Jumaat, 19 Oktober 2012

Najib dan pemimpin Umno kian meracau!

Ramai rakan saya bertanyakan- apa hal dengan bekas bos kamu? Menjerit dan terpekik terlolong sana sini? Saya cakap biasalah- tanda-tanda orang yang sudah sasau dan meracau.
Pemimpin UMNO tersangat cemas- PRU kali ini kemungkinan besar semboyan sangkakala ditiupkan oleh rakyat untuk mereka. Dunia akan kiamat untuk UMNO.
Tiupan sangkakala rakyat akan bertiup 3 kali untuk UMNO.
Tiupan pertama pada PRU-13 ini  akan mengejutkan. Tiupan kedua, ia akan mematikan UMNO. Habis PRU- UMNO dihidupkan semula sebagai parti pembangkang. Dengan kemungkinan-kemungkinan ini, apa yang kita hairan bila Najib memekik sana-sini?

Saya baru balik dari menyertai program ceramah PAS selama dua hari di Johor. Sukacita saya menyatakan- UMNO akan terkejut dengan keputusan PRU yang akan datang. Biasanya tidak ada isu yang boleh menggugat sokongan orang Johor kepada UMNO. Maklum sahajalah- UMNO lahir di negeri tersebut. Ia lahir di atas tangga istana Johor.

UMNO parti untuk orang bangsawan Melayu. Rakyat marhaen hanya berfungsi sebagai penyokong. Rakyat yang membiayai kehidupan mewah pemimpin UMNO.

Tapi kali ini, rakyat Johor sudah bangkit sedar. Rupa-rupanya, malapetaka yang menimpa orang Melayu di tempat lain tidak mengecualikan orang Melayu Johor. Barulah orang Johor sedar mereka pun terdedah kepada malapetaka ciptaan UMNO. Tamak dan haloba UMNO tidak ada sempadan.

Tanah rakyat terutama milik orang Melayu diambil kerajaan UMNO di Kerpan. Orang Melayu tempat lain kata tak apa- sebab itu hal orang Kedah. Rahim Tamby Chik ambil tanah milik orang Melayu di Teluk Mas Melaka dengan harga 30sen sekaki persegi, orang kata tak apa- ianya tidak berlaku di tempat kita.

Nah sekarang, kerajaan UMNO yang tamak haloba- ambil-alih tanah rakyat di Pengerang. Barulah rakyat Johor sedar bahawa, tidak ada batasan kepada tamak dan haloba pemimpin UMNO. Ribuan ekar tanah rakyat disamun oleh kerajaan Ghani Osman.

Para pemimpin UMNO semakin hari hilang pedoman. Cakap besar sana-sini. Semua janji sudah ditepati. Habis, mengapa tak buat PRU semalam? Nampaknya, selagi PRU tidak diadakan, kita akan dihidangkan dengan cakap besar dan omongan kosong. Kita akan di perdengarkan ugutan, cerita seram dan sebagainya.

Ibrahim Ali buat komen- Pakatan tidak ada kaedah nyata perkongsian kuasa. Yang dia sibuk mengenai struktur perkongsian kuasa Pakatan apahal? Saya tidak fikir PAS, PKR atau DAP mahu terima orang macam Ibrahim Ali.

Adakah kita sedar semasa Nizar jadi MB Perak selama 11 bulan, dia dan exconya meluluskan 8750 ekar tanah kepada rakyat yang telah menanti puluhan tahun untuk mendapatkan tanah daripada kerajaan UMNO? Dari 8750 ekar, 7500 ekar untuk orang Melayu dan 1250 ekar untuk orang Cina.

Ada kita tengok Nizar seorang MB Melayu dikuasai oleh exco DAP yang lebih ramai di Perak? Nizar luluskan 102,000 lot perumahan seluas 3200kps setiap satu untuk orang Melayu dan hanya 47,000 lot untuk orang Cina setiap satu seluas 1125kps? Orang Cina dapat pajakan 999 tahun, orang Melayu dapat yang serupa. UMNO beri pegangan bebas bukan lebih dari 999 tahun? Binawe punya pemimpin UMNO.

Bilik air Najib dan Rosmah lagi besar keluasannya daripada lot rumah orang Melayu dan Cina. Garaj kereta Tengku Jadian Adnan Mansor lagi besar daripada lot rumah orang Melayu atau Cina.

Bukankah UMNO membeloti perjuangan orang Melayu? Bukankah UMNO dibina atas protes terhadap Malayan Union yang mahu memberi kerakyatan kepada warga asing? Hari ini, UMNOlah yang menjual kerakyatan negara ini dan memberi kewarganegaraan kepada rakyat Pakistan, Bangladesh, Burma, Nepal dan Indonesia. Bererti , UMNO belot dari agenda membela bangsa, agama dan negara!

Setiap hari kerja pemimpin UMNO ialah menipu rakyat. Saban hari, UMNO tabur dakyah dan fitnah melalui media yang UMNO kuasai. Kanak-kanak Melayu didedahkan kepada budaya mendedahkan keaiban orang sebagai suatu perkara yang biasa. Anak Melayu dibesarkan dengan nilai-nilai buruk.

Orang Melayu diajar menerima dan memaafkan rasuah dan cara mendapat kaya yang salah kerana yang jadi kaya itu orang Melayu. Takpe lah- dia kaya, dia Melayu. Takpelah dia buat demikian, sebab dia Melayu. Kalau orang Melayu mempunyai piawai atau standard yang rendah begini, akan tiba suatu hari pemimpin dan lanun UMNO masuk rumah kita meniduri anak perempuan atau isteri kita, kita akan kata- tidak mengapa – dia Melayu dan UMNO pulak tu!. Ini yang UMNO hendak orang Melayu fikir dan terima.

Marilah orang Melayu memerdekakan diri dari dibelengui oleh dakyah UMNO. Masa depan kita, rezeki kita, bukan UMNO yang tentukan. Najib belum lagi dapat 2/3 kerusi parlimen dia enggan, engkar dan angkuh mahu mempertahankan bajet rompak negara 2013. Enggan, engkar dan angkuh adalah sifat-sifat dan laku perangai Iblis yang enggan, engkar dan angkuh tunduk kepada Adam yang dijadikan dari tanah liat yang dibentuk.

Sukalah kita mengingatkan pembaca budiman- Kita tidaklah sebebal Ibrahim Ali. Yang dia nak sibuk pasal perkongsian kuasa antara PR apahal? Pemimpin Melayu tetap menguasai kepimpinan negara dibawah PR. Contoh kepada Dato Sri Nizar membuktikan bahawa kita tidak kompromi dengan kepentingan orang Melayu.

Dan kita ada mesej kepada orang macam Ibrahim Ali. Standard yang terburuk dalam kelompok PR bila-bila masa, jauh lebih baik daripada standard Ibrahim Ali. Perkongsian kuasa dalam PR dibina diatas komitmen kebenaran dan keadilan dan komitment menentang rasuah dan korupsi UMNO. Perkongsian kuasa BN lah yang perlu dirungsingi oleh warga BN. Ianya diasaskan di atas dominasi gangsters UMNO dan hegemoni UMNO. MCA di UMNOkan, MIC diUMNOkan.

Mengapa sibuk dengan kabinet bayangan? We don’t answer to UMNO. We don’t answer to Najib. We answer to the people who are going to vote for us.

Kita menyediakan yang terbaik untuk rakyat yang UMNO setelah 55 tahun memerintah, tidak mampu lakukan. Jeritlah sana-sini sehingga muka kamu biru dan urat leher timbul, rakyat sudah berazam dan tekad untuk melihat UMNO melakukan Perhimpunan Agung mereka di perkarangan Sungai Buloh.

Kita pun tahu kabinet bayangan Najib. PM= Muhyidin, TPM= Zamry Kadir.atau PM = Najib. TPM= Raja Nong Chik. Siapa peduli?

Yang rakyat akan tahu, bila PR menang, sudah tentu ada kabinet. Buat waktu ini, kita fokus untuk mengeluarkan UMNO dan BN. Rosak dan musnah negara kita jika terus diurus oleh barisan lanun dan perompak.

Baiklah Ibrahim Ali menyibukkan diri menentukan dapat jadi calon UMNO atau tidak. Jika orang macam Ibrahim Ali dijadikan calon oleh UMNO, maka demikianlah standard UMNO bawah Najib. Dari teruk semakin teruk dan parah! Sanggupkah orang Melayu dan rakyat Malaysia bergantung harap dengan parti dan pemimpin seperti ini?

Palanivel kata dia akan berikan undi dan sokongan India kepada BN. He is an Uncle Tom Indian kepada UMNO. Sama-sama kita lihat nanti. Kita lihat dia boleh menang atau tidak di Cameron Highlands. Malu orang Melayu kalau terus menyokong Palanivel di Cameron Highlands.

Najib terpekik sana-sini, bila PRUnya?

Sangkakala untuk UMNO

Marilah kita orang Melayu sedar, bahawa UMNO telah khianat kepada bangsa Melayu. Bukankah orang Melayu keluar berarak dan menentang Malayan Union dalam tahun 1946 kerana kerajaan kolonial mahu memberikan kerakyatan dan kewarganegaraan kepada bangsa asing? Itulah motivasi pertama mengapa UMNO diwujudkan dan menentang Malayan Union.
Hari ini apa sudah jadi? Prinsip dan pemangkin perjuangan orang Melayu sudah dikhianati UMNO.  Hari ini UMNOlah yang membenarkan 3 juta warga asing menjadi warga negara Malaysia kerana mahu menyelamatkan keadaan mereka.
Pada tahun 1946, UMNO dan Melayu bangkit menentang pemberian kerakyatan untuk menyelamatkan Melayu, hari ini, UMNO jual negara untuk selamatkan diri. Marilah kita menghukum pengkhianat negara dengan hukuman yang kita tahu yakni melucutkan mereka daripada berkuasa.

UMNO jual negara kita dan kita membiarkan ia dilakukan


Calon UMNO lawan calon PAS, UMNO kalah, Melayu juga yang menggantikannya. Calon PKR Melayu lawan calon Melayu UMNO, UMNO kalah, Melayu juga yang jadi MP.  Calon DAP Melayu lawan calon BN, BN kalah, Melayu jugak yang jadi MP. Jadi apa masaalah kita kalau UMNO tewas? Dunia Melayu tidak kiamat. Tidak mati orang Melayu jika PM kita bukan Najib Tun Razak. Yang kita hendak banggakan keturunan sangat apa hal? Membangga-banggkan keturunan dan asal usul, ialah perangai Iblis.

Kita jangan sekali-kali memaafkan kesalahan dan kemungkaran hanya kerana pelakunya Melayu. Kalau tidak, apa yang saya kata berulang-kali sebelum ini, akan tiba suatu hari pesalah akan masuk rumah kita meniduri isteri dan anak perempuan kita, kita akan kata- tidak mengapa sebab pelaku itu Melayu dan UMNO pulak tu! (Jangan sampai Umno tiduri isteri anda!)

Rakyat sudah tidak minat dengar cerita dongeng Shahrizat. Apa pun dia kata, tidak memberi kesan kepada orang Melayu. yang orang tahu, RM250juta duit rakyat dikebas keluarganya untuk memewahkan kehidupan mereka. Dia berhenti kerana tidak mahu membebankan UMNO. Hello- antara yang menyuruh dia berhenti ialah pemimpin UMNO jugak, termasuk Dr Mahathir dan Rafidah Aziz. Mustahil, orang UMNO tidak percayakan Mahathir? Dia kan Mursidul am parti syaitan UMNO?

Ketika menyambut permukiman orang UMNO yang diangkut dengan bas di Stadium Bukit Jalil- Najib kata dia nak menghadap Agong. Kenapa tak buat? Paling akhir, Najib kata PRU akan diadakan pada bila-bila masa sebab BN sudah menepati semua janji. Jika demikian mengapa teragak agak lagi mahu mengadakan PRU?

Najib memekik dan menjerit sana-sini untuk menaikkan semangat ahli UMNO. Di kalangan ahli UMNO yang masih setia kepada agenda perjuangan UMNO- membela agama, bangsa dan negara, pekikan dan lolongan tersebut mengangkat semangat. Tapi, mungkin juga kali ini, lebih dari 1 juta ahlinya akan tetap mengundi calon parti lawan. Dalam tahun 2008, calon UMNO hanya mendapat 2 juta undi pengundi Melayu. 1 juta ahlinya berhijrah kesetiaan.

Ahli UMNO sendiri meluat dan menyampah, agenda terbesar UMNO hari ini ialah, bayar sini dan bayar sana. RM500 setelah 55 tahun, bererti nilai penerima hanya RM2.49 sehari. Peneroka Felda yang mendapat durian runtuh RM20,000 hanya mempunyai nilai 98 sen sehari. Itulah barisan hadapan transformasi luar bandar Najib.

Setiap hari laporan SB, JASA, KEMAS dan MIO berbeza beza. Pening kepala Najib. MIO kata kalau buat PRU, UMNO kalah. Tapi Rais Yatim kata, tak betul- kita boleh menang. Daim kata UMNO selesa dalam 3 buah negeri sahaja. Itu beberapa bulan yang lalu. Hari ini keadaan dalam 3 buah negeri tersebut pun sudah tidak menentu. Melayu Johor bosan tengok TV3¼ (TV3 kini sudah betul-betul jadi TV3¼), Utusex Malaysia, Berita Hairan. Orang Melaka tidak mahu dilahabaukan lagi. Orang Pahang dan jenuh dengan lanun dan perompak mengondoli bukit dan hutan negeri Pahang.

Hanya ada satu cara hendak membuktikan siapa salah dan siapa betul. Adakan PRU.

UMNO setiap hari buat ceramah. Ceramah di TV, ceramah di Utsuan Malaysia dan akhbar-akhbar arus perdana. Namun ribuan rakyat membanjiri untuk jumpa Anwar Ibrahim di Sutera Mall Johor dan di Sabah malah di serata tempat. Ribuan rakyat datang mendengar penerangan yang disampaikan oleh PAS. Orang Cina dan India- sudah bersedia hendak naik ROKET, pergi keBULAN mendapatkan KEADILAN.

Itu yang menyeramkan Najib. Dia tidak ada pilihan lain, hanya cakap besar dan tabur fitnah dan pembohongan. Pakatan tak boleh diharapkan? Mana dia tahu? Sebab bukan Pakatan yang menerajui kerajaan persekutuan dan mengawal khazanah negara. UMNO dan BN yang kawal sebab itu kita bajet defisit untuk kali yang ke-16 tahun semenjak 1998.

Apa yang Najib buat dengan bajet 2013? Dia akan belanja 70% daripada bajet dihalakan untuk belanja operasi. Sebab Najib suka beri duit rakyat kepada pemegang jawatan yang tidak optima. Di bawah Najib, 10 orang digunakan untuk mengesahkan mentol api terbakar dan setelah itu memanggil 'electrician' menukar lampu. Itu pengurusan ekonomi Najib.

Najib ke sana sini, menjerit dan terpekik terlolong. Seorang PM yang ingat dia masih ketua Pemuda UMNO yang berucap di stadium TPCA. Yang berucap berapi-api  mahu mandi-darahkan bangsa lain, yang kena tangkap ISA beberapa pemimpin UMNO seperti Tajudin Rahman dan lain-lain. Adakah kita ingat Najib berani hendak memberhentikan orang UMNO macam Tajudin Rahman dan lain-lain? Mereka panglima, ketua mereka 'lembut'.

Mereka masuk dalam, Najib cabut lari. Boleh kita bergantung kepada pemimpin yang ada dua kualiti dahsyat- kurang pertimbangan dan penakut? Jahanam orang Melayu.

Orang Melayu tidak akan mati jika UMNO kalah. Yang mati ialah UMNO. Satu dari tujuh orang Melayu dalam negara kita ialah ahli UMNO. Cuba beritahu saya, kalau seorang ahli UMNO ini kojol, adakah 6 lagi Melayu akan mati? Yang mati dan tewas ialah ahli UMNO. Melayu tetap selamat dan hidup.

Jadi kita pisahkah diri kita dari terperangkap dengan metos-metos yang dicanai oleh UMNO. Tak mati juga orang Melayu jika UMNO tewas. Orang Melayu kalau nak selamat, berkerja sama dan sokong PAS, PKR dan DAP. Selagi ada orang Melayu dalam parti-parti tersebut, kepentingan orang Melayu tetap terpelihara dan dibela. Tidak tersebut dalam mana-mana kitab, yang boleh jaga dan membela orang Melayu hanyalah UMNO dan pemimpin UMNO.

UMNO dah ada 55 tahun peluang jaga agama, bangda dan negara. Apa jadi? 12% dari orang Melayu masih berada di bawah garis miskin yakni mempunyai pendapatan USD1 sehari. Orang Melayu berpendapatan RM100, orang Cina RM150 dan India RM120. Apa yang dilakukan oleh UMNO? Setelah memerintah, kedudukan orang Melayu pun tidak mampu mereka bela.

Realitinya, UMNO mengayakan PUTERA dalam BUMIputera. Putera Mahathir, putera Pak Lah, putera pemimpin UMNO, laki dan anak-anak Shahrizat, kroni mereka, peguam dan hakim yang dalam genggaman mereka. Dan bila mereka lakukan ini, Mahathir mahu merintih anak muda Melayu tidak mengenang budi? Anak Melayu berhempas pulas menggunakan kederat mereka sendiri, menggunakan apa yang ada dalam persekitaran yang UMNO wujudkan, anak PUTERA-PUTERA hanya perlu menggunakan dan mengeksploitasi kedudukan dan keturunan.

UMNO ialah parti untuk neo-feudalists. Agenda kita ialah menghumban mereka keluar.

Sabtu, 13 Oktober 2012

BN ingat rakyat senang ditipu kes RM40 juta?

Harakahdaily, 12 Okt 2012
KUALA LUMPUR: “Adakah SPRM telah membuat siasatan penuh termasuk mengambil kenyataan Datuk Seri Musa?” tanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.


Semalam, katanya kerajaan BN bangga mengumumkan pembebasan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman daripada skandal wang tunai S$16 juta (RM40 juta) ekoran tindakan SPRM untuk menggugurkannya daripada dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Menurutnya, mengikut jawapan bertulis Parlimen Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Pejabat Ketua Peguam Negara tidak menjumpai apa-apa elemen rasuah dalam kes seorang ahli peniagaan Sabah yang ditahan di Hong Kong kerana menyeludup wang berjumlah RM40 juta dalam mata wang Singapura.

Katanya, Nazri berkata bahawa siasatan menunjukkan duit itu sebenarnya merupakan sumbangan politik kepada Umno Sabah dan bukan kepada Musa.

“Adakah BN ingat bahawa rakyat Malaysia senang tertipu dengan cerita sebegini dan menerima bahawa tidak ada masalah kerana duit yang diseludup itu adalah untuk Umno Sabah dan bukan untuk Musa?” soalnya dalam satu kenyataan.

Tanya beliau  lagi, apakah syarat-syarat di sebalik sumbangan RM40 juta itu dan kenapakah ia dilakukan dengan mata wang Singapura.

Bagi Ahli Parlimen Bagan itu, sekali lagi SPRM cuba untuk menutup skandal politik wang oleh BN.

“Skandal penyeludupan RM40 juta wang tunai ini menyusul selepas dua lagi skandal yang melibatkan dua orang lagi ketua menteri BN,” katanya.

Baru-baru ini, ujarnya sebuah NGO Switzerland telah mendakwa bahawa kekayaan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dianggarkan mencecah RM46 bilion, lantas menobatkannya sebagai orang terkaya di Malaysia.

“Lepas itu, kita berhadapan dengan majlis kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam, di mana 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam sambutan yang memecah rekod.

Sehingga hari ini, ujarnya Ali Rustam masih lagi gagal menjelaskan bagaimana beliau mampu menanggung kenduri yang begitu mewah yang mendakwa kosnya hanya RM600,000 dan mendapat tajaan.

Justeru, kata Lim, rakyat Malaysia sudah tidak boleh tahan dengan keangkuhan pemimpin-pemimpin BN yang bukan sahaja mengaut kekayaan yang luar biasa tetapi juga menonjolkannya di khalayak umum.

100,000 tetamu nikah anak Ali Rustam

Subky Latif, 12 Okt 2012
Bukan 100,000 hadir kahwin anak Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam. Bahkan lebih. Ada yang istimet hingga 130,000.

Satu kenduri kahwin yang meriah. Bahasa sekarang, kahwin mega.

Anak Raja England pun tidak kenduri sehebat itu. Tetapi tidak mustahil bagi nikah anak Muammar Gadaffi. Anak Raja England tidak terdaya menghadapi audit  jika nikah seramai itu. Tidak ada masalah bagi nikah anak Gadaffi kerana ia tidak perlu  audit.

Yang kenduri itu Ketua Menteri Melaka. Mewahnya membayangkan apa yang diceritakan dalam kisah meminang Puteri Gunung Ledang. Hantaran dan emas kahwin yang Puteri itu tuntut daripada Sultan Melaka lebih besar daripada peruntukan yang dijangka bagi bertunang puteri Perdana Menteri Najib dengan putera isteri Presiden Asia Tenggah.

Raja Melaka naik takhta tidak atas undi rakyat, menolak tuntutan yang menggunung yang lebih diperlukan oleh rakyat berpendapatan rendah. Ali Rustam yang naik atas undi rakyat miskin, dalam suasana Ketua Audit Negara tidak teragak-agak mendedahkan laporannya, dia terdaya mengadakan sambuntan nikah yang Sultan Melaka pun tak tergamak melakukannya.

Tiada larangan fikah mana-mana mazhab bagi kenduri sebesar itu kiranya yang kahwin itu anak Qarun. Sekalipun cateringnya RM200 sekepala, pendapatan seharinya  lebih daripada itu.

Tetapi yang menjadi persoalan, tetamu yang hadir itu semuanya makan. Jika yang hadir itu sekadar bersalam, lepas itu balik, tiada masalah. Yang hadir semua makan. Maka ia mendatangkan fitnah.

Jika satu kepala RM20, untuk 100,000 kepala jadi dua juta ringgit. Belum termasuk semua perbelanjaan. Mungkin tidak banyak bagi Ali Rustam, tetapi ia tetap ditakwil. Dari duit mana? Adakah dari baitul mal atau mana-mana sumber negeri?

Titah Almarhum Sultan Idris Shah, Sultan Perak sebelum Sultan Azlan Shah, malu orang Melayu menggunakan orang atau kerajaan untuk menikahkan anak. Maka sanggup bergadai golok menikahkan anak.

Maka kita  cuba percaya Ali Rustam menggunakan duit sendiri. Apapun, tetamu yang seramai itu adalah luar biasa. Patutkah kenduri nikah luar-biasa begitu?

Belum tentu ia elok. Berbeza dengan orang mati. Jika jenazah seorang mukmin/mukminah diziarahi ratus ribu manusia, ia suatu yang baik. Ia tanda kebahagian. Lebih ramai lebih bahagia.

Apa lagi yang datang itu bersolat jenazah dan mengiringkannya ke kubur. Tambah bahagialah si mukmin itu.

Tetapi bagi perkahwinan mega, banyak tetapinya. Ibu bapa pengantin memerlukan satu rasa rendah diri yang tidak terperi. Yang dilakukannya adalah untuk mendapat kerdhaan Allah. Tetamu yang berduyun-duyun datang bagi merestui perkahwinan, moga-moga doa sekalian memberkati perkahwinan itu.

Jika perkahwinan itu oleh wali-wali yang ikhlas dan merendah diri, matlamat kenndurinya diliputi barakah. Persiapan kahwin itu dari duit dan rezeki yang berkat. Jamuan yang barakah adalah serba sederhana, tetapi justeru barakahnya ia boleh dimakan oleh ratus ribu tetamu.

Nasi dan lauk hanya beberapa  kawah, tetapi ia cukup untuk seramai mana saja yang hadir. Biasa kenduri wali seperti ini tidak menjemput tetamu yang ramai, memadai diumumkan di masjid saja supaya datanglah beramai-ramai. Kadang-kadang yang dilihat ramai itu ialah malaikat.

Yang makan hanya manusia. Malaikat nampak meramaikan itu tidak makan. Kalau kenduri rumah Ali Rustam itu kenduri wali yang  diberkati, maka yang dilihat beribu-ribu itu antaranya malaikat.

Oleh sebab wali tidak ada dalam masyarakat sekular, yang ramai di rumah Ali Rustam itu adalah manusia. Maka bagi memuaskan supaya hati tidak berkata-kata, Ali mesti diaudit, duit apa yang digunakananya. Kerana  dia  Ketua Menteri, dia kena akauntabiliti.