Rabu, 14 Julai 2010

Siapa bunuh Altantuya
Artikel
Roh model dan penterjemah Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariibuu nampaknya enggan berdiam diri.
Kerajaan Umno-Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah dilibatkan secara tidak langsung ke dalam skandal politik yang keji apabila

dua pengawal peribadinya semasa berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dijatuhkan hukuman mati tahun lalu atas kesalahan membunuh seorang wanita muda di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2006.

Tetapi melihatkan kepada peristiwa yang berlaku dalam beberapa minggu lalu telah menimbulkan persoalan apa kaitan pembunuhan tersebut dengan pembelian dua kapal selam diesel Perancis jenis Scorpene bernilai USD1.2 bilion semasa Najib masih menjadi Menteri Pertahanan.

Rakan dan penasihat isu pertahanan kepada Najib, Abdul Razak Baginda, yang mana syarikat milikan isterinya telah dibayar satu jumlah USD150 juta untuk kontrak pembelian kapal selam tersebut telah menimbulkan satu lagi isu cinta terlarang dengan Altantuya yang telah berakhir dengan tragis di mana Altantuya telah diculik dan dibunuh.

Semua usaha telah dilakukan bagi memastikan nama Najib tidak ditimbulkan dalam perbicaraan dua pengawal peribadi yang berlanjutan selama dua bulan.

Dalam satu tindakan yang amat menghairankan pakar perundangan dan hakim pada peringkat awal perbicaraan telah mengugurkan dakwaan ke atas Abdul Razak.

Abdul Razak kemudiannya telah melarikan diri ke Britain dan menetap di sana sehingga kini.

Wujudnya pengurusan drama perbicaraan di balik tabir oleh pegawai tinggi mahkamah di Malaysia telah meyakinkan kumpulan hak asasi manusia bahawa sia-sia sahaja usaha untuk menyelesaikan kes Altantuya di Kuala Lumpur.

Gerakan hak asasi manusia Malaysia, Suaram, telah bertindak untuk memulakan siasatan judisial di Perancis di mana telah ada beberapa siri penyiasatan yang sedang berlangsung terhadap syarikat milik kerajaan yang dikatakan sanggup membayar komisyen tinggi dan insentif lain semata-mata untuk mendapatkan kontrak pembelian senjata.

Sehubungan itu, pejabat pendakwaraya Perancis telah memulakan siasatan bermula dengan pembayaran USD150 juta kepada sebuah syarikat Malaysia, Perimekar Sdn Bhd yang ditubuhkan tidak lama sebelum Najib menandatangani kontrak pembelian dua kapal selam Scorpene dengan syarikat milikan kerajaan Perancis, DCN.

Perimekar yang kononnya dilantik untuk memberikan perkhidmatan "penyelarasan dan sokongan" bagi kontrak tersebut tidak dapat memberikan apa-apa bukti menyokong bahawa syarikat tersebut mempunyai kemampuan untuk tugas-tugas tersebut ataupun berpengalaman dalam industri itu.

Perimekar merupakan anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat bernama KS Ombak Laut Sdn Bhd di mana pemegang utama saham adalah Mazlinda Makhzan, seorang peguam dan juga isteri kepada Abdul Razak, rakan dan penasihat Najib.

Altantuya yang berusia 28 tahun semasa dibunuh, telah mempelajari bahasa Perancis ketika menjadi model di Paris dan terdapat juga bukti yang menunjukkan Altantuya telah menjadi penterjemah untuk kekasihnya, Abdul Razak dan membantu beliau berunding dengan DCN bagi pihak Najib dan kerajaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia berkeras menyatakan tiada apa-apa kesalahan telah berlaku, sebagai respon kepada tindakan pejabat pendakwaraya Perancis yang menyiasat DCN dan Armanis iaitu anak syarikat DCN yang bertanggungjawab membina kapal selam.

Jurucakap Najib baru-baru ini menyatakan bahawa pihak pendakwaraya Perancis mempunyai hak untuk menyiasat, "tetapi pada pandangan kita, tiada kes untuk dijawab."

Dia juga menambah bahawa perjanjian tersebut bebas sepenuhnya daripada unsur rasuah.

Sebab utama mengapa Altantuya dibunuh oleh dua pengawal peribadi Najib tidak pula diselesaikan walaupun dengan perbicaraan yang begitu panjang yang mengemukakan 45 saksi.

Dalam beberapa peristiwa berkait, Altantuya yang ditinggalkan kekasihnya Abdul Razak dikatakan telah membuat bising bersama rakannya di luar rumah beliau.

Abdul Razak kemudiannya telah berjumpa ketua kakitangan Najib, Musa Safri dan meminta bantuan Musa menjauhkan Altantuya daripada rumahnya.

Ekoran itu dua anggota polis dan juga pengawal peribadi, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar menculik Altantuya semasa membuat bising di luar rumah Abdul Razak lalu membawanya ke sebuah hutan di luar ibu negara dan menembaknya.

Kemudiannya mereka telah menggunakan bahan letupan C4 gred tentera untuk meletupkan mayat dalam usaha nyata untuk menghilangkan apa-apa tanda pengenalan, dan tindakan ini sudah tentu menimbulkan spekulasi bahawa Altantuya hamil.

Tetapi dalam surat yang ditulis oleh Altantuya dan ditemui selepas kematiannya, yang mana tidak pernah dibawa ke mahkamah sebagai bukti, jelas menunjukkan Altantuya telah mengugut Abdul Razak meminta USD500,000 untuk mendiamkan diri daripada mendedahkan perincian berkenaan USD150 juta yang dibayar kepada syarikat isterinya, Perimekar.

Ada juga yang mencadangkan bahawa Altantuya berkemungkinan mengetahui lebih banyak lagi butiran berkenaan perjanjian pembelian senjata oleh Najib semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan dari tahun 2002 hingga 2008.

Perjanjian ini juga meliputi pembelian pesawat jet pejuang supersonik Sukhoi dari Rusia dan beberapa buah kapal laut pertahanan persisiran pantai.

Seperti mana organisasi hak asasi manusia Malaysia, ibubapa Altantuya juga menyatakan tiada keadilan nyata dapat diperoleh atas kematian anak mereka.

Walaupun dengan keadaan perbicaraan yang seperti drama terancang, ibubapa Altantuya telah cuba memfailkan tuntutan sivil menuntut pampasan ke atas kematiannya daripada Abdul Razak dan dua anggota polis tersebut.

Mahkamah Tinggi Malaysia pula anehnya telah meminta deposit jaminan sebanyak USD20,000 untuk membawa kes ke Mahkamah Rayuan dan jika diterima, untuk diteruskan ke Mahkamah Persekutuan.

Keluarga Altantuya pula bingung dengan keputusan mahkamah dan telah menyatakan bahawa keluarga Altantuya tidak mampu membayar jumlah setinggi itu.

Minggu lalu, Kerajaan Mongolia mengumumkan akan membayar jaminan yang diminta oleh mahkamah Malaysia agar kes dapat didengar, meskipun pada saat ini nampaknya roh Altantuya akan mendapat keadilan di Perancis lebih awal daripada Kuala Lumpur


Re: Siapa bunuh Altantuya
(Score: 1)
Oleh (west_pelaut@me.com) on Tuesday, July 13 @ 03:54:02 PDT

Mungkin Anwar Ibrahim dan Raja Petra yang merancang pembunuhan ini...
Re: Siapa bunuh Altantuya Oleh memanda on Tuesday, July 13 @ 17:47:27 PDT
Re: Siapa bunuh Altantuya (Score: 1)
Oleh ibnukhir on Tuesday, July 13 @ 05:29:00 PDT
(User Info | Send a Message)
Apabila seorang munafiq bersuara, kelihatan tersangat sumbang. begitulah sekiranya hati telah dikuasai oleh nafsu.....

Re: Siapa bunuh Altantuya (Score: 1)
Oleh ParkTheMan on Tuesday, July 13 @ 05:43:37 PDT
(User Info | Send a Message)
nasib kau lah sirul n azilah.................
Re: Siapa bunuh Altantuya (Score: 1)
Oleh sepai_umno on Tuesday, July 13 @ 06:36:15 PDT
(User Info | Send a Message)
jangan main tuduh-tuduh nanti kena saman. najib baik apa. luv najib

Re: Siapa bunuh Altantuya (Score: 1)
Oleh endas on Tuesday, July 13 @ 07:14:08 PDT
(User Info | Send a Message)
manusia yang berhati saitan.

Re: Siapa bunuh Altantuya (Score: 1)
Oleh Iqbal on Tuesday, July 13 @ 08:02:35 PDT
(User Info | Send a Message)

Tentu sekali pemimpin dan pembesar umno berterima kasih kepada Si Kitul kerana berjaya menjadikan kehakiman di negara kita jadi begini rupa.

Persepsi rakyat , mahkamah dinegara ini adalah untuk mendakwa rakyat marhean yang tak berdaya dan musuh politik umno.


Re: Siapa bunuh Altantuya (Score: 1)
Oleh fbi on Tuesday, July 13 @ 08:12:50 PDT
(User Info | Send a Message)
Sebenarnya Altantunya tidak dibunuh, dia dikorbankan kerana Dewaree Umno mau ia begitu...

Re: Siapa bunuh Altantuya (Score: 1)
Oleh hazik on Tuesday, July 13 @ 08:19:21 PDT
(User Info | Send a Message)
kalaulah betul sotong (paul) tu hebat masa world cup dulu... acu try tengok mana tau dia boleh bagi signal kat kita, pm najib tu buat salah ke tidak..?? (eg:..satu kotak tanda betul, satu kotak tanda salah...) amacam?

Re: Siapa bunuh Altantuya (Score: 1)
Oleh Sportlight on Tuesday, July 13 @ 08:25:09 PDT
(User Info | Send a Message)
Bnyk sngat teka-teki. Tak boleh ke dedahkn sekeping 2 gambor Altantuya dgn XXXX tu untk tatapan umum??.. Please.. please.. please... kamu jangan nakal....

Re: Siapa bunuh Altantuya (Score: 1)
Oleh mart on Tuesday, July 13 @ 14:46:53 PDT
(User Info | Send a Message)
Paul(sotong) menarik diri dari meneka saper pembunuh Altantuya..takut kene C4 oleh Najib..Paul(sotong) cakap dia mau hidup lamer lagi,kawen pun lum lagi...kih..kih..kih..

Re: Siapa bunuh Altantuya (Score: 1)
Oleh memanda on Tuesday, July 13 @ 18:05:39 PDT
(User Info | Send a Message)

INGAT RAKYAT M'SIA BODOH KE!!.............

DRAMA BODOH YANG DI RANCANG.

BUAT MALU M'SIA JE DENGAN SISTEM KEHAKIMAN YANG DIPERMAIN2KAN.

KES NI SEPATUT NYA JADI MACAM KES MONA FENDI.........PERANCANG DAN PEMBUNUH SAMA2 KENA,NI TIDAK,LAIN PULAK JADI NYA. PERANCANG SENANG LENANG DI LONDON....PEMBUNUH BELUM TENTU DIHUKUM GANTUNG! SEPANJANG PERBICARAAN, MUKA PUN TAK NAMPAK! KALAU JALAN SEBELAH KITA ADA KITA TAHU.

BANGSAT BETUL.........HIDUP2 NAK TIPU ORANG!



Rais Dikecam Gagal Selidik Fakta Sebelum Dakwa Anwar Agen Amerika
Berita
SHAH ALAM 13 Julai :Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John R Malott mendesak Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, rakyat Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat kerana membuat tuduhan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen agensi perisikan CIA.


Malott yang menjadi Duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur selama tiga tahun darim 1995 hingga 1998 berkata Anwar bukan dan tidak pernah menjadi agen Amerika.

"Saya tegaskan sekali lagi apa yang saya katakan kepada Menteri Luar ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi pada 1998, " Jika anda mendakwa Anwar

adalah agen Amerika, anda juga membuat rumusan,

secara salah, bahawa Amerika juga masuk campur

dalam hal ehwal politik dalaman Malaysia, dan ini adalah tidak benar.

"Saya pernah menyentuh mengenai perkara ini 10 tahun dahulu ketika saya menulis satu artikel untuk Malaysiakini ('Anwar was never an American spy', Sept 2, 2000) di mana saya menafikan secara khusus bahawa Anwar buka dan tidak pernah menjadi agen kepada Amerika.

"Seperti yang saa tulis dalam artikel tersebut saya memberitahu Abdullah bahawa Anwar bukan agen Amerika. Sekiranya kerajaan Malaysia menangkap Anwar dan mendakwa beliau agen Amerika, kita akan mengeluarkan kenyataan serta merta untuk menafikan sekeras-kerasnya dan akan mencabar kerajaan Malaysia untuk menyediakan bukti.

"Saya juga secara jelas memberitahu Abdullah bahawa kerajaan Malaysia akan dimalukan kerana mereka tidak mampu memberikan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut kerana dakwaan ini hanya khayalan yang tidak wujud sama sekali," kata belas duta itu dalam satu kenyataan beiau hari ini.

Beliau membidas Rais sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai penerangan dan informasi kerana gagal memeriksa fajta yang maklumat yang betul ketika membuat tuduhan yang melulu tersebut.

"Sudah tentunya rakyat mengharapkan beliau melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Dalam keadaan ini Rais sepatutnya memastikan berita yang beliau terima adalah benar tetapi sebaliknya berlaku.

"Rais gagal menyelidik latarbelakang blogger yang tulisan mengenai Anwar dipetik oleh Utusan Malaysia. Malah tidak siapa pernah mendengar blog ini apatah lagi mengatakan ianya 'terkenal'. Saya yakin Rais juga tidak membaca blog tersebut sebelum beliau membuka mulut. Sebaliknya beliau terus percaya dengan laporan Utusan itu," jelas beliau.

Malott menambah sekiranya Rais mengambil masa 15 saat untuk melayari google beliau akan ketahui bahawa blogger yang dilabelkan sebagai 'pakar' oleh Utusan sebenarnya berkata beliau pernah disambar petir sebanyak 10 kali ketika berada di dalam rumah beliau dan menuduh Ratu Elizabeth terlibat dalam sindiket wang haram.

"Blogger ini juga berkata beliau tinggal di atas gunung di New York bersama kuda, kucing, anjing dan ayamnya. Bagaiman orang seperti ini tahu mengenai Malaysia dan siapa sebenarnya agen CIA?

"Sebelum Rais menyebarkan berita palsu daripada orang seperti ini, elok beliau periksa fakta dan elakkan dirinya daripapda mendapat malu. Mengapa Rais tidak buat kerjanya dengan betul dan bersungguh-sungguh?

"Ini bukan sahaja mengenai Rais dan Utusan malah saya amat terkejut kerana masih ada golongan di Malaysia yang terus menerus menyebarkan isu karut ini mengatakan Anwar agen Amerika demi kepentingan agenda politik mereka," tegas beliau lagi.

Malott menyoal sekiranya beliau berbohong mengenai Anwar 10 tahun dahulu mengapa Dr Mahathir yang menguasai Cawangan Khas (Special Branch) selama 22 tahun tidak menafikannya.

"Mengapa tidak seorang pun tampil untuk membuktikan Anwar agen Amerika tujuh tahun selepas persaraan Dr Mahathir? Mengapa mereka tidak mampu membuktikan sehingga hari ini? Mengapa mengambil coretan dblogger yang membebel yang bukan-bukan yang tinggal di atas gunung di New York? Kenapa Anwar tidak ditangkap atas tuduhan pengintipan?

"Kerajaan Malaysia mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Anwar tetapi jika ia membuat dakwaan palsu terhadap Amerika Syarikat khususnya menuduh kita mencapuri urusan dalaman Malaysia, kita akan mendedahkan segala dakwaan palsu itu.

"Malah selepas 12 tahun saya bertemu Abdullah, Malaysia gagal memberikan walaupun sekelumit bukti bahawa Anwar adalah agen Amerika," kata Malott lagi.

Beliau berkata Rais juga wajib memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana dakwaan beliau tersebut dilihat cuba merosakkan usaha beliau untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat

"Mengapa anda (Rais) melemahka usaha Perdana Menteri anda dan mengatakan Amerika Syarikat masuk campur dalam urusan dalaman Malaysia dan menyokong pembangkang?

"Sekiranya Amerika gembira dengan usaha uusaha Najib di mana pula letaknya logik kita menyokong Anwar dan pembangkang?" tanya Malott kepada Rais.

Re: Rais Dikecam Gagal Selidik Fakta Sebelum Dakwa Anwar Agen Amerika (S
umno melalui mokomedin melutut nak menyatukan melayu melalui umno + pas

Re: Rais Dikecam Gagal Selidik Fakta Sebelum Dakwa Anwar Agen Amerika
mntri ameno semua bahaloll..

Re: Rais Dikecam Gagal Selidik Fakta Sebelum Dakwa Anwar Agen Amerika

kalau setakat nak komen sebarang pasal malaysia dan pembangkang...no problem bro..bila nak masuk nama US sekali ken afikir byk kali la bro Yatim...kang tak pasal2 kena malukan!!!

Re: Rais Dikecam Gagal Selidik Fakta Sebelum Dakwa Anwar Agen Amerika

Malott menambah sekiranya Rais mengambil masa 15 saat untuk melayari google beliau akan ketahui bahawa blogger yang dilabelkan sebagai 'pakar' oleh Utusan sebenarnya berkata beliau pernah disambar petir sebanyak 10 kali ketika berada di dalam rumah beliau dan menuduh Ratu Elizabeth terlibat dalam sindiket wang haram.

"Blogger ini juga berkata beliau tinggal di atas gunung di New York bersama kuda, kucing, anjing dan ayamnya. Bagaiman orang seperti ini tahu mengenai Malaysia dan siapa sebenarnya agen CIA?

"Sebelum Rais menyebarkan berita palsu daripada orang seperti ini, elok beliau periksa fakta dan elakkan dirinya daripapda mendapat malu. Mengapa Rais tidak buat kerjanya dengan betul dan bersungguh-sungguh?

Rais si Pembakar Jambatan ?? Jangan coba-coba nak bakar Negara!!


Re: Rais Dikecam Gagal Selidik Fakta Sebelum Dakwa Anwar Agen Amerika

Padan muka menteri. Kalau pembangkang bolehlah dituduh sesat, pengganas, ikut sedap mulut saja sebab semua resources dan kuasa berada ditangan. Nak rentap permit akhbar pun ikut suka hati saja. Patutnya Utusan Malaysia kena surat tunjuk sebab dan tak diperbaharui permitnya sehingga dia jawap surat dan beri bukti kukuh.

Cumanya aku nak tanya, lepas DSAI bakar bendera Israel depan kedutaan Amerika tu dia bergegas ke Amerika. Dia bukan jumpa kerajaan Amerika tapi jumpa figure utama Yahudi spt William Cohen, Howard L Berman & Kurt Campbell, ada juga berucap di Woodrow Wilson Center bab Islam di Asia Tenggara kot. Wahington Post pula siar kata DSAI "regretted using terms such as "Zionist aggression" sebanding dgn bertobat kerana dah buat silap... sedangkan Zionism tu fahaman berkait dgn pencerobohan dan perampasan untuk Yahudi kembali ke tanah Palestin.

Tuduhan DSAI punya hubungan rapat dgn Yahudi ini tiada siapa jawap melainkan Latifah Koya Kutty yang kona-kona kata Anwar lawat anak dan Shamsul Iskandar yang nafi ujud perkataan menyesal dalam artikel asal. Lawat anak tu ok lah, tapi yang jumpa sana jumpa sini tu beberapa pemuka Yahudi tu apa isi perbincangannya. Artikel asal memang ada tulis perkataan regret tu... Yang ini DSAI masih membisu.




Muhyidin tak tahu ke berjuta ringgit pasir Johor terjual ?
Analisis Isu
"Laporan akhbar The Star 24 June 2010 mendakwa bahawa pasir bernilai jutaan ringgit telah secara haram dikeluarkan dari Sungai Johor. Dan ini telah berlaku sejak 3 tahun yang lalu. Penyiasat The Star mendapati pasir tersebut dijual ke Singapura. Siap dengan peta terperinci lagi macam mana pasir Johor ini dibawa keluar. TPM kata Khalid tak mampu urus isu curi pasir, nampaknya kena batang hidung TPM sendiri.

Adakah penyiasat akhbar The Star lagi cekap dari Polis Malaysia dan SPRM ?

**************

KHALID TAK MAMPU URUS ISU CURI PASIR: TPM

Berita Harian 14 Julai 2010

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan isu kecurian pasir yang semakin meruncing di Selangor amat membimbangkan kerana khazanah alam sekitar dirosakkan dengan rakus atas kepentingan peribadi, sekali gus membuktikan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mampu menguruskan isu itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu sangat serius dan seperti terabai tanpa diambil tindakan tegas oleh kerajaan negeri serta seolah-olah ada pihak bersubahat atau mungkin berlaku elemen rasuah. “Bagi saya, soal (isu kecurian pasir) yang agak mudah tetapi menjadi rumit hanya kerana tidak mahu mengambil tindakan tegas... hentikan perkara itu, tangkap saja siapa yang membuat kesalahan dan hukum kerana (kerajaan negeri Selangor) kata kerajaan mereka bersih. “Apabila tindakan tidak dilakukan bermakna subahat. Ia perkara yang agak mudah, mengapa tidak ambil tindakan. Bukan hendak bincang dalam dewan negeri tetapi tindakan tegas pihak kerajaan negeri.

“Jelas, kerajaan Abdul Khalid macam tidak mampu menguruskan perkara sebegitu. Dia ada penasihat... dia pakar. Datuk Seri Anwar Ibrahim penasihat kerajaan negeri, tetapi dia tidak tahu hendak urus soal pasir,” katanya.

Muhyiddin berkata, isu kecurian pasir di Selangor sudah terdedah seluas-luasnya dalam media, termasuk dikatakan ada pihak mahu mengaut keuntungan ratusan juta ringgit.

Justeru, beliau berkata, kerajaan Selangor tidak boleh berdiam diri kerana bidang kuasa berkaitan tanah, pasir dan sumber adalah di bawah pihak berkenaan dan bukan Kerajaan Pusat.

“Semua orang bimbang apabila keadaan pasir yang cantik, alam sekitar yang elok, diganggu hanya kerana untuk kepentingan diri dengan rakus,” katanya.

***************************

The Star Thursday June 24, 2010

SAND PIRATES: MILLIONS FLOATED OUT OF THE COUNTRY VIA SUNGAI JOHOR

JOHOR BARU: Sand worth millions of ringgit is being illegally “floated” out of the country daily via Sungai Johor here. And this has been going on for the past three years.

A Starprobe team investigating this lucrative trade found that the sand ends up in Singapore, despite a ban on sand export imposed by the Malaysian Government.

Sand extraction is a common sight along the river as mining syndicates illegally transport millions of tonnes of sand, even on weekends and public holidays, via Danga Bay and Port of Tanjung Pelepas.

The culprits use barges to pass through the international waters from Kota Tinggi and Ulu Tiram before arriving at local ports for shipment to Singapore.

The probe revealed that the barges are directed towards a private jetty or landing point at Pulau Punggol Timur in Singapore where the sand is unloaded.

A Singaporean company, which obtains the sand from a Malaysian partner, supplies it to the Housing Development Board of Singapore to cater for construction projects in the island republic.

The Starprobe team’s visit to the landing point revealed that the sand from the barges was loaded onto trucks before being taken to the private storage area.

The Pulau Punggol Timur jetty is believed to be used to solely stock up sand.

The private jetty is filled with sand mounds, mostly from Malaysia, and some from neighbouring countries.

To circumvent the Malaysian ban on sand export, the syndicates are believed to be exporting this highly sought-after material as processed or “packed” silica sand, an item that can be exported.

By obtaining sand from its Malaysian partner, the Singaporean company is making huge profits as it only pays S$30 per cubic metre compared with S$40 for the same amount of sand from Thailand, Vietnam and Cambodia.

It is estimated that since August 2007, more than three million cubic metres of sand has been smuggled out through Sungai Johor.

Starprobe’s findings also revealed that more than 90% of the sand was extracted from Sungai Johor while the rest was from sand mines from the Kota Tinggi and Johor Baru districts.

Further investigation revealed that the illegal business started after a contract worth RM62.4 mil was awarded by the Malaysian Drainage and Irrigation Department to a private company to carry out redesigning and rectification works of Sungai Johor.

This involved deepening and widening a 12km stretch of the river mouth from Kota Tinggi towards Singapore.

Checks revealed that since the project also involved sand extraction from the river, a total of three million cubic metres of sand had been mined from the river.

Based on the calculation that the sand is being sold at S$30 per cubic metre, the syndicates could have raked in RM207mil over the two-year period of the project.

After the project’s completion, the syndicates continued to extract sand from the river, purportedly for local use but instead “exported” it to Singapore.

It is also learnt that an average of three sand-laden barges are transported out of Sungai Johor daily. A total of 326 barges of sand are believed to have been smuggled into Singapore over the past four months.

The syndicates have made an estimated RM44.9mil from the sale of 652,000 cubic metres of sand over the four months, which means they have pocketed a total of RM251.9mil from the illegal sale of sand to Singapore over the past three years.

The Government has also sustained heavy losses due to the fact that the sand is freely smuggled out.

The Government should have collected not less than RM37.5mil in taxes from the transaction based on RM12.50 for exporting per cubic metre of silica sand.

A Malaysian Anti-Corruption Commission source confirmed that it had received a tip-off on the involvement of government officials related to the sand stealing activity.

The source also revealed that the commission had tipped off the relevant government authorities on its findings.

On Feb 9, The Star reported that several government officials were charged with accepting bribes for allowing the smuggling of sand into Singapore.


KOMEN PEMBACA
Re: Muhyidin tak tahu ke berjuta ringgit pasir Johor terjual ?
(Score: 1)

Muhyidin sembab,,kalau dia bercakap selalunya melalui pungkok,,,

Re: Muhyidin tak tahu ke berjuta ringgit pasir Johor terjual ? (Score: 1)

muhyiddin tengah susah hati.. bagaimana nak beri RM1 billion untuk MCA nak majukan sekolah kaum CINA, Biar melayu MAMPUS dari dunia

Re: Muhyidin tak tahu ke berjuta ringgit pasir Johor terjual ? (Score: 1)

jawap2 lar sembap...ko pandai mengurus...

Re: Muhyidin tak tahu ke berjuta ringgit pasir Johor terjual ?

Assalamualaikum,

Tanya TS Haji Muhyiddin, semasa beliau 'berkhidmat' sebagai Menteri Besar Johor selama beberapa tahun dulu, berapa banyak kejahatn dan penyelewengan besar yang telah dilakukannya? Tanya lagi, berapa besar pengorbanan Muhyiddin untuk Singapura sahaja?

Tidak mustahil, kalaulah Muhyiddin kekal lama menjadi MB Johor, seluruh negeri Johor akan menjadi milik Singapura. Fikir-fikirlah wahai rakyat Malaysia. Jangan sekali-kali buka peluang untuk UMNO bertapak lebih lama.

Wassalam.

UMNO Memusnahkan Diri Sendiri
Analisis Isu
"Isu-isu dangkal yang dikemukakan oleh UMNO dan media mereka untuk menjatuhkan imej Pakatan Rakyat telah berjaya memperlihatkan kedududkan mereka yang tersepit dan terdesak.

Namun demikian, dua isu terbaru ini menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa UMNO sedang memusnahkan diri sendiri.

Isu-isu itu ialah Anwar agen CIA dan Anwar bayar CNN untuk diwawancara. Rais dan Utusan diherdik oleh John R. Mallot, mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia. Mallot berasa aneh apabila Rais seratus peratus percaya kepada Utusan yang memetik kenyataan penulis sebuah blog sebelum menyelidiki kebenarannya. Blog itu bukan sahaja tidak terkenal malahan juga kesempurnaan akal penulisnya dipertikaikan.

Harus diingat bahawa Mallot pernah menafikan Anwar agen CIA kepada Pak Lah dan Dr. Mahathir. Tiada bukti untuk mengaitkan Anwar dengan CIA. Kedua-dua mantan PM itu tidak pernah mengambil tindakan terhadap Anwar atas isu itu. Tanda tanya timbul apabila perbuatan Rais itu dilihat sebagai satu cubaan untuk mengeruhkan hubungan baik Malaysia dengan Amerika Syarikat yang sedang dijalin oleh Najib. Mengapa dia sanggup tikam bos dari belakang?

Menuduh Anwar sebagai agen CIA dengan sendirinya mendakwa Amerika Syarikat campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia. Adakah ini yang dimaksudkan oleh Rais? Tidak mungkin. Namun, kependekan akalnyalah yang menjadikan hal itu demikian.

Shafie Afdal pula tidak menolak Anwar membayar CNN untuk diwawancara. Tuduhan ini telah dibantah sekeras-kerasnya oleh CNN. Oleh sebab itu, kelihatanlah maksud sebenar UMNO berbuat demikian. Mereka menembak Anwar dengan peluru kosong. Hanya orang yang hilang akal sahaja akan berbuat demikian.

Seluruh rakyat Malaysia sedang mentertawakan kebebalan para pemimpin UMNO. Mereka telah hilang kualiti, kredibiliti, dan integriti sebagai pemimpin. Golongan ini sudah tidak boleh dipercayai lagi kerana bercakap ikut terbit mulut sahaja. Mereka perlu diganti dengan pemimpin lain yang lebih berwibawa sebelum negara ini dimufliskan oleh kemuflisan idea para pemimpin UMNO.

FITNAH UTUSAN DANGKAL DAN BERAKARKAN KEBENCIAN

Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang. Doa kami moga umrah mabrur, sa’i mashkur dan amalan solehah.

Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya.

Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA. Khabar ini langsung tidak mengejutkan.

Apatah lagi walau Umno-Bn punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.

Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulakan satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian.

Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA. Pimpinan Umno pula bersahut-sahutan menyokong. Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian.

Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan Umno yang diketuai Dato’ Sri Najib Razak.

CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya. Kemunculan saya untuk ruang ‘Connect The World’ merupakan keputusan penerbit program tersebut.

Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi Umno yang berusaha memfitnah saya.

Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka.

Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas.