Sabtu, 18 Disember 2010

Kepala Otak Mahathir Dan Lee Kuan Yew Serupa Sahaja

Artikel
"LAJNAH Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengutuk tindakan bekas PM Singapura Lee Kuan Yew yang berinteraksi dengan Kerajaan Australia berkenaan dengan kes liwat DS Anwar Ibrahim, sepertimana yang didedahkan oleh Wikileaks. Bagi Pemuda PAS, selagi mereka tidak membawakan bukti kukuh maka apa yang diperkatakan oleh Lee Kuan Yew itu tidak ubah seperti mainan jahat Umno untuk menjatuhkan PR.

DS Anwar sebelum ini berkali-kali mencabar agar Lee Kuan Yew mahupun Wikileaks sendiri dedahkan bukti dan fakta kukuh sepertimana yang mereka dakwa itu. Peliknya, cerita semurah itu pun menjadi bahan rujukan kepada pemimpin Umno untuk menyerang DS Anwar. Lebih peik lagi, pendedahan Wikileaks tentang tragedi pembunuhan Altantuya yang melibatkan nama Najib tidak pula menarik minat mereka. Ini satu bukti menunjukkan betapa ada agenda lain untuk menyekat PR dari mengambil alih Putarajaya.

Bagi saya, kepala otak Lee Kuan Yew sama dengan kepala otak mantan PM Tun Mahathir. Mereka suka bercakap seolah-olah dilihat bijak, walaupun apa yang diperkatakannya tidak dibawa dengan fakta dan bukti kukuh. Saya tidak hairan dengan Mahathir kerana beliau seorang yang berani untuk menghina Islam dan juga Sunnah Nabi, apa tah lagi setakat untuk mengaibkan atau memburukkan DS Anwar. Bagi saya, Mahathir dilahirkan untuk perpecahan kaum Melayu di samping untuk menghancurkan kebangkitan Islam. Sesiapa saha yang bercita-cita untuk memartabatkan kaum Melayu atau Islam, samada DS Anwar mahu pun Tuan Guru Nik Aziz, pasti akan diserang oleh Mahathir Kutty ini.

Singapura memang wajar bimbang jika PR dapat memerintah negara ini. Ini adalah kerana Singapura mahukan Malaysia terus dipimpin oleh pemimpin yang boleh dijadikan `lembu dicucuk hidung' oleh mereka. Saya ucapkan syabas kepada DS Anwar kerana bertindak untuk menyaman Mahathir Kutty dan akhbar pencacai yang mengeluarkan kenyataan senada dengan Lee Kuan Yew.

Cuma, saya tidak percaya bahawa Lee Kuan Yew akan berani tampil ke mahkamah untuk menunjukkan bukti-bukti yang beliau ada. Mahathir juga begitu, kerana Mahathir walaupun mempunyai wajah yang cantik dengan hidung besarnya tetapi jiwanya terlalu kerdil. Bukankah otak Lee Kuan Yew dan Mahathir itu sama?

Khamis, 16 Disember 2010

Ditelan mati Najib, diluah mati Anwar

Artikel
Serba salah. Kita tengoklah siapa yang mati politiknya. Pilihanraya dah dekat. Tengoklah jengkal siapa yang panjang. Bagi pemimpin UMNO mereka kekadang terlupa dengan kesempatan pendedahan wikileaks yang kontreversi sekarang. Berebut-rebut untuk memanipulasikan berita tersebut bagi menyerang PR.


Tetapi bak meludah ke langit… apabila diserangnya Anwar Ibrahim tentang isu liwat yang dikatakan pimpinan Singapura termasuk bekas PM Lee Kuan Yew serta perisik mereka mempercayai kes liwat Anwar Ibrahim benar-benar berlaku. Dr Mahathir pun tumpang sekaki.

Mereka terlupa pulak bahawa maklumat wikileaks juga menyebut banyak lagi isu pimpinan Umno. Sekitar 1,000 kabel maklumat berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai Putrajaya. Khususnya berkait komentar pimpinan singapura terhadap Malaysia. Antaranya dikatakan perangkap dipasang bagi insiden Liwat 2. Pimpinan Umno juga dikatakan sebagai pimpinan bodoh yang memerintah Malaysia.


Paling teruk adalah Najib yang dikaitkan dengan pembunuhan Althantunya yang menyebabkan beliau terpaksa mempertahankan Putrajaya dari dirampas pembangkang bagi mengelakkan beliau didakwa kes pembunuhan Althantunya. Apa ke bahana hantu Althantunya ini yang masih mengekori Najib sehingga kini. Tidak ketinggalan Mahathir yang dikatakan pelempar batu kepada Pak lah dan Khairy, Ketua Pemuda Umno sebagai penumpang jasa bapak mertua.


Sebab itu apabila rakyat didedahkan dengan lapuran Wikileaks tersebut, akibatnya ianya backfire buat Umno-BN. Najib diam membisu. Khairy Jamaludin terpaku. Mahathir terkedu. Umno-BN makin celaru. Ini yang menyebabkan Menteri Luar diarah Datuk Seri Anifah Aman memanggil diplomat Singapura untuk Malaysia, T Jasudasen untuk member penjelasan dan menyerahkan surat protes resmi dan rasa tidak senang Malaysia atas komentar yang dibuat oleh Singapura mengenai kepemimpinan Malaysia dan situasi di negara itu.


Mereka ingin rakyat menolak semua apa yang dilapurkan oleh wikileaks kecuali kes liwat Anwar. Anwar pula turun padang menjelajah Malaysia dan membacakan lapuran baki Wikileaks yang disembunyikan media. Nampaknya modal kempen Umno dah jadi racun.


Kasihan Umno-BN serta pengampu dan penjilat mereka termasuk media dan para bloggers pencacai. Macam ikan ditabur umpan… berebut sakan. Rupanya baham mata-kail. Macam ayam berebut.. ingat makanan rupanya baham tahik.

Bagi PR dilontar tohmahan bermacam. Tetapi macam “tahi Itik”. Mulanya Nampak buruk.. rupanya kuih yang enak. Kasihan Umno-BN. Nayenya Najib. Bermadahlah Najib di Alor gajah untuk meyakinkan pelabur bahawa Malaysia ditadbir oleh ahli politik yang bukan sahaja cekap tetapi sangat, sangat cekap

'Pentadbiran kita cekap'


ALOR GAJAH: 2010/12/16. Datuk Seri Najib Razak menegaskan Malaysia bukan sebuah negara yang ditadbir oleh ahli politik yang tidak cekap, sebaliknya pemimpin negara ini adalah daripada parti pemerintah yang berwibawa.

Penegasan itu dibuat Perdana Menteri dalam ucapannya pada perasmian kilang AUO Sunpower Corporation Sdn Bhd di kawasan perindustrian Rembia di sini, semalam, beberapa hari selepas laman web antarabangsa, WikiLeaks mendedahkan kenyataan diplomat Singapura terhadap pemimpin Malaysia yang didakwa tidak cekap.

“Saya ingin memberi jaminan kepada anda di sini (pelabur luar), Malaysia bukanlah sebuah negara yang ditadbir ahli politik yang tidak cekap, sebaliknya ditadbir oleh ahli politik yang sangat, sangat cekap,” katanya.


Maaf mungkin wartawan tersalah catat kot. Bukan cekap tetapi ‘cekup’. Itu yang menyebabkan Malaysia kini jauh ketinggalan daripada Asean dari segi FDInya bahkan dipintas oleh Filipina. Jauh lagi berbanding dari Singapura. Malaysia dilihat cekap dalam hal rasuah dan bagaimana nak meniriskan dana Negara. Sebab itu hati-hatilah. Wikileaks bukannya wahyu.

Isu Altantuya - Mengapa Najib tidak berani menyaman akhbar?

Artikel WikiLeaks - Najib diibarat telur di hujung tanduk kerana dakwaan pembabitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

Peter Ho menganggap politik Najib terus dibayangi skandal pembunuhan kejam tersebut dan sebagai seorang opportunis beliau tidak akan teragak-agak mengambil pendirian kritikal terhadap Singapura jika keadaan mendesak beliau berbuat demikian.


Laporan media luar tentang Altantuya: Akhbar Perancis - Liberation

Timbalan Perdana Menteri Najib Razak pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Razak Baginda.

Najib pernah bergambar bersama pasangan kekasih itu yang sekali gus menidakkan penafian timbalan perdana menteri itu kononnya beliau tidak mengenali Altantuya.

Malah Najib pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersekongkol dengan anggota polis berkenaan, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut dalam keputusan yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak.

Wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan sebelum mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.

Laporan Akhbar Perancis, Nik Aziz Gesa Najib Bersihkan Tuduhan

Pendedahan dibuat akhbar Peranchis, Liberation yang membuat tohmahan membabitkan bakal Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu perlu dibersihkan kerana dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia .

"Jadi dalam kes Najib itu, apabila dituduh begitu hebat, dia senyap, maka amat sukar bagi rakyat untuk membersihkan diri bakal Perdana Menteri itu.Oleh itu beliau mesti membersihkan dirinya.

Mengapa Najib tidak mahu Saman Isu Altantuya, Najib Rahsiakan Sesuatu?

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali menyokong cadangan Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar agar Majlis Raja-raja menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi memulihkan nama baik negara.

Kata Mustafa Ali, cadangan itu wajar kerana nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Walaupun sebelum ini terdapat desakan oleh pelbagai pihak agar Najib atau kerajaan Malaysia menyaman akhbar-akhbar asing yang membuat laporan itu.

Namun kata Mustafa, Najib atau kerajaan masih terus berdiam diri, dan hanya membuat penafian sahaja.

"Penubuhan suruhanjaya ini wajar kerana sebelum naik jadi PM lagi, Najib memiliki 'bagage' yang sarat dengan isu-isu yang dikaitkan dengannya,"

Beliau juga melihat, semacam ada kebimbangan atau rahsia yang disimpan apabila Najib enggan menyaman akhbar asing berhubung tuduhan ke atas Perdana Menteri itu.

Malah beliau juga melahirkan persoalan samada ada perkara yang disembunyikan agar tidak terdedah berikutan keenganan Najib atau kerajaan membersihkan namanya dengan landasan undang-undang.

"Najib atau kerajaan boleh memanggil kedutaan negara-negara yang mana akhbar mereka melaporkan isu tersebut untuk meminta kerjasama memberi penjelasan," katanya.

Namun hingga kini, tindakan tersebut juga gagal dilakukan Najib hingga pelbagai persepsi atau spekulasi yang timbul kerana kegagalan itu.

Anwar Cabar Najib Minta Singapura Dedahkan Maklumat Pembunuhan Altantuya

"Bukan saya yang cakap Datuk Najib terlibat dalam pembunuhan tapi kerajaan Singapura yang berkata. Jadi kalau Najib kata dia tidak terbabit langsung saya cabar dia minta kerajaan Singapura dedahkan maklumat yang mereka ada mengenai pembunuhan Altantuya.

"Najib takut didakwa kemudian hari sebab itu di takut kehilangan Putrajaya. Pemimpin Umno-BN semuanya takut kalau Anwar jadi Perdana Menteri semua rahsia rasuah dan bagaimana mereka bolot kekayaan secara haram akan saya bongkarkan. Saya tahu banyak rahsia mereka jadi saya beri amaran jangan cabar saya (mendedahkannya),"

Altantuya: Najib Perlu Perjelas Laporan WikiLeaks

Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan mengenai laporan portal Wikileaks yang mendakwa beliau terlibat dalam skandal pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

"Pelbagai dakwaan yang dibuat ini sangat penting kerana membabitkan Perdana Menteri semasa bukan bekas Perdana Menteri. Ini akan memberikan satu kesan kepada ekonomi negara kita.

"Menteri tidak boleh bersikap tidak endah terhadap laporan Wikileaks sedangkan media dalam negara kita mengendahkan laporan wikileaks dengan memuatkan hal-hal berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi Perdana Menteri kata perkara yang berkaitan beliau itu tidak perlu diendahkan,"

Kalau Najib tak ada kaitan atau salah, ni caranya: Anwar Akan Saman Akhbar, Dr Mahathir

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada peguamnya bagi mengemukakan saman ke atas beberapa akhbar dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks.

Tetapi mengapa hingga ke hari ini, Najib tidak pernah menafikannya malah tidak pernah menyaman mana-mana akhbar yang menuduhnya terlibat dengan penglibatan Altantuya?

Malah Raja Petra pernah menuduh suami puakanya rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh. Mengapa suami puaka najib, Rosmah juga tidak berani menyaman Raka Petra?

Benarkah najib dan suami puakanya rosmah terlibat? orang umno yang bangang dari dulu ini dan selamanya amat percaya najib dan suami puakanya tidak terlibat setelah bersumpah. Memang mudah perdayakan orang umno hanya dengan bersumpah. :-D

Siapa arah bunuh Altantuya? mengapa sirul dan azilah c4 kan Altantuya? Sebab apa Altantuya dibunuh? Mengapa mahkamah tidak umum motif pembunuhan Altantuya?

Malah anak muda paling lantang dan berani bernama Chegubard telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya. Chegubard menjual buku in secara terbuka di setiap ceramahnya.

Mengapa Chegubard yang sudah 4 kali ditahan kerana buku ini dan rumahnya digeledah tetapi hingga kini Chegubard tidak pernah didakwa di atas penerbitan buku ini? Tidakkah pelik namanya? ya menang pelik tetapi benar.

Chegubard dalam ceramahnya selalu sebut "sey kalau tak sobut citor Altantuya, nanti sey balik gatal-gatal satu badan.."

Begitulah stail Chegubard satu-satunya anak muda yang begitu lantang dan berani menbongkar di sebalik misteri pembunuhan Altantuya.

Utusan meloya memang padam pendedahan wikileaks tentang isu najib dan Altantuya. Sian Melayu dari dulu kini dan selamanya diperbodohkan oleh utusan meloya dan tv3 suku.

Jadi kesimpulannya dan sifirnya mudah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Beranikah najib dan suami puakanya rosmah menyaman akhbar? lu fikirlah sendiri....

PEMBUNUHAN ALTANTUYA: NAJIB DICABAR KEMUKA BUKTI

Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kerajaan BN yang dipimpinnya daripada tumbang kerana bimbang didakwa di mahkamah, terutamanya berhubung dakwaan skandal pembabitan pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribuu seperti yang didedahkan dalam laman WikiLeaks, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

pkr wangsa maju ceramah 141210 audience 02Sehubungan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mempersoalkan media arus perdana yang sengaja "memadam" menyiarkan dakwaan skandal berkenaan seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks.

"Sebab apa Najib mahu mempertahankan Putrajaya (kerana) takut didakwa (di mahkamah) kemudian hari... Mengapa media padam perkara (dakwaan) ini (daripada disiarkan)," katanya ketika menyampaikan ceramah di tapak pasar malam Taman Melati di Wangsa Maju malam semalam.

"Saya akan mempertahankan diri saya dan integriti saya. Saya mahu tanya Najib, adakah awak boleh mencabar Singapura agar membuktikan dakwaan itu. Itu sebabnya media Umno tidak berani melaporkan perkara itu.

"Apabila saya dituduh, saya akan melawan, tetapi apabila Najib dituduh apa beliau kata? Ini hanya perkara kecil," kata Anwar.

Dihantui Altantuya

Dalam ceramah itu, Anwar membaca petikan laporan pendedahan dalam WikiLeaks yang mendakwa masa depan Najib dihantui dengan skandal pembunuhan Altantuya.

NONEBerikutan laporan dalam laman web berkenaan, Anwar juga mencabar Najib mengemukakan bukti berhubung dakwaan tersebut.

“Adakah kamu fikir saya ini bodoh untuk memasuki perangkap apabila tahu ia perangkap? Jangan cabar saya terlalu berlebihan! Saya akan dedahkan kes pembunuhan yang telah dilakukan dan cuba ditutup rapat.”

Dalam ceramahnya juga, Anwar turut menyelar bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks bahawa pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan liwat yang sedang dihadapinya.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh - dalam ucapannya selama kira-kira 40 minit itu - menyifatkan perkara berkenaan sebagai "fitnah" dan mencabar pemimpin kanan itu mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu.

pkr wangsa maju ceramah 141210 anwar 02"Ada bukti? Saya minta peguam saya menjawab. Ada bukti?... Lee Kuan Yew (boleh) bawa ke mahkamah (dan) jadi saksi kepada Najib di mahkamah," katanya.

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'."

“Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doktor, bawa ke mahkamah.

"Ia fitnah kepada saya dan saya akan mempertahankan (diri). Ada bukti, keluarkan video, keluarkan... Bawa (bukti) ke mahkamah. Saya akan mempertahankan kehormatan saya. Ini cara saya," katanya sambil mendapat sorakan daripada kira -kira 1,000 orang di ceramah berkenaan.

Kurang ajar sangat!

Selain itu, Anwar juga membaca isi kandungan seperti yang didedahkan dalam WikiLeaks yang mendakwa Najib adalah seorang yang "suka mengambil kesempatan". Beliau juga meminta Singapura supaya tidak masuk campur mengenai urusan Malaysia.

pkr wangsa maju ceramah 141210 audience"Ini bukan soal kamu... Kita (Pakatan Rakyat yang) lawan Najib.... Jaga negara kamu, jangan sombong dan (jangan) kurang ajar sangat," katanya.

Dalam ceramah itu juga, Anwar turut membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melahirkan rasa ragu-ragu bahawa beliau adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.

"Dia sudah umur 80 tahun, jangan gaduh dengan dia. Jangan kacau... Orang dah umur 80 tahun, (sepatutnya) istighfar sudahlah," sindir Anwar sambil mendapat sorakan daripada hadirin.

azlanSebelum mengakhiri ucapannya, Anwar menegaskan bahawa beliau tidak risau dengan apa yang berlaku berhubung pendedahan dakwaan yang disiarkan dalam laman WikiLeaks.

"Saya tidur masih nyenyak. Makan makanan enak. Isteri masih cantik dan setia. Alhamdulillah. Mereka mahu melemahkan kita, lagi banyak kita diserang, Alhamdulillah lagi banyak rakyat datang kepada kita.

Laungan reformasi dan takbir

"Kita ada komitmen dan keyakinan untuk membawa perubahan," katanya sambil melaungkan perkataan "reformasi dan takbir" sebanyak tiga kali yang kemudiaannya disambut oleh para hadirin.

pkr wangsa maju ceramah 141210 anwar 03Majlis ceramah malam semalam - yang bermula jam 9 malam - turut dihadiri antaranya Naib Presiden PKR Tian Chua; ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, Exco Kerajaan Selangor Teresa Kok dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.


Tian Chua (bawah, kanan) dalam ceramah itu berkata, pihaknya sedang berusaha supaya laporan WikiLeaks ini dibincangkan di Dewan Rakyat. Satu usul telah dibentangkan bagi membincangkan hal berkenaan.

“Kita mahu Dewan Rakyat bincangkan laporan terhadap Anwar dan juga dakwaan terhadap Najib berkaitan dengan pembunuhan terhadap Altantunya yang juga disebutkan dalam dokumen WikiLeaks ini,” katanya.

pkr wangsa maju ceramah 141210 tian chuaSebelum itu, semua penceramah yang hadir meringkaskan ucapan mereka untuk memberi laluan kepada Anwar memberi penjelasan berhubung isu-isu semasa yang dikaitkan dengan beliau setelah polis membenarkan waktu ceramah hanya sehingga jam 10.30 malam.

Kira-kira 100 anggota polis dikerahkan untuk memantau keadaan dan seawal jam 9.15 malam, mereka mula berkeliaran di pentas mengingatkan penganjur supaya mematuhi kebenaran masa yang ditetapkan. Tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

Semalam, peguam Anwar mengumumkan pihaknya akan menyaman Lee Kuan Yew dan juga Dr Mahathir yang berkata beliau yakin pemimpin Singapura itu tahu Anwar melakukan liwat brkenaan.

Anwar mula menjelajah ke seluruh negara mulai semalam bagi menerangkan isu yang dihadapinya itu kepada rakyat. Esok, 16 Disember, beliau dijadualkan berada di Dataran Muhibbah, Kampung Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan dalam siri Ceramah Perdananya sehinggalah berakhir di Pulau Pinang pada 19 Disember ini.

NAJIB SILAP PERCATURAN

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kerajaan BN yang dipimpinnya daripada tumbang kerana bimbang didakwa di mahkamah,

Terkini berhubung dakwaan skandal pembabitan pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribuu seperti yang didedahkan dalam laman WikiLeaks.

“Usaha memadamkan kes Altantuya nampaknya gagal dengan kesilapan Najib Razak mencatur media pro kerajaan, nampaknya gelombang wanita Monggolia tiba lagi dan kini ada alasan baru kes Altantuya disebut balik sebab Najib seperti “mahukan” kisah itu, kita akan sambut dengan sebaiknya,” kata Ketua Ketua Penerangan Pas Perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Datuk Seri Najib Razak cuba memperbesarkan pendedahan mengenai dakwaan terhadap Anwar Ibrahim mengenai tuduhan liwat, dalam masa yang sama beliau terlupa wikileaks juga pernah mendedahkan isu masa depan Najib berikutan dihantui dengan skandal pembunuhan Altantuya tidak lama dahulu.

“Sebagai rakyat Malaysia saya tuntut Najib membersihkan dirinya sebagai PM dalam kes Altantuya,” katanya.

Dalam pada itu beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menegaskan bahawa rakyat Malaysia khususnya mestilah menolak siapa pun pemimpin yg terlibat dengan skandal seperti itu,

kerana tragedi pembunuhan sebegitu hanya dilakukan oleh manusia yang bersifat durjana dan berhati bangsat, dalam isu ini PM masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menghilangkan kesamaran status beliau berhubung kes pembunuhan wanita monggolia, Altantuya Shaaribuu.

Menurutnya lagi, Najib Razak goyah dengan serangan balas terbaru Anwar Ibrahim dalam soal keterlibatan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya. Nampaknya Najib Razak tersilap langkah dan disifatkan seperti menjolok sarang tebuan, diri sendiri bakal menerima padah.

“Saya kira inilah fasa akhir untuk rakyat atau sesiapa pun dalam mempersoalkan keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya, tegasnya.