| Menteri Mesti Bertanggungjawab Pos Malaysia Rugi RM546 Juta |
| PAS mahu kerajaan mengkaji kegagalan urusniaga Pos Malaysia dan mahu Pengerusi Pos Malaysia, Pengerusi Khazanah Nasional dan Menteri Kewangan bertanggungjawab di atas kerugian berjumlah RM546 juta itu.
Sehubungan itu, katanya, PAS mengambil pandangan yang serius terhadap ucapan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong di parlimen berhubung pendedahan bekas ahli parlimen yang juga mantan Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk 'Is whistle-blowing really serious'. Katanya, artikel berkenaan turut menyentuh secara langsung isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia. Tambahnya, tindakan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia untuk melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah, Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi bila mana sahamnya jatuh kepada harga 35 sen seunit dengan nilai keseluruhan hanya RM14 juta pada 26 Februari 2010. Sebelum ini, Pos Malaysia boleh menjual saham itu pada harga tinggi iaitu RM14 dengan nilai keseluruhan adalah RM546 juta, namun percaturan yang dibuat jelas merugikan rakyat. Pos Malaysia adalah pemegang saham kedua terbesar dalam Transmile Group Bhd selepas raja gula Malaysia, Robert Kuok (Kuok Brothers Sdn Bhd). Pada tahun 2004, Pos Malaysia menjual 30 peratus kepentingan dalam Transmile Air Services Sdn Bhd iaitu anak syarikat Transmile Group Bhd sebelum membeli saham Transmile Group Bhd. Walau bagaimana pun penjualan dan pembelian saham-saham itu ternyata tidak mendatangkan faedah bila mana Transmile Group Bhd selepas itu mengalami kemerosotan dan nilai sahamnya jatuh teruk selepas itu. Tahun lepas sahaja, Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta, di mana RM107.19 juta adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd. “Rakyat pasti bertanya, kenapa Pos Malaysia tidak mahu melabur dalam Malaysia Airlines Cargo Sdn Bhd (Mas Kargo) yang juga salah satu GLC milik negara yang lebih menguntungkan dalam operasi penghantaran kargonya? “Adakah pelaburan sebelum ini ada kepentingan untuk membantu menyelamatkan syarikat Transmile Group Bhd yang turut dimiliki bersama dengan Robert Kuok?” tanya Idris. Menurutnya, PAS hanya melihat kes itu sebenarnya mengulangi insiden kegagalan pengurusan GLC milik negara seperti Proton yang menjual sahamnya dalam MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja. Tambahnya, pendedahan mantan Pengerusi Pos Malaysia itu juga harus disiasat dan rakyat mahukan jawapan. |
Selasa, 30 Mac 2010
| APCO dan Najib disebalik tirai perhubungan awam |
| Hari ini Selasa, 30 Mac 2010, ahli-ahli parlimen Barisan Nasional sedang bersedia untuk menyembelih Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ulasannya terhadap APCO. Ahli-ahli parlimen ini mungkin berfikir mereka melakukan hal yang betul dengan mempertahankan Najib dan syarikat perundingnya yang hebat itu. Dalam fikiran kebanyakan ahli parlimen BN, mempertahankan kerajaan sama dengan mempertahankan tanahair. Dengan logika songsang yang sama, orang yang mengkritik kerajaan semudahnya digelar pengkhianat Malaysia. Saya dengan berlapang dada, mengajak kawan-kawan di sebelah sana untuk berfikir dengan lebih jauh lagi, melihat dengan lebih dalam lagi. Sebetulnya, ianya tidaklah terlalu sukar untuk mencari kaitan hubungan APCO dan Israel. Namun sebelum saya pergi lebih jauh lagi, saya perlu menerangkan bahawa perbincangan ini tidak ada kena mengena dengan “persoalan tentang Yahudi.” Ada perbezaan yang cukup luas di antara menjadi Yahudi dan menganut ideologi Zionisme. Rakyat Malaysia selalu berbangga dengan mengisytiharkan kebersamaan terhadap rakyat Palestin yang tertindas. Kita juga mengekalkan dasar luar negara yang bebas dan memiliki rekod panjang melatakkan komitmen pada prinsip dan perjuangan Gerakan Negara-negara Berkecuali. Dalam konteks ini, apakah teramat sukar untuk memahami bagaimana Perdana Menteri membayar khidmat firma yang terkenal dengan hubungan gelapnya dengan gerakan Zionisme antarabangsa? Kenapa perlu kita percaya sebuah syarikat dengan agenda Zionis mengendalikan hubungan komunikasi strategi Malaysia? Ia bukan hanya sekadar sebuah syarikat Yahudi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menimbulkan beberapa kritikan di parlimen berkenaan persamaan di antara slogan 1 Malaysia dan 1Israel. Beliau juga mencabar kerajaan untuk menjelaskan perbelanjaan berjumlah RM23 juta wang pembayar cukai kepada APCO. Terdapat juga persoalan tentang kenapa Najib dan kerajaannya tidak melibatkan firma perhubungan awam tempatan bagi menjalankan kerja hubungan komunikasi tersebut? Menurut kenyataan APCO sendiri, tanggungjawabnya meliputi ruang lingkup yang cukup lebar melangkaui komunikasi “tugas APCO termasuklah dokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi yang luas yang sedang diambil kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang mencipta peluang pekerjaan, mempromosikan pendidikan serta memperkasa penyampaian khidmat kepada rakyat.” Malahan, ianya cukup aneh bahawa penjelasan ini tidak datang dari Najib ataupun Pejabata Perdana Menteri. Asas utama Pakatan Rakyat menimbulkan perkara ini bukanlah untuk meraih sokongan politik tetapi kerana keprihatinan yang jujur berhubung soal keselamatan negara. APCO Worldwide berpusat di kota Washington DC dan memiliki 23 buah pejabata di seluruh dunia termasuklah di Tel Aviv, Israel. Menjadi pengetahuan umum orang-orang penting dan penasihat APCO berhubung kait dengan Zionis Israel, seperti Shimon Shein (bekas Duta Israel ke Jerman), Itamar Rabinovich (bekas duta Israel ke Amerika Syarikat), Kita mungkin berkata habis itu apa? Namun APCO tidak boleh menafikan operatornya di Tel Aviv memiliki hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri Israel Yishak Rabin. APCO di Israel mengendalikan kerja-kerja pembangunan strategik dan berbagai bentuk komunikasi untuk syarikat korporat ataupun organisasi kerajaan. Selanjutnya, perhubungan di antara Israel dan APCO lebih dari sekadar memiliki pejabat di Tel Aviv. Kegiatan APCO di negara Zionis melampaui sektor orang awam. Perlu diingatkan anggota Majlis Penasihat Antarabangsa APCO Doron Bergerbest-Eilon,merupakan bekas ketua keselamatan untuk kerajaan Israel APCO dan ASERO Hubungan APCO dengan pelbagai projek risikan dan berkait keselamatan dilakukan menerusi hubungan strategik dengan syarikat saudaranyaASERO Worldwide. Kepakaran APCO adalah dalam bidang komunikasi, manakal ASERO pula pakar dalam keselamatan dalam negeri dan perunding pengurusan risiko. APCO dan ASERO mempunyai anggota perunding dan pengurusan yang bertingkah keahliannya. Misalnya Doron Bergerbest-Eilon yang duduk sebagai anggota Majlis Penasihat Antarabangsa APCO merupakan orang yang terlibat menubuhkan dan menjadi presiden ASERO Wordlwide. Doron Bergerbest-Eilon, seorang bekas pegawai kanan keselamatan dalam Israeli Security Agency (ISA). Dia merupakan bekas ketua bahagian perlindungan dan keselamatan dan menjawat pangkat yang lebih kurang sama dengan mejar jenderal. Dedikasinya terhadap agensi perisikan Israel membawa dirinya dianugerahkan Pingat Penghargaan Pengarah oleh Agen Perisikan Amerika Syarikat. Mara Hedgecoth, anak perempuan Ceo APCO dan Presiden Margery Kraus turut menjawat jawatan dalam ASERO sebagai Naip Presiden. Dalama masa yang sama Mara Hedgecoth turut berkhidmat sebagai Naib Presiden dan Pengarah APCO Worldwide. Naib Presiden Kanan ASERO, Carl Truscottmerupakan sosok tubuh yang tercalar imejnya sewaktu dibawah pentadbiran Bush. Carl Truscottmerupakan bekas Pengarah Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan Amerika Syarikat. Tetapi dia melatakkan jawatan pada Ogos 2006 setelah terbit laporan dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang mendapati dia telah membazirkan ribuan dollar dengan berbelanja mewah, membazirkan jutaan dolar dengan keputusan-keputusan sesuka hati serta melanggar piawaian dengan mengarahkan pekerjanya membantu anak saudaranya dalam projek video di sekolah tingginya. Hubungan dengan Israel ASERO Worldwide menasihati agensi awam dan tentera Israel dalam hal cabaran strategi dan taktik keselamatan serta menyediakan bantuan terhadapkerajaan dan pihak korporat bagi menyediakan, meringankan dan memulihkan daripada ancaman keganasan dan risiko bahaya lainnya, juga melindungi penghidupan dan aset penting serta memastikan penerusan operasi. Kakitangan ASERO dipenuhi dengan rekrut daripada Agensi Keselamatan Israel (juga dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet) dan juga Mossadyang cukup terkenal itu. Seperti yang kita tahu prosedur piawaian operasi agensi ini dalam menghalang keganasan (counter terrorism) termasuklah dengan menyiksa orang yang dituduh, pembunuhan dan lain-lain lagi. Pada tahun 2006, APCO dan ASERO memperkenalkan – Pentadbiran Pengangkutan Keselamatan – Transportation Security Administration (TSA) kepada kerajaan Israel, dan membantu membangunkan sistem keselamatan lapangan terbang Israel – Sistem Pengesan Orang Yang Disyaki – Suspect Detection Systems. TSAdireka oleh John Magaw, salah orang perunding kanan yang pernah menjadi pengarah Agensi Perisikan Amerika Syarikat. Hubungan dengan Singapura Bukan lagi rahsia bahawa Israel dan Singapura menjalin hubungan tersembunyi dalam kerjasama luar biasa di bidang pertahanan dan perisikan. Kerjasama antara dua buah negara ini dapat dijejak sejak tahun 1960 an lagi/ Di kalangan pengarah kanan dan pegawai pengurusan ASERO, satu-satunya orang yang bukan warga Amerika Syarikat dan warga Israel merupakan warga Singapura. ASERO dan APCO menyediakan khidmat rundingan terhadap keselamatan dalam negeri Singapura, membantu Singapura dengan khidmat teknikal dan risikan dalam hal ehwal keselamatanruang udara dan angkasa. Khidmat dan kepakaran mereka talah memudah cara perpindahan pantas teknologi keselamatan dan ketenteraan Israel e Singapura. Kedua-dua syarikat ini juga terlibat dalam mempromosikan penglibatan Israel dalam kerjasama dan penyelidikan berjangka panjang dalam bidang strategik yang mempunyai implikasi keselamatan dan ketenteraan. Antara isntitusinya adalah Yayasan Kajian dan Penyelidikan Industri Singapura-Israel (Singapore-Israel Industrial R&D Foundation - SIIRD) yang ditubuhkan pada tahun1997. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ASERO aktif terlibat dalam banyak kegiatan pencegahan keganasan (counter terrorism). Di atas nama pertukaran akdemik, ASERO telah ikut terlibat dengan Pusat Sains Tingkah Laku (Centre of Behavioral Science - CBS).Matlamat CBS adalah untuk berkhidmat sebagai “platfom untuk perpindahan dan pertukaran idea-idea dan pengetahuan terkini yang akan menyumbang kepada perubahan hidup individu, organisasi dan juga masyarakat.” 1-Malaysia dan slogan Satu Bangsa Dalam latar belakang ini, terdapat banyak sebab mengapa rakyat Malaysia yang patriotik perlu mempersoalkan kebijaksanaan mengambil khidmat APCO itu. Cukup terang, APCO tidak berkongsi wawasan yang sama tentang pembinaan bangsa(nation). Tidak juga menghairankan untuk APCO tidak berkongsi hasrat, wawasan dan matlamat pembinaan negaa kami. Sebab itulah slogan 1Malaysia tidak bersambut dalam konteks rakyat tempatan. Fakta sejarah menunjukkan 1-Malaysia berbunyi seperti berbagai “gerakan Satu Bangsa” di seluruh dunia. Malangnya selogan Satu Bangsa tidak dapat dielakkan dikaitkan dengan kecenderungan konservatif. Seperti yang kita ketahui, slogan Satu Israel merupakancubaan yang gagal untuk menyatukan suatu lanskap politik yang terpisah-pisah. Kemudian ada pula “One Britain” yang menjadi tema kempen ahli-ahli politik pelampau puak kanan parti Konservatif UK dan kumpulan-kumpulan anti penghijrahan orang luar ke dalam negara. DI Australia, bekas perdana menteri John Howardmerangka dasar One-Australia pada tahun1980an. Maksudnya One-Australia membawa makna anti keragaman budaya dan mendesak Australia mengekalkan penguasaan orang kulit putih Anglo-Saxons. Slogan One-Australia perdana menteri Howard kemudiannya diangkat oleh ahli politik rasisPauline Hanson yang menubuhkan One-Nation Party. Satu-satunya platfom parti ini berpandukan retorik dan dasar anti orang luar dan anti penghijrah. Menyerahkan Kedaulatan Malaysia Setahun selepas dilancarkan, konsep 1-Malaysia masih lagi terlalu kabur buat kebanyakan rakyat Malaysia. Meskipun slogan tersbeut telah menghasilkan caka-cakap dan kegiatan tetapi ia langsung kosong isi pemikirannya. Malah, rakyat Malaysia tanpa mengira etnik sama-sama kehilangan arah dalam mentera retorika ini. Kesan rasa selamat tidak cukup untuk menutup kekecewaan terhadap tiadanya tindakan dalam menangani isu sebenar yang memberi kesan terhadap bangsa dan negara seperti rasuah, menurunnya proruktiviti, kemiskinan, perpaduan nasional dan lainlain. Keprihatinan kami bukan sahaja soal pembaziran wang pembayar cukai dalam perbelanjaan pengiklanan yang menakjubkan, papan tanda,lagu, konsert, pertandingan menulis esi dan lain-lain lagi. Kita mesti melihat kepada paling asasi sejauhmana selamatnya negara apabila kita dengan secara sukarelanya mendedahkan struktur kakitangan pegawai kerajaan terhadap firma swasta dengan kepentingan asing yang cukup kuat? Dalam menjalankan tugasnya, APCO telah diberikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif milik kerajaan yang saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia.dinafikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif tersebut.Maka sungguh cetek dan lurus bendul lah kita untuk percaya APCO akan mengendalikan rahsia negara secara profesional, khusunya apabila kita sedang berkonflik dengan kuasa global. Saya berharap ahli-ahli parlimen dan para pemimpin BN memberi perhatian dalam isu yang amat serius ini. Jika kamu benar-benar patriotik, bangun sekarang. Tolonglah jangan serahkan nasib Malaysia ke tangan kuasa asing. |
Isnin, 29 Mac 2010
SELAMAT BERJUMPA DI PADANG MASHAR - DUIT SUDAH AMBIL TAPI TAK UNDI
TPM TAK FIKIR MAT TAIB MAHU BERTANDING DI HULU SELANGOR - malaysianinsider
Barisan Nasional (BN) tidak ketandusan pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, kata Muhyiddin Yassin.
Dia berkata BN tidak berada dalam dilema untuk menentukan calon sama ada daripada Umno atau MIC, tetapi berada dalam dilema kerana terdapat ramai calon yang berkelayakan.
"Kita tidak berada dalam dilema, tetapi dilema kita kerana ramai calon yang layak... calon yang baik yang boleh kita ketengahkan. Kita tidak ketandusan pemimpin-pemimpin yang boleh kita ketengahkan," katanya.
Ketika ditanya mengenai cadangan daripada Umno yang ingin mencalonkan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Muhammad Muhamad Taib, Muhyiddin berkata: "Saya tidak fikir Mat Taib (Muhammad) setuju."
WAT IS THE BECAUSE TAK AMBIL MAT TAISON
MEMANG INI KERUSI MAT TAISON
MACAM DI PORT DICKSON…. AMBIL ISA JADI CALON… JAMIN MENANG
KALAU AMBIL MI SPIK NO INGLIS… JAMIN MENANG
nota:
dari bunyi berita ini
malikul sembab sudah
sabotage. peluang untuk
mat taib jadi calon sudah
ditutup oleh sembab.
ini kerana sembab tahu
kalau mat taison menang
si sembab ini akan tercampak
KERAJAAN TANGGUNG SUBSIDI RM72 BILION SETAHUN - melayau
Kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM72 bilion setahun bagi membantu rakyat mengurangkan kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, subsidi itu membabitkan semua jenis barangan keperluan seperti makanan, peralatan, pendidikan, pertanian dan kesihatan.
BERITA INI SEOLAH OLAH…. DUIT KERAJAAN INI DI MILIKI OLEH MENTERI
DUIT SUBSIDI INI BUKAN DUIT MENTERI
DUIT SUBSIDI INI BUKAN DUIT MAT MONGOL
DUIT INI DUIT KERAJAAN… ERTINYA DUIT RAKYAT
ITU PASAL RAKYAT MARAH APABILA DUIT KERAJAAN BELI KAPAL SELAM
RAKYAT MARAH ..DUIT BUAT LITAR SEPANG… INI BUKAN DUIT MENTERI
MEMANG BETULAH… DUIT BUAT SUBSIDI… INI MEMANG TUGAS KERAJAAN YANG ADIL
BUKAN REMBAT DUIT RAKYAT…. BELI KAPAL TERBANG JET YANG TAK ADA ENJIN
SUBSIDI INI DUIT RAKYAT DI GUNKAN UNTUK MENYENANGKAN RAKYAT.
TUGAS KERAJAAN IALAH MENGENDALI DUIT RAKYAT BUKAN MEREMBAT.
700 AHLU PKR KELUAR PARTI -melayau
Kepercayaan rakyat terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis apabila terbaru, seramai 700 ahlinya di sini akan bertindak keluar parti itu beramai-ramai, esok.
Mereka berbuat demikian bukan sahaja kerana kecewa dengan sikap dan 'cakap tak serupa bikin' para pemimpin tertinggi tentang konsep keadilan yang diperjuangkan, malah kesal dengan tindakan pemimpin parti itu yang tidak menghormati agama lain.
Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V. Subramaniam berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada ahli Pemuda bahagian itu akan mengesahkan keluar parti secara rasmi dalam satu majlis yang akan diadakan di sini esok.
''Saya jangka bukan setakat 700 orang yang telah bersetuju keluar parti esok tetapi angka itu akan meningkat kerana ramai yang telah sedar dengan apa yang berlaku," katanya pada sidang media di sini hari ini.
TAK SANGKA PKR ADA BANYAK AHLI
KALAU 700 MENINGGALKAN PARTI…. MESTI ADA BELAS RIBU AHLI PKR
KALAU IKUT SURAT KHABAR… SUDAH PULUH RIBU AHLI PKR LARI
TAPI PARTI INI MASIH KUAT
OH ! HABIS DUIT KU - AKU MENANG TAPI KENA BUANG
DR.M : KEPERCAYAAN MELAYU TERHADAP UMNO TERHAKIS – malaysiakini
Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata Mahathir Mohammad.
"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
BARU SEKARANG SEDAR?
TERHAKIS SUDAH LAMA…. SUDAH NAK KERING
NAK BUAT MACAM MANA…. FULUS SUDAH ABIS
APA JADI DENGAN KETUANAN MELAYU?
nota:
betul ke vincent tan
dapat lagi lesen judi?
selamat selamat sahamku kah kah kah
DR. M NASIHAT NAJIB JANGAN KETEPIKAN PERKASA – mStar
Mahathir Mohamad menasihatkan Najib supaya tidak mengenepikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana ia kini memiliki kuasa pendesak yang perlu diambil kira.
Dia berkata, Najib sepatutnya mendengar pandangan yang dikemukakan oleh Perkasa yang merupakan lidah orang Melayu masa kini.
"Dengar pandangan mereka sama ada ia waras atau tidak. Kegagalan mendengar mungkin mengakibatkan kehilangan undi mereka.
"Sebagaimana kerajaan mendengar rungutan komuniti lain, rungutan orang Melayu juga patut diambil kira," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Perkasa yang pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam..
INI SATU MALAYSIA KE?.... MALAYSIAN MALAYSIA
ABIS LAAAA UNDI CHINA LARI
ABIS LAH UNDI INDIA LARI
UNDI MELAYU SUDAH LAMA LARI…
Kata beliau,"APCO Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat tidak seharusnya terbabit dalam sebarang urusan politik di negara ini".
Bercakap pada sidang media selepas berucap di London School of Economics, Anwar yang sebelum ini ditohmah kononnya ejen
Yahudi, menyifatkan persamaan Satu Malaysia dan One Israel sebagai satu “kebetulan aneh”.
Ironinya, Umno yang mendabik dada sebagai juara Melayu dan memperjuangkan Islam khususnya dalam isu kalimah Allah, melantik APCO yang dipimpin sebahagian Yahudi berfahaman Zionis.
Anwar menyifatkan beban tanggungjawab bagi menerangkan peranan sebenar APCO terletak di bahu pimpinan Umno.
Khamis lalu semasa membahaskan titah Yang Dipetuan Agong di dalam Dewan Rakyat Anwar telah memdedahkan hubung kait APCO dengan pemerintah Zionis Israel dan mempersoalkan bagaimana
Perdana Menteri sanggup menggunakan khidmat syarikat tersebut untuk memperbaiki imej kerajaan.
Walau bagaimanapun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam APCO yang mempunyai pejabat di Malaysia menafikan syarikat tersebut terbabit dalam menasihati Najib berhubung gagasan 1Malaysia.
"Bertentangan dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen Malaysia, 1Malaysia telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum kerajaan Malaysia melantik APCO. APCO tidak mempunyai peranan dalam mengadun konsep 1Malaysia yang telahpun terbentuk sebelum pembabitan APCO.
Mereka sering menjadi mangsa keganasan Polis dan Tentera Yahudi, mereka dibelasah tanpa belas kasihan,ditangkap dan dipenjarakan oleh puak Yahudi tanpa peluang membela diri, Tembok batu dibina bagi memisahkan mereka dengan dunia luar, kawasan tanaman mereka dimusnahkan kereta kebal Yahudi, hak mereka untuk beribadat di halang..
Tanah yang mereka duduki sekian lama dirampas Yahudi dan rumah mereka dirobohkan bagi membina penempatan haram Yahudi…
Kini kita patut bersyukur kehadrat Illahi kerana kita tidak perlu menyabung nyawa untuk ke Palestine untuk melihat semua itu…
Apa yang perlu kita buat hanyalah menoleh kearah Negeri yang dikuasai oleh Pejuang Bangsa di selatan tanahair iaitu Johor…
Dalam kejadian 12 rumah yang didakwa rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran, Kempas, Johor telah dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Galian daerah, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Seramai 12 pegawai dan 112 anggota polis telah ditempatkan di kawasan berkenaan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam berada dalam keadaan terkawal bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.
Berpura-purakah anak-anak kecil ini?
Satu lagi kampung Melayu bakal hilang dari muka bumi, mereka dah tinggal di sini selama 36 tahun dan di halau keluar tanpa sebarang pampasan....
Selama 36 tahun itulah mereka telah dijanjikan berbagai oleh sang penguasa bagi menjamin penguasaan mereka..
Ketika Kampung Buah Pala menghadapi nasib yang sama Media UMNO/BN riuh rendah mencanangkan kekejaman yang kononnya dilakukan terhadap penduduk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang walhal tanah Kampung BUah Pala itu telah dijual semasa era Koh Tsu Koon lagi.. dan penduduk Kampung Buah Pala juga telah diberikan pampas an yang setimpal.
Kalau Kampung Buah Pala yang dianngap setinggan, penduduk diberikan pampasan RM250,000.00 dan lot rumah, apa bezanya dengan Kampung Denai Pinggiran ini?
Adakah kerana Kampung Buah Pala terletak didalam Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan Kampung Denai Pinggiran ini terletak didalam negeri yang diperintah oleh UMNO/BN maka layanan terhadap penduduk berbeza?
Kemana menghilang pejuang-pejuang Bangsa, kemana menghilang Presiden Perkasa? Adakah kerana tidak menguntungkan mereka penduduk Kampung Denai Pinggiran dibiar sendirian meratap hiba mengenang nasib mereka?