Jumaat, 14 Januari 2011

1 MALAYSIA' Malu punyai PM yang penakut

Artikel
"AKHIRNYA Najib patuh nasihat Ezam sesumpah agar jangan berdebat dengan Anwar. Alasannya, tiada hasil debat tersebut. Seorang PM boleh berkata debat tidak mendatangkan hasil? Jika begitu, tarik balik atau haramkan saja sebarang program debat di semua sekolah-sekolah dan pengajian tinggi termasuk Debat Piala PM yang diadakan setiap tahun itu. Buat apa buat program jika tiada unsur kebaikan darinya. Merugikan masa dan wang sahaja.

Negara bertamaddun dan jauh lebih maju dari Malaysia, Amerika Syarikat sentiasa mengadakan debat di antara pemimpin mereka. Apa hasilnya? Hasilnya rakyat Amerika boleh menilai dan memilih siapakah pemimpin yang berkaliber serta mempunyai wawasan yang baik. Adakah Najib lebih cerdik dan bijak dari mereka?

Hakikatnya, Najib takut untuk berdebat. Beliau hanya berani muncul di kaca TV, tuding jari sana sini memburukkan Pembangkang dan menipu rakyat. Najib tidak berani berhadapan dengan DS Anwar kerana beliau bimbang segala temberangnya akan bocor. Itu hakikat sebenar, bukan kerana debat itu tidak akan membawa hasil. Sesiapa yang menyatakan debat adalah suatu perkara yang tidak berfaedah, orang itu lebih bodoh dari pelajar-pelajar sekolah menengah. Kununnya, ingin lakukan transformasi dan bersikap terbuka, tapi bacul dan penakut.

Puak-puak pencacai seperti Nazri dan KJ, tidak payahlah sibuk mahu mengipas Najib. Memang kamu tidak layak untuk berdepan dengan Anwar kerana kamu bukan pemimpin besar yang ada kuasa untuk mengubah dasar kerajaan. Kamu hanya layak berdebat dengan ikan-ikan bilis setaraf kamu juga dan pilihlah mana-mana satu orang dari Pembangkang yang setaraf dengan kamu. Jangan perasan kamu sudah setaraf dengan Anwar. Cuba tanya Shabery Cheek dan belajar dari beliau.

Rabu, 12 Januari 2011

PAKATAN HANYA PERLU RM19 BILION UNTUK RAKYAT



Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang Umno/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan Umno/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong Umno/BN.

Contoh-contoh pembaziran Umno/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.

Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa Umno/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang Umno/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

KETUA PEMBANGKANG

11 JANUARI 2011

Selasa, 11 Januari 2011

INGAT BN INGAT DUIT KITA

Selepas tahun 2008 cuba kita jujur dan bertanya pada diri sendiri. Apakah kehidupan kita lebih baik dari sebelumnya? Apakah kita mendapat hasil yang setimpal setelah bekerja keras dan jujur dalam melakukan tugasan? Sesetengah orang terpaksa melakukan overtime berpuluh jam tetapi mereka masih belum mampu keluar dari kesempitan hidup yang semakin menghimpit.

Ingat BN ingat duit kita yang telah dirembat dengan hebatnya. Projek mewah - mewah, pembaziran video klip Rosmah Mansor, ketirisan projek yang melibatkan negara dengan kos yang tak masuk akal, rasuah sana - sini. Akibat perkara buruk seperti ini maka kita dipaksa menerima kenaikan harga barang. Naik bukannya sedikit, tetapi tersangatlah tinggi.

Gaji masih di takuk lama sedangkan harga barang semakin naik. Tepung, susu, gula, bawang, tong gas, minyak tanah, RON 95 dan sebagainya semuanya telah naik menggila. Semuanya kerana kita yang mengizinkan perkara tersebut terjadi. Kalau kita menghalang perkara seperti ini terjadi sudah pasti sekarang kita tidak cepat jatuh sakit kerana memikirkan bagaimana mahu mencari duit lebih.

Jika kita tidak mengizinkan projek yang melibatkan kepentingan negara berlaku ketirisan sudah pasti duit negara akan selamat. Sebut harga pada mulanya RM10 Juta naik kepada RM 1 Billion. Semuanya kerana mahu memastikan kroni - kroni mereka mengaut keuntungan secara maksimum. Apabila jumlah sedemikian rupa digunakan dan dibazirkan, siapa yang rugi? Kita!!

Najib kata jangan menang sorak nanti kampung tergadai. Tapi sekarang ini kita tak bersorak pun kampung, tanah, duit tergadai. Jatuh papa kedana. Kasihan kita ini. Makin menjadi bebal akibat lama diperintah oleh Umno. Tapi mahukah kita terus dibebalkan. Sudah pasti tidak mahu. Caranya?

PETROLEUM : HANYA IKUT NAIK TAPI TAK IKUT TURUN BILA HARGA PASARAN TURUN

PETALING JAYA: Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak yang memperolehi keuntungan berganda di atas kenaikan harga petroleum sekali gus membolehkan subsidi harga petrol di pasaran tempatan ditingkatkan.

Sudahlah harga minyak sentiasa mahal, kerajaan juga didapati tidak menurunkan harga petroleum di saat harga global bahan bakar mentah itu berada di paras terendah.

Demikian menurut Pakar Matematik Gunaan, Profesor Madya Hamid Yeop dan Pensyarah Ekonomi, Profesor Dr Amir Hussin Baharudin ketika bercakap mengenai impak kenaikkan minyak terhadap ekonomi negara dan rakyat negara ini.


"Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat untung berganda," kata Prof Hamid kepada akhbar Sinar Harian baru-baru ini.

Menurutnya lagi, ketika ini kerajaan negara ini tidak konsisten dengan pendirian menetapkan harga pasaran mengikut harga pasaran antarabangsa apabila menjual mahal ketika harga petroleum naik, tetapi tidak ikut turun apabila harga petroleum di pasaran antarabangsa telah menurun.

Jelasnya, kebanyakan negara pengeluar petroleum lain menetapkan harga pasaran dalam negara mereka jauh lebih rendah berbanding harga pasaran antarabangsa berbanding Malaysia.

"Siapa pun faham ini membuktikan harga bahan berasaskan petroleum di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika harga petrol kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya RM0.16 sahaja seliter!

"Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu. Harga pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan liat untuk turun tetapi cepat naik bila harga pasaran antarabangsa naik," ujarnya.

Beliau juga memberitahu, menurut kajian formula tersebut, harga petrol dalam pasaran tempatan boleh diturunkan sehingga RM0.30 jka formula tersebut diaplikasikan.

"Malah (harga petrol tempatan) boleh diturunkan kepada 30 sen seliter jika menggunakan formula menurunkan harga petrol dan barang-barang yang sekali gus menghapuskan kemiskinan," katanya lagi.

Beliau turut berkata formula tersebut menjelaskan faktor Malaysia sebagai negara pengeluar petroleum yang menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah memperoleh keuntungan beganda setiap kali berlaku kenaikan harga petroleum di pasaran antarabangsa.

"Untuk memudahkan orang awam faham, kita ambil contoh minyak kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu haga sawit mentah RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000, kita untung atau rugi? Sudah tentu untung tiga kali ganda.

"Begitu juga petroleum mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar petroleum dan menganggotai OPEC jika menjual kira-kira 700,000 tong sehari pada kadar AS$130 setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80-US$1 satu ketika dahulu).

"Ini bermakna perolehan setahun adalah AS$33 bilion iaitu melebihi RM126 bilion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trilion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkan Malaysia menurunkan harga bahan apinya?," ujar beliau lagi.

Tindakan kerajaan tidak selari slogan Rakyat Didahulukan

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang enggan menurunkan harga petrol kepada rakyatnya sekali gus membelakangkan slogan kerajaan, 'Rakyat didahulukan' yang digembar-gemburkan.

"Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah di dalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutunya dinikmati rakyat," katanya lagi.

Menurut Prof Hamid Yeop walaupun formula ini tidak diterima oleh kerajaan sekarang, beliau mempelawa mana-mana pihak termasuk parti politik untuk berkongsi formula ini demi kesejahteraan rakyat terbanyak negara ini.

"Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamnya parti politik yang berhasrat memerintah negara ini," menurutnya.

Sementara itu, Pensyarah Ekonomi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Amir Hussin Baharudin turut melahirkan pandangan yang sama.

“Kalau bahan petroleum naik, sepatutnya menguntungkan Petronas kerana kita negara pengeluar yang menjual minyak mentah ke pasaran dunia.

“Lagipun jika harga pasaraneum naik, permintaan tidak akan turun. Harga dalam Malaysia sepatutnya ditetapkan berdasarkan kos Petronas. Perubahan harga minyak di luar bukan semata-mata alasan untuk menaikkan harga,” katanya semalam.

Pas, PR sambut baik pelawaan kongsi formula


Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi hari ini menyambut baik pelawaan ahli-ahli akademik untuk berkongsi formula dengan Pakatan Rakyat (PR) bagi meringankan beban rakyat.

"Sudah tentu kami Pas dan PR menyambut baik pelawaan mana-mana ahli akademik untuk berkongsi formula, lebih-lebih lagi jika kita berjaya mentadbir negara dalam PRU-13.

"Saya juga ucapkan syabas kepada ahli-ahli akademik ini. Ini bukan soal mereka menyebelahi pembangkang atau pun 'mileage' politik bagi PR, tetapi ini soal kebajikkan rakyat yang semakin ditekan dengan peningkatan kos hidup," beritahu Ustaz Idris.

RM500 UNTUK SETIAP GURU, MASIH ADA LEBIHAN UNTUK BINA PENJARA BARU

Saya memberikan cadangan secara kasar supaya rakyat dapat meneliti sendiri angka yang diberikan dan menilai sebanyak mana wang yang 'bocor' dari kantung negara setiap tahun. Hanya dengan dua langkah mudah, kita mempunyai lebihan wang sebanyak 3 kali ganda berbanding apa yang dijanjikan dalam Buku Jingga.

Bukan itu sahaja, bahkan kita memiliki wang lebih untuk membayar benda lain seperti penjara-penjara baru untuk ahli politik kaki rasuah yang suka-suki membuncitkan perut sendiri dan kroni dengan cara merampas hak rakyat terbanyak selama ini.

Ini hanyalah perkiraan kasar kerana tidak cukup masa, tapi angka kasar ini sudah cukup menjelaskan segalanya.

Sebarang komen balas dialu-alukan.

A) BN selalu berkata bahawa banyak perkara yang kita tidak mampu, kononnya ia akan memufliskan negara etc, terutamanya pada perkara yang melibatkan bantuan langsung pada rakyat terbanyak.

Pada masa lalu, bantuan kewangan yang signifikan yang sedang dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang adalah sesuatu yang mustahil di bawah BN, kerana dakwa mereka, kononnya kerajaan kekurangan dana.

Semenjak mengambil alih, PR di Selangor telah memulangkan sekitar RM150 juta setahun kepada rakyat terbanyak dalam bentuk air percuma, bantuan kemasukan ke universiti, skim mikrokredit dan sebagainya.

Sebab musabab kenapa PR mampu dan BN sentiasa berdolak dalih sambil memberi alasan adalah kerana PR sentiasa berusaha untuk meminimakan ketirisan dana awam yang berpunca dari korupsi dan rasuah.

B) Laporan Ketua Audit Negara menganggarkan bahawa negara kehilangan RM28 billion ( 28, 000, 000, 000) setiap tahun akibat korupsi dan rasuah seperti kaedah pemerolehan yang tidak telus, projek kerajaan yang tidak selesai, peningkatan harga kos sewaktu fasa pembinaan dan sebagainya.

Kita tidak perlu mewujudkan sebarang skim pembiayaan kebangsaan yang hanya sekadar gah pada nama dan slogan, cukup hanya dengan mengatasi masalah korupsi dan rasuah sahaja, kita mampu menjimatkan RM28 billion yang boleh disalurkan untuk kepentingan rakyat terbanyak.

Jumlah yang tiris ini adalah fakta, dan PR komited untuk memulangkan jumlah yang besar ini kepada rakyat terbanyak.

Selain itu, menghentikan perbelanjaan yang membazir, tidak perlu dan keterlaluan oleh kerajaan juga akan mewujudkan budaya berhemat dalam berbelanja. Contohnya, menghentikan perjalanan PM ke luar negara yang terlalu kerap sehinggakan tempoh masa beliau di luar negara adalah sama dengan tempoh masa beliau di dalam Malaysia.

Begitu juga jumlah bayaran untuk mendapatkan kepakaran spin doctor Yahudi APCO (RM77 juta) atau penubuhan PEMANDU (RM66 juta) - BN mungkin akan menghujahkan bahawa jumlah ini kecil, tapi ini merupakan gambaran bahawa kerajaan sekarang mengamalkan budaya membazir dan wewenang dalam membelanjakan wang rakyat.

C) Setiap tahun, PETRONAS terpaksa membelanjakan RM19 billion (19,000,000,000 - betul ke jumlah kosong ni?) untuk membayar subsidi gas kepada IPP (Penjanakuasa Bebas - dimiliki oleh kroni) yang mendapat keuntungan lumayan kerana mereka dilindungi dari naik turun harga tenaga elektrik.

PETRONAS terpaksa membeli gas dari Natuna dan JDA pada harga yang jauh lebih tinggi, kemudian menjual semula pada IPP pada satu pertiga dari harga asal, semuanya berjumlah RM19 billion.

Sekiranya perjanjian ini dibatalkan, kita akan mempunyai keuntungan 19 billion setahun yang boleh dibayar semula oleh PETRONAS pada kerajaan, sekaligus dipulangkan semula pada rakyat.

Setiap tahun juga, kerajaan membelanjakan RM4 billion setahun sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuhraya. Jumlah sebanyak ini dapat dikembalikan pada rakyat jika struktur tol dibetulkan semula, seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga.

D) Hanya dengan mengatasi ketirisan yang berlaku akibat korupsi, menghapuskan subsidi korporat kepada IPP dan pampasan tol kepada syarikat konsesi, kita ada sejumlah (RM28 billion + RM19 billion + RM4 billion = RM51 billion) RM51,000,000,000 setiap tahun.

Jumlah ini lebih dari mencukupi untuk melunaskan segala janji yang terkandung dalam Buku Jingga.

E) Elaun khas guru - RM3.2 billion setahun

Subsidi diesel dan petrol kepada golongan yang memerlukan (di bawah pendapatan tertentu), selepas penstrukturan semula subsidi supaya hanya yang dari golongan bawahan akan beroleh manfaat: anggaran RM4 billion setahun.

Subsidi gas asli: Anggaran RM4 billion setahun.

Jumlah bayaran subsidi dan elaun khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga: RM11.2 billion.

Harga yang ditawarkan oleh KWSP dan Khazanah untuk ambilalih keseluruhan aset dan operasi lebuhraya PLUS adalah RM23 billion. Sayap pelaburan kerajaan dan agensi kerajaan pada masa ini (melalui Khazanah dan KWSP) sudahpun memiliki 67.3% PLUS, maka tambahan kos untuk memulangkan keseluruhan aset dan operasi kepada kerajaan (beli dari pemegang saham minoriti) hanyalah RM7.5 billion.

F) Jumlah keseluruhan adalah RM3.2 b (elaun khas guru) + RM4 b (subsidi bahan api) + RM4 b (gas asli) + RM7.5 b (pembelian saham minoriti PLUS) = RM18.7 b.

Jumlah ini adalah begitu kerdil untuk dibandingkan dengan RM51 b yang boleh diperoleh melalui penstrukturan semula subsidi dan penghapusan korupsi/rasuah.


Adalah jelas bahawa isunya bukanlah samada kita mampu atau tidak, kerana angka membuktikan bahawa kita memang mampu. Ia hanya memerlukan kesungguhan politik, terutamanya apabila BN begitu bersungguh-sungguh untuk menghapuskan subsidi minyak tetapi tidak langsung memikirkan tentang subsidi yang diberikan pada IPP.

Apa kata anda? Masih tidak mampukah kita? Atau BN-UMNO masih mahu berdolak dalih kerana tidak mahu hilang sokongan taikoon besar?