Jumaat, 11 Februari 2011

Slogan 1 Malaysia : Gimik BN menipu rakyat

Artikel PARIT BUNTAR, 9 Feb : Slogan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib Razak tidak lebih dari sekadar kosmetik yang amat tulen d merupakan gimik BM untuk menipu rakyat , begitulah perumpamaan yang selayaknya diberi kepada idea pemimpin tertinggi BN berdasarkan pendekatan kerajaan kepada seluruh rakyat, demikian pandangan Drs. Khalil Idham Lim, Ketua Penerangan PAS Perak.

Beliau memberi respon demikian terhadap perkembangan terkini negara yang kononnya dikatakan amat harmoni dari aspek hubungan antara kaum dengan pengenalan slogan hikmat BN tersebut .

"Mana-mana negara pun akan diperhati oleh orang luar, itulah antara peranan Duta negara luar berada di sesebuah negara itu, Malaysia tidak terkecuali, tapi BN tidak ambil peduli isu ini, mereka hanya sibuk cari salah parti lawan dan kumpul duit poket melalui rakyat,berbanding usaha menaikkan imej negara" katanya ketika ditemui di sini.

Beliau yang juga ADUN Titi Serong mengulas artikel Mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia yang mengkritik prestasi hubungan antara kaum di Malaysia sejak Najib meneraju negara selepas Pak Lah meletak jawatannya.

Di dalam ulasan bekas duta itu beliau telah mengemukakan 5 isu yang berat yang berlaku di hadapan mata Perdana Menteri sendiri, Najib Razak selaku PM sepatutnya ambil berat dengan mengambil langkah memurnikan semula isu tersebut, tetapi sebaliknya berlaku.

Dalam pada itu menurut Khalil slogan 1 Malaysia ini terbukti lagi ia kosmetik dengan pendedahan demi pendedahan oleh MP Pakatan Rakyat baru-baru ini.

"isu pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta ada gambaran bagaimana 1 Malaysia hanya gimik sahaja" katanya.

"Adakah jejambat tersebut diperlukan oleh rakyat pada masa ini? wang rakyat sudah tidak ada harga lagi di mata pemimpin BN, sewenang-wenangnya wang rakyat dibazirkan, dalam masa sama pelajar miskin tiada wang saku buat belanja alas perut di sekolah, katanya.

Jelasnya lagi, setelah diselidik tentang beban hutang rakyat, menurut laporan yang diperolehi Ahli Parlimen Gombak, didapati hutang isi rumah rakyat Malaysia adalah berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia dan adalah suatu yang perlu kepada perhatian serius.

“BN telah gagal untuk ke sekian kalinya dalam menjaga kebajikan rakyat dan kini rakyat semakin hilang kuasa membeli kesan hutang yang membebankan,” ujarnya.

"Dalam kesibukan PM Menonjolkan 1 Malaysia, dalam masa yang sama rakyat terus dihimpit kesusahan, nampak sangat mereka menjadikan slogan itu sebagai gimik" jelasnya.

Pakatan Rakyat mengemukakan jalan penyelesaian bagi mengurangkan beban rakyat, plan pengurangan beban inilah yang selalu di perkecil serta dipersenda oleh pimpinan BN.

“Persoalannya sampai bilakah BN mahu terus menipu rakyat dengan cukai yang melampau setiap kali membeli kereta berkuasa kecil dengan harga RM40,000 dan RM16,000 cukai khusus buat kerajaan? adakah ini 1 Malaysia yang dimaksudkan? ,rakyat perlu bertindak menghentikan perbuatan BN yang jijik ini,” jelasnya ketika mengakhiri sesi temubual.

Pembikinan sebuah negara polis

Pengarah Suara Anak Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong berkata, walau sehebat mana Tun Dr Mahathir Mohamad cuba membersihkan imejnya berhubung Ops Lalang 1987, ia hanya akan mendedahkan banyak lagi kebenaran ketika insiden itu berlaku.

apcet II 221209 kua kia song"Setidak-tidaknya satu fakta menonjol. Dr Mahathir sekarang tampaknya malu kerana peranannya dalam Operasi Lalang dan beliau hanya membenarkan tindakan pengecutnya itu Rata Penuhselepas dua dekad lamanya," kata Dr Kua dalam satu kenyataan media.

Kenyataan Dr Kua itu terbit susulan daripada kenyataan mantan Ketua Polis Negara , Tan Sri Hanif Omar yang berkata Dr Mahathir tidak pernah mengarahkan penangkapan pembangkang secara beramai-ramai di bawah Ops Lalang.

"Pertama-tamanya, apa yang kita harapkan dari seorang bekas IGP yang bersara daripada jawatan tertinggi dalam jabatan polis dan menjadi ahli lembaga pengarah syarikat yang berkaitan dengan perjudian seperti Genting Higland.

"Ada dua isu di sini, etika pegawai atasan dalam kerajaan yang menyertai syarikat yang akan memberikan kesan kepada jabatan tempat beliau bertugas sebelum itu, dan yang kedua, sikap hipokrit melarang pekerja Islam bekerja di syarikat yang menyediakan arak namun membolehkan golongan elit Muslim masuk ke tempat perjudian," tulis Dr Kua.

ops lalang 261005 star front pageKatanya, yang aneh, orang seperti Hanif Omar bermati-matian mendakwa beliau merupakan pemimpin pasukan polis ketika itu dan dengan penuh tanggungjawab menjalankan tugas dalam Operasi Lalang tanpa menerima sebarang arahan mahupun tekanan politik oleh Mahathir yang ketika itu adalah menteri dalam negeri.

" Tapi adakah (Mahathir) boleh lepas dari tanggungjawab walaupun bekas IGP dengan begitu hebat tampil ke hadapan dan mendapatkan kredit untuk itu?" soal Dr Kua terhadap tindakan Dr Mahathir yang terus-terusan cuba berselindung.

Malah Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, beliau telah bertemu dengan pembangkang dan menyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Bahkan mantan perdana menteri itu juga mendakwa, beliau tidak boleh berbuat apa-apa selain patuh dengan tindakan pihak polis.

Khamis, 10 Februari 2011

JANGAN INGAT MAT ISA TAK BIJAK

SILA TEKA SIAPA BUDAK ITAM


nota:
siapakah agaknya
budak itam yang di selamatkan
pada malam itu dari letih
menghisap burung punai yang
tak boleh terbang terbang

LANTIKAN BERASASAKAN KEBOLEHAN - meloya

Pelantikan mana-mana individu untuk mengetuai sesuatu syarikat milik kerajaan (GLC) dilakukan berdasarkan kemampuan dan kebolehan mereka.

Najib Razak berkata, kerajaan tidak terikat kepada sesuatu dasar dalam proses pelantikan seperti mengamalkan dasar tidak boleh melantik ahli politik atau sebagainya.

"Kita sememangnya tak ada ketetapan sedemikian kerana kerajaan akan melantik berdasarkan kemampuan seseorang itu.

"Tak kira sama ada orang korporat, bekas pegawai kerajaan atau bekas ahli politik," katanya.

YANG INI MAT MONGOL CAKAP BETUL…...

YANG INI MAT MONGOL JUJUR…..

MAT ISA PENDEK MEMANGA DA KEBOLEHAN….

JANGAN INGAT MAT ISA HANYA PANDAI RASUAH SAJA

INI KEBOLEHAN MAT ISA:
1 – mat isa pandai tutup cerita raba raba bontot
2 – mat isa boleh buang orang kerja kalau cuba nak buat kes raba raba bontot
3 – mat isa pandai senyap senyap tuntut janji
4 – mat isa macam lee kuan yew pandai pau
5 – mat isa ada taste yang hebat kerana mat isa kata ….’pelik mat mongol…suka budak itam.....


MARI KITA KETAWA BERAMAI-RAMAI

AWAS - JANGAN JADI LEBIH CANTIK



nota:
pegawai pegawai kerajaan telah mula berkata
mereka diberi arahan bila menganjur program
dimana bik mana saja atau dengan suami datang:

1 - tidak ada sesiapa yang penting yang boleh pakai hairstyle blow dry
2 - pengacara bukan minah cun
3 - pengacara tak boleh terlalu tinngi hingga bik mama dilihat kemetot
4 - di belakang rostrum wajibada bangku tiga tangga agar bik di lihat tinggi
5 - kushion kerusi di hadapan untuk bik wajib lebih tinggi agar bik tidak hilang
6 - minah minah cun dan yang slim beambut panjang - tidak boleh dari penyambut tamu

NOTA:
tukang buat semua ucapan bik
telah diarah agar tidak akan menggunakan
perkataan BIG, GEMOK atau OBESE

nota:
nama khir toyo juga tidak boleh disebut dalam ucapan
kerana ini akan mengingatkan orang ramai tentang botox


MANA YANG LAIN TAK ADA SUARA

SUARA RAMBANG DARI BELUKAR



nota:
yang lain tak suka beri komen
atau takut nak komen
atau saje nak tengok mongol
kena tibai



IBRAHIM ALI DAKWA JOHN MALOTT SAKIT HENTAM NAJIB - minsider

Presiden Perkasa Ibrahim Ali hari ini mendakwa ada rakyat Malaysia “yang sudah hampir mati politik” berada di belakang John Malott sehingga bekas duta besar Amerika Syarikat ke Malaysia itu secara berterusan menghentam Najib Razak.


Ibrahim berkata, tuduhan Malott yang mengatakan Najib yang menyebabkan ketegangan kaum dalam negara ini adalah satu perkara yang serius.

Beliau juga menyifatkan Malott sebagai “sakit” dan perlu dibawa rawatan di pusat psikiatri.

“John Malott seorang lelaki yang sakit dan perlu dibawa ke pusat psikiatri, saya bagi alasan dasar Najib walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak gembira tapi kita sokong.

“Kalau lihat apa yang Najib buat selama ini menunjukkan beliau mengambil berat terhadap semua rakyat Malaysia,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini pada sidang media di sini.

…. BEKAS DUTA SAKIT JIWA?….…

…. BEKAS KATAK SAKIT APA PULAK?....…

SAKIT NAK BODEK..

... BODEK.... NAK DAPAT KERUSI…

nota:
baca berita ini betul betul
berita ini keluar 4 hari dahulu
isteri rosmah kena tibai kau kau oleh bekas duta ini
di tibai dalam satu tulisan dalam akhbar paling berpengaruh di asia

setelah empat hari hanya sang katak puru yang bersuara
hanya si katak puru yang mempetahankan isteri rosmah
apa sudah jadi?

mana pergi malikul sembab?
mana pergi anak mami?
mana pergi zaid hamidi?
mana pergi raja fraud?
mana pergi raja tak ada rakyat?

bila katak puru bersuara
semua orang gelak ketawa


BUNUH TAPI MASIH RAMAI

INI DI IRAQ



nota:
jumlah dan angka boleh
ditipu di buat buat

yang penting siapa akhirnya
menang





DI VIETNAM

30 AHLI PAS SERTAI UMNO, 200 MASUK GERAKAN - mkini

Sebanyak 200 bekas ahli PKR Bahagian Ipoh Barat dan Tambun hari ini menyertai Gerakan.

Borang permohonan keahlian itu diserahkan bekas Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V Subramaniam kepada Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn, pada satu majlis ringkas di Wisma Gerakan di Ipoh.

Chang berkata kemasukan mereka ke dalam parti itu bukan atas inisiatif Gerakan atau mana-mana pemimpinnya sebaliknya dilakukan bekas ahli PKR itu dengan rela hati tanpa paksaan atau desakan.

Sehubungan itu beliau mengingatkan Pakatan Rakyat sypaya jangan menyalahkan BN apabila ahlinya keluar parti dan menyokong mereka tetapi sebaliknya perlu mengkaji kelemahan sendiri kenapa semakin ramai ahli PKR meninggalkan parti itu.

Subramaniam yang menyertai PKR sejak 2005 dan menjadi Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat selama tiga tahun sebelum keluar parti pada Mac tahun lepas berkata, mereka membuat keputusan menyertai Gerakan kerana kecewa dengan PKR.PASAn y

Di Pasir Puteh, Kelantan, seramai 30 anggota PAS termasuk bekas Timbalan Ketua PAS Cawangan Bunut Rendang Raja Abdullah Raja Mahmod dan bekas Ketua Muslimat PAS Semerak Noriah Salleh menyertai Umno hari ini.

Raja Abdullah, 57, menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman pada majlis di Kampung Gong Datuk di Pasir Puteh.

"Kami tidak mahu lagi menjadi pengikut kepada sebuah parti yang hilang arah tuju, sekali boleh dan sekali tak boleh," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang itu

TAK SANGKA … PKR ADA RAMAI AHLI DI IPOH BARAT……

TAK HABIS HABIS…. AHLI PKR LARI… TAPI MASIH ADA AHLI…


.. NI MACAM AIR DI PERIGI ZAM ZAM…. TAK PERNAH KERING KERING…...

PAS PUN ADA YANG LARI……

….. NAMPAK NYA PILIHAN RAYA NAK SAMPAI… ATAU INI KERANA BIK MAMA NAK TANDING DI MERLIMAU….…

nota:
ini macam amerika perang lawan vietnam
tiap hari beratus vietcong mati
kalau kira kira
dah habis rakyat vietnam mati
tapi akhirnya amerika kalah

ini macam di afghanistan
hari hari berpuluh taliban mati dibunuh oleh amerika
kalau kumpulkan jumlah
sekarang ini hanya ada 30 lagi rakyat afghanistan yang hidup

ini macam kes iraq
hari hari beratus pejuang iraqi dibunuh oleh amerika
kalau kumpulkan jumlah
hari ini iraq telah 2 tahun tak ada orang


FLOM DENGAN SLOM

INI BAIK PUNYA BLOW DRY



nota:
slom ini boleh bagi blow dry
jamin happy ending
terbeliak mata
dan gugur rambut







SAYA TIDAK HIRAUKAN KRITIKAN : ISA SAMAD
- berita hairan

Mohamed Isa Abdul Samad mengambil pendirian tidak menghiraukan kenyataan pihak tertentu yang mempersoalkan pelantikannya sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kerana tidak mahu menjejaskan fokus beliau untuk memajukan FELDA.

Beliau berkata, sekiranya diambil serius perkara itu, ia akan menghalang fokusnya untuk membangunkan FELDA dan memberikan taraf kehidupan lebih bermakna kepada peneroka di seluruh negara.

Sambil berjanji untuk komited dalam menjayakan agenda yang sudah dirancang untuk membangunkan FELDA, beliau berkata:

"Bila kita dilantik, biasalah ada yang tak suka, orang tak suka saya dari dulu. Apa sahaja jawatan yang saya pegang...ada sahaja yang tidak suka. Biarlah, saya tetap akan terus majukan FELDA."

…. INI WIRA PENDEK….….

INI PENYELAMAT NEGARA …opsss… PENYELAMAT MAT MONGOL…..

KALAU TAK ADA WIRA PENDEK MALAM ITU….…

…. MALAYSIA TAK AKAN ADA FLOM…..

MALAYSIA AKAN ADA SLOM….…

nota:
flom ialah fat lady of malaysia
slom iaah slim lady of malaysia

Rabu, 9 Februari 2011



KEBERANIAN NAJIB BERDEBAT DIKAWAL FAT LADY OF MALAYSIA

KEBERANIAN NAJIB BERDEBAT DIKAWAL FAT LADY OF MALAYSIA

DEBAT. Perkataan debat adalah perkataan pinjaman yang berasal dari bahasa inggeris iaitu debate, atau lebih tepat dalam bahasa melayunya ialah perbahasan. Apabila menyebut debat, ia merujuk kepada perbahasan ke atas suatu subjek yang menunjukkan pro dan kontranya perkara berbangkit.

Debat mampu memberi manfaat kepada semua apabila sesuatu perkara itu dibahas dengan menegakkan hujah masing-masing dan dinilai oleh hadirin pendengar.

Baru-baru ini kita melihat debat menjadi faktor perbualan utama dan menjadi satu fenomena apabila hampir setiap hari akan ada yang merencanakan program debat, akan ada yang mencabar seseorang untuk berdebat dan tidak kurang juga yang lari dari perhitungan debat sambil mengatakan 'ada yang akan demam' sekiranya dia masuk berdebat. Alasan yang tidak masuk akal sebegini mencerminkan betapa debat itu hebat untuk orang yang berani mempertahankan hujahnya.

Setakat hari ini, ada sebuah aksi debat yang paling ditunggu-tunggu. Perdebatan ini telah dituntut oleh sebilangan besar rakyat Malaysia yang mahu melihat bagaimana tawaran ekonomi itu boleh dikongsi bersama.

Debat yang dimaksudkan ialah perbahasan ekonomi di antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim berkenaan Buku Jingga yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat. Cabaran debat ini bermula apabila Najib Razak sebagai Perdana Menteri dilihat memperlekeh keberkesanan Buku Jingga sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan Malaysia. Buku Jingga itu juga memperuntukkan 100 hari sebagai satu target supaya apa yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat itu terlaksana.

Sudah pasti sebagai seorang Perdana Menteri, Najib akan berasa tercabar kerana sejak dahulu, kini dan selamanya tidak mampu melakukan apa yang dijanjikan dalam Buku Jingga sedangkan Anwar Ibrahim mempunyai hujah tertentu untuk menunjukkan betapa Pakatan Rakyat mampu melaksanakan segala janji apabila memerintah kelak. Hujah ini gayanya khas untuk kaki perlekeh hak sebenar rakyat.

Di saat Perdana Menteri memperlekeh kebolehan Pakatan Rakyat merealisasikan satu menifesto 'merakyatkan negara' melalui pendekatan Buku Jingga, ketika itu jugalah Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang mencabar Najib Razak agar menyahut cabaran debat dek kerana kelantangan Najib sendiri, iaitu memperlekeh Buku Jingga.

Di sinilah letaknya satu subjek pendebatan yang membawa manfaat besar ke atas Rakyat Malaysia malah di sini jugalah dapat kita tafsir sebaiknya samada Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang hanya pandai memperlekeh harapan rakyat, penuh dengan retorik tanpa hujah yang menyokong, atau punya sedikit keberanian berhadapan Ketua Pembangkang bertarung di atas padang yang rata.

Menjadi kenyataan atau tidak debat di antara ketua kerajaan dan ketua pembangkang, tidaklah diketahui. Tetapi setakat ini dapat dirasakan melalui sentimen yang dimainkan, kem Najib menunjukkan reaksi negetif. Maka kita harus bersetuju bahawa setelah sekian lama nama Najib Razak dikenang sebagai Mr. Playsafe adalah bukan suatu mitos dan rumours. Mungkin juga beliau mem'playsafe'kan diri sewaktu bertowel di Port Dickson? Sehingga terlantiknya Isa Samad sebagai pengerusi Felda umpama tiada yang lain dalam Malaysia ini lebih berkebolehan.

Susah hendak diluahkan di sini, tetapi seharusnya kita dapat membayangkan betapa mudahnya maruah negara tergadai sepertimana penyerahan perigi minyak dan gas blok L dan M kepada Brunei. Bukan perigi air yang diserah tetapi perigi minyak dan gas yang kerugian ditanggung menjangkau bilion-bilion.

Juga jangan kita lupa bagaimana penyerahan Stesen Keretapi Tanjung Pagar yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia apabila boleh menempuhi dada Singapura tanpa cop pasport, telah diserahkan kepada Singapura. Begitulah tahap berani Perdana Menteri Malaysia, maka tidak hairanlah jika PM kita tunduk membisu, mengundur dan mengulup apabila dicabar berdebat.

Tutup cerita debat ketua kerajaan - ketua pembangkang walaupun kemudian hadir pula cabaran demi cabaran debat oleh Khairy Jamaludin dan Shamsul Iskandar. Belum sempat kata debat diputus, dengan tidak semena-mena hadir Umie Hafilda Ali mencabar Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dalam aksi berdebat '2 dalam 1', tetapi dipatahkan dengan berita lacur melacur.

Seterusnya debat akhirnya berlaku di antara Pengarah Strategi PKR iaitu Rafizi Ramli dan YB Hulu Selangor iaitu Kamalanathan. Hasilnya, kerajaan memang sentiasa memandang rendah terhadap Pakatan Rakyat apabila menghantar seorang wakil yang bukan sahaja memalukan Felda Sungai Buaya di Hulu Selangor, tetapi memalukan seluruh entiti kerajaan Malaysia.

Semalam, timbul pula cabaran debat ke atas Tuan Guru Nik Abdul Aziz oleh seorang yang tidak bertauliah. Imbas kembali bagaimana si kurang hajar ini memaki hamun TGNA yang menjadi tetamu rumah orang lain.

Jika anda perhatikan betul-betul sikap orang cenge dalam video di bawah, layakkah orang yang seolah-olah tidak mempunyai akidah ini apabila tidak menghormati seorang pemimpin besar dan juga ulama, mengajukan cabaran debat bertajuk "Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah".

Akhbar Sinar pula dengan tidak bertauliah, mengatakan TGNA bersetuju berdebat dengan sipolan biadap itu. Berikut adalah kenyataan akhbar yang merujuk kepada kesilapan akhbar Sinar apabila menyiarkan persetujuan debat oleh TGNA;

"Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti," kata Fadli dalam kenyataannya.

Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011 lalu menyiarkan di muka depannya berita bertajuk “NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah.”

Diharap akhbar Sinar lebih bertanggungjawab dengan membetulkan kembali kenyataan muka depan yang disiarkan semalam dalam edisi Kelantan bersama permohonan maaf secara terbuka. Atau kredibiliti akhbar Sinar akan terjejas sebagaimana ia semakin terjejas kerana sudah berjinak menyebelahi satu pihak.

Peristiwa Tuan Guru Nik Aziz dimaki oleh Md Nor Idris telah lama berlalu, tetapi ia harus dijadikan iktibar bagaimana TGNA bertindak melayani orang yang seolah-oleh tidak mempunyai pegangan dan mahu mengapa-ngapakan TGNA. Sedangkan TGNA itu bertongkat dan sedikit uzur pada lahiriahnya, sipolan bernama Md Nor Idris tidak langsung menunjukkan kematangan sebagai orang yang kononnya bijak agama. Inikah yang dikatakan ulamak UMNO ?

Kepada pengunjung yang belum lagi menonton video TGNA dimaki-hamun oleh Md Nor Idris, telah dikepilkan bersama video tersebut sebanyak 2 siri kesemuanya dan lihatlah bagaimana orang yang seperti tidak ada akidah dan akal ini menyerang TGNA. Apakah orang sebegini boleh diberi peluang untuk berdebat dengan TGNA? Takut nanti bila tidak dapat melawan hujah, akan dia melompat untuk mencederakan TGNA kerana dalam video di bawah juga dapat ditafsir bagaimana tahap kesabaran Md Nor Idris dan secetek mana tahap pemikirannya.

Video Bahagian 1

Video Bahagian 2



Akhir kata, sama-samalah kita berusaha untuk menjadi warganegara yang bijak yakni dengan meraikan erti sebenar demokrasi. Sedarlah, apabila kita berpeluang melihat kebijaksanaan Perdana Menteri dalam mempertahankan hujahnya menafikan kebolehan isi-isi buku jingga, peluang yang hadir sekali sekala itu tidak berjaya dilunas dengan baik kerana sesungguhnya kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang tahap beraninya di bawah kawalan Bahagian FLOM.