Sabtu, 7 Ogos 2010

SISTEM KEHAKIMAN NEGARA KETINGGALAN ZAMAN

Keputusan Mahkamah Rayuan Sahkan Teori Konspirasi Umno-BN Terhadap Anwar

Keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur bagi membantu pembelaannya dalam perbicaraan Fitnah II, membuktikan kes ini tidak lagi mengambil pendekatan undang-undang, tetapi bertindak di luar amalan perundangan Malaysia dan negara Komanwel serta sekali gus mengesahkan teori konspirasi.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menjelaskan mendapatkan bahan bukti adalah asasi pihak yang dituduh dan keputusan mahkamah mencerminkan prinsip ini telah dinodai.

Apatah lagi permohonan Anwar dibuat selaras dengan peruntukan Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah yang dipinda pada 2006 yang membenarkan pendakwaan mendedahkan bukti kes secara automatik sebelum perbicaraan.

"Tidak pernah terjadi sebelum ini pihak pembelaan dinafikan hak ke atas dokumen berkaitan sedangkan ia merupakan prinsip asas, iaitu pihak yang didakwa mempunyai hak penuh untuk membuat pembelaan sebaik mungkin.

"Ada wujud satu pepatah perundangan yang mengatakan 'Adalah lebih baik melepaskan sepuluh orang yang bersalah, daripada menghukum seorang yang tidak bersalah,'" kata beliau.

Yusmadi menjelaskan, mahkamah sepatutnya memberikan 'benefit of doubts' atau 'keraguan pertuduhan' kepada mereka yang didakwa kerana keraguan yang muncul sepanjang perjalanan kes tersebut memungkinkan kes ini digugurkan.

Tegas beliau perkembangan yang berlaku dalam perbicaraan tersebut setakat ini secara jelas mengesahkan teori dan persepsi wujudnya konspirasi untuk menjatuh dan mencemar karier politik Ketua Umum KEADILAN itu.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Clement Allan Skinner hari ini menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan nota perubatan daripada tiga doktor HKL.

YANG MANA SATU IDAMAN KALBU


SEBELUM MAHKAMAH BERSIDANG - KEPUTUSAN TEKLAH DI KETAHUI

TERBONGKAR KEPUTUSAN HAKIM 9 OGOS DEPAN.

Keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah, "Mahkamah menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk menggugurkan kes kerana hubungan saksi utama Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwaraya Farah Azlina Latif tidak berasas. Mahkamah juga bersetuju dengan afidavit Pejabat AG bahawa Farah Azlina tidak ada akses kepada dokumen mahkamah. Dengan itu kes diteruskan."

NOTA:

1. Dari Malaysia Cronicle: Farah Azlina telah bertunang tahun lepas dengan seorang pegawai pendakwa di utara tanahair. Mereka patut berkahwin pada 9 Julai lepas, tatepi pernikahan mereka dibatal sehari sebelum itu manakala kad undangan telah diedarkan.

2. Kontrak KPN MUSA Hassan dijangka akan disambung lagi buat kali ketiga selepas tamat bulan depan. Mestilah, banyak kerja belum selesai. Kes Altantuya nak kena jaga, nak pastikan Anwar ke penjara, nak halang ceramah PR, nak tangkap orang bawa lilin....kalau KPN baru belum tentu

3. Hakim cabuk Azahar Mohamed tolak petisyen Zaid Ibrahim dgn kata tak ujud politik wang dalam PRK Hulu Selangor (ha, ha, ha.). Mari kita tengok rekod si Azhar ni. Dia ni juga memihak kepada BN apabila mendengar kes Perak. Bukankah malaon ini juga masa jadi DPP dituduh subahat memalsukan bukti memfitnah Anwar pada tahun 1999.

4. Hakim2 bacul di Mahkamah Persekutuan Zaleha Zahari, Abdul Malik Ishak dan Clement Allan Skinner menolak permohonan Anwar untuk dapatkan dokumen perubatan dari doktor yang memeriksa Saiful & laporan polis untuk diperdebat di mahakamah. Ini adalah pelanggran undang2 yang serius oleh hakim sendiri. Budak sekolah pun tahu ...bahawa tanpa dokumen itu, macam mana peguam Anwar nak berhujah?

5. TERKINI: Peguam Karpal Singh telah membuat permohonan untuk memanggil Saiful Bukhari Azlan dan Farah Azlina Latif di kandang saksi supaya mereka menjawab di mahkamah tuduhan hubungan romantis antara mereka berdua dan pembocoran dokumen mahkamah

Jumaat, 6 Ogos 2010

Mahyudin buat lawak lagi.........
Analisis Isu
"Nak tergelak bila membaca lapuran yang menyebut Mahyudin mahu rakyat menilai Ir.Nizar kerana membuat kecoh di DUN Perak.Menurut Mahyudin Ir.patut mematuhi arahan speaker dan perlu mematuhi peraturan dewan.Sekali pandang betul kata kata Mahyudin itu tetapi dua kali pandang ianya menjadi bahan lawak.

Ir Nizar sebagai ketua pembangkang memang perlu menghormati peraturan dewan tetapi yang tidak disebut oleh Mahyudin ialah peraturan dewan tidak sepatutnya diubah sesuka hati mengikut kehendak kerajaan.Peraturan dewan sepatutnya konsistant dengan speaker menjadi orang yang bertanggungjawab ke atas keadilan kepada semua ADUN.Tetapi dalam kes Ir Nizar, speaker semacam bertindak dengan arahan pihak tertentu sambil menafikan keadilan kepada Ir. Nizar.Rasanya itupun sudah cukup untuk rakyat menilai Ir. Nizar.

Mahyudin sejak menjadi TPM ini sudah banyak kali membuat lawak dan banyak kali juga bercakap kosong, tidak menggambarkan kualiti seorang TPM.Lawak kali ini nampaknya tidak terlepas dari usaha Mahyudin menyembunyikan kebenaran yang sudah dapat dilihat oleh rakyat jelata yang waras.Mana mungkin seorang ketua pembangkang yang mewakili rakyat boleh duduk diam apabila hak dan keadilan kepadanya dinafikan oleh sepaker.

Malang sungguh kerajaan UMNO/BN yang cuba melakukan sesuatu dengan proses yang licik sambil mengelak pihak pembangkang.Dan untuk menunjukkan mereka melakukan perkara itu mengikut prosedur yang betul, alasan menghormati peraturan dewan sering digunakan walhal peraturan dewan itulah yang dimanupulasikan mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Mahyudin kemudiannya melalak sambil membuat lawak sebagai TPM.Ditunjukkan kepada umum, seolah olah ketua pembangkang seorang yang tidak menghormati undang undang dan tidak layak menjadi ketua pembangkang.Tetapi sebenarnya yang tidak layak jadi kerajaan ialah UMNO yang sanggup melakukan apa saja untuk menyamun harta rakyat termasuk memanupulasi peraturan dewan dengan speaker suruhan mereka.

Rakyat sudah menilai Ir. Nizar sejak kuasa MBnya dirampas oleh UMNO dan rakyat sudah melihat kualiti ketua pembangkang untuk mentertawakan lawak yang dibuat oleh Mahyudin kali ini.Malah yang tidak layak menjawat jawatan TPM ialah Mahyudin kerana gagal menjaga kebajikan rakyat dan gagal menghentikan aktiviti samun pemimpin pemimpin UMNO.

Secara tidak langsung juga, menyerlahkan kualiti DSAI kerana semasa beliau menjadi TPM, banyak usahanya untuk membela rakyat sehingga beliau ditendang keluar dengan cara yang paling jijik dalam sejarah politik negara walaupun ada setengah pihak tidak mahu mengiktiraf sumbangan DSAI ini dengan mengaitkan beliau dengan yahudi dan pluralism.Tetapi Alhamdullillah, semakin ramai rakyat sudah membuka mata dan menerima usaha DSAI.

MALIKUL SEMBAB BERFATWA LAGI

VINCENT TAN IALAH AGEN AH SENG


MALAYSIA TIDAK AKAN TUNDUK DESAKAN UNTUK GUGURKAN KES LIWAT ANWAR – MUHYIDDIN - mStar

Muhyiddin Yassin menegaskan Malaysia tidak akan tunduk terhadap campur tangan dan desakan mana-mana pihak atau negara luar berhubung kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim.

Beliau berkata gesaan itu merupakan satu tindakan sia-sia serta menunjukkan Anwar seorang yang terdesak sehingga menggunakan 'talian hayat' dan sentiasa bersubahat dengan rakan-rakan luarnya demi kepentingannya.

"Sebagai bekas timbalan perdana menteri, Anwar sepatutnya tahu tetapi soal yang berbangkit menunjukkan apakah dia begitu 'desperate' (terdesak) sehingga meminta tolong dan 'tali hayat' daripada orang Amerika dan kawan baiknya," katanya.

… DULU KATA ANWAR AGEN YAHUDI…

.. INI GENG YAHUDI SUDAH DATANG…

…. DULU KATA ANWAR AGEN CIA….

… INI KEPALA CIA SUDAH MARI….

… NAK TUNJUK GEDEBE ?....

….MALIKUL SEMBAB NAK LAWAN AMERIKA?....

…. DI PAGOH PUN BELUM TENTU BOLEH MENANG….

… CIA SUDAH PASANG ORANG… JATUHKAN SEMBAB…

Rabu, 4 Ogos 2010


ADUN BN PERAK BACUL - TAK BERANI BERBAHAS

Apa yang telah berlaku dalam Dewan Negeri Perak hari ini, 3 Ogos amat mengecewakan. Ahli-ahli Dewan Negeri Perak BN sanggup membunuh demokrasi semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik mereka. Kemuliaan Dewan Negeri Perak telah dicompang-camping sekali lagi dalam persidangan Dewan Negeri hari ini. Mereka ini merupakan golongan yang paling tidak bertamadun. Tindakan mereka harus dikecam untuk menghidupkan kembali demokrasi di Negeri Perak.

Persidangan Dewan Negeri Perak lebih sesuai dipanggil Persidangan Polis Diraja Malaysia. Lebih ramai polis berkerumun di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat. Nampak jelas bahawa pihak kerajaan cuba menggunakan polis yang begitu ramai untuk menggertak pihak pembangkang secara tidak langsung. Tidak ada sebab kenapa beratus-ratus anggota polis ditugaskan di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada hari ini. Kenapa masa dan tenaga polis dikerah untuk tujuan politik BN? Kehadiran polis yang begitu ramai sendiri telah mengancam amalan demokrasi yang sihat di Negeri Perak. Tambahan pula, orang awam tidak dibenarkan hadir sebagai pemerhati persidangan Dewan Negeri.

Pihak media tidak diberi ruang di dalam dewan untuk membuat liputan. Mereka ditempatkan di sebuah bilik ‘akuarium’ yang kalis bunyi. Kebebasan akhbar telah dinodai oleh kerajaan BN yang zalim. Pihak media tidak diberi penghormatan yang sewajarnya. Mereka dilayan dengan buruk dan tidak dibenarkan membuat laporan yang sebenar. Dalam kata lain, kerajaan BN mempunyai niat buruk menyekat atau mengambus berita sebenar supaya tidak sampai kepada rakyat jelata. Tindakan ini membuktikan bahawa kerajaan BN takut kepada kuasa rakyat yang bakal menjatuhkan kerajaan itu di Negeri Perak dalam PRU ke 13.

Terbukti Datuk R.Ganesan adalah kuda tunggangan BN yang sanggup menggadai maruah legislatif kerana akur seratus peratus arahan pihak eksekutif. Beliau bertindak secara kelam kabut dan membuat kenyataan-kenyataan yang tidak rasional apabila menerima arahan komplot daripada ketua eksekutif. Terbukti Datuk R.Ganesan tunduk kepada kemahuan dan manupulasi politik kerajaan BN. Jari telunjuk ketua eksekutif dianggap sebagai cokmar oleh Datuk R.Ganesan yang terang-terang jahil dalam Perintah-perintah Tetap dan Konvensyen Dewan Negeri.

Satu Rang Undang-undang yang bertajuk Enakmen Perbekalan Tambahan 2010 telah dibentangkan di Dewan Negeri hari ini. Peruntukan tambahan yang dipohon oleh kerajaan ialah sebanyak RM80 juta. Jumlah ini adalah terlalu besar dan memerlukan pertimbangan yang sewajarnya. Tetapi, Datuk R.Ganesan telah mengumumkan bahawa persidangan hanya selama satu hari sahaja. Perkara ini amat ganjil sekali dan menimbulkan rasa kesangsian dan kecurigaan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri PR. Kenapakah rang undang-undang itu perlu diluluskan secara ekspres? Kenapakah persidangan Dewan Negeri tidak dilanjutkan selama 4 atau 5 hari mengikut konvensyen.

Ketua pembangkang hanya diberi 15 minit untuk membahaskan rang undang-undang tersebut. Semua Ahli-ahli Dewan yang lain hanya dibenarkan untuk berucap selama 10 minit sahaja. Ini merupakan satu penghinaan kepada Dewan Negeri Perak yang mulia. Ahli-ahli Dewan Negeri BN di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terbukti bacul kerana tidak berani berbahas dengan Ahli-ahli Dewan Negeri PR di bawah pimpinan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin.

Kerajaan BN menggunakan Datuk R. Ganesan, seorang boneka eksekutif untuk mencari jalan pintas meluluskan wang RM80 juta tanpa perbahasan dan prosiding yang sebenar. Walaupun Datuk Seri Zambry dan konco-konconya dicabar berulangkali untuk mengadakan perdebatan selama sekurang-kurangnya 4 hari, tetapi mereka tidak berani menyahut cabaran itu. “Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah” dalam keadaan dewan yang kalut, Ahli-ahli Dewan Negeri PR terpaksa meninggalkan dewan kerana penyalahgunaan kuasa oleh Datuk R.Ganesan yang menghalau keluar Datuk Seri Nizar dari Dewan.

V Sivakumar,

Adun Tronoh dan Speaker Pakatan Rakyat Dewan Negeri Perak.