"Nak tergelak bila membaca lapuran yang menyebut Mahyudin mahu rakyat menilai Ir.Nizar kerana membuat kecoh di DUN Perak.Menurut Mahyudin Ir.patut mematuhi arahan speaker dan perlu mematuhi peraturan dewan.Sekali pandang betul kata kata Mahyudin itu tetapi dua kali pandang ianya menjadi bahan lawak.
Ir Nizar sebagai ketua pembangkang memang perlu menghormati peraturan dewan tetapi yang tidak disebut oleh Mahyudin ialah peraturan dewan tidak sepatutnya diubah sesuka hati mengikut kehendak kerajaan.Peraturan dewan sepatutnya konsistant dengan speaker menjadi orang yang bertanggungjawab ke atas keadilan kepada semua ADUN.Tetapi dalam kes Ir Nizar, speaker semacam bertindak dengan arahan pihak tertentu sambil menafikan keadilan kepada Ir. Nizar.Rasanya itupun sudah cukup untuk rakyat menilai Ir. Nizar.
Mahyudin sejak menjadi TPM ini sudah banyak kali membuat lawak dan banyak kali juga bercakap kosong, tidak menggambarkan kualiti seorang TPM.Lawak kali ini nampaknya tidak terlepas dari usaha Mahyudin menyembunyikan kebenaran yang sudah dapat dilihat oleh rakyat jelata yang waras.Mana mungkin seorang ketua pembangkang yang mewakili rakyat boleh duduk diam apabila hak dan keadilan kepadanya dinafikan oleh sepaker.
Malang sungguh kerajaan UMNO/BN yang cuba melakukan sesuatu dengan proses yang licik sambil mengelak pihak pembangkang.Dan untuk menunjukkan mereka melakukan perkara itu mengikut prosedur yang betul, alasan menghormati peraturan dewan sering digunakan walhal peraturan dewan itulah yang dimanupulasikan mereka untuk mencapai matlamat mereka.
Mahyudin kemudiannya melalak sambil membuat lawak sebagai TPM.Ditunjukkan kepada umum, seolah olah ketua pembangkang seorang yang tidak menghormati undang undang dan tidak layak menjadi ketua pembangkang.Tetapi sebenarnya yang tidak layak jadi kerajaan ialah UMNO yang sanggup melakukan apa saja untuk menyamun harta rakyat termasuk memanupulasi peraturan dewan dengan speaker suruhan mereka.
Rakyat sudah menilai Ir. Nizar sejak kuasa MBnya dirampas oleh UMNO dan rakyat sudah melihat kualiti ketua pembangkang untuk mentertawakan lawak yang dibuat oleh Mahyudin kali ini.Malah yang tidak layak menjawat jawatan TPM ialah Mahyudin kerana gagal menjaga kebajikan rakyat dan gagal menghentikan aktiviti samun pemimpin pemimpin UMNO.
Secara tidak langsung juga, menyerlahkan kualiti DSAI kerana semasa beliau menjadi TPM, banyak usahanya untuk membela rakyat sehingga beliau ditendang keluar dengan cara yang paling jijik dalam sejarah politik negara walaupun ada setengah pihak tidak mahu mengiktiraf sumbangan DSAI ini dengan mengaitkan beliau dengan yahudi dan pluralism.Tetapi Alhamdullillah, semakin ramai rakyat sudah membuka mata dan menerima usaha DSAI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan