAM KES BUNUH NORITA?.... kah kah kah..

..ATAU PEMILIK AIR MANI X YANG TERJUMPA DI JUBUR SAIFOOL.... kah kah kah

...ATAU MEREKA INI DARI SPRM?.... kah kah kah...

...HA HA HA....INI PEGAWAI JAIS ...kah kjah kah..

....DATANG ATAS ARAHAN KAVITA SINGH NAK CARI KASET ISABELLA BOB LOKMAN..... kah kah kah