Sabtu, 13 Ogos 2011

Arah berjimat, tapi bil elektrik Najib RM10 juta setahun- Tian Chua


KUALA LUMPUR: Arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya semua pejabat kerajaan menjimatkan tenaga elektrik, dianggap sebagai cakap tak serupa bikin.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mengulas keputusan kerajaan mengarahkan semua bangunan miliknya agar tidak membuka suhu penghawa dingin di bawah paras 24 darjah selsius, sebagai langkah berjimat cermat.

Menurut Tian Chua, arahan tersebut dianggap tidak konsisten kerana kos penyelenggaraan kediaman rasmi Najib dan timbalannya sahaja menjangkau RM49 juta setahun, manakala kos penyelenggaraan bil elektrik dan air di kediamannya pula mencecah RM10 juta setahun.

“Perdana Menteri sendiri tak jimat, berapa bil elektrik dia? Dia (Najib) suruh rakyat ubah cara hidup, suruh hidup berhemah tapi dia sendiri cakap tak serupa bikin,” kata Tian Chua ketika dihubungi Keadilandaily.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya perlu lebih fokus untuk menyelesaikan isu yang lebih besar bagi menyelesaikan masalah rakyat.

“Najib tidak ambil tindakan tentang isu yang lebih besar berkaitan dengan pembangunan negara dan ekonomi tetapi hanya tampil dengan idea-idea yang remeh seperti ini, sedangkan dia sendiri melakukan pembaziran,” katanya.

Sementara itu Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menyifatkan Kerajaan sebagai sudah bercelaru dan tidak mampu untuk menyelesaikan isu pembaziran yang lebih utama.

“Mereka sudah bercelaru dan tidak ada idea selain selesai isu-isu kecil. Ini termasuk juga dengan kenaikan harga barang seperti gula dan minyak,”

Zuraida juga kesal dengan tindakan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menjawab dakwaan tentang pembelian cincinnya yang bernilai RM24.45 juta.

“Najib hanya boleh suruh kurangkan makan gula, kurangkan pakai elektrik, tapi isteri dia pakai cincin RM24 juta, sampai sekarang dia tak jawab,” kata Zuraida.

Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui mengumumkan akta baru tentang penguatkuasaan pejabat kerajaan agar tidak membuka suhu penghawa dingin di bawah paras 24 darjah selsius.

Keputusan tersebut dicapai selepas mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Menjustifikasikan keputusan terbaru ini, Peter Chin berkata, di setiap pejabat, sekurang-kurangnya 40% daripada tenaga elektrik disalurkan untuk menjana alat penghawa dingin.

Monopoli kroni BN bebankan rakyat

PETALING JAYA, 12 Ogos: Monopoli syarikat-syarikat besar di Malaysia tidak membantu menyelesaikan masalah ekonomi, sebaliknya menambahkan lagi penderitaan rakyat yang tidak ada pilihan lain.

Penguasaan Penerbangan Malaysia tidak memberi faedah kepada rakyat yang terpaksa menggunakan perkhidmatannya walau pun mahal manakala monopoli Bernas terhadap beras serta tepung dan gula hanya menyebabkan harga barangan tersebut naik.

Justeru itu, Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat mahu rakyat menolak monopoli ini agar dapat meningkatkan kecekapan peniaga dan perniagaan melalui persaingan sihat.

Bajet bertemakan ‘Kesejahteraan Untuk Semua’ yang sedang disediakan oleh jawatankuasa itu mahu pengedaran barangan dan perkhidmatan yang lebih sihat dan secara langsung bagi meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang mewakili DAP dalam jawatankuasa itu berkata, dengan monopoli yang ada sekarang, rakyat Malaysia merasai kesan kenaikan harga dan tekanan belanja keluarga dalam masa beberapa bulan akan datang ini, lapor Roketkini.

Tambah beliau yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP, yang paling teruk bakal menerima beban dalam industri penerbangan ialah rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak.

“Sepuluh tahun sebelum monopoli ini, rakyat di sana boleh menggunakan Air Asia ke semenanjung melawat keluarga dengan harga yang berpatutan. Kini ia akan berubah.

“Monopoli sebenarnya tidak membenarkan pasaran bergerak secara mantap dan berkesan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, cabaran paling besar buat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ialah berhadapan dengan ketidaksamarataan peluang ekonomi yang mana beliau patut selesaikan.

Pendirian Pakatan itu adalah respon terhadap langkah kerajaan melalui Khazanah Nasional menjual saham MAS kepada Air Asia sebanyak 20 peratus kepada pengasas Tune Air Sdn Bhd Tony Fernandes secara ‘penjualan bersilang’ dengan saham Air Asia yang dimiliki Tune Air.

Difahamkan, penjualan saham MAS sebanyak 20 peratus itu akan membentuk monopoli dalam industri penerbangan yang akan menyusahkan rakyat.

Pada 6 Ogos lalu, Pakatan Rakyat mengumumkan bajet Kesejahteraan Untuk Semua sebagai alternatif kepada Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Oktober depan.

Turut hadir dalam sidang media hari ini ialah Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari; Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Timbalan Yang Dipertua PAS Negeri Sembilan Dr Rosli Yaakob dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Selain itu, jawatankuasa tersebut mengumumkan penambahan dua wakil dari setiap parti Pakatan iaitu Zairil dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dari DAP, Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli dan Ahli Dewan Pemuda PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dari PKR.

Dr Dzulkefly menjelaskan Pakatan bersikap tebruka jika Barisan Nasional mahu meniru bajet yang dikemukakan, asalkan dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Najib sedar perkara yang kerajaan lakukan adalah salah. Tetapi kenapa beliau masih memberikan kepada kroni membuat keputusan, mungkin ada kena mengena dengan dana politik untuk pilihanraya atau sebagainya,” katanya.

Umno jual masa depan Melayu kerana dendam pada PAS

Walaupun terdedah luas saham bumiputera yang hanya tinggal 2 bilion selepas terhakis sebanyak 52 bilion sejak pemerintahan BN, rakyat malaysia khususnya melayu masih cuba diyakinkan oleh media bahawa pejuang nasib mereka adalah UMNO dan BN semata-mata.

Adakah benar kebebalan rakyat dimanipulasikan oleh UMNO ataupun sebenarnya propaganda UMNO kian tidak dikemaskini sehingga masih mencanagkan jasajasa lapuk mereka sedangkan dari hari ke hari, sekian banyak keskes pengadaian hak melayu berlaku di negara ini.

Hebatnya propaganda dan perang saraf UMNO menyebabkan PAS sendri terpaksa melakukan sesuatu sebagai bukti penegasan komitmen PAS dan pakatan rakyat untuk melindungi hak bumipuetra dan Melayu dalam Konvensyen Nasional pengupayaan Bangsa pada 19 Feb 2011 yang lalu.

Di tangan UMNO juga, tanah rezab melayu menyusut dan terhakis sedikit demi sedikit. Ke mana pergi tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin UMNO. Tahun 1985 sahaja tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar.

Tetapi mengapa masih laras senjata propaganda BN masih dihalakan kepada pentadbiran DAP di Pulau Pinang serta Pakatan Rakyat di Perak dan selangor? Paling ketara, dosa penghakisan hak melayu dan masa depan melayu di Pulau Pinang dilepaskan kepada DAP yang hanya hampir sepenggal memerintah negeri. Pulau Pinang negeri pertama haramkan judi bola, sebab itu banyak negeri ikut termasuk Johor dan sebagainya. Bila Pulau Pinang menjadi peneraju kepada pengharaman judi ini, UMNO banyak rugi, untuk 'election fund' (dana pilihan raya). Lebih malang dalam jawapan Rais Yatim (Tan Sri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan), beliau menyatakan mereka perlu luluskan judi bola beralasan untuk kaum Cina.

Jika ditinjau propaganda UMNO di Perak, jelas rahmat yanag cuba diberi oleh Pakatan Rakyat melalui pemberian geran tanah kepada kaum Cina cuba dipolitikkan serta dikalihkan seolah-olah Pakatan rakyat menggadai tanah melayu. Sekarang cuba perhatikan fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.

Kerajaan PR Perak memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Perlu diperingat bahawa tanah tersebut sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu (sebelum merdeka lagi).

Cukup tidak cerdik jika hal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang Cina yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini berbanding tindakan kerajaan memberi IC kepada warga asing semata-mata untuk menawan semula Selangor.

UMNO mengajar rakyat melatah dengan 3000 ekar tanah yang telah lama diduduki oleh kaum Cina marhain, sedangkan UMNO mengajar orang melayu diam terpinga-pinga apabila tanah Rezab melayu yang jelas dilindungi oleh enakmen digugurkan dan diserahkan kepada aristokrat dan korporat bukan melayu yang kaya raya!

Apa makna tanah rezab melayu kepada maruah bangsa Melayu?

Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan dinegeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 2 objektif yang disasarkan ialah menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu serta menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentinagan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. (Rujuk Perkara 89(4) Perlembagan Persekutuan]

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong diserahmilik kepada YTL. (sekarang YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini adalah tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway! YTL CORP BHD DIKUASAI OLEH KELUARGA TAN SRI YEOH TIONG LAY MELALUI YEOH TIONG LAY & SONS HOLDINGS SDN BHD.

9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. UMNO lupa jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti.Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan].

Jika UMNO mengaku boleh membantu rakyat di negeri Pakatan Rakyat, sila perhatikan fakta ini di negeri lubuk UMNO sendiri. Pada 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Adakah ini salah DAP dan pakatan Rakyat?

Menurut kajian Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat), Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Ironinya aktiviti 'Gadai tanah' kepada orang asing dan kepada kaum Cina melibatkan tanah kerajaan termasuk banyak tanah 'rezab Melayu' adalah jenayah kerajaan UMNO/BN selama berpuluh-puluh tahun. Singapura adalah tragedi gadaian terhebat oleh UMNO yang berlarutan hingga terpadamnya Pulau Batu Putih daripada peta Malaysia. Kehilangan tanah KTM ratusan hektar yang menimbulkan kontroversi di dalam hubungan kedua-dua negara ialah isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Republik Singapura. Tanah pajakan kekal 999 tahun itu diperoleh melalui perjanjian di antara Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Kerajaan Melayu Bersekutu yang dikenali sebagai Perjanjian Tahun 1918. Perjanjian ini telah digazetkan dalam The Singapore Railway Transfer Ordinance (Chapter 380) pada tahun 1918 kini telah terlepas kepada Singapura dalam bentuk perjanjian yang tidak menguntungkan bangsa dan tanahair pada masa akan datang.

Suatu ketika dahulu Dr Mahathir meneropong Pulau Pinang dari Seberang Perai dan terlihat kawasan perkampungan Melayu Jelutong yang terhakis dan dhaif sedangkan Gerakan-BN sedang memerintah Pulau Pinang. Beliau mengatakan penduduk melayu Jelutong seperti melayu selepas Perang.

Masalah Melayu Pulau Pinang yang dikatakan terpinggir biasanya dibangkitkan setiap kali menjelang Perhimpunan Agung Umno. Agenda siapa, tak tahulah. Selepas itu suara-suara marah reda sehinggalah tahun berikutnya. Namun selepas Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum Mac 2008, isu Melayu Pulau Pinang yang biasanya timbul setahun sekali, secara tiba-tiba golongan ini menjadi terpinggir dan ditindas setiap hari; setidak-tidaknya itulah yang dilaporkan oleh media arus perdana saban hari.

Berdasarkan ringkasan laporan disediakan bersama Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), pemilikan tanah Melayu di sebelah pulau merosot berikutan perpindahan mereka ke Daerah Barat Daya selain Seberang Prai Utara, Seberang Prai Tengah.

Ramai Melayu turut berhijrah ke negeri lain seperti Kedah dan Perak. Semua kawasan ini dianggap tidak strategik, nilai ekonominya rendah, kurang membangun serta kawasan pertanian. Bukan Bumiputera menjadi majoriti di Daerah Timur Laut dan Seberang Prai Selatan. Kawasan itu sangat pesat termasuk membabitkan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan projek Penang Global City Centre (PGCC), sedangkan pemilikan tanah Melayu di daerah itu semakin mengecil.

Walau pun tidak dinafikan wujudnya kemiskinan Melayu di Pulau Pinang terutamanya di kawasan bandar serta masalah-masalah berkaitan perniagaan kecil, pemilikan rumah dan hartanah serta penguasaan bidang-bidang kerja, Umno mempunyai lebih 50 tahun untuk membantu menyelesaikan masalah itu atas dasar pegangan kuasa di peringkat pusat bukan menyalahkan DAP yang hanya menduduki Komtar sejak tahun 2008 sahaja.

Persempadanan semula kawasan pilihanraya 2003 dengan tidak menambah kawasan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah sedangkan itu negeri majoriti melayu. Dalam masa yang sama UMNO kerap berhujah bahawa kemenangan Pakatan Rakyat hanya akan menyebabkan kerusi kaum melayu kurang dalam parlimen dan DUN.

Sila baca fakta di bawah.

Pada PRU 2008, Pembangkang menguasai 38.3% kerusi di Dewan Rakyat. Wakil rakyat Melayu didalam pembangkang yang melonjak kepada 51.8%. Wakil rakyat Bukan Melayu di dalam Pembangkang pula ialah 48.2%.

Pada PRU 2008 juga, wakil rakyat BN Melayu adalah 62.8%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula 37.2%.

Baik Pakatan Rakyat mahupun BN, pemilihan wakil ke Parlimen adalah berdasarkan komposisi kaum justeru tiada isu bahawa Pakatan Rakyat mengenepi kaum Melayu.

Isu gadai melayu bukan suatu isu kecil yang boleh dipermainkan. Begitu mudah UMNO menuduh kerajaan rakyat serta DAP terutamanya sebagai petualang menggadai Melayu dalam masa yang sama rakyat dialpakan seumpama ‘kuman seberang laut nampak, gajah sebelah tidak kelihatan’. Bagaimana dengan usaha menidakkan royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan ini negeri majoriti Melayu. Negeri yang miskin itu sebenarnya dikayakan oleh Allah dengan hasil bumi bernama petroleum. Dendam UMNO terhadap PAS melulu sehingga sanggup menjual masa depan bangsa Melayu di timur Semenanjung melalui usaha menidakkan royalti minyak.

Usaha penerangan kepada masyarakat berkenaan isu ini masih tidak mencukupi. Usaha keras dan meluas perlu dilakukan untuk memberi maklumat sahih kepada kaum melayu terutamanya. Isu ini bukan sekadar pemahaman melalui fungsi minda tetapi kepercayaan hati kaum Melayu yang perlu dididik agar keluar daripada fahaman propaganda chauvinisme UMNO.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Woiii... Petrol bila mau turun daaaa....

Harga minyak mentah antarabangsa menurun ke paras USD86 setong pada Jumaat, mencatat magnitud penurunan terbesar dalam seminggu sejak Mei 2011, berikutan kekhuatiran pelabur terhadap ekonomi dunia yang diperlahankan.

Meskipun harga minyak mentah antarabangsa memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011, namun harga minyak RON 97 Malaysia yang diapungkan mengikut pasaran antarabangsa hanya diturunkan 10 sen pada Jun, dan tiada lagi pengumuman dalam tempoh dua bulan selepas itu.

Harga minyak RON97 telah meningkat sebanyak 85 sen dari Julai 2010 hingga Mei 2011. Penurunan pada 15 Jun 2011 membawa harga RON 97 ke paras RM2.80. Harga RON97 pernah mencatat paras RM2.90/liter pada Mei 2011. Dengan kata lain, RON 97 mencatatkan pertambahan sebanyak 75 sen dengan harga kini, jika dibandingkan dengan harga pada Julai 2010.

Harga minyak mentah mula memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011 sehingga kini, setelah mencatat paras USD120 setong pada April tahun ini.

Menurut laporan Reuters hari ini, harga minyak mentah Brent Crude telah menurun kira-kira 9% dalam minggu ini, sementara harga minyak U.S Crude pula menurun 10% dalam minggu ini. Ini kerana kebimbangan yang menyelubungi pasaran, bahawa US akan terperangkap dalam kemelesetan ekonomi, yang bakal menggugat keperluan petroleum. Selain itu, krisis hutang di Eropah juga menggugat harga minyak mentah.

Harga minyak U.S Crude menurun 6% pada Khamis, mencipta magnitud penurunan harian yang terbesar sejak 5 Mei 2011. Pada Jumaat ini, harganya menurun USD1.40 sehingga USD 85.23 setong, mencatat paras terrendah sejak 17 Februari 2011. Harga minyak Brent Crude pula menurun secara mendadak dengan USD6 pada Khamis, dan kini mengekalkan harga pada USD 107.25 setong pada Jumaat.

Barclays Capital yang paling optimis dengan perkembangan harga minyak mentah pada tahun ini, mengakui bahawa keperluan dunia dijangka akan diperlahankan. Bank pelaburan itu menganggar, keperluan petroleum dunia bakal bertambah 1.1 juta tong, mencatat 88.68 juta tong pada tahun ini.

Ia memperlihatkan perubahan sikap bank pelaburan ini. Sebelum ini, bank pelaburan ini menjangka pertambahan keperluan 1.56 juta tong minyak, malah pernah menjangkakan pertambahan 1.7 juta tong, dua bulan yang lalu.

Terlalu ramai Senator dalam kabinet Najib

Dengan perlantikan Palanivel, Presiden baru MIC sebagai Senator dan dilantik sebagai anggota kabinet, maka kabinet Najib mempunyai begitu ramai senator. Ada lima orang senator sebagai Menteri penuh, dan ada 5 orang senator sebagai Timbalan Menteri.

Kalau saya tidak silap, semasa Tun Haji Abdul Razak Hussain menjadi Perdana Menteri, hanya ada seorang sahaja Senator yang berjawatan Menteri. Senator itu pun hanya kekal sebagai senator selama lebih kurang 6 bulan sahaja untuk memahirkan dia sebagai Menteri, dan selepas itu Menteri berkenaan meletakkan jawatan sebagai Senator dan bertanding di kawasan Parlimen Lipis, iaitu Senator Tan Sri Ghazali Shafei.

Kabinet Najib dari masa ke semasa menambahkan bilangan Senator menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.

Ini membawa erti bahawa Najib menganggap Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional adalah terdiri daripada mereka yang tidak layak mengisi Dewan Parlimen. Atau adakah sebenarnya Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menjadi calon didalam Pilihanraya Umum ke-12 dahulu terdiri daripada mereka yang tidak layak dijadikan Ahli Parlimen.

Didalam pada itu berlaku pula keganjilan bahawa ada penjawat jawatan penting didalam pimpinan Pemuda UMNO tidak dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. Sedangkan orang nombor dua dari hiraki Pemuda UMNO dilantik sebagai Timbalan Menteri, dan tentu ada muslihat yang hanya boleh dibuat pelbagai andaian bahawa orang yang dikalahkan oleh Ketua Pemuda UMNO untuk jawatan Ketua dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Perlantikan Palanivel sebagai Menteri pula tidak membayangkan bahawa Najib mahukan tokoh yang benar-benar berupaya menjadi Menteri kerana Palanivel pernah menjadi Menteri dan beliau tidak membawa sebarang impak pun didalam kementeriannya.

Mungkin Najib memahukan senator-senator yang dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri didalam kabinetnya itu boleh memainkan peranan besar, namun prestasi Menteri-Menterinya yang dilantik sebagai Senator itu tidaklah menunjukkan KPI yang baik.

Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional tentulah juga tertanya-tanya kenapa perlunya dilantik Senator untuk dijadikan Menteri, sedangkan Menteri-Menteri/Timbalan-Timbalan Menteri itu tidak menunjukkan prestasi yang tinggi. Mereka juga tertanya-tanya kenapa mereka itu dilantik senator untuk ke jawatan Menteri kerana kebanyakan Senator itu terdiri daripada mereka yang pernah menjawat jawatan Menteri dan telah kalah didalam pilihanraya umum yang lalu yang juga membawa erti bahawa Menteri-Menteri/Timbalan-Timbalan Menteri itu ada terdiri daripada mereka yang gagal semasa memegang jawatan itu dahulu.

Senator sewajarnya dilantik sebagai Menteri kabinet hanya untuk keperluan yang benar-benar boleh memberikan jawapan kepada keperluan yang terdesak yang sangat memerlukan kehadirannya. Tetapi jika senator/Menteri itu berperanan hanyalah sebagai senator/Menteri yang biasa sahaja, maka keperluan melantik begitu ramai senator untuk dijadikan Menteri/Timbalan Menteri adalah satu exercise sekadar nak menunjukkan bahawa "aku boleh buat apa aku suka sebagai Perdana Menteri" dan boleh dikategorikan sebagai menyalahgunakan kuasa.

Dan jika dikatakan bahawa kabinet Najib adalah kabinet yang lemah, maka itulah jawapan kepada persoalannya.