Isnin, 29 Mac 2010

WHAT IS THE BECAUSE

SELAMAT BERJUMPA DI PADANG MASHAR - DUIT SUDAH AMBIL TAPI TAK UNDI

TPM TAK FIKIR MAT TAIB MAHU BERTANDING DI HULU SELANGOR - malaysianinsider

Barisan Nasional (BN) tidak ketandusan pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, kata Muhyiddin Yassin.

Dia berkata BN tidak berada dalam dilema untuk menentukan calon sama ada daripada Umno atau MIC, tetapi berada dalam dilema kerana terdapat ramai calon yang berkelayakan.

"Kita tidak berada dalam dilema, tetapi dilema kita kerana ramai calon yang layak... calon yang baik yang boleh kita ketengahkan. Kita tidak ketandusan pemimpin-pemimpin yang boleh kita ketengahkan," katanya.

Ketika ditanya mengenai cadangan daripada Umno yang ingin mencalonkan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Muhammad Muhamad Taib, Muhyiddin berkata: "Saya tidak fikir Mat Taib (Muhammad) setuju."

WAT IS THE BECAUSE TAK AMBIL MAT TAISON

MEMANG INI KERUSI MAT TAISON

MACAM DI PORT DICKSON…. AMBIL ISA JADI CALON… JAMIN MENANG

KALAU AMBIL MI SPIK NO INGLIS… JAMIN MENANG

nota:
dari bunyi berita ini
malikul sembab sudah
sabotage. peluang untuk
mat taib jadi calon sudah
ditutup oleh sembab.

ini kerana sembab tahu
kalau mat taison menang
si sembab ini akan tercampak


DUIT SUBSIDI IALAH DUIT RAKYAT

KERAJAAN TANGGUNG SUBSIDI RM72 BILION SETAHUN
- melayau

Kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM72 bilion setahun bagi membantu rakyat mengurangkan kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, subsidi itu membabitkan semua jenis barangan keperluan seperti makanan, peralatan, pendidikan, pertanian dan kesihatan.

BERITA INI SEOLAH OLAH…. DUIT KERAJAAN INI DI MILIKI OLEH MENTERI

DUIT SUBSIDI INI BUKAN DUIT MENTERI


DUIT SUBSIDI INI BUKAN DUIT MAT MONGOL

DUIT INI DUIT KERAJAAN… ERTINYA DUIT RAKYAT

ITU PASAL RAKYAT MARAH APABILA DUIT KERAJAAN BELI KAPAL SELAM

RAKYAT MARAH ..DUIT BUAT LITAR SEPANG… INI BUKAN DUIT MENTERI

MEMANG BETULAH… DUIT BUAT SUBSIDI… INI MEMANG TUGAS KERAJAAN YANG ADIL

BUKAN REMBAT DUIT RAKYAT…. BELI KAPAL TERBANG JET YANG TAK ADA ENJIN

SUBSIDI INI DUIT RAKYAT DI GUNKAN UNTUK MENYENANGKAN RAKYAT.

TUGAS KERAJAAN IALAH MENGENDALI DUIT RAKYAT BUKAN MEREMBAT.




HEBAT BETUL PKR

700 AHLU PKR KELUAR PARTI
-melayau

Kepercayaan rakyat terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis apabila terbaru, seramai 700 ahlinya di sini akan bertindak keluar parti itu beramai-ramai, esok.

Mereka berbuat demikian bukan sahaja kerana kecewa dengan sikap dan 'cakap tak serupa bikin' para pemimpin tertinggi tentang konsep keadilan yang diperjuangkan, malah kesal dengan tindakan pemimpin parti itu yang tidak menghormati agama lain.

Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V. Subramaniam berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada ahli Pemuda bahagian itu akan mengesahkan keluar parti secara rasmi dalam satu majlis yang akan diadakan di sini esok.

''Saya jangka bukan setakat 700 orang yang telah bersetuju keluar parti esok tetapi angka itu akan meningkat kerana ramai yang telah sedar dengan apa yang berlaku," katanya pada sidang media di sini hari ini.

TAK SANGKA PKR ADA BANYAK AHLI

KALAU 700 MENINGGALKAN PARTI…. MESTI ADA BELAS RIBU AHLI PKR

KALAU IKUT SURAT KHABAR… SUDAH PULUH RIBU AHLI PKR LARI

TAPI PARTI INI MASIH KUAT


HIDUP VINCENT TAN - HIDUP JUDI

OH ! HABIS DUIT KU - AKU MENANG TAPI KENA BUANG


DR.M : KEPERCAYAAN MELAYU TERHADAP UMNO TERHAKIS – malaysiakini

Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata Mahathir Mohammad.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

BARU SEKARANG SEDAR?

TERHAKIS SUDAH LAMA…. SUDAH NAK KERING

NAK BUAT MACAM MANA…. FULUS SUDAH ABIS

APA JADI DENGAN KETUANAN MELAYU?

nota:

betul ke vincent tan
dapat lagi lesen judi?
selamat selamat sahamku kah kah kah



MAHARAJA KATAK

DR. M NASIHAT NAJIB JANGAN KETEPIKAN PERKASA – mStar

Mahathir Mohamad menasihatkan Najib supaya tidak mengenepikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana ia kini memiliki kuasa pendesak yang perlu diambil kira.

Dia berkata, Najib sepatutnya mendengar pandangan yang dikemukakan oleh Perkasa yang merupakan lidah orang Melayu masa kini.

"Dengar pandangan mereka sama ada ia waras atau tidak. Kegagalan mendengar mungkin mengakibatkan kehilangan undi mereka.

"Sebagaimana kerajaan mendengar rungutan komuniti lain, rungutan orang Melayu juga patut diambil kira," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Perkasa yang pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam..

INI SATU MALAYSIA KE?.... MALAYSIAN MALAYSIA

ABIS LAAAA UNDI CHINA LARI

ABIS LAH UNDI INDIA LARI

UNDI MELAYU SUDAH LAMA LARI…

Tiada ulasan: