Sabtu, 13 Mac 2010

Kongkalikong Telaga Minyak Kelantan

Pelbagai cara dengan berbagai alasan diberikan oleh Kerajaan Malaysia berhubung tuntutan royalti minyak dari kerajaan Kelantan supaya nampak tuntutan itu tidak sah.

Hari ini kita mendengar ulasan dari bekas KM Sarawak Tun Abdul Rahman Yaakub seterusnya diulas pula oleh peguam Datuk Hasfarizam, yang disandarkan kepada pelbagai akta supaya nampak tuntutan adalah tidak sah.

Tun Rahman sendiri bila ditanya kenapa Negeri Terengganu dulunya dapat, terus terdiam!!

Inilah sikap hipokrit kaki ampu. Tidak suka melihat dari sudut kebenaran. Lihatlah Sarawak, Sabah dan Terengganu yang kaya minyak, apakah rakyatnya hidup mewah berbanding lain-lain negeri?? Atau cuma segelintir elit penguasa yang mewah dan kayaraya? Begitulah yang kita nampak. Apalah guna harta anugerah Tuhan yang diberikan cuma bermain di sekeliling kerabat elit.

Terfikir juga kita, apa jadi dengan Brunei Darussalam dan Singapura sekiranya menjadi antara negeri-negeri di bawah Malaysia. Apakah Brunei akan makmur dan kaya seperti sekarang? Begitu juga Singapura, apa jadi jika ditadbir dari Pusat(Putrajaya)? Kita fikirlah sendiri.

Kalau beginilah cara mentadbir dan memerintah, alamat rakyat marhaen yang merana membanting tulang empat kerat untuk mengkayakan segelintir orang bermartabat tinggi.

Apa jadi (katalah) jika Negeri Kelantan dengan persetujuan segala rakyat jelata serta perkenan Kebawah Duli Tuanku Sultan ingin keluar dari Kerajaan Pusat dan memerintah sendiri, apakah masih telaga minyak yang dipertikai mempunyai hak mutlak Malaysia??? Masih dikira 3 batu nautika lagikah atau bagaimana?

Tak payahlah nak membodohkan rakyat. Ini bukan zaman 60-an atau 70-an.

Apa rasa hati Tuanku Sultan Pahang dan Menteri Besar Pahang kiranya minyak juga ada di luar kawasan pantai Pahang? Ini kerja Allah, yang Paling Berkuasa dari segala Penguasa. Di mana-mana pun boleh di adakan telaga minyak. Ini cuma ujian buat penguasa dan pemerintah, berlaku adil atau tidak terhadap rakyat jelata. Lihat Sudan, atas darat di belakang rumah kalau digali ada minyak!!! Di Negara Balkan minyak dikorek di tepi-tepi jalan. Itulah anugerah Allah diberikanNya untuk manusia berpikir.....

Allah jualah tempat kita mengadu.....
FITNAH 2




Jumaat, 12 Mac 2010

PIDATO ANWAR IBRAHIM DISAMBUTAN 2 TAHUN PAKATAN RAKYAT SELANGOR







ELIT PEMERINTAH SEMAKIN HARI SEMAKIN TERDESAK

Keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak semakin hari semakin terhakis. Di sebalik pengumuman kononnya Model Ekonomi Baru akan diperkenalkan, rakyat ternyata menyedari kerajaan tidak akan berjaya menyingkir kudis-kudis lama yang menghinggapi akibat dari kelemahan serta pelaksanaan dasar seumpama Dasar Ekonomi Baru. Saya yakin model baru ini tidak mampu menyaingi intisari mahupun kejujuran Agenda Ekonomi Malaysia dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang menumpukan kepada pengagihan kekayaan secara adil tanpa mengira ras.
Pada masa yang sama rasuah semakin berleluasa dan institusi kenegaraan seperti kehakiman tidak berupaya menjamin keadilan buat semua.

Ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat saban hari diganggu dan tidak lekang diugut dari pelbagai arah. Selain saya, sejumlah 14 Ahli Parlimen dan Adun PR diambil keterangan oleh pihak polis berhubung ceramah dan aktiviti lainnya. Strategi menakut-nakutkan sebegini merupakan muslihat murahan dan pastinya ditolak rakyat.

Menggunakan khidmat syarikat APCO Worldwide sebagai perunding imej ternyata tidak membantu perdana menteri dan isteri, apatah lagi didedahkan media syarikat tersebut diterajui antaranya mantan duta Israel ke Amerika dan Jerman. Lebih merumitkan keadaan 1Malaysia yang dilancarkan Najib dikaitkan dengan 1Israel. Hari ini saya difahamkan SPRM juga melancarkan siri kempen untuk memulihkan imej. Ratusan juta dihabiskan demi memulihkan imej. Sedangkan cara yang paling mudah dan jimat ialah berpegang teguh kepada prinsip undang-undang, bebas dan tidak menurut kehendak elit pemerintah yang jelasnya semakin hari semakin terdesak.

ANWAR IBRAHIM

Gambar :
Lautan Manusia di Seberang Jaya pula...




Biarpun semakin kuat tekanan yang dikenakan oleh kerajaan Bini Najib keatas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, DS Anwar Ibrahim khasnya, Semakin kuat sokongan yang diberikan oleh Rakyat kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini.

Biarpun beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat dari PKR telah bertukar menjadi katak, sokongan Rakyat Kepada Pakatan Rakyat tetap tidak berubah.

Ini terbukti dengan kehadiran Rakyat yang besar jumlahnya dalam beberapa siri Ceramah yang dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dibeberapa negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Di Tapak Ekspo Seberang Jaya sempena dengan malam kemuncak sambutan ‘2 Tahun Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang’ Malaysiakini telah melaporkan lebih dari 10,000 orang telah memenuhi Tapak Ekspo untuk mendengar ucapan dari para pemimpin Pakatan Rakyat yang Hadir..

Inilah juga jawapan kepada artikel ‘Makin kurang pendengar ceramah Anwar ‘ yang telah ditulis oleh Amran Mulup dalam Media UMNO…..

Kesemua gambar-gambar di atas telah dirakam dari kiri pentas


Dua keping gambar di atas pula dirakam dari kanan pentas


Dua keping gambar ini pula dirakam dari tengah-tengah hadirin


Gambar-gambar di atas pula telah dirakam dari belakang hadirin.